Anda di halaman 1dari 5

Cerita dongeng rakyat ini aku curi-curi dengar masa orang tua berbicara kat kedai

kopi. orang kate tak elok nyampok orang tua nyembang....tp aku dengar jer, sumpah
tak pernah nyampuk pun mase diorng bercanda.sambil minum air kosong
suam+limau+sikit gule=limau suam. telinga dipasang sebagai alat untuk mendengar.

cerita ni memang patut kamu dengar tau! cerita penuh teladan yang patut dicontohi
kepada manusia-manusia poyo macam mat rempit dan firaun serta konco-konconyer
yg mati tertelan air laut merah....

pada zaman selepas dinosor, saiz binatang2 makin mengecil dan terbantut kerana
kekurangan sumber vitamin dan supplement seperti jeli gamat (luxor), jus tok guru
dan susu hi-goat. oleh kerana ade binatang-binatang lemah dan kuat maka keangkuhan
semakin menular dalam kalangan makhluk yang terer contohnya macam si ARNAB
(jantan) ARNABIAH (betina) sama naik je 'attitude' kedua-dua gender binatang ni.
hal ini diperasani oleh sang kura-kura yang dianggap binatang bangsat dan
mempunyai kasta yang rendah.

sebelum ini sang kura-kura sering menangis kerana asyik diherdik oleh rakan-rakan
yang lain seperti labah-labah, keldai, tenggiling, dan tuntung...yang peliknya kura-
kura ngan tuntung tu same jenis tapi kenapa tuntung pun gelak dan mencaci sang
kura-kura tu...tak sedar diri dan xsedar diuntung la tuntung ni.

maka, sang kura-kura pun membuat anjakan paradigma dengan inisiatif untuk
memajukan diri dengan memberi cadangan mase mesyuarat agong tahunan JKKK
untuk melantik ketua kampung baru di tempat beliau.


pelbagai cadangan telah diajukan oleh haiwan-haiwan yang datang ke mesyuarat
tersebut termasuklah cubaan nak buat lawak basi iaitu cadangan ditutup sedangkan
upacara mesyuarat tak habis lg (lawak arrr)...binatang kurang pandai memang mcm tu
pun. malas nak layan. ade yang ajak lawan batu seremban! ade ke patut. cadangan
tersebut dibangkang oleh ikan sekeras-kerasnya. ade yang terlebih bijak pulak bagi
cadangan main catur @ dam aji, dah ramai plak yang tak tau main (cume kuda je yang
tau) dan ade gak yang gatal mulut ajak lawan rumah berhias dan ade gak suruh buat
pilihan raya umum. To make it worst,sang beruang mencadangkan lawan tido paling
lamer, hmmm..semua binatang bengang dan tak setuju.

setelah beberapa jam mereka bermesyuarat maka dengan rasa egois , si ARNAB pun
lantang bersuara. "tuan pengerusi (EN. Gajah), saya mencadangkan kita adakan
perlawanan lumba lari. setuju tak! sape menang kita lantik jadi ketua. amacam set".

lantaran itu, sang kura-kura yang cuwak dengan idea si ARNAB pun membantah lalu
menyampuk "objection your honour! agak-agak la tuan pengerusi, walaupun saya ni
berkaki banyak tak semestinya saya boleh berlari laju. confirm kalah punye!". kite
buat undian ape macam kawan-kawan.

pendapat sang kura-kura langsung tidak mendapat layanan daripada rakan-rakannya,
maklum le kura-kura takde SPM la kata kan!to make it worst sekali lagi, semua
binatang lain telah menarik diri. kura-kura tak tahu yang sebelum ni si ARNAB dah
sogok rasuah dimana setiap binatang telah mendapat sekeping biskut OREO dan
sepeket nescafe 3 in one. sang kura-kura akur dengan keputusan mesyuarat dan AJK
tertinggi telah bersetuju dengan cadangan si ARNAB. tarikh perlumbaan akan
diadakan pada 4 sep 1984 (bersamaan tarikh lahir penulis) dan masanya ialah selepas
sembahyang sunnat aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah 1431 masihi.

perlawanan tersebut adalah di sertai hanya sang kura-kura dan si ARNAB
jer.....xadilnye! berat sebelah yang nyata. binatang punya binatang. common la...

sesudah selesainya solat tersebut, maka perlumbaan pun di adakan.

organisasi yang ditubuhkan adalah;
en.gajah- peniup wisel mula
en zirafah-marshall
en tiger-ajk makanan
en tenggiling-peniup wisel penamat
en lipan-pencari track lumba
wisel mula telah bergema....lalu si ARNAB dengan pantasnya berlari tanpa melihat
kiri dan kanan sebab track tersebut memang lurus tapi hanya pada permulaannya jer,
pastu banyak jugak simpang siur nyer. memang hebat en.Lipan menyediakan
prasarana bagi pertandingan ni. Sambung balik cerita tadi, Arnab sampai terpijak
cenkerang sang kura-kura semasa nak starting berlari tadi. walaupun tak sakit tapi tu
namenye kurang ajar, disgusting tau tak! tetiba penulis plak yang emo.

sang kura-kura plak dah tau kurang laju kenapa sewaktu wisel mula ditiup baru la
terhegeh-hegeh nak lekat nombor penyertaan. ni yang cepat jer aku nak marah.

tapi sebenarnye aku misunderstanding. sebenarnya tu hanyalah psikologi sang kura-
kura untuk membiarkan si ARNAB yang eksen tu berlari sehingga dia alpha bahawa
tenaga yang digunakan terlalu banyak sehingga ianya pancit. bijak betul sang kura-
kura, sungguh tak disangka-sangka. tapi kura-kura tu lembab, semua
pembaca risaukan kura-kura jer. dah asyik nak pikir jer bila nak
berlarinyer....pembaca tak nak kura-kura kalah dan hanya berangan saje macam mat
jenin. tul tak pembaca!


setelah si ARNAB telah jauh meninggalkan pesaingnya dengan begitu jauh, bak
saujana mata memandang... kura-kura yang berkonsepkan pelan-pelan kayuh baru jer
nak memulakan larian. walaupun tak laju tapi kura-kura ni maintain jer, tak penatkah
kura-kura itu? bentak hati penulis.

kita pegi plak kepada larian si ARNAB, dia ni terlupe nak breakfast pagi tadi. oleh
disebabkan itu jugak la dia pun mula pancit dan ngantuk...setibanya di satu simpang
selekoh maut si ARNAB yang keletihan berhenti dan berehat. dia tidak kisah sgt
tentang kura-kura kerana dia budget dia ialah johan menunggu. lebih-lebih lagi dalam
kotak pemikirannya tertulis "ala kura-kura jauh lagi, esok kot baru sampai kat garisan
penamat...ciutciutciut" ketawa si ARNAB dengan angkuhnya. dengan beralaskan
kotak megi 'sedappp' dia pun tidur dengan nyenyaknya...siap berdengkor plak tu,
sampai sang cengkerik pun tak senang nak menyanyi.

sang kura-kura yang maintain meneruskan langkahnya, dan setibanya di selekoh maut
tersebut,dia terpandang si arnab yang nyenyak berdengkur sambil kakinya mengelap
air liur mencurah di pipi,kura-kura menghampiri si arnab lalu menyelimutkan si arnab
dengan daun keladi untuk tujuan menambahkan lagi frequenci kenyenyakkan si arnab.

melalui tindakan luar kawal, si arnab menarik daun keladi tersebut rapat ke dadanya
bagai manusia menarik selimut tika hujan renyai-renyai menyimbah atap rumahnya.
perlakuan si arnab itu menambahkan lagi keyakinan kura-kura bahawa si arnab
kompom akan tido sampai pagi esok dan dia dapat menghabiskan perlumbaan dengan
tenang dan penuh konpiden.

akhirnya, kura-kura sampai ke garisan penamat dengan gayanya yang macho sambil
tengkoknya dikalungkan dengan kalungan bunga yang direnjis air mawar. mereka
semua rakyat jelata meraikan kemenangan kura-kura dengan gilang gemilang sambil
meminum air kelapa muda dan makan buah betik madu. kedengaran juga bunyi
letupan biji getah dan buah letup umpama letupan mercun seludup di malam aidilfitri.

masuk hari ke dua keraian ,kehilatan si arnab sampai di garisan penamat dengan rasa
bangga dan menganggap dia telah memenangi pertandingan tersebut. tetapi
kehairanan terpancar di raut wajah si arnab apabila dia ternampak kura-kura dijulang
oleh dua ekor babi @ dengan name manjanya iaitu baby pink sambil melaungkan
kemenangan dan bersorak-sorak mengejek si arnab.


tapi yang menjadi pembaca plak pelik kenapa binatang haram tu turut terlibat, adakah
cerita ni versi dongeng cina kot! Oleh itu, dengan rasa malu dan terhina, si arnab
lantas melarikan diri ke dalam hutan sekuat hatinya dan tidak kembali lagi ke
kampung halaman sehingga ke hari ini. sebab itulah kita lihat pada masa ini,si arnab
tidak ada lagi di dalam hutan,sebaliknya dia tinggal di rumah-rumah manusia dan
dipelihara oleh manusia disebabkan dia sudah hilang skil untuk tinggal dan mencari
makan di hutan...sekian....

moral daripada cerita ni adalah jangan memandang kaum yang lemah dengan
pandangan saujana mata memandang k..selain itu jugak, jangan sesekali sentuh benda
haram, dosa tau!.selamat beramal...
tata...blub..blub..blubb

Anda mungkin juga menyukai