Anda di halaman 1dari 2

ARNAB DAN KURA – KURA

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang di hormati tuan pengerusi majlis dan para
hakim yang bijaksana. Saya ____________________ akan menyampaikan satu cerita yang
bertajuk __________________________.

Pada suatu hari, Sang Kura-kura sedang berjalan perlahan-lahan mengambil angin pagi
di rimba. Tiba-tiba datang Sang Arnab yang memang terkenal antara binatang yang pantas di
rimba itu.

"Eh, Kura-kura, ada kau di sini, mahu ke mana kau?", kata Sang Arnab membuka bicara.

"Ya, Arnab, aku tak ke mana-mana saja berjalan-jalan", jawab Sang Kura-kura.

"Kura-kura, kasihan aku tengok kau ni, jalan pun lambat, bila kau mahu tiba ke destinasi", ejek
Sang Arnab yang memang dikenali suka mengejek yang lemah.

"Tak apalah Sang Arnab, dah dijadikan aku begini, aku redha", kata Sang Kura-kura sambil
terus berjalan meninggalkan Sang Arnab tadi.

Sang Arnab masih tidak berpuas hati kerana Sang Kura-kura sepertinya tidak terkesan akan
sindirannya tadi. Lantas dia mengemukakan satu cabaran kepada Sang Kura-kura dengan niat
mahu mengenakan dan memalukannya.

"Hahaha! Saya cabar kamu berlumba lari dengan saya, kura-kura! Saya mahu semua haiwan di
hutan ini tahu bahawa sayalah yang paling handal berlari,” kata Sang Arnab lagi dengan
angkuh.

"Tidak apalah Arnab", jawab Sang Kura-kura ringkas.

"Tak kira Kura-kura kau mesti berlumba dengan aku juga esok, aku tunggu dekat tebing sungai
sana", kata Sang Arnab tidak mempedulikan kata-kata Sang Kura-kura.

Keesokkan harinya, seluruh rimba datang untuk menyaksikan perlumbaan antara Sang Arnab
dan Sang Kura-kura itu. Dengan Sang Kancil menjadi pengadilnya, perlumbaan yang
dijadualkan bermula dari tebing sungai, mengelilingi rimba dan tamat di tebing sungai kembali,
perlumbaan itu dimulakan di tengah-tengah hiruk pikuk penyokong kedua-dua peserta.

"Hahaha! Selamat tinggal kura – kura! Saya pasti akan memenangi pertandingan ini,” ujar Sang
Arnab. Lalu dengan pantasnya Sang Arnab berlari jauh meninggalkan Sang Kura-kura.
Sedangkan Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan melepasi garisan mula.

Setelah agak jauh berlari, Sang Arnab keletihan. "Ah, pasti sudah jauh ku tinggalkan Kura-kura,
garisan tamat pun dah dekat, mengantuk pula aku, baik aku tidur sekejap, bila aku terjaga nanti
Kura-kura pasti belum memotong aku", fikir Sang Arnab. Jadi ia pun mengambil keputusan
untuk berehat di bawah sebatang pokok..
Dengan rasa mengantuknya, Sang Arnab pun tidur di bawah pokok tersebut.

Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura tiba di pokok tempat Sang Arnab sedang tidur. Dengan
tidak mempedulikan Sang Arnab, Sang Kura-kura terus berjalan menuju garisan penamat.
Selepas beberapa ketika, Sang Arnab terjaga dari tidurnya. Dan ia mendapati Sang Kura – kura
telah berada jauh di hadapan. Sang Kura – Kura yang berjalan dengan perlahan tetapi
berterusan akhirnya berjaya memintas arnab yang sedang tidur di bawah pokok. Kini, ia
semakin hampir di garisan penamat.

"Macam mana saya boleh tertidur di bawah pokok itu tadi?" marah Sang Arnab pada diri
sendiri.

Sang Arnab pun cuba mengejar Sang Kura -Kura. Sesampainya Sang Arnab di garisan
penamat kelihatanlah Sang Kura-kura menerima ucapan tahniah dari binatang-binatang rimba
yang lain kerana memenangi perlumbaan itu. Dengan rasa malunya Sang Arnab beredar
pantas dari situ kerana tewas kepada Sang Kura-kura sambil diketawakan para penghuni
rimba.
Hi kawan – kawan pengajaran yang kita dapat dari cerita ini adalah setiap makhluk
ciptaan tuhan pasti ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Tidak elok jika kita bersikap
sombong dan angkuh di atas kelebihan yang kita ada kerana sebenarnya kita juga mempunyai
kekurangan yang kita tidak tahu.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai