Anda di halaman 1dari 2

Perlumbaan Sang Arnab dan Sang Kura-kura

Pada suatu hari, Sang Kura-kura sedang berjalan perlahan=-lahan sambil


menghirup udara pagi di rimba.

“Aaahhhh…segarnya udara pagi ini,” kata Sang Kura-kura sambil tersenyum.

Tiba-tiba, dating Sang Arnab menghampirinya.

“Eh, Kura-kura, kau ada di sini. Kau mahu ke mana?”, kata Sang Arnab
membuka bicara.

“ya, Arnab. Aku tak ke mana-mana. Saja berjalan-jalan di hutan ini,” jawab
Sang Kura-kura.

Sang Arnab yang memang terkenal dengan sikap sombongnya mula mengejek
Sang Kura-kura.

Kura-kura-kura kura, kasihan sungguh aku tengak kau ni. Jan pun lambat. Bila
kau akan tiba ke destinasi,hihihi..” ejek Sang Arnab.

“tak apalah Sang Arnab. Aku memang telah dijadikan begini. Aku terima diriku
seadanya,” balas Sang Kura-kura merendah diri. Sang Kura-kura terus berjalan
meninggalkan Sang Arnab tadi.

Sang Arnab tidak berpuas hati dengan kata-kata Sang Kura-kura tadi. Sang
kura-kura seperti tidak terkesan dengan sindirannya. Lantas, Sang Arnab
memikirkan sesuatu yang boleh memalukan Sang Kura-kura.

Tiba-tiba, Sang Arnab mendapat satu akal lalu berkata, “Kura-kura, apa kata
kalau kita berlumba. Bukan apa, aku saja mahu bersaing dengan kau.”

Tak apalah, Arnab,” jawab Sang Kura-kura ringkas.

“tak kira, kau mesti berlumba dengan aku juga besok. Aku akan tunggu kau di
tebing sungai sana,” kata Sang Arnab dengan nada yang tinggi.

Keesokan harinya, seluruh penghuni rimba datang untuk menyaksikan


perlumbaan antara Sang Arnab dan Sang Kura-kura itu. Sang Kancil telah
dilantik menjadi pengadil daqlam perlumbaan itu.

Tanpa berlengah, perlumbaan pun bermula. Dengan pantasnya Sang Arnab


berlari jauh meninggalkan Sang Kura-kura.

Zuuuuupp ke hadapan. Manakala Sang Kura-kura masih lagi berjalan terkedek-


kedek di belakang.
Beberapa minit kemudian, Sang Arnab berhenti di bawah sebatang pokok
sambil meninjau-ninjau kelibat Sang Kura-kura. Tetapi, masih tiada. Sang Arnab
menyangka bahawa Sang Kura-kura masih lagi jauh di belakang.

“Mmmm, pasti Kura-kura masih jauh di belakang.. Berlari pun lambat..inikan pula
berjalan..hihihi..” herdik Sang Arnab pada Sang Kura-kura.

“Huaaaahhh, rasa mengantuklah pula. Baik aku tidur sekejap. Sang kura-kura
pasti belum dapat memotong aku walaupun aku tertidur di sini,” kata Sang
Arnab dengan sombongnya.

Lantas Sang Arnab pun tidur di bawah pokok tersebut.

Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura pun tiba di pokok berkenaan. Dia tidak
mempedulikan Sang Arnab yang sedang tidur di situ. Malah, Sang Kura-kura
meneruskan perlumbaan menuju ke garisan penamat.

Selepas beberapa ketika, Sang Arnab terjaga dari tidurnya.

“eh, apa yang sedang aku buat ni. Kenapa aku tertidur di sini. Entah-entah Sang
Kura-kura sudah memotong aku,” kata Sang Arnab. Dengan tergesa-gesa, dia
terus berlari menuju ke garisan penamat.

Setibanya di sana, kelihatan Sang Kura-kura telah dijulang oleh binatang-


binatang rimba yang lain sambil mengucapkan tahniah. Sang Arnab berasa
sangat terkejut. Sang Arnab telah diketawakan oleh para penghuni rimba.
Dengan rasa malunya, Sang Arnab pantas beredar dari tempat itu.

Kawan-kawan, berakhirlah sudah cerita Sang Arnab dan Sang Kura-kura. Cerita
ini memberi pengajaran kepada kita. Janganlah kita bersikap sombong dan
angkuh. Kelak diri kita akan dibenci dan tidak disukai oleh orang lain.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai