Anda di halaman 1dari 4

SANG KANCIL DAN KURA KURA

Pada suatu hari, Sang Kura-kura sedang berjalan


perlahan-lahan mengambil angin pagi di rimba. Tiba-tiba
datang Sang Arnab yang memang terkenal antara
binatang yang pantas di rimba itu.

"Eh, Kura-kura, ada kau di sini, mahu ke mana kau?",


kata Sang Arnab membuka bicara.
"Ya, Arnab, aku tak ke mana-mana saja berjalan-jalan",
jawab Sang Kura-kura.
"Kura-kura-Kura-kura, kasihan aku tengok kau ni, jalan
pun lambat, bila kau mahu tiba ke destinasi", ejek Sang
Arnab yang memang dikenali suka mengejek yang
lemah.
"Tak apalah Sang Arnab, dah dijadikan aku begini, aku
redha", kata Sang Kura-kura sambil terus berjalan
meninggalkan Sang Arnab tadi.

Sang Arnab masih tidak berpuas hati kerana Sang


Kura-kura sepertinya tidak terkesan akan sindirannya
tadi. Lantas dia mengemukakan satu cabaran kepada
Sang Kura-kura dengan niat mahu mengenakan dan
memalukannya.

"Apa kata kalau kita berlumba Kura-kura, saja aku mahu


bersaing dengan kau",

"Tidak apalah Arnab", jawab Sang Kura-kura ringkas.

"Tak kira Kura-kura kau mesti berlumba dengan aku juga


besok, aku tunggu dekat tebing sungai sana", kata Sang
Arnab tidak mempedulikan kata-kata Sang Kura-kura.

Keesokkan harinya, seluruh rimba datang untuk


menyaksikan perlumbaan antara Sang Arnab dan Sang
Kura-kura itu. Dengan Sang Kancil menjadi pengadilnya,
perlumbaan yang dijadualkan bermula dari tebing
sungai, menelilingi rimba dan tamat di tebing sungai
kembali, perlumbaan itu dimulakan di tengah-tengah
hiruk pikuk penyokong kedua-dua peserta.
Dengan pantasnya Sang Arnab berlari jauh
meninggalkan Sang Kura-kura. Sedang Sang Kura-kura
berjalan perlahan-lahan melepasi garisan mula.

Setelah beberapa ketika Sang Arnab berhenti di bawah


sebatang pokok. Lalu dia memerhatikan kalau-kalau ada
kelibat sang Kura-kura di belakangnya.

"Ah, pasti sudah jauh ku tinggalkan Kura-kura, garisan


tamat pun dah dekat, mengantuk pula aku, baik aku
tidur sekejap, bila aku terjaga nanti Kura-kura pasti
belum memotong aku", fikir Sang Arnab.

Dengan rasa mengantuknya, Sang Arnab pun tidur di


bawah pokok tersebut.

Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura tiba di pokok


tempat Sang Arnab sedang tidur. Dengan tidak
mempedulikan Sang Arnab, Sang Kura-kura terus
berjalan menuju garisan penamat.

Selepas beberapa ketika, Sang Arnab terjaga dari


tidurnya. Dengan tergesa-gesa dia berlari menuju
garisan penamat.
"Ish, lama pula aku tidur, entah-entah Sang Kura-kura
sudah memotong aku", getusnya sendiri.

Sesampainya Sang Arnab di garisan penamat


kelihatanlah Sang Kura-kura menerima ucapan tahniah
dari binatang-binatang rimba yang lain kerana
memenangi perlumbaan itu. Dengan rasa malunya Sang
Arnab beredar pantas dari situ kerana tewas kepada
Sang Kura-kura sambil diketawakan para penghuni
rimba.

Anda mungkin juga menyukai