Anda di halaman 1dari 5

DEFINISI SINOPSIS

Ringkasan cerita yang memberikan


gambaran kasar tentang subjek dan isu
didepani; samada dalam bentuk mudah
tanpa maklumat atau menyatakan dengan
jelas penampilan subjek, konflik dan
tanggapan terhadap penghujung cerita.
Sinopsis cuba menarik perhatian audiens
tentang kandungan persembahan bakal
dipaparkan yang tentunya melakari cerita
penuh dramatik serta menghiburkan.
JENIS SINOPSIS
1.
2.
3.

Satu Perenggan
Dua atau tiga perenggan
Satu Muka Surat

CONTOH SINOPSIS SATU PERENGGAN


1

Mendekati kehidupan penuh warna Embun


a/l Hujan Renyai, 32 mencari rezeki sebagai
penambang di Taman Negara Kuala Tahan
yang bukan sahaja popular di kalangan
penduduk setempat malahan di mata
pelancong luar negara, Embun
berpengetahuan tinggi tentang latar budaya
suku kaum Batek juga pemburu Kelah yang
yang cekap.

Versi Penerbit Mengisahkan Renjer Taman


Negara Kuala Tahan yang mempunyai minat
mendalam terhadap penjagaan flora dan
fauna walaupun bayaran yang diterima
sedikit bagi menampung keluarga.
Dia tidak dapat mencari kerja yang
berpendapatan tinggi kerana menghadapi
masalah untuk berkongsi pengalaman dan
kepakarannya bersama orang lain kerana
minat kurang mendalam di kalangan
generasi baharu.

VERSI FASILITATOR
2

Menyingkap cabaran dilalui renjer Adi Putra


Hambali mengawasi belantara Taman
Negara Kuala Tahan seluas 2 477 kilometer
persegi yang direkod sebagai antara tertua
di dunia; dia terjerat antara tanggungjawab
mempertahankan khazanah semulajadi
negara dengan tawaran kerja lain yang
berpendapatan lebih lumayan.

CONTOH 2 @ 3 PERENGGAN
TAMAN NEGARA UMUM
Memaparkan warna sari Taman Negara
Kuala Tahan di Pahang yang keunggulannya
setanding hutan Amazon di Brazil dengan
koleksi ribuan khazanah flora dan fauna unik
termasuk menempatkan suku pribumi Batek
semenjak awal mendapat perhatian meluas
pengkaji, penyelidik dan peminat alam
semulajadi dari dalam dan luar negara.

Namun, keadaan Taman Negara kini seolaholah kian terbiar hingga mencetus pelbagai
isu seperti keselamatan pengunjung,
3

kemusnahan hutan dan penjagaan habitat


haiwan serta kemudahan asas yang kini
sedang giat diusahakan oleh pihak Perhilitan
Kuala Tahan ke arah melestari Taman
Negara tersebut sebagai santuari flora dan
fauna terbaik di dunia.

ORANG ASLI BATEK


Merakam warnasari kehidupan harian Musa
Hitam, 11 tahun pelajar Tahun Lima Sekolah
Kebangsaan Kuala Tahan yang inspirasi,
semangat dan jati dirinya sebati dengan
cabaran hutan belantara dan adat resam
suku kaum Batek walaupun asakan
pembangunan hari ini telah banyak
mengubah gaya hidup ramai kawankawannya yang lain.

BOAT MAN
Menelusuri perjalanan hidup penuh warna
Jamil Sulong, pengusaha bot tambang di
pengkalan sungai Taman Negara Kuala
Tahan.
Sungguhpun mahir dengan selok belok
sungai-sungai jernih berarus deras Kuala
Tahan namun dia sendiri pernah mengalami
peristiwa botnya karam hingga
mengorbankan nyawa beberapa
penumpang namun dia tidak pernah serik
untuk mengabadikan jiwa raganya pada
khazanah alam tidak ternilai itu.

Anda mungkin juga menyukai