Anda di halaman 1dari 7

Penghayatan Cerpen Dan Drama

1. Tema dan persoalan


TEMA – Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera.
Dalam karya prosa yang bukan cereka, tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum
dalam perbincangan, bahan karangan ataupun yang disebut tesis. Merupakan gagasan
/pemikiran utama / pandangan / sikap / kritikan / falasafah / serta perbincangan seseorang
penulis. Tema boleh berupa apa sahaja, seperti peperangan, cinta, kemiskinan,
kekecewaan, dan lain-lain. Tema akan dirasai oleh pembaca setelah selesai membaca
sesebuah novel.

PERSOALAN - merupakan isu-isu kecil @ sampingan yang diketengahkan oleh pengarang


untuk mendokong tema. Ianya hadir bersama rentetan peristiwa/ plot.

UNSUR KERELEVANAN - bermaksud mempunyai hubungan dan kaitan @ pertalian


dengan topik yang dibincangkan oleh pengarang. Latar masa menjadi pengukur
menentukan samada gagasan pemikiran pengarang relevan atau tidak dengan masa
sesuatu karya itu dihasilkan. Contohnya novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur yang
ditulis tahun 1980-an dianggap relevan dengan isu semasa pada tahun itu seperti
MAKNA HARAFIAH : Makna yang dikesan/ dirasai secara langsung dari karya yang dibaca.

Disebut juga makna tersurat

MAKNA TERSIRAT: Makna yang terselindung/ tersembunyi disebalik tema dan persoalan.
Dalam sesebuah karya memang terdapat kedua-dua makna ini. Untuk mengesan makna
tersirat lebih susah daripada mengesan makna tersirat kerana pembaca terpaksa berfikir
dan menduga-duga maknanya. Belum pasti apa yang diduga pembaca sama dengan
pemikiran pengarang

Nilai
a. Kemanusiaan

TAKRIFAN: Nilai Kemanusiaan- Nilai-nilai baik yang ditunjukkan oleh seseorang watak
kepada watak lain dalam sesebuah karya sastera, ianya berkait rapat dengan isu yang
diketengahkan oleh pengarang Contoh: Belas kasihan, simpati, kesetiaan, kecekalan,
kerajinan, kejujuran, mengenang budi dan sebagainya.

b. Kemasyarakatan

TAKRIFAN: Keadaan masyarakat, yang berkaitan dengan masyarakat dalam sesuatu karya
sastera sama ada dalam cerpen, novel, drama ataupun sajak. Antara contoh nilai
kemasyarakatan seperti, mementingkan kerjasama, tolong menolong, mementingkan nilai
ketimuran, semangat kejiranan.
c. Keagamaan / Moral

TAKRIFAN: Nilai yang termaktub dalam ajaran agama dan juga dalam sesbuah masyarakat
atau juga sikap atau cara kelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk
sesuatu akhlak.

3. Latar
LATAR memainkan peranan utama dalam memberi suasana kepada peritiwa-peristiwa dan
watak-watak yang terdapat dalam sebuah cerita. Latar mungkin wujud dalam bentuk fizikal
seperti sebuah kamar, sebuah negeri, atau tempat-tempat tertentu.
a. Tempat : Iaitu lokasi /tempat sesuatu peristiwa itu berlaku b. Masa /Suasana : Iaitu bila
( zaman / musim ) sesuatu peristiwa itu berlaku
c. Masyarakat / Keadaan : Suasana umum disekeliling kehidupan watak-watak seperti
agama, emosi, mental, serta kemasyarakatan dari watak-watak tersebut. Watak yang
digambarkan sebagai manusia yang resah / tidak tenteram emosinya akan dapat
menyakinkan pembaca akan segala sikap dan tindak-tanduk dalam cerita.

4. Plot dan Peristiwa


Dalam cereka atau drama, plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara
peristiwaperistiwa dalam cerita (jalinan cerita / rentetan peristiwa ) yang rapat pertaliannya
dengan gerak laku lahiriah dan bathiniah watak dalam cerita. Setiap peristiwa dan gerak
laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berlaku berdasarkan
kepada hukum sebab dan akibat. Dalam alam realiti/alam nyata setiap peristiwa berlaku
secara terperinci / tersusun dan kronologi, tetapi dalam pembinaan plot , pengarang
berhak menyusun peristiwa mengikut fantasi atau citarasa /kemahuan pengarang sendiri

a. EKSPOSISI iaitu permulaan plot – pengenalan watak . akibat perhubungan watak ,timbul
pertikaian atau konflik

b. KOMPLIKASI iaitu pertengahan cerita – konflik semakin rumit.

c. KONFLIKS
Pertentangan @ perjuangan yang timbul daripada keadaan saling bertindak antara dua
kuasa yang perlawanan dalam plot sesebuah cerita. Konflik menimbulkan unsur-unsur
ketegangan yang menarik perhatian pembaca

Konflik terbahagi kepada 5 jenis

1. Konflik dalam diri


2. Konflik dengan watak lain
3. Konfilk dengan masyarakat
4. Konflik dengan unsur alam
5. Konflik dengan nasib dan taqdir

d. KLIMAKS iaitu perumitan /pertentangan / konfliks yang sudah memuncak – konsentrasi


yang maksima / detik ketegangan akhir pada konflik. Ini merupakan bahagian yang paling
menarik minat pembaca di mana mereka akan memberi tindak balas emosi yang terkuat
terhadap kedudukan cerita. Dalam struktur dramatik, klimaks terletak pada titik perubahan
aksi naik bertukar menjadi aksi menurun

e. PELERAIAN – merupakan peringkat akhir dalam pembinaan plot. Pertemuan peleraian


cerita adalah sebagai akibat yang diperolehi dari konflik, dilaksanakan pengarang dalam
berbagai-bagai resolusi tertentu. Perkembangan ini adalah lanjutan dari klimaks atau
dipanggil anti klimaks. Di sini nasib watak akan ditentukan . Terdapat pelbagai situasi
peleraian di mana ada pengarang yang menentukan nasib watak-watak dan terdapat juga
pengarang memberikan hak kepada pembaca untuk meleraikan sendiri nasib watak-watak
dalam sesebuah karya.

KETEGANGAN – Penyelesaian yang berlainan dari apa yang difikir oleh pembaca
Plot terbahagi kepada dua
a. Plot Kronologi- ikut urutan masa
b. Plot tidak kronologi – tidak ikut urutan masa

5. Watak dan Perwatakan


Berfungsi mengembangkan tema dan persoalan. Dari watak-watak muncul semua peristiwa.
Peristiwa terjadi kesan dari sabab dan akibat ( cause and effect) – seterusnya wujudnya
lpot. Pengarang boleh menghidupkan watak melalui aksi dan derak laku watak dengan
menggunakan bahasa / gambaran hingga dapat menghidupkan watak sebagai realiti. Watak
dalam karya adalah manusia yang bergelut dengan masalah-masalah seperti juga watak
dan perwatakan manusia di luar karya

a. Jenis Watak
i. Watak Protagonis
Merupakan watak yang memainkan peranan penting / utama dari awal hingga akhir cerita.
Tidak semestinya watak protagonis wira yang baik, watak jahat juga boleh menjadi watak
utama jika pengarang mementingkannya daripada watak-watak lain
ii. Watak Antagonis
Watak yang menjadi penentang kepada watak protagonist
iii. Watak Bundar
Mempunyai sifat-sifat sebagai manusia biasa, unsur-unsur fizikalnya, psikologi dan unsur
kemasyarakatan. Ia lebih menyakinkan atau lebih tepat dengan sifat-sifat manusia dalam
kehidupan sehari-harian. Seseorang wira juga ada kelemahan-kelemahan seperti sifat-sifat
cemburu, yakin pada diri dan sebagainya

i. Watak Pipih
Watak yang tidak berkembang dan berbeza dengan watak bundar. Dikenali sebagai watak
sampingan, bukan penggerak cerita, bukan watak utama /penting

ii. Watak Dinamik


Watak yang berubah-ubah dan berkembang mengikut kesesuaian atau keperluan
tertentu, samada dari segi psikologi, tingkah laku ( aksi dan reaksi ) akibat dari
persekitaran atau kesan dari rentetan plot . Fungsinya
· Untuk mengembangkan plot
· Mewujudkan perubahan sikap /sifat watak lain
· Merubah latar dan suasana
· Menonjolkan perwatakan protagonis

iii. Watak Statik


Bertentangan dengan watak dinamik – iaitu watak yang tidak mengalami perubahan
dalam menghadapi dugaan dan tidak dapat diubah oleh persekitaran atau fikirannya
tidak berkembang dari mula cerita hingga ke akhirnya

b. Peranan Watak

C. Perwatakan
i. Latar dan sejarah watak
ii. Sifat Dalaman
iii Sifat Luaran

5. Sudut Pandangan
Cara pengarang mempersembahkan karya / cerita / fiksyen dan peranan pengarang dalam
menggambarkan aksi sesebuah cerita. Terdapat beberapa situasi perana pengarang dalam
karya mereka
· Turut terlibat memainkan peranan dalam dalam karya
· Berada di luar cerita
· Cuma memaparkan cerita / peristiwa dan menggambarkan watak-watak tanpa
menyerapkan diri dalam watak-watak novel

Terdapat 4 jenis sudut Pandangan

a. ORANG PERTAMA : Pengarang terlibat secara langsung


dalam karyanya dengan meresapkan diri ke dalam watak karya menggunakan
gantinama “aku.

b. ORANG KETIGA TIDAK TERBATAS / SERBA TAHU :


Pengarang mengetahui segalanya dari segi lahiriah dan bathiniah watak dan
fenomena yang berlaku dalam karyanya. Pengarang juga terlibat dalam membawa
pengajaran tafsiran atau memberi hukuman kepada watak-watak terlibat.
Pengarang boleh bercerita secara fizikal dan dalaman /apa yang dirasai oleh
watak-watak seterusnya boleh mencetuskan konflik watak

c. ORANG KETIGA TERBATAS : Pengarang berada di luar


permasalahan sekadar mengetahui diri watak-watak tersebut secara tidak
terperinci

d. SUDUT PANDANGAN OBJEKTIF : Pengarang bertindak


sebagai pencatat / pelapor pada peristiwa yang berlaku. Pengarang berada di luar
karyanya. Disebut juga “teknik kamera”. Pengarang tidak memihak kepada watakwatak
dalam karyanya, tidak memberi pendapat, hanya memperlihatkan aksi
watak dan terserah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan.

6. Gaya bahasa

a. PERSONIFIKASI
Menggunakan kiasan untuk memberikan sifat-sifat manusia seperti perasan,
perwatakan tindak-tanduk kepada objek-objek mati/ binatang @ bukan
manusia
Contoh : Cinta yang bersayap
Angin yang mejenguk

b. SIMILE / KIASAN
Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan
nilai yang sama. Simile menggunakan perkataan banding
seperti,bagailakasana, umpama dan sebagainya Ayat Rumah saya seperti
rumah saudara bukan dikatakan simile walaupun menggukankan kata banding
Contoh: garang seperti singa
Merdu bagai buluh perindu
Terumbang-ambing bagai laying-layang putus tali

c. METAFORA
Kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi seuatu yang lain, bagi
menyarankan bahawa antara kedua-duanya terdapat persamaan.Berbeza
dengan simile ialah metafora tidak menggunakankata-kata bandingan seperti
umpama dan sebagainya.

Contoh

Hidup adalah pemandangan di jendela keretapi


Metafora juga boleh ditafsirkan terdiri daripada dua perkataan. Satu perkataan
bersifat konkrit( nyata dan menjadi objek untuk difikirkan), manakala satu
perkataan lagi bersifat abstrak iaitu tidak nyata yang menjadi pembanding

Contoh:

Lubuk hati
Gerbang sejarah
Roh wang
Kerikil kembara

d. IRONI
Mengucapkan sesuatu yang berlaianan daripada reality atau kenyataan yang
sebenarnya.. secara leteralnya ia bermaksud sindiran, cemuhan atau ejekan.
Ironi lebih mudah dikesan melalui deklamasi. Ini disebabkan intonasi suara,
pendengar dapat merasakan bahawa ia mungkin mengandungi makna yang
lain daripada yang dinyatakan

e. PARADOKS
Suatu pernyataan yang sekali imbas kelihatan bertentangan atau salah menurut
pendapat umum atau kedengaran agak pelek, tetapi apabila dilihat lebih dalam,
penyataan tersebut adalah munasabah dan dapat diterima sebagai benar
Ungkaran Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia boleh
dianggap sebagai paradoks

f. PERLAMBANGAN
Sesuatu yang berdiri sebagai dirinya sendiri disamping menyarankan atau
memaknakan sesuatu yang lain.Terbahagi kepada beberapa kategori:
1. Lambang dari unsure alam - ombak,gunung, bulan,bintang,rimba,pagi dll
2. Lambang dari nama watak terkenal - Rama,Sita,Rawana, Tuah, Jebat dll
3. Lambang warna - buru, merah,putih, hitam dll
4. Lambang
g. Perbandingan
h. Citra
i. Dialek
j. Pengaruh bahasa asing.

7. Teknik

a. PEMERIAN / NARATIF : Pengarang menggambarkan sesuatu samada keadaan


alam, suasana, peristiwa atau seseorang watak. Pemerian disampaikan dalam
bentuk wacana dan tidak melibatkan unsure-unsur dialog, monolog dan monolog
dalaman

b. DIALOG : Perbualan / percakapan antara dua atau lebih watak dalam karya
sastera

c. MONOLOG : Tutur kata / pengucapan oleh seseorang watak secara


bersendirian, ia lebih merupakan usaha menyatakan perasaan dan fikiran.
Contohnya, berdoa, meratap, mengeluh, merintih, merungut dan sebagainya

d. MONOLOG DALAMAN : Kata hati / pengucapan batin watak / pergolakan batin


/fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog / monolog. Ia tidak
didengari oleh watak-watak lain . Biasanya ia muncul bila watak berada
bersendirian, dalam keadaan termenong, berkhayal, berilusi, mengenang nasib dan
sebagainya. Petunjuk yang menunjukkan monolog dalaman ialah berkata dalam
hati, bertanya dalam hati, berseru dalam hati, merintih dalam hati dan sebagainya

e. IMBAS MUKA : Penggambaran / ramalan sesuatu peristiwa atau kejadian yang


akan atau mungkin berlaku sama ada pada watak atau masyarakat. Muncul melalui
dialog, monolog atau monolog dalaman. Dengan memasukkan imbas muka dapat
mengurangkan ketegangan/saspen pembaca, memperlahankan plot dan pembaca
mendapat bayangan (walau pun samar) apa yang akan berlaku
Keburukannya ialah mengurangkan ransangan pembaca dan membuatkan
pembaca tidak perlu memikirkan apa yang akan terjadi seterusnya

f. IMBAS KEMBALI : Pengarang menggambarkan watak mengingati semula kesah/


peristiwa yang pernah terjadi, dialami dan dilihat oleh watak tak kira watak utama
atau watak sampingan. Muncul melalui ingatan, khayalan, kenangan dalam bentuk
monolog atau monolog dalaman

g. Ketegangan / Penyelesaian
Ianya merupakan kemuncak naluri ingin tahu pembaca terhadap sesuatu
peristiwa yang akan berlaku berikutnya. rasa ragu-ragu terhadap apa yang
akan berlaku selanjutnya.
Ianya juga dikenali sebagai katasfora atau peleraian untuk menyebut akibat atau
kesudahan sesebuah cereka.

h. Arus Kesedaran
Ianya merupakan pendedahan pengaliran fikiran yang berlaku secara sedar dan
pengaliran
tindak balas emosi fikiran seseorang individu. Kebiasaanya ia akan diikuti dengan
aksi spontan yang ditunjukkan oleh watak hasil dari pengaliran fikirannya berhubung
dengan sesuatu keadaan atau situasi.

i. Perulangan
Perihal berulang (berulang-ulang atau sesuatu yang berulang atau diulang-ulang)

j. Dramatik(penceritaan tak langsung)


Mempunyai lagak / gaya / aksi yang ditunjukkan (bukan percakapan) seperti
gerak-geri, aksi, mimik muka dan sebagainya

k. Didaktik
Unsur pengajaran dalam sesebuah karya sastera yang memberi pamduan terutama dalam
aspek moral, etika atau soal-soal keagamaan. Ianya menjadi matlamat utama atau tujuan
sebenar pengarang dalam menghuraikan sesebuah karya.

Anda mungkin juga menyukai