Anda di halaman 1dari 2

Gaya Bahasa dalam Komsas

Gaya bahasa susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Berikut dihimpunkan jenis- jenis gaya bahasa bersama istilah istilah yang berkaitan dengannya bagi memudahkan pelajar memahami konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh. aliterasi pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata kata yang berturutan Keris sejarah sejak bahari (Pengulangan Konsonan S) Tumbuh subur tepi telaga (Pengulangan konsonan T) asonansi pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deretan kata Kalau gadis ingin selamat (Pengulangan vokal I) Kerja yang payah menjadi senang (Pengulangan vokal A) anafora pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya secara berturutan agar memperoleh kesan tertentu ada bunga dikalungkan ada puji dilafazkan ada jasa dikenang responsi pengulangan kata di tengah baris Gunung tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnangi epifora pengulangan kata kata di akhir baris puisi untuk penegasan Di dalam gemala keluarlah orang, Beribu keti banyaklah orang. diksi pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama dan puisi. Enak nian air kelapa (Penggunaan kata-kata yang indah dalam ayat) bahasa istana bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja anakanda, santap, titah, tuanku bahasa klasik penggunaan perkataan perkataan Melayu klasik leta, mencita

Bahasa Arab perkataan - perkataan Arab yang diterapkan ke dalam prosa bagi memberikan kesan yang berbeza. Wabihi nasta inu billahiala Bahasa Inggeris lavender, facebook, race, exam hiperbola gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih lebihan tulang di dada embah membukit simpulan bahasa busuk hati, titik peluh, naik angin simile perumpamaan atau sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata seperti, bagai, umpama, dan macam. Kain sutera rambuti seperti air embun Paras rupanya seperti matahari baharu terbit sinkope / sinkof penggunaan singkatan kata (biasanya dalam cerpen dan novel) seperti tak, nak, ni, dan dah. metafora pemakaian kata kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnya (sebagai kiasan) dengan menggunakan dua kata berunsur konkrit dan abstrak matanya meliar kaki samseng dasar kolam personifikasi pemberian sifat- sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh- tumbuhan, keadaan atau peristiwa muka pintu dimakan usia mencengkam jiwa repitisi / repitasi pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkan penegasan yang dikehendaki. Kerana aku sayangkan kau aku buat begini, Ani! Kalau aku tak sayangkan kau, peduli apa kalau kau mampus tengah jalan Tapi aku dan mak kau masih sayangkan kau. Kamulah satu-satunya anak kami. Peribahasa ibarat kain yang putih bersih, bagaikan menatang minyak yang penuh inversi pembalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim. Bukan baru setahun dua umurnya

Anda mungkin juga menyukai