Anda di halaman 1dari 8

Langkah yang perlu diambil untuk menjawab soalan puisi/sajak

1
.

Fahami tajuk sajak betul-betul. (Jika tajuk diberikan)

2
.

Baca keseluruhan sajak sepintas lalu dan fahami secara kasar maksudnya.

3
.

Cari perkataan-perkataan atau kalimat-kalimat yang membawa makna yang


khusus dan cuba fahami maknanya.

4
.

Cari maksud yang hendak disampaikan oleh penyajak.

5
.

Setelah memahami keseluruhan sajak,kaitkan pula dengan soalansoalannya.

Lampiran 2
Latihan
i.

Huraikan keadaan alam sekitar yang digambarkan oleh penyajak?


..
..
..
(3 markah)

ii.

Apakah tema sajak di atas?


..
..
..
(2 markah)

iii
.

Pada pendapat anda , mengapakah manusia sekarang tidak menghargai


keindahan alam semula jadi?

..
..
..
(3 markah)
Skema Jawapan
i.

kepupusan alam semula jadi sebagai akibat diterokai oleh arus pemodenan.
(1 markah)
air laut juga tercemar sehingga unggas laut mati keracunan. (1 markah)

ii.

Sajak ini membawa tema cinta kepada keamanan dan kedamaian alam
semula jadi.
(2 markah)

iii
.

Manusia sekarang lebih cinta akan harta kekayaan sehingga sanggup


memusnahkan alam. ( 1 markah)
Gaya hidup moden berasaskan penggunaan teknologi canggih juga turut
menyumbang kepada sikap tidak lagi menghargai alam semula jadi serta
habitatnya. (1 markah)

I
Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu.
Daun-daun menghijau alangkah segar
kemilau danau disinar mentari
kali tenang betap lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.
Malam hiba dadanya ungu luka
pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.

II
Orang bicara bulan bintang di makmal
pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa.
Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
Suara siapa parau mendera di malam lara
Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?
III
Bulan kini bukan menara kasih jernih
bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.
~ Shamsuddin Jaafar

ULASAN SAJAK: KEINDAHAN YANG HILANG (SHAMSUDDIN JAAFAR)


1. MAKSUD:
Rangkap 1: digambarkan burung undan tua berada dalam keadaan yang tidak
bermaya kerana tubuhnya dicemari debu dan bulu-bulu carik.
Rangkap 2: dilukiskan pula tentang keindahan alam semula jadi yang dapat
menimbulkan kedamaian dan kasih sayang.
Rangkap 3: digambarkan pula burung pungguk yang menanti kehadiran bulan
dan bintang.
Rangkap 4: kemajuan yang dicapai oleh sains dan teknologi, manusia kini
menganalisis bulan melalui komputer, buku dan data-data yang dikumpul,
sehingga manusia dapat menguasai angkasa luas dan meneroka bulan yang
selama ini tidak pernah terimpikan.
Rangkap 5: penyair memaparkan segala macam kesan daripada penerokaan
hutan sehingga menerbitkan pelbagai pencemaran termasuk kejadian yang
meragut nyawa manusia yang tidak bersalah.
Rangkap 6: disimpulkan bahawa fungsi alam seperti bulan dan bintang yang asal
ialah sebagai simbol kasih sayang tetapi kini telah hilang.

2.TEMA:

- Kemusnahan keindahan alam semula jadi akibat daripada kemajuan sains dan
teknologi.
2. PERSOALAN:
a. Persoalan menekan kepada dua kesan:
i. ketika alam sentiasa dapat dinikmati
ii. selepas alam telah musnah. timbul keresahan, terharu, kebimbangan
kerana manusia sentiasa mencari kemegahan, kekuasaan dan
keagungan melalui teknologi moden.

4. MESEJ:
a. alam semula jadi perlu dijaga. keindahan tidak hilang dan musnah.
b. manusia perlu mengekalkan keindahan yang sedia ada.
c. jangan terlalu mengejar kemajuan teknologi tanpa mengambil
kira kesan yang akan dihadapi pada masa akan datang.

5. LATAR:

- awal tahun 70-an


- masyarakat Malaysia mula menerima kemajuan dari pertanian ke
perindusterian.
- kemusnahan berlaku kerana kerakusan manusia meneroka hutan.
- masyarakat yang kian moden.
- manusia mula angkuh.
- mereka mula memahami pelbagai fenomena.
- mereka tidak menyanjung sunsur alam tapi mereka
mendabik dada bahawa merekalah yang telah menguasai alam sebenarnya.

6. INTUISI:

Rasa kecewa dan sedih penyair terhadap kemusnahan alam sekitar. Penyair
sedih kerana keindahan alam yang dipuja selama ini sudah musnah kerana
kerakusan manusia mengejar kemajuan teknologi moden. Selain menyesali sikap
manusia yang semakin rakus meneroka alam tanpa memperdulikan kesan
kepada makhluk lain.

7. PERANAN/FUNGSI:

Sajak ini membawa peranan sosial. Penyair menyampaikan sajaknya melalui


perasaannya tentang keindahan alam yang semakin terhakis akibat mengejar
pembangunan. Perkara ini menjelaskan bahawa alam sekitar perlu dijaga agar
kekal dengan keindahan dan fungsinya.

8. NADA:

- melankolik.

9. BENTUK.
- bebas

10. GAYA BAHASA:

a. Personifikasi malam hiba dadanya ungu luka


- kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
b. metafora punguk tersedu pilu di atas batu
bulan kini bukan lagi menara kasih jernih
c. Asonansi
d. Aliterasi.
Ulasan Sajak Keindahan Yang Hilang - Shamsuddin Jaafar oleh ADIBAH AMIN

Apakah nada Bahagian I rangkap pertama?(


Nadanya sayu dan tidak bermaya.
Mengapa anda berkata demikian?
Lagu undan itu hiba, iaitu sedih atau sayu. Tua membayangkan keadaan uzur;
mungkin undan itu berlagu kali akhir sebelum mati. Bulunya carik, tidak lagi teguh
melekat pada badannya, gugur ke bumi. Bulu itu melayang bercampur dengan
debu di udara, lambang pencemaran. Lesu menunjukkan kehilangan tenaga
hidup. Diksi (kata-kata) tersebut membawa nada sayu dan tidak bermaya .
Nyatakan sumbangan unsur bunyi dan gaya bahasa terhadap nada ini:
Ulangan vokal u dalam rangkap ini menyumbang terhadap nada sayu. Dalam baris
pertama terdapat asonansi vokal u; hampir setiap kata mempunyai vokal itu:

sayap-sayup, undan, tua, berlagu. Dalam baris keempat dan kelima terdapat
rima dalaman yang menekankan lagi bunyi u, iaitu satu-satu dengan debu,
lesu dengan lalu, serta rima hujung iaitu debu dengan lalu. Aliterasi lesu
dengan lalu menarik perhatian terhadap kata-kata yang membawa erti tidak
bermaya dan membayangkan peredaran. Gaya bahasa personifikasi memberi sifat
manusia, iaitu lesu kepada bulu yang berapungan dan menambah kesan
kehilangan tenaga.
Bagaimana pula nada Bahagian I, rangkap kedua?
Rangkap ini bernada segar, riang, damai dan mesra .
Sokong jawapan anda.
Dari segi diksi iaitu kata-kata, nada segar dicipta dengan menghijau dan segar;
nada riang dengan kemilau dan disinar; nada damai dengan tenang, lembut
dan kedamaian; nada mesra dengan kasih, erat, bertaut dan cinta. Dari segi
unsur bunyi, aliterasi daun-daun dalam baris pertama, danau disinar dalam baris
kedua dan mengalir muara dalam baris ketiga memusatkan perhatian pembaca
terhadap bahagian-bahagian alam yang segar, riang dan damai. Rima dalaman iaitu
kasih dengan jernih dalam baris kelima, juga rima hujung iaitu jernih dalam
baris kelima dengan kasih dalam baris keenam menekankan kasih sayang sejati
dan menyumbang terhadap nada mesra. Dari segi gaya bahasa, metafora tumpah
kasih nan jernih menguatkan lagi nada mesra tersebut; begitu juga ulangan
perkataan kasih.
Komen tentang nada rangkap ketiga, Bahagian I.
Rangkap ini bernada sayu. Dari segi diksi, kata-kata yang membina nada ini ialah
hiba, luka, tersedu, pilu dan pudar. Dari segi gaya bahasa, penggunaan
mitos pungguk dan bulan pula menambah kesan nada ini: dulu, sekurang-kurangnya
pungguk masih dapat menatap wajah jelita kekasihnya bulan walaupun dari jauh,
tetapi kini bulan tidak menjaga kecantikannya lagi. Pungguk, bulan dan malam diberi
sifat manusia iaitu tersedu pilu, mendandan wajah dan hiba; penggunaan gaya
bahasa personifikasi ini mendalamkan lagi kesayuan nada. Hiba merupakan
ulangan kata dari rangkap pertama; penggunaan ulangan ini mengukuhkan nada
sayu dalam kedua-dua rangkap tersebut. Dari segi unsur bunyi, aliterasi iaitu
pungguk pilu menarik perhatian terhadap pungguk yang kini lebih sedih
daripada dulu. Rima dalaman iaitu pilu dengan batu menekankan bunyi u yang
sayu.
Nada apakah terdapat dalam Bahagian II, rangkap pertama?
Nada di sini dingin, memendam perasaan. Penyajak menyatakan betapa
cakerawala dikaji dan dijelajah akibat kemajuan sains dan teknologi. Perasaan yang
dipendam ialah nostalgia terhadap misteri dan keindahan yang hilang kerana
manusia hanya mementingkan sains. Dari segi diksi, nada dingin dibina dengan
kata-kata makmal, buku, data, komputer, diteroka dan planet. Dari segi
unsur bunyi, aliterasi bicara bulan bintang menekankan betapa bulan bintang
dibincangkan secara sains, dan tidak lagi ditatap keindahannya.
Beri ulasan anda tentang nada Bahagian II, rangkap kedua.
Rangkap ini membawa nada ganas, ketika alam mengamuk membalas perbuatan
manusia mencemarkannya. Dari segi diksi, kata-kata yang mencipta nada ganas

ialah parau, mendera, bengis, melanda dan berhutang nyawa. Dari segi
gaya bahasa, personifikasi airnya bengis melanda menguatkan kesan nada ganas;
begitu juga metafora berhutang nyawa. Dari segi unsur bunyi, aliterasi suara
siapa dan mendera malam memusatkan perhatian terhadap kata-kata yang
membayangkan ancaman keganasan dari pihak yang tidak diketahui, kemudian
tiba-tiba disedari ialah alam yang membalas dendam. Aliterasi tenang tiba-tiba
menitikberatkan perubahan mendadak yang berlaku pada sungai, daripada tenang
tiba-tiba menjadi bengis, iaitu ganas.
Terangkan nada Bahagian III.
Bahagian III yang terdiri daripada satu rangkap sahaja mempunyai nada sayu penuh
nostalgia. Penyajak sedih dan merindui masa silam ketika bulan dihubungkan
dengancinta murni sepasang kekasih yang berikrar setia sehidup semati
bersaksikan bintang. Penyajak menyesali hilangnya sikap manusia yang mengaitkan
keindahan dan kasih sayang dengan alam. Dari segi diksi, nada sayu penuh
nostalgia dicipta dengan kata-kata bukan lagi. Dari segi gaya bahasa, ulangan
digunakan untuk menekankan bukan lagi. Personifikasi bintang-bintang bukan lagi
saksi juga menarik perhatian terhadap perubahan sikap yang menyedihkan. Dari
segi unsur bunyi, aliterasi bulan bukan dan bintang bukan menitikberatkan
hilangnya peranan bulan dan bintang dalam kasih sayang .
Pada pendapat anda, adakah penyajak menentang kemajuan sains dan
teknologi?
Pada pendapat saya, penyajak tidak menentang kemajuan sains dan teknologi.
Yang ditentangnya ialah penumpuan terhadap sains dan teknologi sehingga
mengabaikan serta merosakkan segala yang lain. Berbaur debu dalam Bahagian I,
rangkap pertama, baris keempat membayangkan pencemaran udara. Bahagian I
rangkap kedua menggambarkan kesegaran, keriangan, kedamaian dan kemesraan
alam sebelum tercemar. Yang tersirat pada rangkap ketiga, Malam hiba dadanya
ungu luka ialah segala ini telah dibinasakan dengan pencemaran serta penebangan
hutan. Penyajak tidak menentang perbuatan mengkaji dan meneroka cakerawala
tetapi bersedih kerana manusia hanya menerima hasil kajian sains dan tidak lagi
menikmati keindahah alam, hinggakan cinta pun tidak lagi dikaitkan dengannya.
Penyajak menentang perbuatan mencemarkan serta merosakkan alam atas nama
kemajuan sains dan teknologi. Beliau mengingatkan bahawa bencana seperti banjir
yang banyak meragut nyawa sebahagiannya merupakan akibat perbuatan manusia
yang tamak mengejar keuntungan melalui pembangunan tidak terkawal.
Apakah tema sajak ini?
Tema sajak ini ialah sikap manusia yang terlalu bertumpu pada sains dan teknologi
sehingga tidak lagi menghargai keindahan alam atau menghubungkannya dengan
kasih sayang, malah merosakkan serta mencemarkannya atas nama kemajuan,
maka padahnya bencana alam yang dahsyat.
Jelaskan beberapa persoalan sajak ini. (For persoalan, break up the tema into
parts.)

Salah satu persoalan sajak ini ialah keadaan alam yang layu, tidak bertenaga dan
kian musnah akibat pencemaran serta pembinasaan yang dilakukan oleh manusia;
ini di-lambangkan dengan undan tua yang berlagu hiba sebelum mati, bulunya
gugur dan kemudian sayapnya patah. Satu persoalan lagi ialah penumpuan yang

keterlaluan terhadap sains dan teknologi hinggakan keindahan serta misteri bulan
bintang tidak dirasakan lagi. Persoalan seterusnya ialah bencana alam seperti banjir
yang secara mendadak meragut nyawa sebagai akibat perbuatan manusia
merosakkan keseimbangan ekologi alam. Perubahan sikap manusia yang tidak lagi
mengaitkancinta dengan keindahan alam juga merupakan persoalan sajak ini.
Bincangkan nilai dan pengajaran sajak ini. (Nilai and pengajaran have the
same isi but different formats. Note the way to express them.)
Salah satu nilai sajak ini ialah memelihara alam sekitar. Pengajarannya ialah kita
harus menjaga alam semulajadi di sekeliling kita. Kita tidak harus mencemarkan
alam seperti udara dan sungai, atau membinasakan alam seperti menebang hutan
secara berleluasa. Satu nilai lagi ialah bergerak maju dalam sains dan teknologi
tanpa mengetepikan keindahan alam. Pengajarannya ialah kita harus meninggikan
pengetahuan serta prestasi kita dalam sains dan teknologi tetapi tidak pula mengikis
penghargaan terhadap alam yang indah lagi penuh misteri. Mengkaji dan meneroka
bulan bintang malah seluruh cakerawala itu memang baik; namun demikian, kita
juga harus menikmati keindahan serta mengagumi kehebatan alam.
Nilai selanjutnya ialah beringat-ingat tentang apa yang kita lakukan terhadap alam.
Pengajarannya ialah kita tidak harus berbuat sekehendak hati terhadap alam tanpa
memikirkan akibatnya. Perbuatan yang tidak menentu mengikut dorangan nafsu
rakus merebut keuntungan akan menerima padah daripada alam itu sendiri.
Nilai lain ialah mengekalkan hubungan antara kasih sayang dengan keindahan
alam. Pengajarannya ialah kita harus sedar bahawa kasih sayang antara manusia
tetap murni jika dipelihara perkaitannya dengan rasa kagum akan keindahan alam
ciptaan Tuhan. Sepasang kekasih yang bersumpah setia bersaksikan bintang
merupakan lambang pasangan yang memelihara kesucian dan
kesetiaan cinta mereka.
Setakat manakah sajak ini berbentuk bebas?
Dengan bebas dimaksudkan tidak terikat oleh peraturan tradisional seperti pantun
dan syair. Dari segi bilangan baris serangkap, sajak ini bebas: 5, 6, 4, 4, 4 dan 2.
Dari segi bilangan sukukata sebaris juga sajak ini tidak mengikut peraturan pantun
dan syair iaitu 8-12 sukukata. Ada baris yang panjang, contohnya kali tenang
betapa lembut ke muara yang mempunyai 16 sukukata, dan ada baris yang
pendek, seperti erat bertaut cinta kasih dengan hanya 9 sukukata. Dari segi rima
pula sajak ini tidak mematuhi peraturan seperti abab bagi pantun, aaaa bagi syair,
atau aa bagi gurindam. Contohnya, Bahagian I rangkap pertama abcdd, rangkap
kedua abccdd, rangkap ketiga abca dan seterusnya, tidak sekata. Nyatalah sajak ini
sangat bebas bentuknya.
Bincangkan perlambangan atau simbolisme yang digunakan dalam sajak ini.
Perlambangan atau simbolisme digunakan dalam sajak ini untuk menyampaikan
perutusan dengan lebih berkesan melalui deria, perasaan dan daya khayal
pembaca.
Salah satu lambang yang digunakan ialah undan. Undan tua berlagu hiba
melambangkan keadaan alam yang hampir musnah, kerana undan menurut mitos
berlagu sebelum mati. Bulunya yang gugur dan dikatakan lesu berapungan
menjadi simbol kehilangan tenaga alam. Undan patah sayap merupakan lambang
kebinasaan alam sekitar. Simbolisme ini mengharukan dan menyedarkan pembaca
tentang perbuatan manusia merosakkan alam.

Pungguk dan bulan diambil dari satu mitos lain untuk melambangkan keindahan
yang hilang dan ditangisi oleh pencintanya. Menurut mitos ini, sepasang kekasih
telah dipisahkan, si gadis menjadi bulan manakala si teruna dijelmakan sebagai
pungguk. Zaman-berzaman pungguk menatap keindahan wajah bulan sambil
mendayu. Pada zaman moden ini, bulan tidak mempertahankan kecantikannya lagi
kerana gambar-gambar teleskop menunjukkan mukanya tidak licin, maka pungguk
lebih sedih lagi daripada dahulu. Perlambangan ini berjaya memberi kesan hebat
betapa pandangan berdasarkan fakta sains semata-mata dapat merosakkan nikmat
menatap keindahan alam yang dicintai.
Terangkan maksud ungkapan-ungkapan berikut:
a) Melayang satu-satu berbaur debu
b) Malam hiba dadanya ungu luka
c) Orang bicara bulan bintang di makmal
d) Suara siapa parau mendera di malam lara
e) Kepada siapa anak-anak kota desu berhutang nyawa?
a) Bulu undan gugur sehelai demi sehelai bercampur dengan debu di udara, iaitu
keindahan alam dirosakkan oleh pencemaran.
b) Suasana malam dipenuhi kesedihan, seolah-olah malam itu sendiri menderita
kepiluan dan tikaman kerana bulan tidak lagi dianggap indah.
c) Bulan dan bintang dibincangkan dari segi kajian sains, tidak lagi dikagumi
keindahannya, kehebatan serta misterinya.
d) Dalam suasana yang sedih akibat kerosakan alam sekitar di tangan manusia,
terdengar suara yang tidak dikenali penuh kemarahan, iaitu suara alam yang akan
mengganas.
e) Apakah dosa orang di bandar dan di kampung maka dibayar dengan kematian
dalam bencana alam? Jawapannya tentu sekali dosa merosakkan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai