Anda di halaman 1dari 3

Analisis Sajak “Kubentang Sehelai Peta” (T.

Alias Taib)

Oleh: Muliani Rauneh (mulye_hyun@yahoo.com)

MAKSUD KESELURUHAN

Sajak ini memaparkan kisah penyajak yang kembali ke kampung halaman sambil mengimbau
kembali kenangannya semasa kecil yang bermain dengan lumpur sawah dan memancing
ikan. Penyajak juga melalui pelbagai kesusahan seperti berkaki ayam pergi ke sekolah demi
menuntut ilmu. Dalam usia remaja pula penyajak sudah mula berjinak dengan penulisan puisi
sebagai tempat meluahkan perasaan. Seiring dengan peningkatan usia, penyajak
bermuhasabah diri tentang tujuan hidup di dunia ini dan merenung kembali pahit getir yang
dilalui sebelum berjaya dalam hidup. Walaupun penyajak sudah berada di puncak tetapi
penyajak masih mengingati asal usul dan tidak mudah lupa diri.

MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap 1

-Semasa berkunjung ke kampung, penyajak mengimbau kembali kisah lampaunya.

Rangkap 2

-Penyajak terkenang kembali zaman kanak-kanak yang bermain dengan lumpur sawah dan
memancing ikan.

Rangkap 3

-Keazaman untuk menuntut ilmu menyebabkan penyajak sanggup menempuh pelbagai


kesusahan dengan hanya berkaki ayam pergi ke sekolah sambil ibunya memerhati di anak
tangga.

Rangkap 4

-Zaman remaja yang penuh ranjau dilalui dengan ketabahan dan penyajak mula berjinak
dengan penulisan puisi sebagai tempat meluahkan perasaan.

Rangkap 5

-Usia yang semakin meningkat mematangkan penyajak dan bermuhasabah diri tentang tujuan
hidup di dunia ini merenung kembali pahit getir yang dilalui sebelum berjaya dalam hidup.

Rangkap 6

-Walaupun penyajak sudah berada di puncak tetapi penyajak masih mengingati asal usul dan
tidak mudah lupa diri.
TEMA

Sajak ini bertemakan jati diri iaitu penyajak menceritakan pengalaman pahit getirnya
mengharungi kehidupan dan tidak lupa asal usul walaupun sudah berjaya dalam hidup.

PERSOALAN

1. Kegigihan dalam menuntut ilmu.


2. Ketabahan mengharungi cabaran hidup.
3. Keredhaan menghadapi kesusahan keluarga.

BENTUK

1. Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap : 6 rangkap
3. Bilangan Baris :
Rangkap 1 : 4 baris
Rangkap 2 : 4 baris
Rangkap 3 : 4 baris
Rangkap 4 : 4 baris
Rangkap 5 : 4 baris
Rangkap 6 : 4 baris
4. Bilangan patah perkataan : 5-6
5. Bilangan suku kata : 10-15
6. Rima :
Rangkap 1 : a,b,c,d
Rangkap 2 : c,c,e,f
Rangkap 3 : g,h,e,i
Rangkap 4 : j,c,j,j
Rangkap 5 : c,j,f,j
Rangkap 6 : a,b,f,c

GAYA BAHASA

1. Sinkof – ku
2. anafora – pada peta itu mengalir diriku
pada diriku terbit sebuah rakit
3. responsie – antara mengasah bakat menulis puisi
dengan mengasah perasaan melayani hati
4. pengulangan – Di atas (rangkap 1- 6)
5. personifikasi – Di atas rakit ini kukayuh kenanganku

NILAI

1. kegigihan
2. keredhaan
3. ketabahan
4. jati diri

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri kita.


2. Kita hendaklah gigih dalam menuntut ilmu.
3. Kita hendaklah mengingati asal usul kita.
4. Kita janganlah mudah lupa diri apabila sudah berjaya dalam hidup.

Anda mungkin juga menyukai