Anda di halaman 1dari 6

1.

Harga Remaja
Maksud Sajak : Rangkap 1 Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan. Rangkap 2 Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu. Rangkap 3 Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu. Rangkap 4 Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.

Tema. Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda. Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.

Persoalan. 1.Persoalan tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan. 2.Persoalan jati diri remaja. 3.Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.Tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh. 4.Persoalan hala tuju hidup dalam diri remaja. Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.

Bentuk Sajak. 1.Terdiri daripada empat rangkap 2.Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris, manakala rangkap keempat terdiri daripada dua baris. 3.Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris. 4.Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa.

5.Sajak ini berbentuk bebas. Nada. Sinis Gaya Bahasa. 1.Ayatnya pendek-pendek. Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5) 2. Diksinya mudah difahami. Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1) 3.Aliterasi :pengulangan konsonan m Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1) 4.Pengulangan konsonan t Contoh : dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2) 5.Asonansi :pengulangan vokal a Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1) Pengulangan vokal i Contoh : di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6) 6.Anafora pengulangan perkataan pada awal baris Contoh : bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon (rangkap 1, baris 4-5) 7.Metafora Contoh : piala remajamu (rangkap 2, baris 2) cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3) madu ajaran (rangkap 2, baris 5) 8.Simile Contoh : bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4) 9.Sinkope Contoh : Penuhilah remajamu Dengan apakah akan kau penuhi

Nilai. 1.Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran. 2.Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu. 3.Nilai kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.

Pengajaran. 1.Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat. 2.Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah. 3.Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang

penuh masalah dan pengaruh. 4.Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.

2.

Di Perpustakaan
Tema. Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.

Persoalan. 1.Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan. 2.Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya. 3.Persoalan cinta akan ilmu pengetahun.

Bentuk Sajak. 1.Terdiri daripada tiga rangkap 2.Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada sepuluh baris, rangkap kedua ada lima belas baris dan rangkap ketiga terdiri daripada enam baris. 3.Mengandungi antara dua hingga lima patah kata sebaris. 4.Rima akhirnya bebas abccdddddd, abacdbbefegehcc,, abbaba. 5.Sajak ini berbentuk bebas.

Nada. Sinis

Gaya Bahasa. 1.Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : Gua pendeta bersamadi. 2.Aliterasi :pengulangan konsonan n Contoh : Ke kedinginan yang menerpa (rangkap 1 baris 4) Pengulangan konsonan t Contoh : satu pertukaran yang kontras 3.Asonansi :pengulangan vokal a Contoh :Dahaga tak pernah langsai (rangkap 3, baris 6) Pengulangan vokal i Contoh : hanya sebiji dari mutiara (rangkap 2, baris 12) 4.Anafora pengulangan perkataan pada awal baris Contoh : Di puncak sepi Di sana sini (rangkap 1, baris 7-8)

5.Metafora Contoh : Di dada samudera (rangkap 3, baris 3) Bahtera ilmu (rangkap 2, baris 7) 6.Sinkope Contoh : Melangkah ke ruangmu Yang akan kucatat 7.Personifikasi Contoh : Ke kedinginan yang menerpa 8.Imejan Contoh : Gua pendeta bersemadi. (rangkap 1, baris 6)

Nilai. 1.Nilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu. 2.Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan. 3.Nilai bertanggungjawab contohnya berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan.

Pengajaran. 1.Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu. 2.Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. 3.Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu. 4.Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

Soalan Latiha: 1.Mengapakah penyajak berasa kagum apabila melangkah ke ruang perpustakaan? 2.Nyatakan dua kepentingan perpustakaan kepada masyarakat. Jawapan: 1.Penyajak kagum apabila melangkah ke ruang perpustakaan kerana dipenuhi pelbagai buku ilmiah yang membezakan perpustakaan daripada tempat-tempat lain. 2.Dua kepentingan perpustakaan kepada masyarakat ialah tempat rujukan kepada pencinta ilmu dan sumber ilmu dalam pelbagai bidang.

Sajak Mengintai Ruang Insaf (Shukri Abdullah) Tingkatan 4


Maksud Rangkap 1 Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari

rahmat Allah s.w.t. Rangkap 2 Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi. Rangkap 3 Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya. Rangkap 4 Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka.

Tema Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat. Persoalan 1. Persoalan fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup.. 2. Persoalan keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu. 3. Persoalan keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah. 4. Persoalan kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam hidup.

Bentuk 1. Terdiri daripada empat rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada empat baris, rangkap kedua ada enam baris, rangkap ketiga terdiri daripada lima baris manakala rangkap keempat terdiri daripada tiga baris. 3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abab,abcdbe,aabcd dan abb. 5. Sajak ini berbentuk bebas. Nada Melankolik. Gaya Bahasa 1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : tubuhku tercalar duri pidana. 2. Aliterasi :pengulangan konsonan n Contoh : Tanpa kembali ke tunjang makna (rangkap 3 baris 2) 3. Pengulangan konsonan k Contoh : kerap kakiku tersadung selirat akar (rangkap 2, baris 2) 4. Dialog Contoh : Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan? 5. Asonansi :pengulangan vokal i Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup. (rangkap 2, baris 1) 6. Pengulangan vokal u Contoh : masih terbuka ruang untuk (rangkap 3, baris 4) 7. Metafora Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup (rangkap 2, baris 1)

8. Hiperbola Contoh : Tubuhku tercalar duri pidana (rangkap 2, baris 3) 9. Penggunaan bahasa asing. Contoh : Rabb (bahasa arab) 10. Sinkope Contoh : Kerap kakiku tersadung selirat akar.

Nilai 1. Nilai keinsafan, contohnya timbulnya perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat kesalahan masa lampaunya. 2. Nilai rasional, contohnya penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya. 3. Nilai kesedaran, contohnya penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan.

Pengajaran 1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu. 2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. 3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu. 4. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

Latihan Soalan 1. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini. 2. Nyatakan dua faktor yang boleh mendorong seseorang itu insaf.

Jawapan : 1. Dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini ialah penggunaan bahasa asing iaitu Rabb (bahasa arab) dan sinkope ,contohnya, Kerap kakiku tersadung selirat akar. 2. Dua faktor yang mendorong seseorang itu insaf ialah sedar akan kesilapan yang lampau dan mempunyai keinginan untuk bertaubat.

Anda mungkin juga menyukai