Anda di halaman 1dari 16

Pantun Dua Kerat (Nasihat) Tingkatan 2Rangkap 1

Seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada berkatakata.
Rangkap 2
Orang yang perasa akan mudah terusik perasaannya oleh sesuatu perkara.
Rangkap 3
Orang yang tidak insaf akan dirinya akan mendapat balasan akibat perbuatannya.
Rangkap 4
Jika kita terlalu mendengar cakap orang kita juga yang akan menerima musibah.
Rangkap 5
Sekiranya kita hendak selamat kita perlu sentiasa ingat akan nasihat orang.
Rangkap 6
Sudah menjadi lumrah hidup manusia sesuatu perkara yang besar bermula daripada perkara yang
kecil.

TEMA
Nasihat kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat mengharungi segala cabaran dalam
kehidupan.

PERSOALAN
1. Persoalan suka mendengar cakap orang tanpa memikirkan akibatnya.
2. Persoalan perasaan yang mudah tersentuh.
3. Persoalan melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

BENTUK PANTUN
1. Pantun ini terdiri daripada enam rangkap.
2. Pantun ini berbentuk pantun dua kerat yang terdiri daripada sebaris pembayang

dan sebaris maksud.


3. Pantun ini mengandungi lapan hingga dua belas perkataan dalam setiap rangkap.
4. Pantun ini mengandungi tujuh hingga tiga belas suku kata dalam setiap baris.
5. Rima akhir rangkap pertama hingga rangkap kelima aa dan rima akhir rangkap keenam ab.

GAYA BAHASA
Anafora (Anafora ialah pengulangan kata di depan baris.)
Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.

Singkope (Sinkof/ sinkope ialah singkatan)


Sakit pandan tak tahukan duri,
Sakit badan tak tahukan diri.

Aliterasi (Aliterasi ialah pengulangan konsonan)


Dengar cakap enggang makan buah belolok,
Pengulangan bunyi konsonan n

Asonansi (Asonansi ialah pengulangan vokal)


Jika ada padi berhampalah,
Pengulangan bunyi vokal a

Kata ganda
Tanda bersatu bergotong-royong

NILAI
1. Nilai rasional

Sesuatu tindakan yang hendak dilakukan hendaklah difikirkan terlebih dahulu dengan
sewajarnya.
2. Nilai keinsafan
Setiap orang perlulah sedar dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang telah dilakukan.
3. Nilai merendah diri
Tidak menyombong diri terhadap seseorang atau sesiapa saja.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah merendah diri kalau kita tidak tahu akan sesuatu perkara.
2. Kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak menyakitkan hati orang lain.
3. Kita perlulah tidak terlalu mendengar atau percaya kepada kata-kata orang.
4. Kita perlulah beringat sebelum mendapat kesusahan.

Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan) Tingkatan 2-

Petang hari pergi ke pekan,


Pulang membawa sebungkus laksa,
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.

Cantik bergugus buah papaya,


Masak dipetik satu persatu,
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.

Air mengalir dalam terusan,


Mengairi sawah beratus relung,
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.

Tuan puteri dari kayangan,


Senyuman manis seperti madu,
Bermacam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.

Enak nian air kelapa,


Penawar sakit mujarab sekali,
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.

MAKSUD :
Rangkap 1 :
Amalan hidup bermuafakat mesti diamalkan dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang
mendiami bumi Malaysia.

Rangkap 2 :
Rakyat majmuk yang mempunyai pelbagai resam dan budaya hidup di Malaysia dengan bersatu
padu kerana memiliki semangat muhibah.

Rangkap 3 :
Sesuatu urusan yang dilakukan secara bekerjasama dan bergotong royong dapat meningkatkan
lagi semangat perpaduan

Rangkap 4 :
Rakyat yang berbilang kaum tidak mustahil untuk mewujudkan bangsa yang bersatu padu

Rangkap 5 :
Rakyat yang berbilang kaum masih mengamalkan budaya dan adat resam mereka sendiri tetapi
dapat menerima amalan budaya nasional hasil cantuman adat dan budaya semua rakyat yang
mendiami negara ini.

Tema / mesej :
Perpaduan dalam negara yang mempunyai rakyat majmuk

Persoalan :
a) Kepentingan amalan hidup yang harmoni dalam masyarakat;
b) Kepentingan membina semangat bersatu padu dalam negara berbilang kaum;
c) Bekerjasama dalam semua tindakan;
d) Kepentingan mengamalkan budaya nasional; dan,

e) Bersatu padu kerana mengamalkan semangat muhibah.

Bentuk
1. Terdiri daripada lima rangkap.
2. Pantun ini berbentuk pantun empat kerat, iaitu dua baris awalan pembayang dan dua baris
akhir maksud pantun.
3. Pantun ini mengandungi empat belas hingga lapan belas patah perkataan dalam satu rangkap
4. Suku kata terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.
5. Rima akhir ab, ab.

Gaya Bahasa
Simile
Senyuman manis seperti madu; (Rangkap 4, baris 2)
Kata ganda
Tanda bersatu bergotong-royong (Rangkap 3, baris 4)
Hiperbola
Mengairi sawah beratus relong; (Rangkap 3, baris 2)

Asonansi
Di negara Malaysia berbilang bangsa (Rangkap 1, baris 4)
Pengulangan vokal a

Aliterasi
Bermacam keturunan bukan halangan (Rangkap 4, baris 3)
Pengulangan konsonan n

Nilai
1. Nilai bekerjasama.

Masyarakat berbilang kaum hidup bekerjasama menjalankan amalan gotong-royong.


2. Nilai hormat-menghormati.
Masyarakat yang berbilang kaum saling menghormati adat dan budaya masing-masing.
3. Nilai semangat bermasyarakat.
Menjalankan amalan gotong-royong menunjukkan semangat hidup bermasyarakat.
4. Nilai Patriotisme.
Masyarakat yang cinta akan tanah air dan sentiasa bangga dengan kebudayaan tempatan.

Pengajaran
1. Kita hendaklah bertolak ansur dalam segala hal sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum.
2. Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk mengekalkan keharmonian negara.
3. Kita hendaklah hidup berkerjasama dan bertoleransi dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Pantun Dua Kerat (Nasihat) Tingkatan 1-

Berapa jauh wujud dengan sifat


Sejauh lutut dengan pelipat

Sarang semut dalam gelap


Orang selimut selalu lelap

Hitam-hitam pucuk kawa


Sungguh hitam dipandang lawa

Emas , perak tembaga suasa


Malas bergerak tidak merasa

Buah sintang buah senikul


Satu memegang satu memikul

Gaya Bahasa Dalam Komsas


JENIS-JENIS GAYA BAHASA

1. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa pengertian
yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya berisi keriangan.

2. Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda, keadaan
atau suasana. Contoh: Pokok kelapa itu melambai-lambai ke arahnya.

3. Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan. Metafora
boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan fikirannya (Lautan bermaksud
laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu maksud iaitu berfikir atau otak).

4. Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan.
Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini.
Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.

5. Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya berapi-api.

6. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksud yang
tepat. Contoh: benci tetapi rindu.

7. Asonansi ialah pengulangan vokal. Contoh: segar angin laut (pengulangan vokal a).

8. Aliterasi ialah pengulangan konsonan. Contoh: segar angin laut. (pengulangan konsonan n)

9. Pengulangan/ repitasi ialah pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama.
Contoh: tenaga pemuda tenaga beerti.

10. Inversi ialah pembalikan susunan kata. Contoh: sihat badan wajah berseri (sepatutnya; badan
sihat wajah berseri)

11. Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. Contohnya: bila diikat dia jalan, bila dibuka
ia berhenti.

12. Responsi ialah pengulangan kata di tengah baris. Contohnya: mencipta rumah tempat
berlindung, membina bilik tempat berteduh.

13. Epifora ialah pengulangan kata-kata di akhir baris puisi

14. Simbol/ perlambangan. Contoh: Ombak melambangkan cabaran dalam kehidupan.

15. Sinkof/ sinkope ialah singkatan. Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu).

16. Jenis bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Klasik dan lain-lain.

17. Imej Alam. Contoh: padi, bulan, rumput.

SYAIR BIDASARI Tingkatan 4SYAIR BIDASARI: KOMSAS BAHARU TINGKATAN 4

Rangkap 1
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibaratPengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat.
Pengarangnya hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat
supaya menjadi contoh dan perbandingan kepada pembaca.Rangkap 2
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana.
Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada peringkat awal sebelum dilanggar geroda).
Keadilan baginda telah menggamit kedatangan para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu
agama yang merantau).

Rangkap 3
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang mengkagumkan. Sesaat pun


baginda tidak mengalami kesusahan. Namun, tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu akan
berkekalan atau sebaliknya.

Rangkap 4

Seri sultan raja bestari,


Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan. Selang beberapa
bulan, permaisuri pun hamil.

Rangkap 5
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan mala
petaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.

Rangkap 6
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa negeri
Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu: dalam syair dieja
sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.

Rangkap 7
Datanglah menyambar suaranya bahana,

Gemparlah sekalian mulia dan hina,


Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.

Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri
Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan
lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.

Rangkap 8
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
Gempar ini apakah kurang.

Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar
dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran. Baginda
bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.

PERBINCANGAN

Tema

Menceritakan Raja Kembayat Negara dan Permaisurinya yang sedang melarikan diri telah tiba di
sebuah hutan. Mereka telah tiba di sebuah kampung dan permaisuri yang sarat mengandung telah
tiba waktu untuk bersalin.Mereka mencari tempat persinggahan yang sesuai yang berhampiran
dengan sungai.

Persoalan

Persoalan perjalanan yang penuh rintangan dalam usaha mencari kehidupan yang lebih terjamin.
Persoalan pengorbanan yang perlu ditanggung demi orang yang tersayang.
Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isteri.
Bentuk

Terdiri daripada 10 rangkap.


Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah kata.
Gagahilah sedikit perlahan-lahan (3 perkataan)
Teruslah ke kampung seorang saudagar (5 perkataan)
Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata.
Oleh baginda pimpin jari (9 suku kata)
Sampailah baginda ke dalam hutan (13 suku kata)
Rima akhir syair ini ialah aaaa
Syair ini adalah puisi terikat.

Gaya Bahasa

Asonansi -Pengulangan huruf vokal masyhul baginda tiada terkira-kira vokal (a)
Aliterasi - sambil baginda memimpin puteri konsonan (m)
Kata ganda berkerat-keratan,perlahan-lahan ,terkira-kira

Bahasa klasik- durah,lesuh,masyghul


Peribahasa- hilanglah budi

Nilai

Nilai kesabaran.
Setiap insan harus bersabar dalam mengharungi rintangan kehidupan.

Nilai pengorbanan
Dalam usaha mencapai kebahagian seseorang perlu berkorban untuk orang yang dikasihi.

Nilai keperihatian.
Seseorang perlu perihatain dengan kesusahan yang ditanggung oleh orang lain.

Pengajaran

Kita hendaklah bersabar dalam mengharungi ranjau kehidupan agar hidup lebih bermakna.
Kita hendaklah berkorban demi orang yang kita kasihi agar mereka beroleh bahagia .
Kita hendaklah perihatin dengan kesusahan yang tanggung oleh orang lain.

Bentuk
Terdiri daripada 10 rangkap.
Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah kata.
Gagahilah sedikit perlahan-lahan (3 perkataan)
Teruslah ke kampung seorang saudagar (5 perkataan)
Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata.
Oleh baginda pimpin jari (9 suku kata)
Sampailah baginda ke dalam hutan (13 suku kata)
Rima akhir syair ini ialah aaaa
Syair ini adalah puisi terikat.

Gaya Bahasa
Asonansi -Pengulangan huruf vokal masyhul baginda tiada terkira-kira vokal (a)
Aliterasi - sambil baginda memimpin puteri konsonan (m)
Kata ganda berkerat-keratan,perlahan-lahan ,terkira-kira
Bahasa klasik- durah,lesuh,masyghul
Peribahasa- hilanglah budi

Anda mungkin juga menyukai