Anda di halaman 1dari 15

PUISI TRADISIONAL

1 SYAIR BURUNG NARI

Gaya Bahasa Simile : Laksana cermin jatuh ke batu Repitisi : Hanyutlah badan ke sana ke mari
Sinkope : Sajak dan nazam banyak tak kena Paradoks : Daripada hidup sebaiknya mati Inversi :
sahifah dituliskan supaya nyata Asonansi : bermula warkah surat rencana (perulangan vokal a)
Aliterasi : Gundahlah fikir tidka tertentu (perulangan konsonan t) Anafora : Remuk dan redam hancur
di situ, Remuk dan redam rasanya hati Kata arkaik : Masyghul Kata ganda : Gelap gelita, terfikir-fikir,
berulang-ulang

Nilai 1) Nilai kesedaran diri : Penyair sedar akan kesilapan yang dilakukan kerana terlalu menurut
perasaan 2) Nilai rasional dalam membuat keputusan : Penyair menyarankan kita bertindak secara
rasional dalam kehidupan 3) Nilai kesederhaan dalam percintaan : Penyair menasihati agar pasangan
yang bercinta bersederhana kerana bimbang dikecewakan 4) Nilai merendah diri : Penyair meminta
maaf jika kata-katanya kurang menarik dalam lebarannya 5) Nilai hemah tinggi : Penyair
menyarankan agar setiap pasangan menjaga adab masing-masing Pengajaran 1) Kita hendaklah
sedar dan bermuhasabah diri apabila melakukan kesilapan dan berusaha untuk berubah ke arah
yang lebih baik 2) Kita seharusnya tabah meneruskan kehidupan walaupun menghadapi pelbagai
kekecewaan dan dugaan 3) Kita perlu sentiasa berfikir secaara rasional sebelum membuat sebarang
keputusan

Contoh Soalan 1) “Hina besi kerana karat, hina manusia tidak berbudi.” Pada pendapat anda, apakah
cara terbaik untuk memastikan diri kita tidak dipandang hina oleh orang lain? Pada pendapat saya,
berdasarkan syair di atas, cara untuk kita tidak dipandang hina adalah dengan sentiasa merendah
diri, menjalankan tugas dengan amanah dan bertindak rasional dalam setiap tindakan. 2) Nyatakan
dua kelemahan yang terdapat pada paenyair berdasarkan syair di atas? Salah satu kelemahan
penyair adalah buah fikirannya kurang sempurna dan beliau menempuhi nasib yang tidak baik
berulang kali sehingga membawa kemudaratan. 3) Apakah keadaan yang dibayangkan oleh penyair
pada rangkap keenam syair? Pada rangkap keenam Syair Burung Nuri, penyair membayangkan
kehidupannya yang terumbang-ambing tanpa arah tuju serta tidak terurus hingga lupa untuk makan
dan minum.

2 SELOKA: SANTAP ISTIADAT

Gaya Bahasa/ Unsur Bunyi Aliterasi : Isyarat menghormat, mulia-memuliakan Asonansi : Ketujuh
berkumur-kumur Anafora : Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap
merai, hormat-menghormati Metafora : Di dalam riwayat zaman yang silam Bahasa Klasik : peroman
Bahasa Istana : santap Kata Ganda : hormat-menghormati, buah-buahan Personikasi : Kelat jatuh ke
rengkungan Repitisi : Santap beradat, santap istiadat Rima akhir : Rangkap pertama : abacb Rangkap
kedua : aaabaa Rangkap ketiga : aabcbc Rangkap keempat : abcc Rangkap kelima : ab

Nilai Kepatuhan : Ketika makan, tuan rumah atau tetamu hendaklah mematuhi etika dan adab ketika
makan lebih-lebih lagi dalam sesuatu majlis Kesopanan : Tertib dan sopan ketika makan dan minum
dalam majlis diajari oleh pengarang Hormat-menghormati : Mengamalkan etika dan adab serta
sopan ketika makan merupakan tanda menghormati tuan rumah atau tetamu yang berada dalam
majlis tersebut. Kesederhanaan : Pembaca digalakkan untuk bersederhana dalam makan dan minum

Pengajaran Kita hendaklah mengutamakan adab dan etika ketika makan dan minum khususnya
dalam majlis Kita seharusnya mematuhi etika dan tatacara sebuah majlis yang telah ditetapkan Kita
perlu bersederhana ketika makan dan tidak mengambil secara berlebihan mengikut nafsu Kita
mestilah menghormati tetamu atau tuan rumah dengan makan dan minum secara sopan
terutamanya dalam majlis

Soalan Latihan 1) Berdasarkan rangkap kedua seloka ini, apakah adab diikuti oleh seseorang ketika
makan? Berdasarkan rangkap kedua seloka ini, adab yang harus diikuti ketika makan ialah menyuap
makanan ke mulut menggunakan tangan kanan. Selain itu, kita hendaklah mengambil lauk dengan
sopan dan mengunyah makanan perlahan-lahan. 2) Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam
seloka yang anda kaji? Berdasarkan seloka yang saya kaji, antara unsur bunyi yang terdapat dalam
seloka tersebut adalah repitisi seperti Santap beradat, santap istiadat dan penggunaan bahasa klasik
seperti peroman. 3) Berikan cadangan untuk ibu dan bapa dalam memastikan anak-anak menjaga
tatatertib sewaktu makan? Pada pendapat saya, ibu dan bapa boleh memastikan anak-anak menjaga
tatatertib ketika makan dengan menunjukkan contoh terbaik kepada mereka. Anak-anak pasti akan
mencerminkan diri ibu dan bapa maka jika ibu dan bapa menunjukkan contoh yang baik pasti anak
akan mengikutinya. Selain itu, disiplin anak ketika makan boleh dibentuk apabila mereka
menghormati makanan sebagai satu rezeki. Didik anak-anak tentang cara makanan itu dihasilkan dan
pelbagai tenaga dikerah sebelum kita dapat menikmati hidangan di atas meja makan kita. 4) Apakah
maksud rangkai kata kelat jatuh ke rengkungan? Maksud rangkai kata kelat jatuh ke rengkungan
adalah rasa pahit yang terasa hingga ke kerongkong. 5) Pada pendapat anda, mengapakah adab
sangat penting dalam kehidupan seharian? Pada pendapat saya, adab penting dalam kehidupan
seharian kerana ia menunjukkan tanda hormat kepada orang lain atau orang sekeliling. Selain itu,
adab penting untuk mendisiplinkan diri kita supaya sentiasa membuat baik dan memberikan
keperibadian terbaik untuk masyarakat. 6) Kenapa kita perlu besederhana ketika makan? Berikan
tiga kebaikan daripada tindakan tersebut? Kita perlu bersederhana ketika makan supaya tidak
membazir dan membuang makanan yang telah dimasak. Apabila kita bersederhana dalam
pemakanan, kita akan dilihat mempunyai imej baik, kesihatan diri terjamin dan pembaziran makanan
tidak berlaku.

3 PUISI MODEN: SAJAK KIJANG YANG LELAH

Gaya Bahasa Asonansi : Diredah belantara yang mula teduh Aliterasi : Dia cuba bangkit dengan
kekuatan kaki Metafora : Dedaun resah mula berguguran, Pepohon batin akhirnya tumbang
Personifikasi : Menghambat waktu yang bersisa, Sebak menyentap dahan kalbu Responsi : Suara
nyaringnya tidak lagi gah bergema, dia tidak lagi mampu menobat takhta Rima Akhir: Rangkap 1 :
aaab Rangkap 2 : aabcd Rangkap 3 : aabcd Rangkap 4 : abccdeefee

Nilai Ketabahan : Sang kijang yang sudah tua tabah menghadapi kehidupannya Berwaspada : Sang
kijang berhati-hati ketika berjalan supaya dirinya tidak tersadung jerat atau akar pokok Berhemah
tinggi : Sang kijang menggunakan akal fikiran dan kewarasannya untuk melaksanakan tindakan yang
sepatutnya Bersemangat tinggi : Walaupun sudah tidak mempunyai kudrat, sang kijang tetap
meneruskan perjalanannya

Pengajaran Kita hendaklah tabah menghadapi kehidupan walaupun sudah menjelang usia tua Kita
perlu bersemangat menempuh segala cabaran dan rintangan dalam kehidupan Kita seharusnya
berwaspada dalam melaksanakan apa juga tugasan dan tanggungjawab kerana amalan ini dapat
mengelak daripada keburukan Kita mesti mempunyai tekad dan semangat untuk hidup di dunia
kerana setiap manusia mempunyai nilai dan tujuannya

Soalan Latihan 1) Berdasarkan sajak ini, apakah maksud rangkai kata “Perdu”? Maksud rangkai kata
perdu adalah pangkal pokok 2) Berikan pula maksud rangkai kata kudrat? Maksud rangkai kata
kudrat adalah kuasa atau tenaga yang dimiliki 3) Huraikan perasaan yang dihadapi oleh sang kijang
apabila kekuasaannya semakin lenyap? Sang kijang berasa sedih kerana kuasanya semakin lemah.
Namun, dia bertekad untuk berkuasa semula berbekalkan apa sahaja kekuatan yang dia miliki.
Segala cabaran dan rintangan akan dihadapinya dengan lebih berhati-hati. 4) Berikan dua gaya
bahasa yang menarik beserta contoh yang terdapat dalam sajak ini. Antara gaya bahasa yang
terdapat dalam sajak ini adalah metafora, contohnya menjinjing tekad. Selain itu, terdapat juga
personifikasi seperti dedaun resah, pepohon batin dan asonansi seperti Bimbang tersadung akar dan
jerat. 5) Dalam mendepani era pembangunan yang pesat, apakah langkah yang perlu dilakukan
untuk mengelakkan kemusnahan flora dan fauna di negara Malaysia? Langkah untuk mengelakkan
kemusnahan flora dan fauna adalah dengan memastikan pembangunan lestari dilaksanakan. Selain
itu, pihak berkuasa perlu memastikan hutan simpan kekal dikawal daripada penceroboh dan
dipelihara untuk kesihatan flora dan fauna. Akhir sekali, kemusnahan flora dan fauna boleh
dielakkan sekiranya pembangunan di kawasan bandar dimaksimakan dengan menghidupkan semula
pembangunan terbiar atau usang. 6) Berikan pendapat anda tentang cara generasi muda pada hari
ini untuk menghadapi masa depan yang penuh dengan cabaran? Pada pendapat saya, generasi
muda pada hari ini perlu mengutamakan pembelajaran ilmu pengetahuan dan kemahiran diri.
Berbekalkan ilmu yang tinggi, generasi muda mampu membuat keputusan yang betul dalam
mendepani cabaran dan seterusnya mampu untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar apabila
menjadi dewasa.

4 SAJAK: PESAN IBU BERIBU-RIBU

Gaya Bahasa Anafora : Si Bedul sudah ditangkap, Si Bedul di dalam lokap Asonansi : kini baru
disedarinya Aliterasi : Mengenangkan nasib temanku itu Epifora : Aku merindui pesanan ibu. Ya,
pesanan ibu Hiperbola : Jangan dipilih kawan berhantu.” Sinkope : tapi ibu tetap ibu Responsi :
pilihlah kawan yang mulia hati, tolaklah kawan pementing diri Repetisi : Tapi ibu tetap ibu

Nilai Kasih sayang : Penyajak menunjukkan kasih sayang seornag ibu yang tidak penat memberi
pesanan kepada anaknya Tanggungjawab : Tanggungjawab seorang ibu untuk mendidik anak-anak
supaya tidak memilih jalan yang salah Prihatin : Ibu sentiasa prihatin terhadap keselamatan dan
masa depan anak-anak Rajin : Ibu berpesan supaya rajin menuntut ilmu kerana ia menjadi tunjang
kehidupan anak-anak

Pengajaran Kita hendaklah sentiasa mendengar pesanan atau nasihat yang diberikan oleh ibu kita
Seorang ibu perlu bertanggungjawab dalam mendidik dan memberikan nasihat kepada anak-anak
agar kehidupan mereka bermanfaat Kita seharusnya berhati-hati dalam memilih kawan kerana
pengaruhnya mampu mempengaruhi kehidupan kita Kita perlu sentiasa menuntut ilmu dan
menambah kemahiran diri untuk menjadi individu yang berguna di muka bumi ini Kita hendaklah
mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara negatif kerana akan merugikan masa kita Kita
seharusnya mengakui kesalahan diri dan berazam untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi

Soalan Latihan 1) Berdasarkan sajak Pesan Ibu Beribu-ribu, apakah maksud rangkap ketiga sajak
tersebut? Maksud rangkap ketiga sajak adalah pada satu petang, kawan penyajak bersedih kerana
telah ditinggalkan kekasihnya. Dia baru sedar bahawa kekasihnya merupakan seorang penipu dan
telah ditangkap serta dilokap. 2) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.
Terdapat banyak gaya bahasa yang terkandung dalam sajak ini. Antaranya adalah personifikasi,
contohnya, di luar sana mingkin bencana menunggu. Selain itu, gaya bahasa yang ditunjukkan adalah
anafora, contohnya, pilihlah kawan yang mulia hati, pilihlah kawan yang punya petunjuk. 3) Pada
pendapat anda, mengapakah seorang ibu tidak jemu-jemu memberikan nasihat kepada anak-
anaknya? Pada pendapat saya, seorang ibu tidak jemu memberikan nasihat kepada anak-anaknya
kerana menyayangi anaknya dan tidak mahu mereka tersilap memilih jalan hidup. Selain itu, seorang
ibu bertanggungjawab mendidik anak-anak untuk berjaya pada masa kini dan masa hadapan. Akhir
sekali, seorang ibu tidak jemu menasihati anaknya demi kebahagiaan diri dan anaknya itu. 4) Apakah
yang dimaksudkan dengan rangkai kata pilihlah kawan yang bermutu? Maksud rangkai kata pilihlah
kawan yang bermutu adalah kita perlu mencari rakan yang mempunyai nilai-nilai yang berkualiti,
bukan sebaliknya. 5) “Kita tidak boleh bersifat alpa terhadap pesanan ibu.” Apakah kesan sekiranya
anak-anak alpa akan pesanan ibu dalam memilih kawan? Sekiranya anak-anak tidak mendengar
pesanan ibu dalam memilih kawan, nescaya anak akan mudah terpengaruh dengan perkara yang
negatif atau sia-sia. Anak akan terjerumus ke dalam gejala sosial dan menjadi tidak produktif untuk
diri sendiri, masyarakat dan juga negara. 6) Pada pendapat anda, apakah langkah yang patut
dilakukan oleh seorang ibu untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang? Pada pendapat saya,
langkah yang boleh dilakukan oleh seorang ibu untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang adalah
dengan memberikan didikan yang seimbang dari semua aspek kehidupan. Pendidikan akademik,
kesihatan, jasmani, rohani dan agama penting dalam membentuk individu yang cemerlang. Selain
itu, ibu boleh mencurahkan kasih sayang kepada anak dengan memberikan perhatian kepada
mereka agar mereka rasa disayangi dan dihargai.

5 SAJAK: SENJA DI PALANG BESI

Gaya Bahasa Asonansi : Tanpa pasir pantai atau silir angin Aliterasi : kini merayap sayu membelai
jemari malam Anafora : dalam keterasingan yang mencengkam, dalam kesakitan yang membungkam
Metafora : bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian, rentet susun bibir palang besi dingin itu
Personifikasi : Perlambangan sifat manusia seperti Senja mula menangis Kata Ganda : kuntum-
kuntum, dedawai Inversi : Pilu wajahmu sang senja Sinkope : Pilu wajahmu sang senja Responsi :
dalam keterasingan yang mencengkam, dalam kesakitan yang membungkam Rima akhir : Rangkap
1 : abcdef Rangkap 2 : aabcbb Rangkap 3 : abcddedd

Nilai Reda : Penyajak menerima hukuman penjara dengan pasrah selepas kesalahan yang dibuatnya
dahulu Tabah : Penyajak tabah menghadapi situasi yang sunyi dan gelap di dalam penjara setibanya
waktu malam Kebebasan : Penyajak mengenang kehidupan lamanya yang bebas di luar penjara dan
bahagia

Pengajaran Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam membuat sebarang tindakan agar tidak
tersilap langkah melakukan perkara yang negatif Kita mestilah mematuhi undang-undang walau di
mana kita berada Kita seharusnya menghargai nnikmat kebebasan hidup yang dikurniakan oleh
Tuhan Kita hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif yang boleh
menjerumuskan diri ke dalam penjara

Soalan Latihan 1) Apakah maksud rangkai kata hukuman terhebat hikayat manusia? Maksud rangkai
kata hukuman terhebat hikayat manusia adalah azab yang menyakitkan bagi seorang manusia 2)
Apakah pula maksud rangkai kata palang besi? Maksud rangkai kata palang besi adalah penjara 3)
Sebagai seorang murid, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada
terjerumus dalam kes pelanggaran disiplin di sekolah? Sebagai seorang murid, saya boleh
mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kes pelanggaran disiplin sekolah dengan mematuhi
peraturan yang ditetapkan. Selain itu, saya juga hendaklah mematuhi arahan yang diberikan oleh
guru-guru. Akhir sekali, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang juga menjaga disiplin di sekolah.
4) “Bekas banduan lazinya dipandang serong oleh masyarakat.” Pada pandangan anda, apakah cara
untuk mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap bekas banduan? Pada pandangan saya,
persepsi negatif ini boleh diubah apabila masyarakat mengetahui hukuman yang sewajarnya telah
diterima oleh banduan. Selain itu, masyarakat harus bersikap lebih positif dengan memberikan
peluang kedua dan semangat kepada mereka untuk terus melakukan kebaikan. Akhir sekali,
masyarakat adalah contoh teladan kepada bekas banduan untuk menjadi lebih baik daripada
sebelum ini. 5) Apakah nada sajak ini? Nada sajak adalah melankolik, kesedihan atau rintihan oleh
penyajak. 6) Berikan pendapat anda tentang cara terbaik untuk menebus kesalahan yang telah
dilakukan pada masa lalu? Saya berpendapat bahawa kita hendaklah bertaubat dan memohon
keampunan daripada Tuhan dan sesama manusia. Kita perlu berdepan dan memohon kemaafan
daripada individu yang pernah disakiti kerana mengakui kesalahan akan membuka hati individu
tersebut untuk memaafkan. Akhhir sekali, kita perlu mengelilingi diri dengan orang yang bersikap
positif agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.

6 SAJAK: BINTANG

Gaya Bahasa Anafora : tentu ibu gembira, tentu ayah bahagia Aliterasi : menghias langit yang
terbentang (ulang konsonan ‘g’) Asonansi : ayah sudah ada bintang (ulang vokal ‘a’) Metafora :
bintang hati Hiperbola : aku ingin terbang ke sana Kata ganda : bintang-bintang Unsur alam :
bintang, langit Inversi : tentu ibu gembira, tentu ayah bahagia Sinkope : kulihat cantiknya bintang-
bintang Epifora : Tetapi kata ibu, begitu juga ibu (perulangan perkataan pada akhir baris)

Nilai 1) Kasih sayang : nilai kasih sayang yang ditunjukkan penyajak kepada ibu dan bapanya 2)
Bertanggungjawab : Penyajak menunjukkan nilai tanggungjawab terhadap ibu dan bapanya 3)
Rendah diri : Penyajak mengagumi ciptaan Tuhan 4) Rasional : Ibu dan ayah penyajak menyatakan
bahawa mereka tidak memerlukan bintang kerana pada mereka annak mereka adalah bintang hati
5) Ketaatan : Penyajak taat kepada ibu dan bapanya

Pengajaran 1) Kita seharusnya menyayangi ibu dan bapa kita kerana mereka telah banyak berjasa
membesarkan kita 2) Kita hendaklah bertanggungjawab sebagai seorang anak memastikan
kebajikan, kebahagian dan kesejahteraan ibu dan bapa kita 3) Kita perlu mentaati arahan dan
nasihat yang diberikan oleh ibu dan bapa selagi ia tidak melanggar perintah agama dan moral
seorang manusia 4) Kita mestilah mengenang jasa ibu dan bapa kita dengan membahagiakan atau
mensejahterakan hidup mereka 5) Kita seharusnya merendah diri dan mengagumi kehebatan Tuhan
yang mencipta alam semesta.

Contoh Soalan 1) Apakah reaksi penyajak apabila melihat bintang-bintang menghiasi langit?
Penyajak terpegun dan ingin terbang ke langit untuk mengutip bintang-bintang bagi membahagiakan
ibu dan bapanya 2) Nyatakan dua nilai murni yang anda peroleh daripada sajak di atas Antara nilai
murni yang terkandung dalam sajak di atas adalah nilai kasih sayang yang ditunjukkan penyajak
kepada ibu dan bapanya. Nilai rendah diri juga ditunjukkan oleh penyajak apabila mengagumi
kehebatan Tuhan mencipta keindahan alam. 3) Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu
dilakukan oleh anak-anak untuk mencapai kecemerlangan demi kebahagiaan ibu bapa? Sebagai
seorang anak, usaha seperti belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan mampu membahagiakan ibu dan bapa. Selain itu, usaha seperti melibatkan diri
dalam sukan atau aktiviti lain yang bermanfaat serta menjauhi gejala sosial yang negatif pasti
membahagiakan ibu dan bapa. 4) Nyatakan tiga ciri bentuk sajak Sajak Bintang menunjukkan ciri-ciri
seperti berbentuk bebas, terdiri daripada dua rangkap dan rima akhirnya bebas. 5) Pada pendapat
anda, bagaimanakah cara untuk kita membalas jasa ibu dan ayah kita? Sebagai seornag anak, cara
untuk membalas jasa ibu dan ayah adalah dengan mencuba yang terbaik dalam kehidupan agar
berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Selain itu, meluangkan masa bersama-sama dan
mendengar nasihat ibu dan bapa juga adalah salah satu cara untuk membalas jasa mereka. 6)
Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata penuh dengan cahaya? Rangkai kata penuh dengan
cahaya bermaksud dilimpahi kegembiraan
7 CERPEN: LEGASI TAPAI UBI

Tema Cerpen ini bertemakan kesungguhan seorang anak kepada peniaga tapai ubi untuk
membuktikan bahawa makanan tradisional itu mampu menjadi penawar kepada penyakit
berbahaya.

Persoalan 1) Persoalan pengorbanan ibu dan bapa dalam memastikan anak-anak ke sekolah
sehingga ke menara gading Wak Salikon dan isterinya tanpa jemu mengusahakan perniagaan tapai
ubi sehingga mampu menghantar anak-anaknya ke universiti 2) Persoalan ketelitian dalam membuat
sesuatu kerja Emak dan bapa Parjo menghasilkan tapai ubi dengan penuh teliti serta mematuhi
pantang larang yang perlu diikuti 3) Persoalan ketaatan seorang anak kepada ibu dan bapa Parjo
mengikuti arahan untu membawa tapai ubi untuk dijual ke pasar pada waktu pagi 4) Persoalan
bercita-cita tinggi demi kemajuan masa hadapan Wak Salikon bercita-cita untuk memajukan
perniagaannya sehingga berjaya membuka sebuah kilang perusahaan 5) Persoalan membalas jasa
ibu dan bapa dan menghargai mereka Parjo menjawab soalan wartawan bahawa ibu dan bapanya
dalah sumber inspirasi kejayaannya dalam membuat kajian tentang tapai ubi sebagai salah satu
makanan yang dapat mengurangkan risiko kanser

Sinopsis Parjo yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah membantu emak dan bapanya
menjual tapai ubi sejak kecil lagi. Apabila disebut sahaja “Tapai Ubi Wak Salikon” semua orang tahu
sehinggakan rakan sekolah Parjo menggelarnya Parjo Tapai. Untuk membuat tapai ubi, prosesnya
agak rumit kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi. Antaranya adalah tidak boleh
memberitahu orang semasa membuat tapai dan elakkan daripada terkena kotoran atau minyak dan
tidak boleh membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi. Hasil daripada jualan tapai ubi,
Parjo dan adik-adiknya berjaya dalam pendidikan sehingga ke menara gading. Parjo misalnya berjaya
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan selepas menamatkan pembelajaran mastrikulasi
selama dua tahun. Professor Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian
tentang kesan tapai ubi dalam mengurangkan serangan kanser. Parjo yang melakukan kajian dengan
teliti telah berjaya membuktikan tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang bermanfaat kepada
manusia iaitu bakteria yang menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah diiktiraf
oleh pihak universiti dan telah dibawa ke peringkat antarabangsa. Parjo berjaya menamatkan
pengajiannya dan mendapat gelaran Doktor Falsafah atas kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Age
Penghalang Kanser”. Dr. Parjo teleh membawa emak dan bapanya menghadiri majlis
konvokesyennya. Mereka berdua merupakan inspirasi disebalik kejayaannya. Di atas permintaan
yang tinggi, Kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo. Beliau
kemudiannya meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah kepada penyakit lain
serta bertugas sebagai pesyarah perubatan.

Watak dan perwatakan 1) Parjo Watak utama Merupakan anak sulung kepada Wak Salikon Kini
seorang pensyarah universiti Seorang yang mempunyai iltizam yang tinggi dan bersungguh-sungguh
dalam melakukan sesuatu Seorang yang tidak lupa untuk mengenang jasa emak dan bapanya 2) Wak
Salikon Bapa kepada Parjo Seorang yang teliti dan gigih dalam melakukan kerja Seorang yang
berwawasan kerana mementingkan pendidikan anak-anak serta bercita-cita tinggi untuk
mengembangkan perniagaannya 3) Emak Emak kepada Parjo Seorang yang teliti dan juga gigih
dalam membantu perniagaan tapai suaminya Seorang yang prihatin terhadap anak-anaknya 4)
Profesor Haidar Pensyarah kepada Parjo Seorang yang berpandangan jauh dan percaya dengan
kebolehan anak muridnya
Binaan Plot 1) Pengenalan Parjo telah membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi sehingga
digelar “parjo Tapai” oleh rakan-rakannya. Walaupun dia berasa muak dengan panggilan itu, namun
lama-kelamaan dia terbiasa dan tidak ambil kisah kerana dia ikhlas membantu emak dan bapanya
mencari rezeki. 2) Perkembangan Untuk membuat tapai ubi, prosesnya agak rumit. Proses tersebut
bermula dengan proses mencabut ubi, kemudian mengopek kulit, memotong ubi tersebut,
menjerang air dan merebus sehingga ubi matang untuk dimakan. Selain itu, banyak pantang larang
lain yang perlu dipatuhi sepanjang proses membuat tapai ubi. Hasil daripada jualan tapai ubi telah
membawa Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga menjejakkan kaki ke menara gading. 3)
Perumitan Profesor Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian ke atas
tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Proses kajian dilakukan
dengan mengenal pasti jenis kanser. Kajian tersebut dilakukan dengan mengenal pasti jenis kanser,
cara kanser merebak dan langkah untuk mengesan kanser sehingga kepada proses membuat uji kaji
tindak balas tapai ubi terhada sel kanser 4) Klimaks Hasil usaha dan ketelitian Parjo, dia berjaya
membuktikan bahawa tapai ubi dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Terdapat satu bakteria
yang terkandung dalam tapai ubi yang membawa manfaat kepada manusia untuk mencegah
serangan kanser. Kajiannya telah mendapat pengiktirafan oleh universiti dan dibawa ke peringkat
antarabangsa. Parjo berjaya memperoleh ijazah kedoktoran sekali gus mendapat gelaran Dr. Parjo.
5) Peleraian Dr Parjo meneruskan kerjayanya dalam bidang pensyarah tetapi tetap meneruskan
kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada penyakit lain. Manakala
permintaan tapai ubi Wak Salikon meningkat sehingga terbinanya sebuah kilang Perusahaan Tapai
Ubi Wak Salikon.

Teknik Plot Saspens : Professor haidar menyebut nama Parjo ketika di kuliah untuk mengadakan
projek bahasa semester ini Imbas kembali : Fikiranku melayang ke zaman kanak-kanak. Teringatkan
aku akan bapa dan emak yang masih membuat tapai ubi sehingga kini Monolog : Ah betapanya
penyakit kanser! getus hati kecilku Dialog : “Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” jerit
bapa dengan loghat Jawanya yang pekat.

Latar Latar masa Waktu Pagi – Wak Salikon menjerit kepada Parjo agar tidak lupa untuk menghantar
tapai ubi ke pasar dalam loghat Jawanya Enam puluh hari – Bakteria UL4 tapai ubi didapati mampu
bertahan pada suhu setinggi 121 darjah celcius selama lima belas minit dan suhu serendah 15 darjah
celcius selama enam puluh hari Permulaan semester – Professor Haidar memberitahu Parjo bahawa
mereka ada projek untuk dijalankan Selepas sembahyang isyak – Emak meneruskan kerjanya
membuat tapai ubi yang dikatakan banyak pantang larangnya Latar tempat Rumah Wak Salikon –
tempat di mana Emak dan Bapa Parjo menghasilkan tapai ubi yang memerlukan proses yang teliti
Kantin Sekolah – Parjo menghantar tapai ubi di kantin sekolah setiap hari sehingga dia dipanggil
“Parjo Tapai” Fakulti perubatan di universiti – Parjo melakukan kajian terhadap tapai ubi yang
mampu mengurangkan risiko penyakit kanser Kilang Tapai Ubi Wak Salikon – Wak Salikon dan Emak
Parjo bekerja sebagai pemilik dan pengurus kilang pengeluaran tapai ubi tersebut selepas mendapat
banyak tempahan Latar masyarakat Masyarakat yang melakukan sesuatu kerja dengan teliti. Emak
dan bapa Parjo menghasilkan tapai dengan teliti mengikut proses dan pantang-larangnya
Masyarakat yang berpandangan jauh. Parjo belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya
membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan risiko kanser Masyarakat yang
gigih berusaha untuk mencari rezeki. Emak parjo menyambung kerja menghasilkan tapai ubi selepas
waktu Isya’ dan Parjo diingatkan oleh bapanya untuk mneghantar tapai ubi ke pasar di waktu pagi.
Masyarakat yang mengenang jasa ibu dan bapa. Parjo berusaha membuktikan kebaikan tapai ubi
dan berjaya meningkatkan permintaan orang awam terhadap tapai ubi tersebut. Masyarakat
peniaga yang bijak mengembangkan perniagaan. Wak Salikon membuka kilang perusahaan tapai ubi
selepas permintaan terhadap tapai ubinya semakin tinggi.
Gaya Bahasa Bahasa Sains : metastasis, bakteriosin, manihot esculanta Peribahasa : alah bisa tegal
biasa Repitisi : Tapai! Tapai! Tapai! Sinkope : “Buat tapai ubi tak boleh bagitahu orang tahu!” Anafora
: Aku akur dengan petua emak, Aku hanya diam Kata ganda : kemudian ubi iatu dipotong pendek-
pendek dalam seinci setengah

Nilai 1) Nilai kesyukuran – Parjo menjawab soalan wartawan bahawa kejayaannya adalah hasil
inspirasi daripada bapa dan emaknya yang menghasilkan tapai ubi. 2) Nilai kegigihan – Wak Salikon
dan isterinya gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi sehingga berkembang dan membuka sebuah
kilang 3) Nilai mengenang jasa – Parjo belajar sehingga ke menara gading dan mendapat segulung
ijazah berkat inspirasi ayah dan ibunya 4) Nilai tanggungjawab – Parjo membuat kajian ke atas tapai
ubi untuk mengurangkan risiko kanser kerana ingin membantu masyarakat demi mencegah penyakit
kanser

Pengajaran 1) Kita seharusnya tidak memandang rendah terhadap orang lain kerana walaupun
mereka hanya menjual tapai misalnya, mereka mampu berjaya pada masa akan datang. 2) Kita
hendaklah tabah mengharungi dugaan dan cabaran dalam kehidupan agar kita menjadi lebih baik
serta mencapai kejayaan. 3) Kita mestilah mengutamakan pendidikan daripada perkara lain kerana
melalui pendidikan, pelbagai kejayaan boleh dikecapi oleh seseorang. 4) Kita perlu bijak mengambil
peluang dalam menggapai kejayaan seperti Wak Salikon yang membuka sebuah kilang perusahaan
tapai ubi selepas permintaan meningkat 5) Kita hendaklah sentiasa melakukan yang terbaik dalam
kehidupan. Parjo bersungguh-sungguh dalam melakukan kajian ke atas tapai ubi dan berjaya
membuktikan tapai ubi dapat mengurangkan risiko seranagn kanser.

Koleksi Soalan Yang Berkaitan 1) Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ‘Legasi
Tapai Ubi’ Berdasarkan cerpen ‘Legasi Tapai Ubi’ terdapat beberapa latar masyarakat yang
diperoleh seperti masyarakat yang prihatin. Parjo yang prihatin terhadap penyakit kanser berazam
untuk mencari penawar penyakit tersebut dengan melalui kajiannya. Selain itu, terdapat masyarakat
yang bertanggungjawab seperti Wak Salikon yang menghantar anak-anaknya ke sekolah sehingga ke
peringkat universiti untuk menjadikan mereka manusia yang berguna kepada keluarga dan
masyarakat. Akhir sekali, masyarakat yang gigih berusaha apabila Wak Salikon dan isterinya
berusaha menjalankan perniagaan tapai sehingga berjaya menghantar anak mereka sehingga ke
universiti. 2) Senaraikan apakah tiga pantang larang membuat tapai ubi seperti yang dinyatakan di
dalam cerpen Legasi Tapai Ubi Proses untuk menghasilkan tapai ubi adalah rumit dan mempunyai
pantang larang seperti tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai ubi. Selain itu, tidak
boleh membuat bising semasa menghasilkan tapai ubi dan elakkan daripada terkena kotoran atau
minyak kerana dikhuatiri tapai tidak akan menjadi 3) Apakah dua perwatakan emak Parjo yang boleh
dihuraikan Salah satu perwatakan emak ialah rajin kerana tidak pernah jemu untuk membuat tapai
ubi demi keluarga dan anak-anaknya. Selain itu, perwatakan emak adalah teliti dalam membuat
sesuatu kerja kerana menghasilkan tapai ubi yang rumit dan perlu mematuhi pelbagai pantang
larang 4) Parjo gigih membantu ibu dan bapanya menjual tapai ubi. Apakah langkah-langkah yang
boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa? Antara langkah
yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa adalah
memberikan ganjaran dalam bentuk seperti pujian atau hadiah kepada mereka. Seterusnya ibu dan
bapa juga boleh menyediakan jadual mengemas rumah kepada anak-anak dan menghadkan
penggunaan telefon pintar anak-anak. 5) Apakah inisiatif yang boleh dilakukan seseorang peniaga
untuk memastikan perniagaan terus maju dan berkembang? Salah satu inisiatif yang boleh dilakukan
oleh peniaga untuk memastikan perniagaan terus maju adalah dengan bersikap rasional dalam
setiap aspek. Sikap ini dapat membantu diri untuk mengurus dengan lebih baik dan mengurangkan
masalah yang berlaku. Selain itu, peniaga juga perlu bijak mengambil peluang untuk
mempromosikan produk serta mengembangkan perniagaan pada waktu yang sesuai. 6) Pada
pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan untuk mempromosikan makanan tradisional?
Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mempromosikan makanan tradisional adalah dengan
memastikan strategi pemasaran makanan tradisional lebih berkesan. Misalnya dengan mewajibkan
setiap restoran untuk memastikan terdapat satu makanan tradisional sekurang-kurangnya untuk
beroperasi. Selain itu, kaedah pembungkusan dan penjenamaan makanan tradisional perlu ditambah
baik melalui kajian dan penyelidikan supaya ia kekal relevan sepanjang masa.

CERPEN: SEKEPING TANAH

Persoalan 1) Komunikasi antara satu sama lain adalah penting Selepas beberapa tahun, Hisyam baru
mendapat tahu bahawa abangnya Harun mendesak menjual tanah pusaka mereka untuk
mendapatkan wang guaman anaknya. Jika mereka berkomunikasi dengan lebih baik, pasti mereka
boleh bersetuju dengan rancangan yang lebih baik 2) Keberanian mengambil risiko pada hari ini
untuk kesenangan pada masa hadapan Hisyam melihat potensi yang dimiliki tanah pusaka
peninggalan ayahnya untuk membina kondo dan menubuhkan syarikat sendiri bagi membina kondo
tersebut. 3) Kerjasama yang baik akan menghasilkan kejayaan yang gemilang Hisyam bekerjasama
dengan Halimah yang mempunyai kelulusan untuk menguruskan syarikat Bina Jaya Sdn Bhd dan
membina sebuah kondo dengan jayanya 4) Hubungan antara ahli keluarga yang berbeza-beza Harun
sebagai anak sulung berpendirian tegas walaupun ketika bersama adik beradiknya, manakala Hisyam
dan Halimah masing-masing jujur antara satu sama lain. 5) Kepentingan pendidikan untuk mengubah
kehidupan seseorang Halimah yang belajar dan mendapat kelulusan yang baik telah berjaya
mendapat kerjaya yang baik iaitu sebagai pengurus bank 6) Kasih sayang seorang bapa kepada anak-
anaknya Harun membayar guaman untuk membela anaknya di dalam mahkamah selepas terlibat
dengan kes pembunuhan ketika anaknya merempit

Sinopsis Cerpen ini bermula dengan Hisyam yang menemui abangnya, Harun. Mereka berbincang
tentang sekeping tanah pusaka peninggalan ayah mereka. Hisyam bercadang untuk menguruskan
tanah itu dengan sebaik-baiknya tetapi Harun pula mahu menjualnya. Hisyam dan kakaknya,
Halimah tidak mahu tanah itu dijual kerana bagi Hisyam, tanah itu boleh dibangunkan rumah
kediaman mewah dalam bentuk kondo. Hisyam berhasrat untuk menubuhkan sebuah syarikat
keluarga bagi menguruskannya bersama-sama. Hisyam memberitahu Harun bahawa Halimah berasa
rimas kerana dia duduk di rumah pusaka yang mungkin boleh menimbulkan perbalahan antara anak-
anak mereka pada kemudian hari. Harun sekali lagi menegaskan keputusannya untuk menjual tanah
tersebut. Hasilnya akan dibahagikan mengikut hukum faraid. Harun juga tidak percaya kepada
Hisyam untuk memajukan tanah kerana dia bekerja sebagai pemandu teksi sahaja. Hisyam
meluahkan bahawa dia sedar akan kelulusannya yang rendah, namun dia tahu memandang mada
hadapan. Hisyam telah memberitahu Harun bahawa harta tersebut akan diuruskan oleh Halimah
yang mempunyai kelulusan kewangan dan pengurusan, tetapi Harun tetap dengan ketupusannya.
Hisyam juga mencadangkan untuk membuat pinjaman bank bagi membuka syarikat tersebut tetapi
Harun bertegas tidak setuju dengan tindakan kurang bijak itu. Hisyam juga telah memberitahu Harun
bahawa dia sudah berbincang dengan Halimah tentang hal tersebut. Halimah yang bekerja sebagai
pengurus di sebuah bank merupakan orang yang paling layak untuk mmenguruskan syarikat
tersebut. Hisyam berkata bahawa masalah pasti akan timbul walau siapapun menguruskan syarikat
tersebut. Ibarat menjaga anak-anak ada yang berjaya ada yang gagal. Kata-kata itu dirasai oleh
Harun kerana dia gagal mendidik dua orang anak lelakinya, seorang ada masalah dadah dan seorang
lagi terlibat dalam lumba haram. Hisyam sedar bahawa abangnya terasa dengan kata-katanya dan
membuatkan dia bersyukur bahawa anak-anaknya menjadi doktor dan pensyarah di universiti. Pada
malam itu, Hisyam memberitahu Halimah keputusan Harun untuk menjual tanah tersebut, oleh itu
mereka terpaksa meneruskan rancangan mereka tanpa Harun. Hisyam nekad untuk menubuhkan
sebuah syarikat bersama-sama kakaknya. Disebabkan Halimah masih bekerja dengan bank, syarikat
itu akan diuruskan oleh Hisyam dan mencadangkan agar mereka membeli tanah pusaka serta
membayar bahagian Harun tanpa pengetahuannya. Halimah telah mendapat panggilan daripada
Harun yang menyatakan pendiriannya untuk menjual tanah pusaka mereka. Halimah bertanya
kepada abangnya bahawa sudah memikirkan sehabis mungkin tentang keputusan itu. Harun tetap
dengan pendiriannya. Halimah menurut kehendak abangnya dan berpendapat Harun memerlukan
wang pada masa itu. Hisyam dan Halimah maneruskan rancangan mereka menubuhkan syarikat
sendirian berhad. Sebulan selepas itu, mereka bertiga telah menandatangani perjanjian menjual
tanah pusaka itu dengan harga RM6,625,000.00 kepada syarikat Binajaya Sdn Bhd. Harga itu
dibahagiakn mengikut hukum faraid sementara rumah pusakan mereka didermakan kepada sebuah
keluarga di Sungai Penchala. Pada minggu yang sama, satu papan tanda pembinaan kondo mewah
setinggi 25 tingkat telah terpacak di tanah pusaka tersebut. Harun yang melalui tanah tersebut
terkejut apabila melihat nama adiknya Hisyam Bin Sulaiman tertera pada papan tanda sebagai
pengurus syarikat pemaju tersebut. Di ingin menelefon tetapi membuat keputusan untuk tidak
menelefon dan melihat dulu perkembangannya. Tiga tahun berlalu dan Kondo Jaya telah berdiri
tegak di tapak rumah pusaka Hisyam. Sebahagian daripada para pembeli datang untuk mengambil
kunci dan kesemua 21 lot kedai berjaya disewakan. Harun berasa sangat terkejut apabila melihat
Hisyam dan Halimah yang melayan para pembeli kondo dengan ramah dan menyerahkan kunci
kepada mereka. Harun melihat wajah Hisyam dan Halimah yang gembira atas kejayaan mereka itu.
Harun memendam rasa dan pulang ke rumahnya kesedihan. Dia teringat akan wnagnya yang hanya
tinggal sejuta lebih daripada dua juta lebih hasil jualan tanah pusaka itu dahulu. Pada malam itu,
Harun menelefon Hisyam dan menuduh Hisyam emmpermainkannya kerana menubuhkan syarikat
dnegan Halimah tanpa persetujuannya. Hisyam berkata dia telah memberitahu rancangannya
kepada Harun tetapi tidak dipersetujui. Dia tetap ingin meneruskan rancangannya walaupun tanpa
Harun. Harun yang tidak berpuas hati telah menamatkan perbualan tersebut. Hisyam berasa kesal
dengan tuduhan Harun terhadapnya dan telah menemui Halimah yang baru sahaja meletakkan
jawatan sebagai pengurus bank. Hisyam meminta Halimah mengambil alih tugas sebagia pengurus
syarikat mereka yang baru sahaja berkembang. Ketika itulah Halimah memberitahu Hisyam bahawa
abangnya Harun mempunyai masalah kewangan apabila anaknya Musa terlibat dengan kes
pembunuhan ketika merempit. Harun memerlukan wang untuk membayar kos guaman Musa pada
ketika itu menyebabkan dia bertegas untuk menjual tanah pusaka tersebut. Mereka berasa kesal
dengan tindakan masing-masing. Hisyam ingin memandu teksi semula dan percaya bahawa
kakaknya mampu menguruskan syarikat tersebut dengan lebih baik.

Watak dan perwatakan 1) Hisyam Watak utama yang merupakan anak bongsu daripada tiga adik-
beradik Seorang pemandu teksi di sebuah bandar raya Sudah berkeluarga dan mempunyai tiga orang
anak iaitu Zaki, Linda dan Nora Seorang yang rasional dalam membuat keputusan Seorang yang
sayang terhadap ahli keluarga Seorang yang amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab 2) Harun Abang sulung kepada Hisyam Seorang yang sensitif dan berpendirian tegas
Seorang yang penyayang kerana membela anaknya di mahkamah 3) Halimah Kakak kepada Hisyam
Seorang pengurus bank sebelum menjadi pengurus Syarikat Binajaya Sdn Bhd Mempunyai
pengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan Seorang yang bijak dan teliti dalam
melakukan kerja Seorang yang menghormati abang dan adiknya Seorang yang amanah dalam
memikul tanggungjawab yang diberikan

Nilai Berani : Hisyam berani untuk membuat pinjaman bank dan membeli tanah pusaka ayahnya
untuk membina projek pembinaan kondo Amanah : Hisyam menguruskan projek pembinaan Kondo
Jaya dan syarikatnya dengan penuh amanah walaupun tidak mempunyai kelulusan yang tinggi Gigih :
Hisyam gigih menyara kehidupan keluarganya bekerja sebagai pemandu teksi Hormat : Halimah dan
Hisyam menghormati abang mereka Harun yang bertegas untuk menjual tanah pusaka mereka
Rasional : Hisyam telah bekerjasama dengan Halimah untuk membina syarikat dan memajukan
sebuah kondo kerana Halimah berpengalaman tinggi dan mempunyai kelulusan yang berkelayakan
Pengajaran Kita hendaklah memastikan anak-anak kita tidak terjebak dengan gejala negatif dan
berjaya mendapatkan kerjaya yang baik Kita perlu berani mengambil risiko dalam kehidupan untuk
mendapatkan kejayaan yang terbaik Kita seharusnya bijak dalam merancang masa hadapan dengan
menggunakan segala kelebihan yang kita miliki Kita hendaklah berkomunikasi antara satu sama lain
dengan baik dan membuang ego untuk bersikap jujur dengan sesiapa sahaja lebih-lebih lagi apabila
berkomunikasi dengan ahli keluarga sendiri Kita perlu memikul amanah dan tanggungjawab dengan
penuh dedikasi supaya tugasan yang diberikan dilaksanakan dengan baik Kita seharusnya menolak
sikap mudah terasa kerana perkara tersebut hanya akan merugikan masa dan emosi kita sendiri
Koleksi Soalan 1) Huraikan tiga persoalan dan peristiwa yang berkaitan berdasarkan cerpan yang
anda kaji Cerpen yang saya kaji adalah cerpen Sekeping Tanah karya A. Rahman CM. Persoalan
pertama adalah persoalan berani mengambil risiko di mana Hisyam yang tidak mempunyai
pengalaman dan kelayakan ingin menguruskan syarikat pemaju hartanah. Selain itu, persoalan
mempunyai wawasan berpandangan jauh juga diketengahkan oleh watak utama, Hisyam. Beliau
melihat potensi tanah pusaka milik ayahnya untuk menjadi kawasan kondo dan pusat komersial.
Persoalan lain yang terdapat dalam cerpen ini adalah persoalan memandang rendah kepada orang
lain sebagaimana Harun memandang rendah terhadap Hisyam yang ingin menubuhkan syarikat
kerana tidak mempunyai kelulusan tinggi. 2) Apakah peristiwa yang menunjukkan latar tempat
rumah Harun? Latar tempat rumah Harun merujuk kepada peristiwa Hisyam menemui Harun untuk
berbincang tentang sebidang tanah pusaka arwah ayahnya. 3) Berikan pandangan anda tentang
kaedah yang paling berkesan untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga? Pada pendapat
saya, cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan adalah dengan kerap makan bersama,
bersikap terbuka antara satu sama lain dan mempunyai ibu dan bapa yang menunjukkan tauladan
yang baik. 4) Apakah perwatakan yang ditunjukkan oleh Harun di dalam cerpen Sekeping Tanah?
Antara perwatakan yang ditunjukkan oleh Harun di dalam cerpen Sekeping Tanah adalah dia
merupakan seorang yang berpendirian tegas, mudah terasa dan juga seorang ayah yang penyayang
terhadap anak-anaknya. 5) Pada pendapat anda, mengapakah Hisyam dan halimah membeli semula
tanah pusaka arwah ayah mereka? Berdasarkan pemahaman saya, tindakan Hisyam dan Halimah
untuk membeli semula tanah pusaka tersebut kerana mereka menuruti kehendak abang mereka,
Harun yang ingin menjual tanah tersebut dan membahagikan hasilnya mengikut hukum faraid. 6)
Sebagai seorang pelajar, berikan cadangan untuk ibu dan bapa tentang cara yang sesuai dalam
memastikan anak-anak berjaya dalam kehidupan? Pada hemat saya, ibu dan bapa seharusnya
menjadi teladan terbaik kepada anak-anak untuk memastikan mereka berjaya. Selain itu, ibu dan
bapa hendaklah memastikan anak-anak bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan tidak terjebak
dalam gejala negatif. Akhir sekali, ibu dan bapa perlu menyemat jati diri yang kukuh dalam diri anak-
anak supaya berusaha sedaya upaya sehingga berjaya.

CERPEN: BAWOD

Persoalan 1) Persoalan kegigihan seorang murid untuk mencapai kejayaan Beluntung sanggup
menempuh hujan dan menunggang kerbau untuk hadir ke sekolah dan berjaya memperoleh
keputusan yang cemerlang 2) Persoalan kedaifan masyarakat luar bandar Beluntung dan keluarga
yang tinggal di kawasan pinggir kampung berdekatan Sungai Layong 3) Persoalan kesetiaan antara
haiwan dan penjaganya Kesetiaan haiwan peliharaan Beluntung, Tuyog dan Bawod menemaninya ke
sekolah walaupun hujan dan merentasi sungai 4) Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga Ibu
Beluntung melarang anaknya untuk turun dari rumah apabila hujan lebat dan angin kencang
melanda kawasan rumah mereka 5) Persoalan rasa bersyukur di atas kejayaan yang dikecapi Ayah
Beluntung telah mengadakan majlis kesyukuran ke atas kejayaan cemerlang anaknya dalam
peperiksaan darjah enam. 6) Persoalan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugasan Cikgu
Rambuyat telah mengajar murid-muridnya di sekolah dengan penuh dedikasi dan memastikan
pengajarannya difahami oleh mereka.

Watak dan Perwatakan 1) Beluntung Seorang anak tunggal dan bersekolah di Sekolah Rendah
Kerajaan Timbang Pasir sebagai murid darjah enam Mempunyai dua ekor haiwan peliharaan iaitu
Tuyog seekor kerbau dan Bawod seekor kambing Seorang yang penyayang dan prihatin terhadap
haiwan peliharaannya Seorang yang gigih dalam mengejar kejayaan dan menuntut ilmu Seorang
yang penyabar walaupun sering kali diejek oleh kawan-kawan di sekolah 2) Bawod Seekor kambing
yang dipelihara oleh Beluntung Bersahabat baik dengan Tuyog, seekor kerbau Menunjukkan sifat
setia kepada Beluntung dan juga sahabatnya, Tuyog Takut kepada air hujan dan sungai namun gigih
menempuh hujan dan sungai untuk menemani Beluntung dan Tuyog ke sekolah 3) Tuyog Seekor
kerbau yang juga dipelihara oleh Beluntung Menjadi haiwan tunggangan Beluntung untuk ke sekolah
setiap hari Bersahabat baik dengan Bawod Menunjukkan sifat setia seperti Bawod terhadap
Beluntung Suka berendam di dalam air sungai Seekor kerbau yang gagah dan pantas apabila
menjuarai pesta lumba kerbau 4) Ibu Beluntung Seorang yang bertanggungjawab kerana sering
menasihati Beluntung dalam kehidupan Seorang yang penyayang kerana melarang anaknya turun
dari rumah apabila hujan lebat dan angin kencang untuk keselamatan anaknya Seorang bersyukur
atas pemberian Tuhan apabila mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan Beluntung yang
cemerlang dalam peperiksaan di sekolah

Nilai 1) Nilai kegigihan – Beluntung gigih ke sekolah walaupun perjalanan yang jauh dan mencabar 2)
Nilai kesetian – Beluntung dan haiwan peliharaannya Tuyog dan Bawod setia bersama antara satu
sama lain 3) Nilai penyayang – Ibu Beluntung melarang anaknya turun dari rumah kerana bimbang
keselamatan anaknya ketika hujan lebat melanda 4) Nilai berani – Beluntung berani untuk menyertai
pesta lumba kerbau bersama Tuyog walaupun mendapat saingan yang hebat 5) Nilai tanggungjawab
– Cikgu Rambuyat yang mengajar anak-anak muridnya dengan penuh dedikasi 6) Nilai bijaksana –
Beluntung berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam

Pengajaran 1) Kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
khusunya di sekolah demi masa hadapan yang baik 2) Kita seharusnya memelihara dan menyayangi
haiwan yang juga berkongsi hidup di atas muka bumi ini dengan manusia serta makhluk lain. 3) Kita
perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita dengan penuh
komited dan dedikasi 4) Kita mesti bersikap berani dalam menceburi perkara baharu seperti
menyertai pertandingan walaupun mempunyai saingan yang hebat 5) Kita seharusnya berhemah
tinggi dalam hidup bermasyarakat lebih-lebih lagi terhadap jiran tetangga 6) Kita hendaklah
mempunyai sifat simpati dan belas kasihan terhadap perkara-perkara yang menyedihkan

Koleksi Soalan Yang Berkaitan 1) Apakah perasaan Beluntung apabila mendapati Bawod dan Tuyog
masih belum pulang ketika hujan lebat melanda rumahnya? Ketika hujan lebat melanda rumah
Beluntung, dia berasa resah dan risau akan keadaan Bawod dan Tuyog yang dikhuatiri lemas kerana
air sungai telah melimpah sehingga ke halaman rumahnya. 2) Nyatakan dua latar masyarakat yang
terdapat dalam cerpen di atas? Berdasarkan cerpen Bawod yang saya kaji, terdapat banyak latar
masyarakat yang ditunjukkan antaranya adalah masyarakat yang masih mengekalkan budaya dan
tradisi lama seperti menganjurkan pesta lumba kerbau. Selain itu, lata rmasyarakat yang ditunjukkan
adalah masyarakat yang bersyukur di atas kejayaan seperti ayah Beluntung yang mengadakan majlis
kesyukuran selepas Beluntung berjaya mendapat keputusan cemerlang di sekolah 3) Pada pendapat
anda, apakah cara-cara untuk memastikan keselamatan haiwan peliharaan kita? Pada pendapat
saya, cara untuk memastikan keselamatan haiwan peliharaan kita adalah dengan menyediakan
kawasan atau rumah yang sesuai untuk haiwan tersebut tinggal dan bebas daripada ancaman
keselamatan. Selain itu, kita juga hendaklah mengetahui makanan yang baik untuk mereka makan
dan melakukan pemeriksaan berkala supaya mereka bebas daripada ancaman penyakit. 4) Pada
pendapat anda, mengapa Beluntung ingin menjadi murid yang pandai? Pada pendapat saya,
Beluntung ingin menjadi seornag murid yang pandai kerana dia mempunyai impian yang ingin
dicapai. Pada masa yang sama, dia ingin membantu keluarganya ke arah yang lebih baik dan
membuktikan bahawa kehidupan di luar bandar bukan penghalang untuk berjaya. 5) Apakah yang
dimaksudkan dengan rangkai kata menekup hidung? Maksud rangkai kata menekup hidung adalah
menutup hidung. 6) Jelaskan dua perwatakan Beluntung yang terpadat dalam cerpen di atas? Antara
perwatakan yang ditunjukkan oleh Beluntung adalah seorang yang berfikiran rasional kerana dia
mengelakkan diri daripada bergaduh dengan kawan sekelasnya. Selain itu, Beluntung juga
menunjukkan watak seornag yang ingin tahu kerana dia beridiri dan tanya kepada guru sebab kerbau
suka makan garam.

DRAMA: TENANG-TENANG AIR DI TASIK

Persoalan 1) Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya Ibu Muzafar risau akan keselamatan
anaknya yang perlu menjaga pseserta cacat penglihatan dalam ekspedisi kayak 2) Berani melakukan
sesuatu diluar keselesaan Muzafar berani untuk menerima tanggungjawab membawa orang-orang
kelainan upaya yang cacat penglihatan untuk berkayak di Tasik Permai 3) Kesabaran dalam mengajar
Muzafar dan Azizi banyak bersabar dan cuba memberikan yang terbaik dalam latihan kayak kepada
peserta ekspedisi yang cacat penglihatan 4) Kerjasama yang kuat akan memudahkan sesuatu
tugasan Muzafar dan Azizi bekerjasama dan membantu peserta-peserta sepanjang ekspedisi kayak
itu berlangsung.

Watak Dan Perwatakan 1) Muzafar Watak utama dan merupakan anak tunggal Mempunyai wajah
yang seiras Muzamir dan berperwatakan sama Bekerja di sebuah tempat peranginan yang bernama
Permai Resort Bapanya telah meninggal dunia manakala ibunya seorang bekas pegawai Seorang
yang beramanah dan bertanggungjawab Seorang yang rasional dan berpendirian tegas dalam
membuat keputusan Seorang yang gigih dalam melakukan sesuatu perkara lebih-lebih lagi mencari
jawapan tentang persamaan dirinya dengan Muzamir 2) Ibu Muzafar Ibu kepada Muzafar dan balu
yang kematian suami Bekas pegawai yang kini bergiat aktif dalam pertubuhan sukarela
Jawatankuasa Kaum Ibu Seorang pemimpin wanita yang unggul, berfikiran terbuka dan
berpandangan jauh Seorang yang penyayang terhadap anaknya dan risau akan keselamatan anaknya
Seorang yang pandai menyimpan rahsia dan mementingkan status dan maruah keluarga 3) Muzamir
Merupakan peserta ekspedisi kayak di Tasik Permai Seorang yang cacat penglihatan Berasal daripada
sebuah keluarga yang mempunyai nama di Kelantan tetapi telah diserahkan kepada keluarga angkat
di Johor kerana keadaannya yang cacat Umur sebaya dengan Muzafar dan berperwatakan seiras
dengannya Seorang yang tabah menjalani kehidupan walaupun dilahirkan dalam keadaan yang
kurang sempurna Seorang yang gigih berlatih kayak sebelum menyertai ekspedisi merentasi Tasik
Permai walaupun mempunyai kekurangan dari segi penglihatan 4) Azizi Seorang pekerja di Permai
Resort dan rakan kepada Muzafar Seorang yang peramah dan bersikap baik hati terhadap semua
orang Seorang yang menghormati orang lain dan menerima pendapat orang lain

Nilai Kasih Sayang : Ibu Muzafar risau akan keselamatan anaknya menyertai ekspedisi merentasi
Tasik Permai bersama orang yang cacat penglihatan Berani : Muzafar berani mencabar diri untuk
menjayakan ekspedisi merentasi Tasik Permai walaupun pesertanya terdiri daripada golongan
kurang upaya Tegas : Muzafar dan Azizi bertegas ketika melatih peserta untuk berkayak dengan
betul kerana ingin mengelakkan kesilapan daripada berlaku Baik hati: Seramai enam orang
sukarelawan yang mempunyai penglihatan normal menyertai ekspedisi tersebut untuk membantu
menjayakan program tersebut. Pengajaran Kita seharusnya tidak memilih kasih dalam kehidupan
dan cuba untuk menyayangi serta menghormati setiap orang tanpa sebarang prejudis Kita perlu
berani memikul tanggungjawab supaya pengalaman tersebut mengajar kita untuk menjadi seorang
yang lebih baik Kita digalakkan untuk mengamalkan sikap kerjasama antara satu sama lain supaya
tugasan tersebut diselesaikan dengan lebih baik Kita hendaklah tidak berputus asa dalam mencapai
sesuatu objektif yang ingin dicapai dalam kehidupan kita Soalan Latihan 1) Berdasarkan Drama
Tenang-Tenang Air Di Tasik, apakah yang dimaksudkan dnegan rangkai kata “bukan senang nak kikis
ketakutan”? Maksud rangkai kata tersebut adalah kesukaran untuk membuang perasaan takut atau
fobia terhadap sesuatu 2) Berikan dua nilai yang anda dapati daripada Drama yang anda kaji.
Berdasarkan drama yang saya kaji, nilai yang ditunjukkan adalah nilai prihatin seperti yang
ditunjukkan oleh Nurul terhadap Azizi apabila dia melihat Azizi keletihan melatih peserta-peserta
ekspedisi. Azizi pula menunjukkan nilai dedikasi apabila berkata kepada Nurul bahawa ia merupakan
tanggungjawabnya untuk melatih peserta tersebut dengan penuh semangat supaya tidka berlaku
kesilapan kelak 3) Pada pendapat anda, apakah perkara yang boelh dilakukan untuk membantu
golongan kelainan upaya dalam mendepani kehidupan seharian. Saya berpendapat bahawa
golongan kelainan upaya perlu dibantu dari segi menyediakan kemudahan di tempat-tempat awam
seperti tempat parkir, tandas dan laluan pejalan kaki. Pada masa yang sama, pengajaran bahasa
isyarat kepada masyarakat membantu merapatkan jurang komunikasi antara golongan kelainan
upaya ini. 4) Nyatakan dua perwatakan watak utama Drama yang anda kaji. Watak utama dalam
drama ini adalah Muzafar. Beliau merupakan seorang yang berani dalam melakukan tugasan di luar
keselesaannya supaya dapat mempelajari sesuatu yang lebih baik. Selain itu, dia juga seorang yang
gigih dalam melaksanakan tugas apabila memastikan semua peserta mendapat cara kayak yang
betul supaya tidak berlaku perkara yang salah nanti. 5) Berdasarkan petikan drama di atas, apakah
cara bantuan yang dapat diberikan jika kayak terbalik? Kaedah yang digunakna jika kayak terbalik
atau rafting dipanggil commando rescue, peserta perlu cuba menyelamatkan diri dan masuk semula
ke dalam kayak tanpa bantuan orang lain. Selain itu terdapat juga T rescue dan H rescue dimana
kayak yang berdekatan akan membantu kayak yang terbalik. 6) Berikan pendapat anda tentang
langkah untuk menggalakkan orang ramai menyertai aktiviti sukan lasak seperti kayak dan
sebagainya. Langkah untuk menggalakkan orang ramai menyertai aktiviti lasak seperti berkayak
adalah dengan mewujudkan lebih banyak kawasan yang menawarkan aktiviti sukan lasak. Selain itu,
pihak kementerian berkaitan boleh menjalankan kempen dengan melibatkan selebriti atau
pempengaruh sosial media untuk melakukan aktiviti lasak. Kekayaan alam semula jadi di seluruh
negara wajar dimanfaatkan dengan aktiviti lasak supaya masyarakat kini lebih menghargai khazanah
yang kita miliki ini

BAHAGIA SESUDAH DERITA

Nilai Ketabahan : Si miskin dan isteri tabah bersama walaupun dihina, diusir dan dilemparkan kayu
serta batu oleh penduduk kampung ketika meminta makanan Kasih sayang : Si miskin sangat
menyayangi isterinya dan sanggup memenuhi permintaan isterinya Baik hati : Maharaja Indera Dewa
telah memperkenankan permintaan si miskin yang inginkan mempelam dan nangka
Tanggungjawab : Si miskin menyediakan tempat tinggal untuk isterinya dengan membina pondok
Pengajaran Kita hendaklah tabah dalam menempuhi dugaan hidup kerana pelbagai cabaran yang
akan mendatang Kita seharusnya menjalankan tanggungjawab kita dengan penuh dedikasi seperti
seorang suami mencari rezeki untuk keluarganya Kita perlu bersikap baik hati dalam membantu
orang yang dalam kesusahan kerana dalam rezeki kita ada rezeki untuk orang lain Kita hendaklah
menunjukkan kasih sayang antara ahli keluarga bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
Latihan Soalan 1) Berdasarkan prosa tradisional ini, apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata
diusirnyalah dengan kayu? Maksud rangkai kata tersebut adalah menghalau dengan kayu. 2)
Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam prosa tradisional ini Salah satu persoalan yang didapati
dalam prosa tradisional ini adalah sikap memandang rendah terhadap golongan miskin di mana
orang di pasar telah mengusir dan membaling kayu apabila melihat si miskin dan isterinya. Selain itu,
persoalan cabaran orang dahulu yang miskin untuk hidup. Si miskin cuba untuk meminta sedekah
tetapi dihalau sehingga memakan makanan daripada tempat pembuangan sampah 3) Pada
pendapat anda, apakah kaedah yang perlu dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan tegar dalam
kalangan masyarakat? Pada hemah saya, masalah miskin tegar boleh diselesaikan dengan bantuan
kebajikan daripada pihak berkuasa. Apabila kebajikan mereka, peluang pekerjaan boleh ditawarkan
untuk mereka keluar daripada belenggu kemiskinan. Akhir sekali, masalah kemiskinan boleh diatasi
dengan memberikan subsidi kepada golongan kurang berkemampuan untuk meneruskan kehidupan
ketika kos sara hidup semakin meningkat. 4) Sebagai seorang pemimpin, apakah tindakan yang anda
akan lakukan sekiranya berdepan dengan rakyat yang miskin? Jika saya diamanahkan sebagai
seorang pemimpin, saya akan memberikan bantuan di dalam kemampuan saya, benda-benda asas
seperti makanan dan minuman terlebih dahulu. Kemudian saya akan mengusahakan bantuan
daripada jabatan kebajikan masyarakat dan juga badan zakat. Akhir sekali saya akan mengusulkan
polisi dan dasar pembangunan negara yang membebaskan rakyat daripada kemiskinan.

Anda mungkin juga menyukai