Anda di halaman 1dari 7

KOMSAS TINGKATAN TIGA: ANTOLOGI ANAK BUMI TERCINTA (PANTUN)

PANTUN
PANTUN BUDI Maksud pantun. Rangkap 1: Segala budi dan kebaikan yang dilakukan akan sentiasa dikenang dan diingati. Fangkap 2: Perlambangan manusia yang tidak berbudi seperti besi berkarat, tidak berguna. Rangkap 3: Lumrah manusia yang lebih mementingkan kebendaan berbanding budi. Rangkap 4: Meskipun hidup dalam kemiskinan/kesusahan, tetapi kaya dengan budi. Tema Pantun Budi mengangkat tema keunggulan nilai budi dalam kehidupan seharian. Antara persoalan yang diutarakan dalam pantun ini ialah: 1. Tuntutan menabur budi dan melakukan kebaikan dalam kehidupan y 2. Sikap mengenang dan menghargai budi orang lain. y 3. Sikap manusia yang lebih mengutamakan kebendaan . Gaya Bahasa Sinkeope Contoh:budi yang baik rasa nak junjung Repetisi. Contohnya: pandai berlompat,pandai berlari Perlambangan Contohnya:sebab emas budi terbuang
y

Pengajaran y Kita hendaklah berbuat jasa kepada sesama manusia. y Jangan pentingkan kekayaan hingga terlupa budi pekerti. y Kita hendaklah jauhkan diri daripada sikap sombong. y Kita hendaklah berbudi bahasa terhadap orang lain. PANTUN NASIB

MAKSUD PANTUN Rangkap 1: Nasib diri yang malang kerana apa -apa yang sepatutnya dimiliki dirampas oleh orang lain. Rangkap 2: Sikap perantau an g termenung sambil memikir-mikirkan nasibnya di perantauan tanpa sanak saudara. Rangkap 3: Dalam keadaan yang malang tentulah sukar hendak melakukan sesuatu dan keadaan menjadi tidak tentu arah. Rangkap 4: Biasanya banyak kawan yang mahu berkongsi kegembur aan tetapi tidak ada kawan yang mahu berkongsi kesedihan.

Rangkap 5: Seseorang berasa bahawa dirinya tidak berguna dan tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain. TEMA Kehidupan seseorang di dunia ini banyak ditentukan oleh faktor nasib,iaitu bernasib baik atau tidak bernasib baik. PERSOALAN 1. Sesuatu hajat yang tidak kesampaian. 2. Kecewa di hati disebabkan resam hidup manusia. 3. Untung nasib seseorang dalam kehidupan. GAYA BAHASA 1. Sinkof seperti tak yang terdapat dalam baris Masuktak penuh keluartak kurang. 2. Repetisi, iaitu perulangan katakawan .Contoh perulangan kata ini dapat dilihat dalam baris berikut: Kawan ketawa ramai sekali, Kawan menangis seorang diri. NILAI 1.Reda dengan ketentuan Allah. 2.Ketabahan. PENGAJARAN 1. Setiap dugaan hendaklah dihadapi dengan cekal dan tabah. 2.Hidup di dunia ini penuh dengan cabaran. PANTUN PERIBAHASA MAKSUD Rangkap 1: Orang yang berketurunan (baka) mulia akan tetap mulia walau terlantar di mana sekalipun dia. Rangkap 2: Tidak perlu tergesa-gesa mencari sesuatu yang sudah pasti ada kerana yang kita cari itu tidak akan ke mana atau tetap akan kita peroleh. Rangkap 3: Perpaduan dalam masyarakat akan wujud melalui amalan bekerjasama. TEMA Pantun ini bertemakan kelebihan dan manfaat memiliki atau m engamalkan sikap yang mulia. PERSOALAN a) Kelebihan memiliki peribadi yang mulia.Sebagai contoh: Kalau asal benih yang baik, Jatuh ke laut menjadi pulau. b) Sabar dan yakin terhadap apa -apa yang

dilakukan. Sebagai contoh: Takkan lari gunung dikejat, Hilang kabut nampaklah dia. c) Sikap bermuafakatan menjamin kejayaan dan keharmonian.Sebagai contoh: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. GAYA BAHASA 1. Sinkof atau kata singkatan iaitu,tak seperti yang terdapat dalam baris Tak kan lari gunung dikejar. 2. Inversi seperti yang terdapat dalam barisTak lari gunung dikejar. Sepatutnya, gunung dikejar takkan lari. 3. Anafora atau perulangan kata,pada awal baris,iaitu kata bulat"seperti yang terdapat dalam awal baris: Bulatair kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

NILAI a) Kesabaran b) Kemuliaan c) Keyakinan d) Bermuafakat PENGAJARAN a) Kemuliaan seseorang itu akan tetap disanjung dan membawa kebaikan walau di manamana pun dia berada. b) Kita mestilah yakin terhadap diri sendiri. c) Bersabarlah dalam melakukan dan menghadapi sesuatu perkara. d) Hidup bermuafakat bukan sahaja membawa kejayaan,malahan kesejahteraan.

SYAIR YATIM NESTAPA (Maksud) Tema Kemanusiaan dan kemasyarakatan yang berkait dengan keberanian menentang musuh / menyelesaikan masalah yang dihadapi Persoalan i. Perlunya menjaga maruah diri ii. Berusaha mengatasi sesuatu masalah iii. Jangan mudah berputus asa sebelum mencuba

Gaya Bahasa i. Asonansi Contohnya : Matanya seperti damar sebatang (pengulangan vokal a) ii.Aliterasi Contohnya : Cahayanya tidak dapat ditentang (pengulangan konsonan t) iii.Inversi Contohnya : Takutnya kakanda tidak terperi ( sepatutnya Kakanda takut tidak terperi) iv.Simile Contohnya : Matanya seperti damar sebatang v.Bahasa klasik Contohnya : adinda (adik), leta (hina atau keji), kakanda (abang), terperi (terkata), dan seteru (musuh) vi.Bahasa Arab Contohnya : aib (malu) Pengajaran i. Kita hendaklah berani dan jangan mudah mengaku kalah sebelum berjuang, apatah lagi untuk memelihara maruah. ii.Kita perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk melakukan sesuatu usaha ataupun menyelesaikan masalah yang dihadapi. Iii.Kita perlu rajin berusaha untuk mencari jalan penyelesaian agar masalah yang dihadapi dapat diatasi.

SYAIR CINTAI ALAM SEKITAR MAKSUD 1.Pesanan seorang kakak kepada adiknya supaya menyintai dan menjaga alam sekitar agar persekitaran menjadi indah dan tiada pencemaran. 2.Kempen kebersihan hendaklah dihayati agar dapat menikmati udara yang bersih,badan yang sihat serta negara dalam keadaan aman. 3.Rakyat perlu menjadi manusia yang bertimbang rasa dan membuat jasa kepada alam. 4.Keadaan tersebut membolehkan kita berehat atau berkelah pada hari minggu. 5.Berlakulah pencemaran yang amat serius dan keadaan tersebut haruslah diatasi dengan segera. 6.Amalan meludah dan membuang sampah di merata-rata tempat harus ditegah.Perbuatan menghisap rokok dan menagih najis dadah merupakan perbuatan terkutuk dan perlu dicegah. 7.Pokok-pokok balak ditebang secara berleluasa mengakibatkan kejadian tanah runtuh.Setiap pembanguan hendaklah dirancang dengan teliti dan mementingkan kualiti. 8.Pemandangan yang cantik menjadi daya tarikan pelancong dan mampu meningkatkan pendapatan negara. 9.Bumi ini amanah Tuhan dan kita tidak seharusnya membuat kerosakan kerana boleh mengancam nyawa dan kesihatan. 10.Kita perlu mengelakkan kemurkaan Tuhan yang boleh mendatangkan keburukan kepada kita. 11.Kita mesti menghayati dengan perasaan bersyukur nescaya akan dilimpahi dengan pelbagai kurnia daripada Tuhan.

12.Manusia tergamak membuat kerosakan di dunia ini,banyak pencemaran telah dilakukan menyebabkan tanah,sungai,parit,lautan dipenuhi dengan kekotoran. 13.Tanamkan dalam jiwa dengan satu iltizam iaitu tidak akan melakukan pencemaran.Flora dan fauna akan selamat dan kehidupan di dunia ini akan aman sejahtera. 14.Kita harus menggunakan fikiran dan kreativiti untuk mengindahkan alam ini supaya alam akan kelihatan indah dan kehidupan lebih harmoni. Tema Saranan supaya kita menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar agar terhindar daripada masalah pencemaran. Persoalan 1.Tanggungjawab menjaga alam sekitar agar tidak berlaku pencemaran. 2.Keindahan alam sekitar di negara kita menjadi tarikan pelancong. 3.Kebersihan persekitaran berkait dengan kesihatan rakyat negara ini. 4.Rakyat yang bertanggungjawab akan menjaga alam sekitar,bumi dantumbuhan daripada kemusnahan. 5.Alam sekitar merupakan amanah Tuhan. 6.Kebakaran dan asap menjadi punca jerebu dan penipisan ozon. Bentuk (a)Empat belas rangkap (b)Empat baris serangkap (c)Empat hingga lima patah kata atau 9 -12 suku kata sebaris (d)Berbentuk terikat atau tidak bebas. Unsur-unsur Bunyi (a)asonansi-pengulangan vokal e jerebu berleluasa melanda negara (b)aliterasi-pengulangan konsonan n cintailah keindahan jaga kebersihan (c)Rima akhir--aaaa Gaya Bahasa (a)Personifikasi ombak BERLAGU MEMUKUL pantai lapisan ozon SEMAKIN DERITA (b)Inversi sihat badan wajah berseri Nilai -cinta -bersimpati

-memberikan nasihat -insaf Pengajaran -Kita hendaklah mencintai alam sekitar -kita janganlah mencemari keindahan alam sekitar -Kita hendaklah berusaha mencegah pencemaran air dan pencemaran udara. SYAIR TENAGA PEMUDA SYAIR Kepentingan tenaga pemuda dan peranannya dalam memajukan dan mempertahankan bangsa dan Negara.Pemuda merupakan asset sesebuah Negara pada masa hadapan.Oleh yang demikian,tenaga pemuda ini mestilah di asu h dan dibentuk dari awal.Tenaga pemuda ini juga mestilah dijaga dn digunakan untuk kebaikan.Dengan kekuatan fizikal dan kekejaman mental mereka mampu menghadapi pelbagai cabaran yang dating.Mereka sanggup berkorban demi kedaulatan tanah air.
MAKSUD TEMA

Syair ini bertemakn kepentingan tenaga para pemuda.


PERSOALAN

1) Golongan belia mempunyai tenaga yang kuat. 2) Golongan belia mempunyai keberanian dan bersemangat waja. 3)Golongan belia perlulah diberi pendidikan.
GAYA

BAHASA a) Anafora.Contohnya: Tenagapemuda tenaga bererti, Tenagayang berani menempah mati. b) Repetisi.Contohnya: Beban yang beratdapat dijulang, Beban yang jauhdapat dijelang. c)Peribahasa.Contohnya,berpitih tulang.
NILAI

1. Patriotik. 2. Keberanian. 3. Keyakinan.


PENGAJARAN

1. Pemuda merupakan harapan bangsa dan Negara. 2. Gunakanlah tenaga yang ada demi kebaikan bersama.

3.Kedaulatan Negara mestilah dipertahankan.

Anda mungkin juga menyukai