Anda di halaman 1dari 10

PUISI MODEN

Kita Umpama Sehelai  Daun


(Smahadzir)
MAKSUD SAJAK

Rangkap Maksud

Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh diibaratkan sebagai sehelai daun. Apabila
manusia dilahirkan , membesar dan menjadi dewasa, seharusnya mereka telah mampu
1
menyumbangkan jasa untuk menerangi  kehidupan insan lain agar keluar dari belenggu
penderitaan.

Jika kita gagal menjadi manusia yang tahu membuat jasa, maka tiadalah ruang dan peluang
2
bagi mereka yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.

Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang akan menjadi tua dan mati. Maka janganlah kita
3 terlalu sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang dimiliki sehingga melupakan
kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita.

Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun, sewaktu hidup menyumbang jasa. Malah setelah
4
matipun, banyak jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

TEMA
Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan.

PERSOALAN

1. Senantiasa memberi sumbangan dan kebaikan kepada masyarakat.


2. Tidak kedekut dan malas untuk membantu orang lain. Hal ini akan 
menyebabkan hubungan dengan masyarakat akan menjadi renggang.
3. Sikap angkuh dan mementingkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain.

BENTUK

1. Bebas
2. Terdapat empat rangkap
3. Baris-baris ayat dan rima akhir
·         Rangkap 1 terdapat 5 baris.  Rima akhir ababc
·         Rangkap 2 terdapat 4 baris.  Rima akhir abcd
·         Rangkap 3 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbd
·         Rangkap 4 terdapat 3 baris.  Rima akhir abb

GAYA BAHASA

1. Simile
Contoh :  kita umpama sehelai daun
1. Personifikasi
Contoh :  tempat bercanda unggas meriang
1. Pengulangan baris
Contoh :  kita umpama sehelai daun
1. Asonansi - pengulangan vokal a
Contoh :  andai kikir jasa dan bakti
1. Aliterasi – pengulangan konsonan m
Contoh :  hijau menunas menyegar mata

NILAI

1.  Nilai bertanggungjawab


     Contoh: Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain

2.  Nilai prihatin


     Contoh: Prihatin terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim

3.  Nilai kesederhanaan


     Senantiasa mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan

4.  Nilai-nilai lain: Baik hati; rasional; kasih sayang; keinsafan.

PENGAJARAN

1.  Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat


2.  Kita mestilah prihatin terhadap golongan yang memerlukan
3.  Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana
4.  Kita hendaklah berbuat baik sesama manusia dan makhluk Tuhan yang lain.
5.  Kita hendaklah membuat jasa dan berbakti kepada masyarakat.
6.  Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang telah kita terima dan berusaha untuk
membantu orang yang tidak berupaya.
Kuingin Berterima Kasih
(Ihsan Noorzali)

MAKSUD SAJAK

Rangkap Maksud

Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan
1 menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa  mampu meredakan api
kemarahan.

Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang subur
2
telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.

Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan yang di laut kerana memberikan
3
kegembiraan kepada nelayan.

Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak berkorban
4 jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh. Pengorbanan mereka itu
mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang anak tempatan.

5 Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati duka lara dan
penderitaan mangsa perang. Penyajak juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada
masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan lebih banyak kehancuran dan
penderitaan.

Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak dapat berfikir
6
secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan keamanan sejagat.

TEMA
Menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia.

PERSOALAN
      i.        Hujan memberikan kesejahteraan kepada manusia.
     ii.        Berbakti kepada tanah akan membuahkan hasil.
    iii.        Ikan di laut memberikan pendapatan kepada nelayan.
   iv.        Menghargai jasa perwira-perwira negara.
    v.        Dunia akan menjadi aman damai dan  indah jika semua orang menghargainya.

BENTUK

1. Bebas
2. Terdapat enam rangkap
3. Baris-baris ayat dan rima akhir

o Rangkap 1 terdapat 4 baris.  Rima akhir abcd


o Rangkap 2 terdapat 4 baris.  Rima akhir abca
o Rangkap 3 terdapat 5 baris.  Rima akhir abccc
o Rangkap 4 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbb
o Rangkap 5 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbd
o Rangkap 6 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc

GAYA BAHASA

Simile
Contoh:  kepada hujan bagai tetamu

Personifikasi
Contoh:  ikan-ikan yang riang

Metafora
Contoh:  darah kesetiaan

Kata Ganda
Contoh: di taman-taman keresahan hidup

Asonansi - pengulangan vokal a


Contoh :  kepadamu pejuang negara
Aliterasi - pengulangan konsonan k
Contoh :  sesekali kuingin kalungkan kagum

NILAI
Mengenang jasa
Contoh:  mengenang jasa pejuang negara.

Keinsafan
Contoh:  perang menyebabkan kerosakan kepada manusia dan alam.

Kesetiaan
Contoh: pejuang setia kepada negara.

Kesyukuran
Contoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.

PENGAJARAN

1.  Kita hendaklah mengenang jasa mereka yang telah berjuang untuk negara.
2.  Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
3.  Kita hendaklah sanggup berjuang demi negara tercinta.
4.  Kita hendaklah bersimpati dengan golongan susah.
5.  Perjuangan dan pengorbanan para pejuang tanah air hendaklah dihargai.
6.  Kita harus merenung kehidupan ini.
Aku
(Rosli  K. Matari)

MAKSUD SAJAK

Rangkap Maksud

1 Penulis mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.

2 Penulis menyusuri sepanjang pantai sambil membayangkan bahawa dirinya itu Nabi Adam.

Digambarkan bahawa hari tersebut merupakan hari wujudnya nabi Adam iaitu manusia 
3 pertama yang dicipta oleh Tuhan. Baginda buat pertama kalinya dapat melihat keindahan
alam ciptaan Tuhan.

4 Baginda tidak pernah mendengar deruan ombak sebelum kewujudannya.

5 Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.

Baginda juga tidak pernah mengenali dan mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-
6
tumbuhan di situ.

Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru sahaja
7
dicipta.

TEMA
Kewujudan diri dan menghayati alam sekitar.  Pembaca dipupuk untuk menghayati dan
menikmati alam sekitar yang memberi ketenangan jiwa serta menyedari kewujudan Tuhan.

PERSOALAN

1. Pemeliharaan alam sekitar.  Alam sekitar perlu dipelihara agar dapat dinikmati oleh
generasi akan datang.

2. Kepercayaan kepada Tuhan. Manusia pertama dicipta ialah nabi Adam.

3. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Tuhan menciptakan dunia untuk manusia
menggunakannya sebaik mungkin.
BENTUK

i.          Bebas
ii.         Terdapat tujuh rangkap
iii.         Baris-baris ayat dan rima akhir

 Rangkap 1 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc


 Rangkap 2 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc
 Rangkap 3 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc
 Rangkap 4 terdapat 3 baris.  Rima akhir abb
 Rangkap 5 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc
 Rangkap 6 terdapat 3 baris.  Rima akhir aab
 Rangkap 7 terdapat 3 baris.  Rima akhir abb

GAYA BAHASA

1. Sinkope
Contoh:  kecuali diriku

2. Kata ganda
Contoh:  bertiup di mana-mana

3. Imej alam
Contoh:  laut, langit, pohon, angin, ombak.

4. Asonansi-perulangan vokal a
Contoh: kerana aku baru ada

5. Aliterasi-perulangan konsonan l
Contoh:  laut, langit dan pohon

NILAI

1. Percaya kepada Tuhan.


Contoh:  aku percaya Kau Pencipta.

2. Kesyukuran
Contoh: Aku bersyukur diciptakan oleh Tuhan dan dapat merasai nikmat yang ada di
dunia.

3. Keinsafan:
Contoh: Adam insaf akan kebesaran dan kekuasaanTuhan
PENGAJARAN

1.  Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.

2.  Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar terpelihara keasliannya.

3.  Kita hendaklah menginsafi diri agar tidak melakukan perkara yang membawa
kemurkaan Tuhan.
Kunci Bahasa
(Abdul Hadi Yusof)
MAKSUD SAJAK

Rangkap Maksud

Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang
1
berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.

Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik walaupun
2
berlaku perubahan masa.

Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak timbul sebarang
3
kekeliruan.

4 Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.

5 Bahasa digunakan untuk berkomunikasi

Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan susunan kata 
6
serta bahasa yang puitis.

TEMA
Bahasa dan peranannya dalam masyarakat.  Bahasa penuh dengan keindahan dan digunakan
untuk berkomunikasi

PERSOALAN

1. Bahasa yang bermaruah.  Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan orang
lain terguris hatinya.

2. Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan tidak
akan hilang ditelan zaman.

3. Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk
menyampaikan nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.

4. Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan secara
berhemah.
BENTUK

1. Terikat
2. Terdapat enam rangkap
3. Semua rangkap mempunyai dua baris dan rimanya aa.

GAYA BAHASA

1. Pengulangan kata
Contoh:  bahasa dan tidak

2. Bahasa Arab
Contoh:  ukhwah dan ummah

3. Metafora
Contoh:  jambatan ukhwah

4. Asonansi - pengulangan vokal i


             Contoh :  tidak berbilur bahasa di lidah

5. Aliterasi - pengulangan konsonan b


             Contoh :  bahasa berbuah

NILAI

1. Bersopan santun
Contoh: bahasa bermaruah/bahasa berbudi.

2. Pemurah
Contoh: tidak lokek pada ummah

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris hati orang
lain.
Contoh:  Bahasa bermaruah
               tidak berbilur bahasa di lidah

2. Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.


Contoh:  Bahasa bersejarah
               tidak luput bahasa bertingkah

Anda mungkin juga menyukai