Anda di halaman 1dari 14

TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN

Teknik Gaya Gunting

            Menjelang abad ke-19, seorang berbangsa Amerika bernama Mike Sweeney
telah mencadangkan lompat tinggi jni gunting ini sebagai pilihan dari hadapan sebelum
ini.     Lompatan gunting bermaksud peserta akan melepasi palang pada sebelah kaki
dan dengan segera diikuti dengan kaki yang sebelah lagi hampir pada ketika yang
sama, sambil melepaskan keseluruhan tubuh melepasi palang.
            Teknik ini telah ditiru oleh seorang Jerman bernama Pierre Lewden yang
kemudiannya terus mempopularkan gaya ini. Teknik lompatan ini menjadi ikutan para
peserta lompat tinggi ketika itu. Pergerakan dalam lompatan cara gunting itu adalah
seperti berikut :
i.              Peserta membuat larian dari sudut kiri atau kanan lorong larian mengikut keselesaan
sendiri.
ii.            Peserta membuat lompatan dengan mengangkat dan melepasi kaki hadapan diikuti
dengan kaki sebelah lagi.
iii.           Ketika kaki hadapan berada di atas palang, kaki yang sebelah lagi menendang ke atas,
menyebabkan dada berputar ke arah lompatan.
iv.           Peserta mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau kedua-dua beah kaki tanpa
menjatuhkan badan.

          Gaya gunting ini bertahan selama tempoh antara Perang Dunia Pertama ( 1914 –
1945 ), malah menjadi satu – satunya cara yang digunakan oleh hampir semua peserta
yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan terbesar seperti Sukan Olimpik.
Teknik Western Roll

            Teknik lompat gaya gunting telah diperbaharui untuk memberi keselesaan


kepada peserta dan yang lebih penting lagi untuk mendapatkan ketinggian maksimum
dari lompatan tersebut. Seorang rakyat Amerika, George Horrine telah mencipta gaya
baru dalam gaya lompatan lompat tinggi. Dalam teknik ini, peserta akan membuat
lompatan dengan keseluruhan badannya hampir rata dengan palang, iaitu pada
bahagian sisi badannya sama ada sisi kiri atau kanan. Pergerakan peserta sepanjang
lompatan melalui teknik ini dinamakan putaran ( roll ) dan dikenali sebagai Western Roll,
sebutan daripada tempat asal Horrine, iaitu dari pantai Barat Amerika Syarikat. Daripada
lompatan menggunakan ini, Horrine menjadi orang pertama yang melepasi 2 meter iaitu
pada 18 Mei 1912, di Palo Alto, California. Selepas itu gaya lompatan Western Roll terus
menjadi ikutan para peserta lompat tinggi ketika itu.
            Penggunaan gaya lompatan yang baru ini menyebabkan rekod baru dicipta dari
semasa ke semasa. Hal ini menjadi lebih mudah dengan setiap peserta berusaha pula
memperbaiki teknik ini supaya lebih mudah dan dapat meningkatkan ketinggian
lompatan.

Teknik Gaya Plana


            Terdapat empat fasa utama dalam teknik melompat gaya plana yang berturutan
di antara satu sama lain, iaitu pendekatan larian landas, lonjakan, kedudukan badan
atas palang ( penerbangan ) dan pendaratan.

Pendekatan larian landas


            Pendekatan larian landas untuk melompat mempunyai beberapa tujuan seperti
berikut :
i.              untuk  membentuk penukaran optimum pergerakan mendatar serta mendapatkan
sokongan kepada sudut untuk melonjak dengan  kekuatan yang maksimum.
ii.            Mendapat rentak dan corak larian yang lancar.
iii.           Membolehkan peserta memperolehi sudut yang sesuai untuk membuat lonjakan.
           Pendekatan larian dalam gaya plana adalah mengikut garis lurus hingga ke
tempat membuat lonjakan. Larian dibuat dengan langkah yang panjang, iaitu biasanya
antara lima hingga tujuh langkah. Peserta akan berlari dengan bahagian tumit kaki
terlebih dahulu mencecah lantai gelanggang sebelum dipindahkan ke hujung kaki.
            Dalam gaya plana, bahagian – bahagian badan peserta akan melepasi palang
lompatan, lorong terbang ( flight path ) mestilah dijauhkan sedikit dari palang. Tujuannya
supaya bahagian terakhir badan peserta dapat dikawal daripada terkena palang. Oleh
itu  sudut yang sesuai selalu digunakan ialah di antara 52 – 45 darjah.
            Sebelum mendapatkan  larian landas, kaki yang selesa dan kuat untuk melonjak
atau tumpuan hendalkah dipastikan. Ini boleh ditetapkan dengan menyuruh atlit
membuat lompatan gunting melintasi palang. Altit mula berlari dari sebelah kiri  tiang
tegak ( iaitu pelompat yang akan melompat dengan kaki kiri ). Setiap langkah ke arah
palang seakin panjang dan juga pusat gravity juga semakin rendah. Pendaratan kaki
juga semakin jauh ke hadapan badan semakin hampir dengan palang. Gerakan peha
adalah agak tinggi ke depan. Semasa melangkah tumit kaki menyentuh bumi terlebih
dahulu diikuti oleh tapak kaki lain. Langkah kedua sebelum melonjak adalah langkah
yang panjang sekali dan seketika itu bahu dibawa ke depan. Semasa langkah ini di
ambil, kaki bebas 9 hanyun ) dibawa ke depan dalam keadaan agak bengkok.
            Jarak larian boleh ditentukan dengan menandakan satu bulatan berjejari 50 cm
berhampiran dengan tiang tegak, iaitu tiang kiri bagi pelompat yang melonjak dengan
kaki kiri atau sebaliknya. Letakkan kaki lonjakan di tengah bulatan ini dan lari ke
hadapan pada sudut 30 darjah. Lima atau tujuh langkah dari tengah bulatan sudah
memadai. Tandakan langkah terakhir iaitu langkah lima atau tujuh. Seterusnya lari
kembali kearah palang dan pastikan langkah terakhir memijak tempat yang sama. Jika
langkah itu tidak konsisten, penyesuaian dibuat. Akhirnya ukur jarak antara 5 atau 7
langkah. Ukuran ini boleh digunakan pada masa latihan yang akan dating.

Lonjakan
            Sebelum melonjak, peserta perlu merendahkan pusat gravity badannya. Teknik
melakukannya perlu betul kerana ia boleh menjejaskan kelajuan larian. Lutut kiri 
dibengkokkan pada langkah terakhir larian, dan tangan dihayunkan ke belakang serta
tumit kaki pasak badan dalaam keadaan condong ke belakang. Pada langkah terakhir ini
peserta mesti bersedia untuk mula melonjak keatas palang. Apabila kaki kanan
( depan ) mula dihayun ke atas, tangan yang dibelakang tadi turut ikut serta.
            Ketika inilah kaki kiri ( belakang ) akan membuat lonjakan sekuat yang mampu.
Tindakbalas kepada penekanan dan daya gerak ke atas, pertukaran gaya lonjakan kaki
dan penyerapan hentakan mestilah berlaku dengan pantas.

Kedudukan badan atas palang.


            Dalam kebanyakan kes, tangan adalah bahagian yang pertama sekali melintasi
palang, diikuti oleh kaki depan. Kaki depan yang mendatar di atas palang hendaklah
mengawal pergerakan bahagian badan yang lain untuk dibawa melepasi palang.
            Ketika badan mula melepasi palang, kaki kiri iaitu kaki belakang dibengkokkan
serapat yang boleh utnuk mengelakkan dari terkena palang. Tangan kiri dirapatkan ke
dada.  Sebaik sahaja separuh badan melepasi palang, peserta akan menjunamkan
kepala dan bahunya ke arah tilam mendarat. Ini akan membantu pergerakan pinggang
berada dalam posisi yang betul untuk meseluruhan badan melepasi palang. Kaki
belakang tidak perlu menendang ke atas tetapi cukup sekadar mengekalkan posisi
bengkoknya .
Pendaratan
            Selepas berjaya melompat melepasi palang, peserta terus menuju ke kawasan
pendaratan. Peserta akan memusingkan badan dari posisi mengiring kepada posisi
melentang dengan jatuhan badan ke atas tilam mendarat.

Teknik Gaya Lentang ( Fosbury Flop )


            Gaya lentang ( flop ) merupakan teknik lompatan yang paling akhir
diperkenalkan oleh seorang ahli lompat tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu
Dick Fosbury pada tahun 1968. Lompatan ini sangat sesui untuk atlit lompat tinggi yang
mempunyai larian  yang pantas tetapi kurang daya lonjakan kaki. Dari kajian yang dibuat
oleh pakar-pakar menunjukkan bahawa penggunaan daya untuk melonjak adalah
selama 0.14 saat untuk gayalentang  berbanding 0.22 saat untuk gaya plana.
            Gaya  ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa murid-
murid tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan  keselamatan, guru
mestilah memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa
pelajaran atau latihan.
            Dalam gaya lentang atau  Fosbury Flop ini, terdapat empat fasa yang perlu oleh
seseorang pelompat iaitu :
1.    Fasa penujuan.
2.    Fasa lonjakan.
3.    Fasa layangan.
4.    Fasa pendaratan.

Fasa penujuan ( larian landas )

      Fasa penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan lompatan yang

sempurna. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan membawa

seseorang atlit lompat tinggi pada satu tahap yang paling sesuai untuk melakukan fasa

lonjakan seterusnya.  Faktor-faktor itu adalah :-

i)
               Kelajuan :-   Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan halaju yang

terkawal.  Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi palang kerana tinggi

palang.

     ii)        Arah  :-  Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20 darjah hingga 30 darjah

dari satah tegak palang.  Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari landas atlit perlu

mengubah arahnya pada satu lengkongan.  Ini dilakukan untuk mendapat daya

sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop.

Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan dalam gaya flop seperti berikut;

i)
               Lari lengkung dari mula, lari landas untuk mendapat kepantasan yang optima seperti Dick

Fosbury.

     ii)        Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah terakhir.

    iii)        Secara lari atas garisan lurus menuju ke palang.

Dalam fasa ini juga peserta membuat larian untuk memperolehi daya yang tinggi
untuk membuat lonjakan, Jarak larian untuk membuat lompatan bergantung kepada
ketinggian peserta dan keberkesanannya  membuat lonjakan. Disebabkan dalam gaya
ini peserta akan melompat secara membelakangi palang lompatan, maka teknik larian
juga berbeza dari gayaplana. Corak larian pada kebiasaannya adalah berbentuk garisan
lengkung.
            Larian yang mengikut lengkungan akan menghasilkan daya centrifugal iaitu daya
cenderung untuk keluar dari pusat putaran. Daya ini akan membantu melempar badan
peserta ke atas palang apabila membuat lonjakan.

            Jejari lengkungan ( jika menjadi bulatan ) ketika mengambil larian biasanya lebih
kurang 6 meter. Saiz jejari lengkungan ini adalah bergantung kepada ketinggian peserta
dan kebiasanya berlari pada jarak tersebut.

            Biasanya pelompat mengukur tujuh hingga sembilan langkah larian. Peserta
biasanya mengukur jumlah langkah dengan mengira langkahnya sambil berlari bermula
dari tempat permulaan lonjakan di hadapan palang. Kaki yang digunakan untuk
melonjak hendaklah diletakkan pada tanda permulaan lengkungan. Setelah hampir
kepada lengkungan kedua, hendaklah menambahkan kelajuan untuk melompat.

            Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang


bahagian dahulu. Cara menentukan penujuan gaya Fosbury Flop adalah seperti gambar
rajah di bawah :

Fasa lonjakan

            Apabila pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum mula melonjak serta
sudah ada tendersi untuk melayangkan badan ke atas palang maka  pengukuhan posisi
badan dan gaya belari digabungkan bersama. Apabila hampir dengan tempat untuk
melonjak, kaki yang akan melonjak seharusnya berada di posisi selari dengan palang
lompatan. Keadaan ini akan menempatkan badan peserta di posisi yang baik untuk
mengelakkan badan daripada terkena palang apabila sudah melompat.

            Gaya tangan sangat penting untuk membantu mengangkat badan peserta ketika
melompat. Gaya  ini hampir serupa seperti dalam gaya plana. Ketika pelompat bergerak
di langkah terakhir larian, kedua belah tangan dihayunkan ke belakang. Peserta akan
memulakan pergerakan melompat dengan membawa kaki belakang ke hadapan serta
mengangkat kaki dengan peha selari denagn permukaan gelanggang. Kaki hadapan
( kaki yang kuat atau yang digunakan untuk melonjak ) mula menujah badan ke atas.
Tangan dihulurkan ke atas untuk memandu atau mengawal pergerakan badan ke atas
palang.

Kaki yang akan melonjak hendaklah berada dalam posisi seperti gambarajah di bawah:
Rajah 2    Kedudukan kaki semasa melonjak
Fasa layangan.

            Selepas keseluruhan badan telah dilonjak ke atas, maka pelompat


akan cuba melentikkan badannya utuk melepasi palang. Kedua-dua belah tangan
diluruskan selari dengan  rusuk badan. Kaki dibiarkan bebas untuk memudahkan
pelompat melenturkan badan iaitu bahagian pinggang. Lenturan atau lentikan badan ini
akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang. Ketika ini badan
pelompat berbentuk huruf ‘ J ‘.

            Apabila badan mula mendarat, pelompat akan menarik lutut ke hadapan di mana
kedua belah kaki diluruskan ke atas. Pergerakan ini perlu pantas dan berterusan dengan
pendaratan ke tilam mendarat. Ini adalah penting mengelakkan bahagian betis dan tumit
daripada terkena palang dan ia juga sebagai persediaan untuk pendaratan.
Sebaik sahaja peserta melayang di udara, pusat graviti badan turut berubah. Tubuh

akan berpusing di keliling pusat graviti dalam satu laluan parabola. Peserta cuma bolah

menambah kelajuan rotasi ini dengan menggerakkan pinggulnya. Penjimatan

momentum ini akan membolehkan pelompat menambahkan kelajuan rotasi dengan

memendekkan tuas melalui pergerakan lengan dan kaki yang merapati pusat graviti.

      Kepala dan belakang perlu melepasi bar terlebih dahulu.  Kepala haruslah didongak

ke atas. Sebaik sahaja bahu melepasi palang, gerakkan kepala ke belakang. Ini

menyebabkan pinggul dan terangkat lalu membentuk arch.  Apabila pinggul telah

melepasi bar, angkat hamstring ke atas. Ini dilakukan melaui merendahkan pinggul ke

bawah. Pergerakan ini menyebabkan lutut terangkat dan membolehkannya berada

dalam posisi yang lebih baik untuk melepasi bar. Setelah itu, luruskan kaki. Dalam

pergerakan ke bawah selepas itu, perlahankan rotasi melalui tangan yang terbuka ke

luar. Ini bagi membantu proses mendarat. Mendaratlah dengan belakang bukannya

tengkuk.

Rajah.4    Fasa clearance
Fasa pendaratan
       
     Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik kepala daan
dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat
mendarat di atas bahagian belakangnya ( tulang belikat ).

Dalam fasa ini badan atlit setelah melepasi palang sedang jatuh dari tinggi ke
bumi.  Jenis daya yang dihasilkan adalah daya kinetik yang makin jatuh makin
bertambah.  Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan mengadakan
kedua lutut jauh dan dagunya rapat pada dada.  Mulutnya mesti ditutup supaya tidak
tergigit lidah.  Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti cuba mendarat pada
bahunya.

            Sekiranya tenaga kinetik terlampau, ia dikehendaki melakukan gulingan ke

belakang untuk menyerap hentakan impact.  

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI


Pertandingan

1.            Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.

2.            Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan mengumumkan kepada peserta-


peserta ketinggian lompatan permulaan dan juga ketinggian yang akan dinaikkan setiap
kali berakhirnya satu-satu pusingan sehingga hanya seorang pemenang sahaja yang
tinggal, atau terdapat keadaan seri bagi tempat pertama.
Melainkan seorang peserta sahaja yang tinggal.
a)    Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2 CM, bagi setiap pusingan.
b)    Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh dibenarkan.
Di dalam pertandingan bercampur yang dikelolakan dibawah peraturan 12.1 (a), (b) dan
(c). Setiap ketinggian yang ditambah adalah 3 CM, sehingga tamat pertandingan.

3.            Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.

4.            Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan menggunakan


landas lari ataupun kawasan melonjak untuk latihan.
5.            Seorang peserta gagal jika:
a)    Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak pengalasnya kerana aski
peserta tersebut ketika melompat
b)    Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang kedua-dua tiang tersebut
dengan sebrang bahagian badannya tanpa melompat melepasi palang tersebut. Walau
bagaimanapun jika ketika melompat peserta itu menyentuh kawasan mendarat dengan
kakinya dan pada hemat hakim, tidaklah menjadi satu sebab untuk dianggap sebagai
gagal.

6.            Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya keatas ketinggian
permulaan dan boleh  melompat sesuka hatinya di paras-paras tinggi yang berikutnya.
Tiga kali kegagalan berturut-turut tidak kira dimana sahaja kegaglan itu berlaku, akan
menyingkirkan peserta tersebut dari membuat lompatan lagi, melainkan dalam keadaan
seri di tempat pertama. Tujuan peraturan ini adalah untuk membolehkan seseorang
peserta bertindak menolak giliran melompat kedua dan ketiga pada ketinggian tertentu
( setelah gagal lompatan pertama atau kedua ) masih boleh melompat pada ketinggian
berikut. Jika seseorang  peserta tidak melompat di sesuatu ketinggian, ianya tidak lagi
boleh melompat pada ketinggian itu, melainkan jika terdapat seri.

7.            Sebatang penguku ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum para peerta
melompat pada ketinggian tersebut. Di dalam hal pemecahan rekod-rekod, hakim-hakim
mestilah memeriksa ukuran ketinggian palang yang diletakkan pada ketinggian rekod
mestilah mengukur sekali sebelum percubaan pemecahan rekod seterusnya sekiranya
palang itu disentuhi.
NOTA:  Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan pertandingan
bahawa muka depan dan bawah kayu palang dapat dikenali dan kayu palang itu
hendaklah sentiasa diletakkan dengan muka yang sama ke atas dan ke hadapan.

8.            Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih melompat, maka ia
tidak layak lagi meneruskan pertandingan. Ketinggian seterusnya adalah ditetapkan oleh
peserta-peserta tersebut setelah berbincang dengan hakim atau referi berkenaan.
NOTA.      Ini tidak termasuk acara-acara bercampuran.

9.            Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam keadaan seri untuk tempat
pertama.

10.         Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta akan dikira termasuk
lompatan yang diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.

Landas Lari Dan Kawasan Melompat


11.         Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali di dalam pertandingan. Pertandingan
di bawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c) di mana jarak minimumnya ialah 20 m. Di mana
keadaan mengizinkan jarak minimum landas hendaklah berukuran25 m.

12.         Curam keseluruhan maksimum landasan dan kawasan melompat tidak boleh melebihi 1
250 ke arah bahagian tengah palang.

13.         Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar digunakan semua. Rujukan
dalam peraturan mengenai rata balapan atau kawasan melompat hendaklah rata
dengan permukaan tikar

14.         Penanda. – seseorang peserta boleh menggunakan  satu atau dua penanda ( yang
disahkan atau disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola ) bagi membantu di
dalam larian dan lompatannya. Sekiranya penanda seperti itu tidak disahkan, peserta itu
boleh menggunakan pita pelekat tetapi bukan kapur atau sebarang bahan seperti itu,
ataupun sebarang benda yang boleh meninggalkan kesan yang kekal.

Alat-alat.

15.         Tiang-tiang.   Sebarang jenis tiang boleh digunakan kejor/tegar. Cagak-cagk hendaklah


dipasng dengan kemas kepada tiang-tiang, Tingginya tiang-tiang ini mestilah melebihi
maksimum ketinggian ke mana kayu palang boleh dinaikkan dengan sekurang-
kurangnya 10 mm. Jarak diantara tiang-tiang tidak boleh kurang daripada 4.00 meter
dan tidak lebih daripada 4.04 meter.

16.         Tiang-tiang tidak boleh dianjakkan sewaktu pertandingan dijalankan, melainkan padaa


pendapat referi bhawa tempat melonjak atau kawasan mendarat tidak lagi sesuai
digunakan. Dalam keadaan seperti ini, perubahan hanya dilakukan setelah sesuatu
pusingan diselesaikan.

17.         Palang.      Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti “ fiber glass”, logam
atau lain-lain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada keratan rentasnya kecuali di
kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang tersebut ialah 4.00 m  ( lebih kurang
2 cm ). Berat maksimumnya ialah 2 kg. Garis bahagian bulatnya ialah 30 mm. Palang
tersebut hendaklah mengandungi tiga bahagian-bahagian berbentuk bulat panjang dan
dua bahagian hujung, setiap satu berukuran lebar 30 – 35 mm dan panjang 15 – 20 cm
bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang. Hujung palang hendaklah licin dan kukuh.
Hujung palang tidak boleh disalut dengan getah atau dengan apa juga bahan lain yang
akan mengakibatkan lebih pergeseran di antara hujung palang dan cagak. Palang ini
tidak boleh menyentuh apabila diletakkan di atas tempatnya. Lenteruan yang dibolehkan
ialah paling maksimum 2 cm. Pengawasan, gantungkan timbangan seberat 3 kg di
tengah-tengah palang ketika berada di tempatnya. Kemungkinan ianya akan menyentuh
7 cm maksimum.

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU


SEMASA LOMPATAN
1)    Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah terakhir.

2)    Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka

langkah semasa melencong.

3)    Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang.  Ini menjadikan jarak penujuan

terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.

4)    Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat.

5)    Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat

dengan palang semasa melonjak.

6)    Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.

7)    Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.

8)    Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara

melipat tumit.

9)    Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.

10) Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan

mendongak semula di fasa pemulihan.

11) Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk

ke sebelah kawasan mendarat.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1)    Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan.

2)    Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.

3)    Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh.
4)    Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan supaya ia jatuh

ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.

PENGENALAN
Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati
dan sentiasa mendapat perhatian ramai.  Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam
tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam
sukan Olimpik.  Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan
digunakan oleh para atlit.

            Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semula jadi, 

bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlit itu

sendiri iaitu  dari persediaan fizikal dan mental.

Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :-

i)
               Gaya Gunting (Scissors)

     ii)        Gaya Eastern Cut-off

    iii)        Gaya Guling Barat (Western Roll)

    iv)        Gaya Guling Pelana (Straddle)

     v)        Gaya Fosbury Flop

Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah


diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.

SEJARAH
Tidak dapat dipastikan apakah lompat tinggi pernah disenaraikan dalam Sukan

Olimpik Kuno seperti lompat jauh.  Ada setengah pendapat mengatakan acara lompat
tinggi ini pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang pula pihak

yang menafikannya.  Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19

apabila satu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan

profesional di England yang mampu melompat paling tinggi.  Dalam pertandingan yang

diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya

melompat setinggi 1.83 meter.

            Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan

sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam

pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi

itu.  Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan

lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang.  Palang yang digunakan

hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah.  Cara

membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat

pada kedudukan statik atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada

kedudukan berdiri dan menegak.

            Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari

semasa ke semasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang turut

berubah serta keadaan-keadaan tertentu.  Contohnya pada suatu ketika pelompat tidak

dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat dan begitu juga

kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang. 

Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan

tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. 

Sebelumnya hanya pasir digunakan. 

            Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan

olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai

peringkat. 

            Pada peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan ialah gayastatik

dengan lompatan menegak.  Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta Eropah,


manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik

lompatan paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu. 

Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia mula

diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.

            Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus

dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat yang

bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah

telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik tahun 1968

di Mexico.  Peristiwa ini begitu penting sehinggakan IAAF terus bersetuju menamakan

teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury

Flop.

            Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali

sebagai gaya guling pelana (Stradle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart dari Universiti

of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930.  Tetapi

yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dariOregon.              Dengan

ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki

11 inci.  Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi 7 kaki dalam dunia ialah 

Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi

7 kaki 0.3 inci.

Anda mungkin juga menyukai