Anda di halaman 1dari 11

LOMPAT TINGGI

Pengenalan

Lompat tinggi adalah lompatan melepasi satu palang yang diletakkan di antara dua tiang tegak. Gaya-gaya lompatan termasuk gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan selepas setiap pusingan. Peserta-peserta turut mengambil bahagian sehingga gagal melepasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut.

Asas lompat tinggi yang baik adalah kebolehan menukar momentum hadapan kepada momentum tegak yang akan menaikkan badan pelompat melintasi palang. Jadi penujuan dan

lonjakan yang tepat adalah amat penting. Posisi badan, sudut dan kelajuan melonjak adalah amat penting dalam semua acara lompatan; lompat tinggi, lompat jauh dan lompat galah.

SEJARAH AWAL LOMPAT TINGGI

Lompat tinggi merupakan salah satu acara padang yang dipertandingkan dalam sukan olehraga. Ia disertai oleh peserta lelaki dan wanita dan dipertandingkan dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dipercayai bahawa acara ini telahpun dimulakan pada acara olimpik kuno dan mendapati acara ini diminati ramai. Ia mula dipertandingkan dalam sukan Olimpik 1896 hinggalah sekarang. Buat julung kalinya ia dikendalikan pada kurun ke-19 bertempat di England. Para peserta bertanding dan bersaing melepasi palang yang diletakkan di antar dua belah tiang yang boleh diturunkan dan dinaikan berdasarkan pada tingkat ketinggian yang telah ditetapkan. Dalam pertandingan ini, sekiranya peserta-peserta itu gagal untuk melepasi ketinggian palang selepas membuat lompatan tiga kali berturut-turut dalam percubaannya maka penyertaannya dianggap batal atu dibatalkan dan bagi peserta yang terakhir sekali berhenti atau pembatalannya terakhir sekali dianggap pemenang. Acara lompat tinggi jika ditinjau dari mata kasar merupakan satu acara yang mudah iaitu melepasi palang. Jesteru itu ia dinamakan lompat tinggi. Namun begitu, ia tidak semudah yang kita sangkakan kerana lompat tinggi juga ada teknik-teknik yang tersendiri. Ahli-ahli sukan Olahraga berpendapat bahawa acara lompat tinggi ini memerlukan kebolehan semulajadi seseorang itu. Ia meliputi aspek fizikal dan kesediaan mental seseorang. Acara lompat tinggi itu memerlukan koordinasi yang baik antara pergerakan dan tumpuan pemerhatian. Dari masa ke semasa, terdapat banyak perubahan dari segi teknik lompat tinggi. Perubahan ini dilakukan untuk mendapat lompatan yang lebih baik di samping untuk mengelakkan diri daripada kecederaan. Perubahan yang paling nyata ialah gaya atau teknik

lompatan. Gaya yang pertama diperkenalkan dan digunakan untuk sekian lama ialah gaya gunting ( Scissors Style ) dan diikuti dengan Gaya Timur. Selepas itu diperkenalkan Gaya Guling Barat ( Western Roll ), Plana ( Straddle ) dan Gaya Lentang ( Flop ). Pada peringkat awal acara lompat tinggi, lompatan statik digunakan. Gaya ini digunakn dalam peringkat awal sukan Olimpik. Gaya Gunting mula diperkenalkan oleh peserta-peserta dari Asia. Gaya Plana pula diperkenalkan oleh peserta-peserta dari Eropah, manakala Gaya Lentang dipopularkan di Amerika Syarikat. Pada tahun 1968, seorang pelompat tinggi berbangsa Amerika syarikat, Dick Fosbury teah memperkenalkan satu gaya baru lompat tinggi yang membolehkannya memenangi pingat emas Olimpik 1968 di Mexcio. Gaya yang beliau gunakan ialah gaya lentang yang kelihatan lebih menarik. Sejak itu gaya tersebut semakin popular dan diminati. Ia kini sering digunakan oleh atlit-atlit lompat tinggi di seluruh dunia, termasuklah atlit Malaysia. Mengambil sempena pengasas gaya lompatan itu dikenali sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.

TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN Teknik Gaya Gunting

Menjelang abad ke-19, seorang berbangsa Amerika bernama Mike Sweeney telah mencadangkan lompat tinggi jni gunting ini sebagai pilihan dari hadapan sebelum ini. Lompatan gunting bermaksud peserta akan melepasi palang pada sebelah kaki dan dengan segera diikuti dengan kaki yang sebelah lagi hampir pada ketika yang sama, sambil melepaskan keseluruhan tubuh melepasi palang.

Teknik ini telah ditiru oleh seorang Jerman bernama Pierre Lewden yang kemudiannya terus mempopularkan gaya ini. Teknik lompatan ini menjadi ikutan para peserta lompat tinggi ketika itu. Pergerakan dalam lompatan cara gunting itu adalah seperti berikut : a. Peserta membuat larian dari sudut kiri atau kanan lorong larian mengikut keselesaan sendiri. b. Peserta membuat lompatan dengan mengangkat dan melepasi kaki hadapan diikuti dengan kaki sebelah lagi. c. Ketika kaki hadapan berada di atas palang, kaki yang sebelah lagi menendang ke atas, menyebabkan dada berputar ke arah lompatan. d. Peserta mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau kedua-dua beah kaki tanpa menjatuhkan badan. Gaya gunting ini bertahan selama tempoh antara Perang Dunia Pertama ( 1914 1945 ), malah menjadi satu satunya cara yang digunakan oleh hampir semua peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan terbesar seperti Sukan Olimpik.

Teknik Western Roll Teknik lompat gaya gunting telah diperbaharui untuk memberi keselesaan kepada peserta dan yang lebih penting lagi untuk mendapatkan ketinggian maksimum dari lompatan tersebut. Seorang rakyat Amerika, George Horrine telah mencipta gaya baru dalam gaya lompatan lompat tinggi. Dalam teknik ini, peserta akan membuat lompatan dengan keseluruhan badannya hampir rata dengan palang, iaitu pada bahagian sisi badannya sama ada sisi kiri atau kanan. Pergerakan peserta sepanjang lompatan melalui teknik ini dinamakan putaran ( roll ) dan dikenali sebagai Western Roll, sebutan daripada tempat asal Horrine, iaitu dari pantai Barat Amerika Syarikat.

Daripada lompatan menggunakan ini, Horrine menjadi orang pertama yang melepasi 2 meter iaitu pada 18 Mei 1912, di Palo Alto, California. Selepas itu gaya lompatan Western Roll terus menjadi ikutan para peserta lompat tinggi ketika itu. Penggunaan gaya lompatan yang baru ini menyebabkan rekod baru dicipta dari semasa ke semasa. Hal ini menjadi lebih mudah dengan setiap peserta berusaha pula memperbaiki teknik ini supaya lebih mudah dan dapat meningkatkan ketinggian lompatan.

Teknik Gaya Plana Terdapat empat fasa utama dalam teknik melompat gaya plana yang berturutan di antara satu sama lain, iaitu pendekatan larian landas, lonjakan, kedudukan badan atas palang ( penerbangan ) dan pendaratan.

Teknik Gaya Lentang ( Fosbury Flop )

Gaya lentang ( flop ) merupakan teknik lompatan yang paling akhir diperkenalkan oleh seorang ahli lompat tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu Dick Fosbury pada tahun 1968. Lompatan ini sangat sesui untuk atlit lompat tinggi yang mempunyai larian yang pantas tetapi kurang daya lonjakan kaki. Dari kajian yang dibuat oleh pakar-pakar menunjukkan bahawa penggunaan daya untuk melonjak adalah selama 0.14 saat untuk gaya lentang berbanding 0.22 saat untuk gaya plana.

Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa murid-murid tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, guru mestilah

memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan. FASA LOMPAT INGGI DALAM TEKNIK FLOP 1. Fasa penujuan. 2. Fasa lonjakan. 3. Fasa layangan. 4. Fasa pendaratan. Fasa penujuan ( larian landas ) Fasa penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan lompatan yang sempurna. Dalam fasa ini, peserta membuat larian utnuk memperolehi daya yang tinggi untuk membuat lonjakan, Jarak larian untuk membuat lompatan bergantung kepada ketinggian peserta dan keberkesanannya membuat lonjakan. Disebabkan dalam gaya ini peserta akan melompat secara membelakangi palang lompatan, maka teknik larian juga berbeza dari gaya plana. Corak larian pada kebiasaannya adalah berbentuk garisan lengkung. Larian yang mengikut lengkungan akan menghasilkan daya centrifugal iaitu daya cenderung untuk keluar dari pusat putaran. Daya ini akan membantu melempar badan peserta ke atas palang apabila membuat lonjakan. Jejari lengkungan ( jika menjadi bulatan ) ketika mengambil larian biasanya lebih kurang 6 meter. Saiz jejari lengkungan ini adalah bergantung kepada ketinggian peserta dan kebiasanya berlari pada jarak tersebut. Biasanya pelompat mengukur tujuh hingga sembilan langkah larian. Peserta biasanyaa mengukur jumlah langkah dengan mengira langkahnya sambil berlari bermula dari tempat

permulaan lonjakan di hadapan palang. Kaki yang digunakan untuk melonjak hendaklah diletakkan pada tanda permulaan lengkungan. Setelah hampir kepada lengkungan kedua, hendaklah menambahkan kelajuan untuk melompat. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang bahagian dahulu. Cara menentukan penujuan gaya Fosbury Flop adalah seperti gambar rajah di bawah :

Fasa lonjakan Apabila pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum mula melonjak serta sudah ada tendersi untuk melayangkan badan ke ats palang maka pengukuhan posisi badan dan gaya belari digabungkan bersama. Apabila hampir dengan tempat untuk melonjak, kaki yang akan melonjak seharusnya berada di posisi selari dengan palang lompatan. Keadaan ini akan menempatkan badan peserta di posisi yang baik untuk mengelakkan badan daripada terkena palang apabila sudah melompat. Gaya tangan sangat penting untuk membantu mengangkat badan peserta ketika melompat. Gaya ini hampr seupa seperti dalam gaya plana. Ketika pelompat bergerak di langkah terakhir larian, kedua belah tangan dihayunkan ke belakang. Peserta akan memulakan pergerakan melompat dengan membawa kaki belakang ke hadapan serta mengangkat kaki dengan peha selari denagn permukaan gelanggang. Kaki haadapan ( kaki yang kuat atau yang digunakan untuk melonjak ) mula menujah badan ke atas. Tangan dihulurkan ke atas untuk memandu atau mengawal pergerakan badan ke atas palang.

Fasa layangan.

Selepas keseluruhan badan telah dilonjak ke atas, maka pelompat akan cuba melentikkan badannya utuk melepasi palang. Kedua-dua belah tangan diluruskan selari dengan rusuk badan. Kaki dibiarkan bebas untuk memudahkan pelompat melenturkan badan iaitu bahagian pinggang. Lenturan atau lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang. Ketika ini badan pelompat berbentuk huruf J . Apabila badan mula mendarat, pelompat akan menarik lutut ke hadapan di mana kedua belah kaki diluruskan ke atas. Pergerakan ini perlu pantas dan berterusan dengan pendaratan ke tilam mendarat. Ini adalah penting mengelakkan bahagian betis dan tumit daripada terkena palang dan ia juga sebagai persediaan untuk pendaratan.

Fasa pendaratan Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik kepala daan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakangnya ( tulang belikat ). FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI Lompat tinggi terbahagi kepada 4 fasa yang utama iaitu: a. Fasa penujuan ( Approach ) b. Fasa lonjakan ( Take-off) c. Fasa layangan ( Bar Clearance ) d. Fasa Pendaratan ( Landing ) a.Fasa penujuan Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung ( Curved )

Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil.Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan ( upright runk )Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan kuasa.Condongkan ke dalama semasa larian lengkung, Bahu yang di dalam lengkung lebih rendah daripada bahu yang di dalam lengkung. Teruskan penambahan kelajuan larian.

b.Fasa Lonjakan langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak mesti , mesti mendarat cepat aksi acceleration Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan hadapan kawasan mendarat. Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal dan mengekalkan kedudukan begitu.Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.

3.

Fasa Layangan Selepas melonjak, teruskan degan kaki yang bukan kaki lonjak dalam kedudukan horizontal. Gerkkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang. Angkat pinggul semasa melepasi palang. Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala mendekati dada.

4.

Fasa Pendaratan Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan.

Jarakkan lutut semasa men

Alatan dalam lompat tinggi

Alat-alat.

a.

Tiang-tiang.

Sebarang jenis tiang boleh digunakan kejor/tegar. Cagak-cagk

hendaklah dipasng dengan kemas kepada tiang-tiang, Tingginya tiang-tiang ini mestilah melebihi maksimum ketinggian ke mana kayu palang boleh dinaikkan dengan sekurang-kurangnya 10 mm. Jarak diantara tiang-tiang tidak boleh kurang daripada 4.00 meter dan tidak lebih daripada 4.04 meter. b. Tiang-tiang tidak boleh dianjakkan sewaktu pertandingan dijalankan, melainkan padaa pendapat referi bhawa tempat melonjak atau kawasan mendarat tidak lagi sesuai digunakan. Dalam keadaan seperti ini, perubahan hanya dilakukan setelah sesuatu pusingan diselesaikan.

c.

Palang.

Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti fiber glass,

logam atau lain-lain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang tersebut ialah 4.00 m ( lebih kurang 2 cm ). Berat maksimumnya ialah 2 kg. Garis bahagian bulatnya ialah 30 mm. Palang tersebut hendaklah mengandungi tiga bahagian-bahagian berbentuk bulat panjang dan dua bahagian hujung, setiap satu berukuran lebar 30 35 mm dan panjang 15 20 cm bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang.

Anda mungkin juga menyukai