Anda di halaman 1dari 30

LOMPAT TINGGI

PENGENALAN
Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan
sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun
1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam sukan
Olimpik.

Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan

digunakan oleh para atlit.


Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semula
jadi, bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri
atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental.
Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :i)

Gaya Gunting (Scissors)

ii)

Gaya Eastern Cut-off

iii)

Gaya Guling Barat (Western Roll)

iv)

Gaya Guling Pelana (Straddle)

v)

Gaya Fosbury Flop

Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah
diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.

SEJARAH
Tidak dapat dipastikan apakah lompat tinggi pernah disenaraikan dalam Sukan
Olimpik Kuno seperti lompat jauh.

Ada setengah pendapat mengatakan acara

lompat tinggi ini pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang
pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada
abad ke-19 apabila satu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara
segolongan profesional di England yang mampu melompat paling tinggi.

Dalam

pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William
Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.
Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan
sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam
pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat
setinggi itu.

Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh

berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang
yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak
pada tanah.

Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki

sambil badan melompat pada kedudukan statik atau menegak, menjadikan peserta
seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak.
Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari
semasa ke semasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang
turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu.

Contohnya pada suatu ketika

pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat
dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi
palang.

Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta

menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal
yang lembut. Sebelumnya hanya pasir digunakan.
Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam
sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di
pelbagai peringkat.
Pada peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan ialah gaya statik
dengan lompatan menegak.

Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta

Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan
menjadi teknik lompatan paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi
Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat
tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.
Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus
dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat
yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya

malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik tahun
1968 di Mexico.

Peristiwa ini begitu penting sehinggakan IAAF terus bersetuju

menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan


Fosbury atau Fosbury Flop.
Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai
gaya guling pelana (Stradle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart dari Universiti of
Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930. Tetapi
yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon.

Dengan

ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6
kaki 11 inci. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi 7 kaki dalam dunia
ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan
setinggi 7 kaki 0.3 inci.

PERALATAN
Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk
membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur
sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum
pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti
berikut :i)

Tiang lompat tinggi

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa
pertandingan sedang dijalankan.

Jika perlu diubah umpamanya kedudukan,

hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta.
Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan
tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.
ii)

Palang lompat tinggi

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun
bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga.

Panjang palang

hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan

diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah
dinaikkan atau diturunkan pada tiang.
iii)

Kawasan mendarat

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi
perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa
teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan
yang sewajarnya.

Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan,

kawasan pendaratan hanya terdiri daripada suatu kawasan khas yang diisikan
dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi
ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk
segiempat.

Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul

selepas kedua-dua tiang lompat tinggi.

Tilam berspring atau bergetah boleh

digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.


iv)

Pita pengukur

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan
oleh setiap peserta.

Ukurang hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan

selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik
digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan
tepat.
UKURAN
i)

Tiang lompat tinggi

Tiang lompat tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau
maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.
ii)

Palang lompat tinggi

Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang
yang dipasangkan.

Berat maksimum palang ini ialah dua kilogram.

Palang ini

diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah
berbentuk segiempat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

iii)

Kawasan mendarat

Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut
bergetah dan berbentuk segiempat dengan bersaiz 5 meter panjang, 4 meter lebar
dan 1 meter tebal.
iv)

Pita pengukur

Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh
peserta.

Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan.

Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu
ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan
diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DALAM ACARA LOMPAT TINGGI


Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-acara sukan
termasuk olahraga. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi
ini dibincang dengan ringkas :a)

Pergerakan

Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :i)

Pergerakan Mendatar (Linear Motion)

ii)

Pergerakan Menegak (Vertical Motion)

Dengan ringkas, seseorang atlit perlu meminda pergerakan mendatar kepada


pergerakan menegak.
A Pergerakan Mendatar
B Pergerakan Menegak
C Vektor Resultant

1)

Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A.

2)

Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak B.

3)

Hasil gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak mengakibatkan

layangan dalam bentuk parabola C.


b) Momentum
Halaju dan momentun adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan.
Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju iaitu kuantiti pergerakan yang
dikandung oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka
momentum jasad itu akan bertambah.
Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya
hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat
tinggi supaya dapat menghasilkan momentun yang lebih untuk membawa badan
pada takat yang lebih tinggi.

Pergerakan lengan dan bahu juga menolong

melonjakkan badan ke atas.

c)

Daya Sentrifugal

v Daya Sentrifugal
v Daya Sentripetal
v Daya Ikut Tangan
Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga daya sentrifugal.
Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk suatu bulatan, pada
hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan
satu lagi daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan.
bertindak ke luar dikenali sebagai Daya Sentripetal.

Daya yang

Kedua-dua daya ini

dilaksanakan hanya apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan.


Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sedang bertindak kepada pusat bulatan
dan tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada titik
bulatan yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu.

Untuk mencapai lonjakan yang tinggi, seseorang atlit itu haruslah menggabungkan
konsep-konsep pergerakan dengan daya sentrifugal .
d) Putaran
Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang
adalah dua jenis iaitu direct dan inderect. Putaran direct dicapai semasa atlit ada
kontrak dengan bumi manakala putaran indirect semasa atlit tidak mempunyai
kontrak dengan bumi.
Putaran indirect dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas
setelah lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal.
e)

Graviti dan Pusat Graviti

Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan
pada atlit dan bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti pada badannya
supaya memperolehi lompatan yang paling berjaya.
Ketinggian yang boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat
graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang. Walau bagaimanapun gayagaya yang membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlitatlit mendarat dalam posisi yang mencemaskan.
Jasad-jasad A dan B yang kedudukannya menegak didapati pusat graviti
masing-masing agak jauh di atas palang.

Manakala dalam jasad C, terdapat

kedudukannya yang leper membolehkan pusat gravity adalah sangat hampir pada
palang.

PRINSIP AKSI REAKSI


Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki
meninggalkan bumi dengan mengubahsuaikan segmen-segmen tertentu dalam
badan secara mengaplikasikan hukum reaksi membolehkan segmen-segmen badan
mengikut itu di angkat.

Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan


sesuatu gerakan tertentu, maka kita akan mendapat satu pergerakan di bahagian
badan yang lain.
Apabila kedua belah tangan atlit di hayun dengan kuat semasa lonjakan
seluruh badan akan turut terangkat.

Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik

masuk dengan kuat untuk menghasilkan putaran badan. Dengan ini kedua belah
kaki akan dapat melepasi palang.

Ketika bahagian pinggang melepasi palang,

pinggang dilenturkan. Pergerakan inilah mengangkat kedua tangan dan kedua kaki
melepasi palang dengan mudah.
Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan di tanam dengan kuat,
reaksi dari tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan
menegak. Prinsip-prinsip tersebut penting untuk acara lompat tinggi.

HUKUM-HUKUM NEWTON
Prinsip-prinsip biomekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah :1)

Hukum Inertia (Hukum Pertama)

Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak dengan
halaju yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu daya yang
mengubah keadaannya.
2)

Hukum Pecutan (Hukum Kedua)

Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya yang digunakan dan
pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah tindakan daya.
3)

Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga)

Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitudnya
tetapi pada arah yang bertentangan.
TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN
Teknik Gaya Gunting

Menjelang abad ke-19, seorang berbangsa Amerika bernama Mike Sweeney


telah mencadangkan lompat tinggi jni gunting ini sebagai pilihan dari hadapan
sebelum ini.

Lompatan gunting bermaksud peserta akan melepasi palang pada

sebelah kaki dan dengan segera diikuti dengan kaki yang sebelah lagi hampir pada
ketika yang sama, sambil melepaskan keseluruhan tubuh melepasi palang.
Teknik ini telah ditiru oleh seorang Jerman bernama Pierre Lewden yang
kemudiannya terus mempopularkan gaya ini. Teknik lompatan ini menjadi ikutan para
peserta lompat tinggi ketika itu. Pergerakan dalam lompatan cara gunting itu adalah
seperti berikut :
i.

Peserta membuat larian dari sudut kiri atau kanan lorong larian mengikut

keselesaan sendiri.
ii.

Peserta membuat lompatan dengan mengangkat dan melepasi kaki

hadapan diikuti dengan kaki sebelah lagi.


iii.

Ketika kaki hadapan berada di atas palang, kaki yang sebelah lagi

menendang ke atas, menyebabkan dada berputar ke arah lompatan.


iv.

Peserta mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau kedua-dua beah

kaki tanpa menjatuhkan badan.


Gaya gunting ini bertahan selama tempoh antara Perang Dunia Pertama
( 1914 1945 ), malah menjadi satu satunya cara yang digunakan oleh hampir
semua peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan terbesar seperti
Sukan Olimpik.
Teknik Western Roll
Teknik lompat gaya gunting telah diperbaharui untuk memberi keselesaan
kepada peserta dan yang lebih penting lagi untuk mendapatkan ketinggian
maksimum dari lompatan tersebut. Seorang rakyat Amerika, George Horrine telah
mencipta gaya baru dalam gaya lompatan lompat tinggi. Dalam teknik ini, peserta
akan membuat lompatan dengan keseluruhan badannya hampir rata dengan palang,
iaitu pada bahagian sisi badannya sama ada sisi kiri atau kanan. Pergerakan peserta
sepanjang lompatan melalui teknik ini dinamakan putaran ( roll ) dan dikenali sebagai
Western Roll, sebutan daripada tempat asal Horrine, iaitu dari pantai Barat Amerika

Syarikat. Daripada lompatan menggunakan ini, Horrine menjadi orang pertama yang
melepasi 2 meter iaitu pada 18 Mei 1912, di Palo Alto, California. Selepas itu gaya
lompatan Western Roll terus menjadi ikutan para peserta lompat tinggi ketika itu.
Penggunaan gaya lompatan yang baru ini menyebabkan rekod baru dicipta
dari semasa ke semasa. Hal ini menjadi lebih mudah dengan setiap peserta
berusaha pula memperbaiki teknik ini supaya lebih mudah dan dapat meningkatkan
ketinggian lompatan.

Teknik Gaya Plana


Terdapat empat fasa utama dalam teknik melompat gaya plana yang
berturutan di antara satu sama lain, iaitu pendekatan larian landas, lonjakan,
kedudukan badan atas palang ( penerbangan ) dan pendaratan.
Pendekatan larian landas
Pendekatan larian landas untuk melompat mempunyai beberapa tujuan
seperti berikut :
i.

untuk membentuk penukaran optimum pergerakan mendatar serta

mendapatkan sokongan kepada sudut untuk melonjak dengan

kekuatan yang

maksimum.
ii.

Mendapat rentak dan corak larian yang lancar.

iii.

Membolehkan peserta memperolehi sudut yang sesuai untuk membuat

lonjakan.
Pendekatan larian dalam gaya plana adalah mengikut garis lurus hingga ke
tempat membuat lonjakan. Larian dibuat dengan langkah yang panjang, iaitu
biasanya antara lima hingga tujuh langkah. Peserta akan berlari dengan bahagian
tumit kaki terlebih dahulu mencecah lantai gelanggang sebelum dipindahkan ke
hujung kaki.
Dalam gaya plana, bahagian bahagian badan peserta akan melepasi
palang lompatan, lorong terbang ( flight path ) mestilah dijauhkan sedikit dari palang.

Tujuannya supaya bahagian terakhir badan peserta dapat dikawal daripada terkena
palang. Oleh itu sudut yang sesuai selalu digunakan ialah di antara 52 45 darjah.
Sebelum mendapatkan larian landas, kaki yang selesa dan kuat untuk
melonjak atau tumpuan hendalkah dipastikan. Ini boleh ditetapkan dengan menyuruh
atlit membuat lompatan gunting melintasi palang. Altit mula berlari dari sebelah kiri
tiang tegak ( iaitu pelompat yang akan melompat dengan kaki kiri ). Setiap langkah
ke arah palang seakin panjang dan juga pusat gravity juga semakin rendah.
Pendaratan kaki juga semakin jauh ke hadapan badan semakin hampir dengan
palang. Gerakan peha adalah agak tinggi ke depan. Semasa melangkah tumit kaki
menyentuh bumi terlebih dahulu diikuti oleh tapak kaki lain. Langkah kedua sebelum
melonjak adalah langkah yang panjang sekali dan seketika itu bahu dibawa ke
depan. Semasa langkah ini di ambil, kaki bebas 9 hanyun ) dibawa ke depan dalam
keadaan agak bengkok.
Jarak larian boleh ditentukan dengan menandakan satu bulatan berjejari 50
cm berhampiran dengan tiang tegak, iaitu tiang kiri bagi pelompat yang melonjak
dengan kaki kiri atau sebaliknya. Letakkan kaki lonjakan di tengah bulatan ini dan lari
ke hadapan pada sudut 30 darjah. Lima atau tujuh langkah dari tengah bulatan
sudah memadai. Tandakan langkah terakhir iaitu langkah lima atau tujuh. Seterusnya
lari kembali kearah palang dan pastikan langkah terakhir memijak tempat yang
sama. Jika langkah itu tidak konsisten, penyesuaian dibuat. Akhirnya ukur jarak
antara 5 atau 7 langkah. Ukuran ini boleh digunakan pada masa latihan yang akan
dating.

Lonjakan
Sebelum melonjak, peserta perlu merendahkan pusat gravity badannya.
Teknik melakukannya perlu betul kerana ia boleh menjejaskan kelajuan larian. Lutut
kiri dibengkokkan pada langkah terakhir larian, dan tangan dihayunkan ke belakang
serta tumit kaki pasak badan dalaam keadaan condong ke belakang. Pada langkah
terakhir ini peserta mesti bersedia untuk mula melonjak keatas palang. Apabila kaki
kanan ( depan ) mula dihayun ke atas, tangan yang dibelakang tadi turut ikut serta.

Ketika inilah kaki kiri ( belakang ) akan membuat lonjakan sekuat yang
mampu. Tindakbalas kepada penekanan dan daya gerak ke atas, pertukaran gaya
lonjakan kaki dan penyerapan hentakan mestilah berlaku dengan pantas.

Kedudukan badan atas palang.


Dalam kebanyakan kes, tangan adalah bahagian yang pertama sekali
melintasi palang, diikuti oleh kaki depan. Kaki depan yang mendatar di atas palang
hendaklah mengawal pergerakan bahagian badan yang lain untuk dibawa melepasi
palang.
Ketika badan mula melepasi palang, kaki kiri iaitu kaki belakang
dibengkokkan serapat yang boleh utnuk mengelakkan dari terkena palang. Tangan
kiri dirapatkan ke dada. Sebaik sahaja separuh badan melepasi palang, peserta
akan menjunamkan kepala dan bahunya ke arah tilam mendarat. Ini akan membantu
pergerakan pinggang berada dalam posisi yang betul untuk meseluruhan badan
melepasi palang. Kaki belakang tidak perlu menendang ke atas tetapi cukup sekadar
mengekalkan posisi bengkoknya .
Pendaratan
Selepas berjaya melompat melepasi palang, peserta terus menuju ke
kawasan pendaratan. Peserta akan memusingkan badan dari posisi mengiring
kepada posisi melentang dengan jatuhan badan ke atas tilam mendarat.

Teknik Gaya Lentang ( Fosbury Flop )


Gaya lentang ( flop ) merupakan teknik lompatan yang paling akhir
diperkenalkan oleh seorang ahli lompat tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat
iaitu Dick Fosbury pada tahun 1968. Lompatan ini sangat sesui untuk atlit lompat
tinggi yang mempunyai larian yang pantas tetapi kurang daya lonjakan kaki. Dari
kajian yang dibuat oleh pakar-pakar menunjukkan bahawa penggunaan daya untuk
melonjak adalah selama 0.14 saat untuk gaya lentang berbanding 0.22 saat untuk
gaya plana.

Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa
murid-murid tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan,
guru mestilah memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi digunakan
semasa pelajaran atau latihan.
Dalam gaya lentang atau Fosbury Flop ini, terdapat empat fasa yang perlu
oleh seseorang pelompat iaitu :
1.

Fasa penujuan.

2.

Fasa lonjakan.

3.

Fasa layangan.

4.

Fasa pendaratan.

Fasa penujuan ( larian landas )


Fasa penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan lompatan yang
sempurna. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan membawa
seseorang atlit lompat tinggi pada satu tahap yang paling sesuai untuk melakukan
fasa lonjakan seterusnya. Faktor-faktor itu adalah :i)

Kelajuan :- Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan halaju

yang terkawal. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi palang
kerana tinggi palang.
ii)

Arah :- Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20 darjah

hingga 30 darjah dari satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari
landas atlit perlu mengubah arahnya pada satu lengkongan. Ini dilakukan untuk
mendapat daya sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop.
Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan dalam gaya flop seperti berikut;
i)

Lari lengkung dari mula, lari landas untuk mendapat kepantasan yang

optima seperti Dick Fosbury.


ii)
terakhir.

Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah

iii)

Secara lari atas garisan lurus menuju ke palang.

Dalam fasa ini juga peserta membuat larian untuk memperolehi daya yang tinggi
untuk membuat lonjakan, Jarak larian untuk membuat lompatan bergantung kepada
ketinggian peserta dan keberkesanannya

membuat lonjakan. Disebabkan dalam

gaya ini peserta akan melompat secara membelakangi palang lompatan, maka
teknik larian juga berbeza dari gaya plana. Corak larian pada kebiasaannya adalah
berbentuk garisan lengkung.
Larian yang mengikut lengkungan akan menghasilkan daya centrifugal iaitu
daya cenderung untuk keluar dari pusat putaran. Daya ini akan membantu melempar
badan peserta ke atas palang apabila membuat lonjakan.
Jejari lengkungan ( jika menjadi bulatan ) ketika mengambil larian biasanya
lebih kurang 6 meter. Saiz jejari lengkungan ini adalah bergantung kepada ketinggian
peserta dan kebiasanya berlari pada jarak tersebut.
Biasanya pelompat mengukur tujuh hingga sembilan langkah larian. Peserta
biasanya mengukur jumlah langkah dengan mengira langkahnya sambil berlari
bermula dari tempat permulaan lonjakan di hadapan palang. Kaki yang digunakan
untuk melonjak hendaklah diletakkan pada tanda permulaan lengkungan. Setelah
hampir kepada lengkungan kedua, hendaklah menambahkan kelajuan untuk
melompat.
Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang
bahagian dahulu. Cara menentukan penujuan gaya Fosbury Flop adalah seperti
gambar rajah di bawah :
Fasa lonjakan
Apabila pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum mula melonjak
serta sudah ada tendersi untuk melayangkan badan ke atas palang maka
pengukuhan posisi badan dan gaya belari digabungkan bersama. Apabila hampir
dengan tempat untuk melonjak, kaki yang akan melonjak seharusnya berada di
posisi selari dengan palang lompatan. Keadaan ini akan menempatkan badan
peserta di posisi yang baik untuk mengelakkan badan daripada terkena palang
apabila sudah melompat.

Gaya tangan sangat penting untuk membantu mengangkat badan peserta


ketika melompat. Gaya ini hampir serupa seperti dalam gaya plana. Ketika pelompat
bergerak di langkah terakhir larian, kedua belah tangan dihayunkan ke belakang.
Peserta akan memulakan pergerakan melompat dengan membawa kaki belakang ke
hadapan serta mengangkat kaki dengan peha selari denagn permukaan gelanggang.
Kaki hadapan ( kaki yang kuat atau yang digunakan untuk melonjak ) mula menujah
badan ke atas. Tangan dihulurkan ke atas untuk memandu atau mengawal
pergerakan badan ke atas palang.
Kaki yang akan melonjak hendaklah berada dalam posisi seperti gambarajah di
bawah:
Rajah 2

Kedudukan kaki semasa melonjak

Fasa layangan.
Selepas keseluruhan badan telah dilonjak ke atas, maka pelompat akan cuba
melentikkan badannya utuk melepasi palang. Kedua-dua belah tangan diluruskan
selari dengan

rusuk badan. Kaki dibiarkan bebas untuk memudahkan pelompat

melenturkan badan iaitu bahagian pinggang. Lenturan atau lentikan badan ini akan
membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang. Ketika ini badan
pelompat berbentuk huruf J .
Apabila badan mula mendarat, pelompat akan menarik lutut ke hadapan di
mana kedua belah kaki diluruskan ke atas. Pergerakan ini perlu pantas dan
berterusan dengan pendaratan ke tilam mendarat. Ini adalah penting mengelakkan
bahagian betis dan tumit daripada terkena palang dan ia juga sebagai persediaan
untuk pendaratan.
Sebaik sahaja peserta melayang di udara, pusat graviti badan turut berubah. Tubuh
akan berpusing di keliling pusat graviti dalam satu laluan parabola. Peserta cuma
bolah menambah kelajuan rotasi ini dengan menggerakkan pinggulnya. Penjimatan
momentum ini akan membolehkan pelompat menambahkan kelajuan rotasi dengan
memendekkan tuas melalui pergerakan lengan dan kaki yang merapati pusat graviti.

Kepala dan belakang perlu melepasi bar terlebih dahulu. Kepala haruslah
didongak ke atas. Sebaik sahaja bahu melepasi palang, gerakkan kepala ke
belakang. Ini menyebabkan pinggul dan terangkat lalu membentuk arch. Apabila
pinggul telah melepasi bar, angkat hamstring ke atas. Ini dilakukan melaui
merendahkan pinggul ke bawah. Pergerakan ini menyebabkan lutut terangkat dan
membolehkannya berada dalam posisi yang lebih baik untuk melepasi bar. Setelah
itu, luruskan kaki. Dalam pergerakan ke bawah selepas itu, perlahankan rotasi
melalui tangan yang terbuka ke luar. Ini bagi membantu proses mendarat.
Mendaratlah dengan belakang bukannya tengkuk.
Rajah.4

Fasa clearance

Fasa pendaratan
Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik kepala daan
dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat
mendarat di atas bahagian belakangnya ( tulang belikat ).
Dalam fasa ini badan atlit setelah melepasi palang sedang jatuh dari tinggi ke bumi.
Jenis daya yang dihasilkan adalah daya kinetik yang makin jatuh makin bertambah.
Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan mengadakan kedua
lutut jauh dan dagunya rapat pada dada. Mulutnya mesti ditutup supaya tidak tergigit
lidah.

Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti cuba mendarat pada

bahunya.
Sekiranya tenaga kinetik terlampau, ia dikehendaki melakukan gulingan ke
belakang untuk menyerap hentakan impact.
LATIHAN ANSUR MAJU
Gaya Straddle
Langkah 1 :

Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan.
Kaki yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah
melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan.
Langkah 2 :
Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan
di atas tanah. Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang
telah dipilih untuk membuat lonjakan.
Langkah 3 :
Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki kanan.
Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan
berada di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan
lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap palang.
Langkah 4 :
Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang
agar memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatan sesuatu tanda seperti kain putih di
tengah-tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan
tahap lompatan.
Langkah 5 :
Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan
arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh
penanda yang telah diikat pada tali getah tadi.

Ketinggian ukuran tali getah

dimulakan daripada paras pinggang sehinggalah paras bahu.


Langkah 6 :
Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk
melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut ;a)

Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang.

b)

Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan.

c)

Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.

d)

Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan

dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas.


Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan
penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas.

Ini belum lagi aksi bagi

memutar melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya
loncatan tegak dahulu perlu ditegaskan.
Langkah 7 :
Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikan ditali getah yang
menggantikan palang.

Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalah gaya

straddle.
Langkah 8 :
Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran.
Kedudukan sekarang adalah berpasangan.
putaran diperkenalkan dan dilakukan.

Satu demonstrasi cara membuat

Dalam setiap pasangan, pelompat akan

menendang sebelah kaki ke atas. Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan
memegang pergelangan kaki sebelah lagi. Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki
sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu, secara otomatik badan akan terputar ke
arah sisi.

Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan ialah badan haruslah

diangkut ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan diturunkan.


Langkah 9 :
Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil
di atas bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang
belikat di atas tilam.

Bangku dikeluarkan.

Seterusnya gaya ini dilatih untuk

beberapa langkah.
Langkah 10 :
Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian
landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.

LATIHAN-LATIHAN PERSEDIAAN
1. Latihan Garisan
Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat
pada sudut 45 darjah digunakan. Kaki dihayunkan kehadapan dan lompatan dibuat
melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah
untuk peserta yang baru mempelajari gaya ini.
2. Latihan Pergerakan Kaki
Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45 darjah
digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi
palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki
hadapan.

(Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan

menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat).


3. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki
Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang sesuatu
objek yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan
berhati-hati kerana ia agak merbahaya.
4. Latihan Melonjak
Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian
kepala pelompat.

Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya

untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.

5. Latihan Gulingan Badan


Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di
bahagian kaki pelompat.

Keadaan ini akan membolehkan pelompat membuat

gulingan badan pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului
pergerakan kaki yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh
dicapai melalui latihan ini.
LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP

Langkah 1 :
Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa
mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan
aktiviti-aktiviti seterusnya.
Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas belakang.
Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat. Ianya
diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar atau atlit diarahkan
untuk berdiri di ats kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan tegak.
Kemudian badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk
keyakinan seterusnya.
Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan
badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada dada. Perlu
ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke belakang. Untuk peneguhan,
semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola
sepak). Perlakuannya ialah dengan memegang bola tersebut dan semasa jatuhan,
bola itu dibaling ke belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini bertujuan untuk
hayunan tangan yang lebih mantap.

Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam

keadaan kangkang sedikit.


Langkah 2 :
Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan.
Segala perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1. Pelajar dikehendaki
dan diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit.
badan.

Ia bertujuan untuk mengangkat

Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat

lonjakan dengan kedua belah kaki. Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk
peneguhan dan keyakinan.
Langkah 3 :
Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi.
Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan.
Pengasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu
diasingkan di kiri dan kanan tempat melompat.

Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut


dengan kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke
atas dan melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam
langkah 2. Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan
palang yang sebenar.
Langkah 4 :
Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit
dengan layangan.
i)

Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk

mendapatkan daya putaran pada badan.


ii)

Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya

mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna.


Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai
suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini.
Langkah 5 :
Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar.
Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas
dengan lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah.
Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima
langkah larian landas. Ini cuba beberapa kali. Kemudian palang akan ditinggikan
sedikit demi sedikiti sekiranya lompatan berjaya dilakukan.
Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari
landas 9 hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan
agak laju.

PENEGASAN DAN PEMERHATIAN


1.

Disiplin peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan wajib diberi

perhatian dan penegasan.

Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati
dan membuat penerangan kepada atlit jika ada sesuatu perkara yang boleh
memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan.
Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya
untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya ada
perlakuan yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan.
PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI UNTUK
GAYA FOSBURY FLOP
BIL

PERKARA
Hukum newton
ke tiga

FORMULA

F1 = F2

PENERANGAN
1. Semasa lonjakan, tolakkan sebelah
kaki ke bumi
2. Hayunan tangan dan kaki hendaklah
berhampiran dengan badan supaya
mencapai lonjakan yang maksimum
1. Semasa pusingan badan, pelompat
mengekalkan pusat gravity
untukmencapai stability.
2. Pelompat menahan pergerakan ke

Pusat graviti

bawah sebelum melonjak ke atas


supaya pusat gravity beralih ke
bahagian hadapan melibatkan
komponen menegak.
1. Badan dilentikkan ke belakang
semasa lonjakan untuk offset pusat
gravity supaya pelompat sentiasa

stabiliti

cuba mencari stability.


2. Larian dilakukan secara perlahan
kemudian pantas, langkah pendek ke
langkah panjang sebelum membuat

Geseran

lonjakan.
1. Kasut hendaklah jenis spike supaya
menghasilkan daya yang lebih besar
dengan permukaan trek semasa

Mv
5

momentum

Momentum =
masa x
halaju

larian.
1. Pelompat hendaklah mempunyai
jarak larian yang cukup supaya
pelompat dapat halaju yang
maksimum bagi menghasilkan
momentum yang maksimum.
1. Badan hendaklah melentik ke

Daya

belakang semasa melepasi palang,

centrifugal dan

kaki diluruskan manakala kepala

centripetal

mendongak ke atas bagi memastikan


lompatan yang sempurna.

BUTIR-BUTIR MENGAJAR
Lompat tinggi terbahagi kepada 4 fasa yang utama iaitu:
1.

Fasa penujuan ( Approach )

2.

Fasa lonjakan ( Take-off)

3.

Fasa layangan ( Bar Clearance )

4.

Fasa Pendaratan ( Landing )

1.

Fasa penujuan
Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung

( Curved )
Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil.
Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan ( upright runk )
Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan kuasa.
Condongkan ke dalama semasa larian lengkung, Bahu yang di dalam lengkung
lebih rendah daripada bahu yang di dalam lengkung.
Teruskan penambahan kelajuan larian.

2.

Fasa Lonjakan
langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak mesti , mesti mendarat cepat

aksi acceleration
Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan
hadapan kawasan mendarat.
Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal dan
mengekalkan kedudukan begitu.
Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.

3.

Fasa Layangan

3.1 Selepas melonjak, teruskan degan kaki yang bukan kaki lonjak dalam kedudukan
horizontal.
3.2 Gerkkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang.
3.3 Angkat pinggul semasa melepasi palang.
3.4 Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala mendekati dada.
4.

Fasa Pendaratan
Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan.
Jarakkan lutut semasa mendarat.

PROSEDUR LOMPATAN
Jarak untuk mengambil larian sebelum melompat tidak dihadkan. Peserta
juga boleh memilih sudut atau penjuru yang dia suka untuk lompatan. Bahan-bahan
yang sesuai seperti sapu tangan boleh juga digunakan untuk menanda tempat bagi
membuat lompatan.
Ketinggian paras lompatan untuk permulaan setiap pusingan akan ditentukan
oleh pengadil sebelum acara dimulakan. Setiap peserta akan diberi tiga peluang
untuk membuat lompatan bagi setiap paras ketinggian. Peserta yang gagal melepasi

palang selepas tiga peluang melompat akan terkeluar daripada pertandingan.


Pemenang akan ditentukan oleh peserta yang membuat lompatan yang tinggi.
Sekiranya terdapat keputusan seri maka, disemak pula rekod lompatan sebelum ini.
Contah rekod lompatan adalah seperti di bawah:
Nama

Ali

Abu

Ali berjaya melompat melepasi palang pada percubaan yang ketiga manakala
Abu pula berjaya pada percubaan kedua. Oleh itu Ali akan diumumkan sebagai
pemenang walaupun paras ketinggian adalah sama, dan kedua-duanya gagal
melepasi ketinggian berikutnya setelah tiga percubaan diberikan. Ketinggian palang
diukur secara menegak, iaitu bersudut 90 darjah dengan permukaan gelanggang.
Ukuran diambil dari bahagian atas palang. Setelah tamat sesuatu paras ketinggian,
pengadil akan mengukur ketinggian baru sebelum peserta dibenarkan melompat.

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI


Pertandingan
1.

Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan

undian.
2.

Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan mengumumkan kepada

peserta-peserta ketinggian lompatan permulaan dan juga ketinggian yang akan


dinaikkan setiap kali berakhirnya satu-satu pusingan sehingga hanya seorang
pemenang sahaja yang tinggal, atau terdapat keadaan seri bagi tempat pertama.
Melainkan seorang peserta sahaja yang tinggal.
a)

Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2 CM, bagi setiap pusingan.

b)

Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh dibenarkan.

Di dalam pertandingan bercampur yang dikelolakan dibawah peraturan 12.1 (a), (b)
dan (c). Setiap ketinggian yang ditambah adalah 3 CM, sehingga tamat
pertandingan.
3.
4.

Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.


Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan

menggunakan landas lari ataupun kawasan melonjak untuk latihan.


5.
a)

Seorang peserta gagal jika:


Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak pengalasnya

kerana aski peserta tersebut ketika melompat


b)

Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang kedua-dua tiang

tersebut dengan sebrang bahagian badannya tanpa melompat melepasi palang


tersebut. Walau bagaimanapun jika ketika melompat peserta itu menyentuh kawasan
mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim, tidaklah menjadi satu sebab untuk
dianggap sebagai gagal.
6.

Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya

keatas ketinggian permulaan dan boleh melompat sesuka hatinya di paras-paras


tinggi yang berikutnya. Tiga kali kegagalan berturut-turut tidak kira dimana sahaja
kegaglan itu berlaku, akan menyingkirkan peserta tersebut dari membuat lompatan
lagi, melainkan dalam keadaan seri di tempat pertama. Tujuan peraturan ini adalah
untuk membolehkan seseorang peserta bertindak menolak giliran melompat kedua
dan ketiga pada ketinggian tertentu ( setelah gagal lompatan pertama atau kedua )
masih boleh melompat pada ketinggian berikut. Jika seseorang

peserta tidak

melompat di sesuatu ketinggian, ianya tidak lagi boleh melompat pada ketinggian itu,
melainkan jika terdapat seri.
7.

Sebatang penguku ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum para

peerta melompat pada ketinggian tersebut. Di dalam hal pemecahan rekod-rekod,


hakim-hakim mestilah memeriksa ukuran ketinggian palang yang diletakkan pada
ketinggian rekod mestilah mengukur sekali sebelum percubaan pemecahan rekod
seterusnya sekiranya palang itu disentuhi.

NOTA:

Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan pertandingan

bahawa muka depan dan bawah kayu palang dapat dikenali dan kayu palang itu
hendaklah sentiasa diletakkan dengan muka yang sama ke atas dan ke hadapan.
8.

Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih melompat,

maka ia tidak layak lagi meneruskan pertandingan. Ketinggian seterusnya adalah


ditetapkan oleh peserta-peserta tersebut setelah berbincang dengan hakim atau
referi berkenaan.
NOTA.

Ini tidak termasuk acara-acara bercampuran.

9.

Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam keadaan seri

untuk tempat pertama.


10.

Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta akan

dikira termasuk lompatan yang diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.

Landas Lari Dan Kawasan Melompat


11.

Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali di dalam pertandingan.

Pertandingan di bawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c) di mana jarak minimumnya
ialah 20 m. Di mana keadaan mengizinkan jarak minimum landas hendaklah
berukuran25 m.
12.

Curam keseluruhan maksimum landasan dan kawasan melompat tidak

boleh melebihi 1 250 ke arah bahagian tengah palang.


13.

Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar digunakan

semua. Rujukan dalam peraturan mengenai rata balapan atau kawasan melompat
hendaklah rata dengan permukaan tikar
14.

Penanda. seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda

( yang disahkan atau disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola ) bagi


membantu di dalam larian dan lompatannya. Sekiranya penanda seperti itu tidak
disahkan, peserta itu boleh menggunakan pita pelekat tetapi bukan kapur atau
sebarang bahan seperti itu, ataupun sebarang benda yang boleh meninggalkan
kesan yang kekal.

Alat-alat.
15.

Tiang-tiang.

Sebarang jenis tiang boleh digunakan kejor/tegar. Cagak-

cagak hendaklah dipasang dengan kemas kepada tiang-tiang, Tingginya tiang-tiang


ini mestilah melebihi maksimum ketinggian ke mana kayu palang boleh dinaikkan
dengan sekurang-kurangnya 10 mm. Jarak diantara tiang-tiang tidak boleh kurang
daripada 4.00 meter dan tidak lebih daripada 4.04 meter.
16.

Tiang-tiang tidak boleh dianjakkan sewaktu pertandingan dijalankan,

melainkan padaa pendapat referi bhawa tempat melonjak atau kawasan mendarat
tidak lagi sesuai digunakan. Dalam keadaan seperti ini, perubahan hanya dilakukan
setelah sesuatu pusingan diselesaikan.
17.

Palang.

Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti fiber

glass, logam atau lain-lain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada keratan
rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang tersebut
ialah 4.00 m ( lebih kurang 2 cm ). Berat maksimumnya ialah 2 kg. Garis bahagian
bulatnya ialah 30 mm. Palang tersebut hendaklah mengandungi tiga bahagianbahagian berbentuk bulat panjang dan dua bahagian hujung, setiap satu berukuran
lebar 30 35 mm dan panjang 15 20 cm bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang.
Hujung palang hendaklah licin dan kukuh. Hujung palang tidak boleh disalut dengan
getah atau dengan apa juga bahan lain yang akan mengakibatkan lebih pergeseran
di antara hujung palang dan cagak. Palang ini tidak boleh menyentuh apabila
diletakkan di atas tempatnya. Lenteruan yang dibolehkan ialah paling maksimum 2
cm. Pengawasan, gantungkan timbangan seberat 3 kg di tengah-tengah palang
ketika berada di tempatnya. Kemungkinan ianya akan menyentuh 7 cm maksimum.

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN


1)

Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah

terakhir.
2)

Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka

langkah semasa melencong.

3)

Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang.

Ini menjadikan jarak

penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.


4)
5)

Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat.
Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu

dekat dengan palang semasa melonjak.


6)

Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.

7)

Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.

8)

Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan

cara melipat tumit.


9)

Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.

10) Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan
mendongak semula di fasa pemulihan.
11) Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau
termasuk ke sebelah kawasan mendarat.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1)

Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan.

2)

Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.

3)

Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau

mudah jatuh.
4)

Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan

supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.

KESIMPULAN
Lompat tinggi mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang menarik.
Setelah melalui pelbagai zaman dan kejohanan, banyak perubahan berlaku dari segi

undang-undang, teknik, gaya dan tercipta pula pelbagai kaedah untuk memajukan
lagi acara lompat tinggi.
Secara keseluruhannya, setiap atlit perlu melihat dan memahami acara
lompat tinggi yang kompleks ini. Segala teknik yang dipelbagaikan dan ansur maju
yang dipecahkan untuk lebih mudah memahaminya.
Apa yang lebih mustahak ialah perlu diadaptasikan ilmu dan pemahaman
sains sukan dalam acara lompat tinggi.

Pemahaman dan amalan tentang

pemakanan atlit juga banyak membantu kejayaan dalam lompat tinggi. Apatah lagi
dengan perancangan sistem latihan yang teratur dan juga diadakan pelbagai sesi
untuk memantapkan atlit.
Segala bentuk latih tubi yang diadakan adalah untuk mengukuhkan kekuatan
teknikal acara ini dan peluang untuk membuat kesilapan dapat diminimakan.
Copyright 2011 nota pelajar PISMP | Powered by Blogger
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium
Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India;
\
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/kkbikkp-lompat-tinggi-full.html

Anda mungkin juga menyukai