Anda di halaman 1dari 37

1.

Pengenalan LOMPAT TINGGI

Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga padang (field) yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat tinggi diperkenalkan dalam tahun 1887. Dalam tahun 1896, acara lompat tinggi telah diperkenalkan di dalam sukan olimpik. Acara ini memang menarik ramai orang kerana persembahan yang ditunjukkan oleh atlet dengan pelbagai gaya lompatan. Dalam acara lompat tinggi , seseorang atlet memerlukan kebolehan semulajadi. Untuk melaksanakan satu lompatan yang baik banyak bergantung kepada diri atlet itu sendiri iaitu dari segi persediaan mental dan fizikal. Secara amnya, acara lompat tinggi dikuasai oleh atlet bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Namun begitu terdapat juga atlet yang bertubuh rendah yang telah berjaya kerana mempunyai keistimewaan dalam membuat lonjakan. Hal ini juga terjadi kerana kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria yang penting dalam acara lompat tinggi. Terdapat lima gaya lompat tinggi iaitu gaya gunting, gaya pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya Fosbury Flop. Biasanya gaya gunting akan diajar

sebagai latihan mendorong sebelum gaya Fosbury diajar. Kebanyakan atlet baru akan diajar menggunakan gaya ini kerana ia selamat dan senang digunakan. Lompat tinggi dilakukan melalui empat fasa iaitu penujuan,

lonjakan,layangan dan pendaratan. Penujuan merupakan larian menghala ke palang. Lonjakan pula adalah tindakan kaki untuk menaikkan badan. Manakala layangan bermaksud gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang dan yang terakhir, pendaratan yang membawa maksud sentuhan badan dan bahagiannya dengan mendarat. Tujuan seseorang pelompat adalah untuk melompat setinggi mana yang boleh. Walaupun gaya lompatan tidak penting, perkembangan semasa menunjukkan bahawa atlet yang menggunakan gaya Fosbury Flop mencapai lebih kejayaan berbanding dengan atlet yang menggunakan gaya guntingan dan rekod lompat tinggi kategori lelaki dan wanita dipegang oleh atlet yang menggunakan gaya Fosbury Flop.

2.0

Sejarah Dan Perkembangannya Olahraga adalah acara pertandingan berbentuk aktiviti fizikal berasaskan

pergerakan-pergerakan semula jadi seperti larian, lompatan dan balingan. Pada zaman klasik olimpik kuno, acara olahraga agak keras, lebih mencabar dan tidak tersusun. Justeru tidak dapat dipastikan apakah lompat tinggi pernah disenaraikan dalam Sukan Olimpik Kuno seperti lompat jauh. Ada sesetengah pendapat mengatakan acara lompat tinggi ini pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang juga menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke - 19 apabila satu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara golongan profesional di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.

Lompat yang dibuat oleh peserta itu merupakan paling tinggi bukan sahaja dibandingkan dalam kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang yang melompat setinggi itu. Bagaimana pun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlet pada masa sekarang. Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah. Cara membuat lompatan adalah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan statik atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak. Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari semasa ke semasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undangundang yang turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu. Contohnya pada suatu ketika pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan

sebelum kaki mendarat. Begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang. Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelumnya hanya pasir digunakan. Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di peringkat antarabangsa. Pada peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan ialah gaya statik dengan lompatan menegak. Gaya pelana mula digunakan oleh peserta Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan yang paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakkanya digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia dan mula diperkenalkan pada tahuntahun suku pertama abad ke-20.

Dalam membincangkan acara lompat tinggi, satu nama yang tidak dapat kita lupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik

lompatan terbarunya malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggakan IAAF terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang

diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai gaya guling pelana (Stradle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart dari Universiti of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930. Tetapi yang mempopularkan gaya ini ialah Lee Steers dari Oregan. Dengan ketinggian 6 kaki 1.5 inci beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi kaki 0.3 inci. Lama kelamaan ia menjadi lebih teratur sehinggalah pada tahun 1896 apabila bermulanya Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dan diikuti dengan tertubuhnya Pertubuhan Olahraga Amatur Antarabangsa atau IAAF pada tahun 1912. Setelah itu, sukan olahraga telah diubahsuaikan dan diperkembangkan secara lebih sistematik sehingga kini. Olahraga terbahagi kepada 3 kategori iaitu Balapan (Track), Padang (Field) dan Acara khas (Special Event). Acara lompat tinggi mula menjadi sebahagian daripada acara olahraga yang penting apabila olahraga telah menjadi lebih formal pada tahun-tahun dalam abad ke-19 dan abad ke-20.

Justeru pada 1940an, Gaya Timur begitu popular digunakan. Namun begitu teknik ini sukar dilakukan. Manakala Gaya Guling Barat merupakan gaya yang pertama dipopularkan dan ia digunakan oleh ramai atlet sehingga

pertengahan tahun 1950an . Walau bagaimanapun, Gaya Pelana mula menjadi dominan sehingga ke Sukan Olimpik 1968 di Bandaraya Mexico. Pada Sukan Olimpik 1968 itu Dick Fosbury (Amerika Syarikat) telah menggunakan gaya baru yang dikenali sebagai 'Fosbury Flop' untuk membuat lompatan.

3.0

Peralatan Dan Ukuran Gelanggang Acara lompat tinggi sebenarnya memerlukan kawasan dan peralatan

khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:

3.1

Tiang Lompat Tinggi

Dua batang tiang diperlukan untuk tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya

kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dilenturkan.

3.2.

Palang Lompat Tinggi

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.

3.3.

Kawasan mendarat

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau penggalas lembut bergetah dan hendaklah membentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

3.4.

Pita pengukur

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

3.5.

Landas Lari dan Kawasan Lonjak

Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali dalam pertandingan pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 1 (a), (b) dan (c) yang jarak minimumnya ialah 20m, jika keadaan mengizinkan, jarak minimum ini sepatutnya 25m. 3.5.1. Keseluruhan kecerunan maksimum pada 15m terakhir landas lari dan kawasan lonjak berbentuk separuh bulatan yang pusatnya terletak di tengahtengah di antara tiang-tiang tegak dan berjejari minumum seperti yang dinyatakan dalam peraturan 182.3 iaitu tidak melebihi 1: 250. Kawasan mendarat mesti ditempatkan supaya kemaraan atlet ke arah kecerunan menurun.

3.5.2. Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah mengikut peraturan 182.4 dan Manual Trek dan Padang IAAF.

3.5.3. Tiang. Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan tegap, Keduaduanya hendaklah mempunyai sangga untuk menopang palang dengan mantap. Tiang-tiang tersebut juga mestilah cukup tinggi supaya sekurang-kurangnya ia melebihi 10sm daripada paras sebenar palang dinaikkan. 3.5.4. Tiang tersebut tidak boleh dianjakkan semasa pertandingan melainkan Refri merasakan sama ada landas lari dan kawasan lonjak menjadi tidak sesuai. Jika demikian, perubahan hanya boleh dibuat selepas selesainya satu pusingan. 3.5.5. Sangga palang. Sangga hendaklah rata dan berbentuk empat segi bujur, 4sm x 6sm. Sangga-sangga hendaklah melekap kukuh pada tiang semasa lompatan dilakukan dan kedudukannya menghadap ke dalam. Hujung palang akan terletak di atasnya supaya palang mudah jatuh, ke depan atau ke belakang, apabila disentuh oleh peserta. Sangga-sangga ini tidak boleh dibalut dengan getah atau dengan sebarangn barang lain yang akan meningkatkan kesan geserannya dengan palang atau tidak juga ia boleh dipasang dengan apa jua jenis spring. Sangga hendaklah sama tinggi di atas kawasan lonjak betul-betul di bawah setiap hujung palang. 3.5.6. Hendaklah ada ruang di antara hujung palang dengan bang sekurangkurangnya 1sm.

4.0

Fasa lompatan tinggi Gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu:

a. b. c.

Penujuan - Larian menghala ke palang Lonjakan - tindakan kaki untuk menaikkan badan Layangan - gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.

d.

Pendaratan - sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

4.1. Fasa Penujuan (Approach) Fasa penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan lompatan yang sempurna. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan membawa seseorang atlet lompat tinggi pada satu tahap yang paling sesuai untuk melakukan fasa lonjak seterusnya. Faktor-faktor itu adalah: 1. Kelajuan - Atlet dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan halaju

yang terkawal. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi palang kerana tinggi palang. 2. Arah - Atlet hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20 darjah

hingga 30 darjah dari satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari landas atlet perlu mengubah arahnya pada satu lengkongan. Ini dilakukan untuk mendapat daya sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop. Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung (Curved). Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil. Semasa larian lurus, belakang badan ditinggikan (upright rink). Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan berkuasa. Condongkan ke dalam

semasa larian lengkung. Bahu yang di dalam lengkung lebih rendah daripada bahu yang di dalam lengkung. Teruskan penambahan kelajuan larian.

4.2. Fasa Lonjakan ( Take-off) Apabila pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum mula melonjak serta sudah ada tendersi untuk melayangkan badan ke atas palang maka pengukuhan posisi badan dan gaya berlari digabungkan bersama. Apabila hampir dengan tempat untuk melonjak, kaki yang akan melonjak seharusnya berada di posisi selari dengan palang lompatan. Keadaan ini akan menempatkan badan peserta di posisi yang baik untuk mengelakkan badan daripada terkena palang apabila sudah melompat. Langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak mesti mendapat cepat aksi 'acceleration'. Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan hadapan kawasan mendarat. Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal dan mengekalkan kedudukan begitu. Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan dikekalkan kedudukan.

4.3. Fasa Layangan (Bar Clearance) Selepas keseluruhan badan telah dilonjak ke atas, maka pelompat akan cuba melentikkan badannya untuk melepasi palang. Kedua-dua belah tangan diluruskan selari dengan rusuk badan. Kaki dibiarkan bebas untuk memudahkan pelompat melenturkan badan iaitu bahagian pinggang. Lenturan atau lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang.

Ketika ini badan pelompat berbentuk huruf 'J' Apabila badan mula mendarat, pelompat akan menarik lutut ke hadapan di mana kedua belah kaki diluruskan ke atas. Pergerakan ini perlu pants dan berterusan dengan pendaratan ke tilam mendarat. Ini adalah penting

mengelakkan bahagian betis dan tumit daripada terkena palang dan ia juga sebagai persediaan untuk pendaratan. Sebaik sahaja pesert melayang di udara, pusat graviti badan turut berubah. Tubuh akan berpusing di keliling pusat graviti dalam satu laluan parabola. Peserta cuma boleh menambah kelajuan rotasi ini dengan

menggerakan pinggulnya. Penjimatan momentum ini akan membolehkan pelompat menambah kelajuan rotasi dengan memendekkan tuas melalui pergerakan lengan dan kaki yang merapati pusat graviti. Selepas melonjak, teruskan dengan kaki yang bukan kaki lonjak dalam kedudukan horizontal. Gerakkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang. Angkat pinggul semasa melepasi palang. Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepada mendekati dada.

4.4. Fasa Pendaratan (Landing) Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan. Jarakkan lutut semasa mendarat.

5. Teknik dan Gaya Terdapat lima gaya lompat tinggi, iaitu; a) Gaya gunting b) Gaya timur c) Gaya guling barat d) Gaya pelana e) Gaya Fosbury Flop

5.1. Gaya Gunting

Gaya gunting dalam lompat tinggi dilakukan dalam empat fasa, iaitu; 5.1.1. Penujuan a) Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah. b) Pelompat menggunakan 7 hingga 9 langkah. c) Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. d) Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

5.1.2. Lonjakan a) Pelonjak melonjak dengan kaki luar. b) Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.

5.1.3. Layangan a) Kaki bebas dihayun kuat ke atas,selari dengan palang. b) Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang. c) Kaki lonjak dihayun ke atas.

5.1.4. Pendaratan a) Pelompat mendarat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.

5.2. Gaya Timur

Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak,kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

Contoh lompat tinggi gaya timur

5.3. Gaya guling barat

5.3.1. Penujuan/Larian landas a) Selalunya dilakukan dari sudut 30 hingga 40 darjah dari palang. b) Sekiranya pelompat melompat dengan menggunakan kaki kiri, pelompat haruslah memulakan lariannya dari sebelah kiri menghadap palang. c) Pelompat akan berlari sebanyak tiga, lima, tujuh atau Sembilan langkah mengikut tahap kebolehan masing-masing. d) Langkah yang terakhir merupakan langkah yang terpanjang berbanding langkahlangkah yang sebelumnya.

5.3.2. Lonjakan a) Tindakan melonjak ini bermula daripada bahagian tumit dan diikuti dengan bahagian hujung kaki. b) Mata pelompat mestilah memandang tepat ke arah palang dan badannya hendaklah dicondongkan ke belakang. c) Langkah yang terakhir mestilah langkah yang terpanjang daripada langkah yang sebelumnya. Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat mestilah menolak dengan kuat. d) Fasa lonjakan ini dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas. 5.3.3. Layangan a) Kedudukan badan atas palang adalah secara mengiring. b) Lutut kaki lonjakan dibengkokkan serta-merta ke arah dada. c) Kaki bebas pula dilunjurkan serta dikilaskan tapak kaki ke arah bawah. d) Tangan yang terdekat pada palang dilepaskan terkulai ke bawah (ke arah tempat mendarat) supaya dapat mendarat dengan sempurna.

5.3.4. Pendaratan a) Pelompat akan memusingkan badannya dan mendarat di atas tulang belikat (bahagian belakang

b) badan).

c) Kaki lonjakan dan kedua-dua tangan mencecah bumi (tilam). d) Kaki bebas diluruskan belakang dan ke atas bagi membolehkan pengawasan
mendarat yang selamat.

Contoh Lompat Tinggi Gaya Guling Barat

5.4. Gaya Pelana

a) Pelompat akan berlari sebanyak lima atau tujuh langkah mengikut tahap kebolehan masing-masing. b) Sebelum membuat larian, jarak larian landas perlu ditentukan dengan menyuruh pelompat membuat lompatan gaya gunting melepasi palang. Ini adalah untuk menentukan kaki mana yang lebih selesa dan kuat untuk melonjak. c) Satu bulatan berjejari 50 cm ditandakan berhampiran dengan tiang tegak (tiang kiri bagi pelompat yang melonjak dengan kaki kiri dan sebaliknya). d) Kaki lonjak diletakkan di tengah bulatan dan pelompat mestilah membuat larian dengan cepat dan beritma menuju ke hadapan pada sudut 30 hingga 45 darjah. e) Lima atau tujuh langkah dari tengah bulatan sudah memadai. Langkah yang terakhir iaitu langkah 5 atau langkah 7 dibuat secara pantas dan terkawal. f) Kemudian, badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang. Kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir dan ditandakan. g) Seterusnya, pelompat perlu mengulangi langkah yang sama dan pastikan langkah terakhir memijak tempat yang sama (langkah yang telah ditanda), jika tidak penyesuaian perlu dibuat.

h) Akhirnya, jarak antara langkah 5 atau langkah 7 diukur. Ukuran ini boleh digunakan pada masa latihan akan datang, malahan boleh digunakan semasa pertandingan.

Contoh Lompat Tinggi Gaya Pelana

Contoh Lompat Tinggi Gaya Pelana

5.5. Gaya Fosbury Flop

Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang lompat tinggi di mana pelepasan palang dibuat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk. Untuk tujuan keselamatan, guru mesti memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.

5.5.1. Penujuan a) Larian dilakukan dengan cepat dan beritma. b) Guna larian 5-9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung. c) Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. d) Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

5.5.2. Lonjakan a) Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang. b) Kaki di hadapan badan. c) Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang.

d) Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan. e) Tangan yang dibengkokkan juga dihayunkan ke atas. f) Lutut digerakkan melintang badan untuk membantu pusingan badan.

5.5.3. Layangan a) Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan. b) Kedua-dua belah tangan di sisi badan. c) Kedua-dua lutut dibengkokkan. d) Setelah badan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkat kepala ke atas. 5.5.4. Pendaratan a) Pelompat mendarat di atas sambil mengangkat bahagian belakang badannya.

6. Peraturan dan Undang-undang Spesifik 6.1. Peraturan 171 a) Cabut undi untuk menentukan giliran lompatan. b) Sebelum bermula, Ketua Hakim mengumumkan ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya. c) Pelompat boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian yang ditetapkan. d) Kenaikan ketinggian seterusnya ialah 2cm atau lebih sehingga keadaan berikut: i. ii. Seorang pelompat tertinggal. Terdapat seri pada kedudukan pertama

e) Walau bagaimanapun, untuk acara campuran (contoh: heptathlon), setiap kenaikan ialah 3cm. f) Lonjakan dilakukan dengan sebelah kaki sahaja. g) Kegagalan melompat adalah kerana keadaan berikut: i. ii. Palang jatuh Sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan sebelah hadapan tiang disentuh. iii. Gagal melepasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa diambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) h) Peserta tersebut akan terkeluar daripada pertandingan. i) Seseorang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun semua peserta yang lain telah gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan. j) Landas larian seharusnya tidak kurang daripada 15m.

Kawasan Larian dan Mendarat

6.2. Cara Mengukur Ketinggian (Peraturan 145) a) Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari aras tanah hingga ke bahagian tengah di sebelah atas palang. /Bacaan ketinggian terpendek bersudut tepat dari lantai ke bahagian atas palang. b) Merekod kepada meter terdekat iaitu 0.01m di bawah ketinggian yang diukur. Bererti bahagian ukuran kurang dari 1cm diabaikan.

Cara mengukur ketinggian palang

Penujuan ke palang

7. Ansur Maju Latihan 1) Aktiviti Mendorong

a) Berjalan dengan lutut tinggi. b) Berlari dengan lutut tinggi. c) Berlari dalam bulatan. d) Berlari mengikut laluan angka lapan. e) Melonjak. f) Melonjak untuk menyentuh bola yang digantung.

2) Latihan lompatan

a) Memulakan lompatan dengan gaya gunting. b) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L,kaki selari dengan palang. c) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L serta kaki bersudut 45 darjah. d) Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah dengan kaki menghala ke arah palang. e) Berdiri membelakangkan tempat mendarat ,melompat secara dirian dan mendarat. f) Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu tingkat. g) Ulang (f) dengan papan anjal. h) Menentukan titik semak. i) Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.

7.1. Latihan Ansur Maju Gaya Fosbury Flop 7.1.1. Latihan 1

a) Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkok beberapa langkah ke kiri ( jika melonjak dengan kaki kiri ). b) Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan , dia haruslah melengkok ke kanan. c) Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar supaya dapat berlari lurus dan melengkok.

7.1.2. Latihan 2

a) Seperti dalam Latihan 1 , apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian melengkung, dia mestinya melonjak dengan serta-merta ke atas. b) Kemudian kedua-dua belah tangannya dihayunkan ke atas ( siku dibengkokkan ) dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan. c) Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat permulaan .

7.1.3. Latihan 3 a) Seperti dalam latihan 2, pelompat melonjak ke atas dan melentikkan badan. b) Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.

7.1.4. Latihan 4

a) Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang direntangkan. b) Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali. c) Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan. d) Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.

7.1.5. Latihan 5

a) Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya Fosbury Flop. b) Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai melonjak.

8. Menentu Titik Semak

9. Cadangan Keselamatan

a) Gaya Fosbury Flop (FF) menyebabkan putaran ke belakang semasa dalam fasa penerbangan. Ini mengakibatkan pelompat mendarat di atas bahu atau di atas leher. Tilam nipis yang rapat di lantai membahayakan pelompat. Tilam setebal 11.5m seharusnya digunakan. Tilam yang lebih tebal mengurangkan putaran ke belakang pelompat. b) Gaya Fosbury Flop(FF) juga menyebabkan pelompat mendarat di atas tilam secara pepenjuru dan kerap pelompat mendatrat di penjuru (bucu) tilam. Tempat mendarat yang memastikan penjuru (bucu) adalah selamat untuk mendarat adalah diperlukan. c) Guna palang yang dibuat daripada tiub getah untuk menjaga keselamatn pelompat.

Cara putaran Fosbury Flop

Latihan Gaya Fosbury Flop

Borang- borang berkaitan

RPH LOMPAT TINGGI

Gambar

refleksi

BIBLIOGRAFI Wee Eng Hoe, Karisma Publications Sdn.BHd, Shah Alam; Panduan Pengajaran Olahraga

http://lcl0902.blogspot.com/2011/12/lompat-tinggi.html http://www.moe.gov.my/jpwpkl/download/SPM/balapan.pdf http://www.slideshare.net/MondNiel/peraturan-olahraga-koam http://www.slideshare.net/gtabbas/lompat-tinggi

Anda mungkin juga menyukai