Anda di halaman 1dari 12

OLAHRAGA

Sejarah Olahraga

Kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari,


melompat dan melontar sejak bertahun-tahun lagi. Seseorang yang mempunyai
ketiga-tiga kemahiran asas ini dipandang tinggi oleh masyarakat dan negara.
Kekuatan menjadi sasaran yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu
khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini telah diperkembangkan dan
diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang
dipertandingkan pada hari ini.

Walaupun sudah dipertandingkan sejak zaman sebelum masihi lagi, tetapi


sukar untuk mengetahui dengan jelas dan tepat masa sebenar manusia
menjadikan aktiviti berlari, melompat, dan melontar ini sebagai satu
pertandingan. Jika permulaan di Greek Kuno seperti yang dinyatakan oleh
kebanyakan buku sejarah diambil kira, bermakna ‘olahraga’ sudah mula wujud
sejak 3000 tahun yang lampau. Jika pendapat ini diterima, bermakna olahraga
sudah tentu merupakan sukan yang terawal di dunia. Salah satu bukti kukuh
menjelaskan kesahihan kenyataan ini ialah sejarah awal sukan Olimpik Kuno
yang dipercayai bermula pada tahun 776 sebelum masihi. Pertandingan ini
diadakan empat tahun sekali sehingga tahun 397 sebelum masihi. Selepas itu,
Sukan Olimpik telah dihentikan atas arahan Raja Rom, Theodosius tanpa
menyatakan alasannya. Ianya berlarutan sehingga abad ke-19.

Walaupun tanpa sukan tersebut, mereka mengadakan pertandingan


sesama mereka secara kecil-kecilan. Olahraga berjaya ditubuhkan kembali di
England oleh Royal Military College menerusi temasya sukan yang diadakan
pada tahun 1812. Temasya sukan ini dianggap sebagai yang pertama diadakan
selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan pasukan itu
mengembangkan sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain untuk turut
sama mengembangkan sukan ini ke merata tempat di England.
Kelab The New Guild yang ditubuhkan di England merupakan sebuah
kelab yang pertama mengembangkan olahraga. Perkembangan olahraga yang
pesat telah berlaku di England dalam tahun 1860-an. Permainan ini turut
diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha mengembangkan sukan
ini diteruskan pada tahun 1876. England telah berjaya mengadakan kejohanan
olahraga berbentuk pertandingan peringkat antarabangsa yang pertama.
Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland. Perkembangan seterusnya
ke negara-negara Eropah yang lain selain daripada Kepulauan Inggeris dan
beberapa Negara dunia yang lain.

Kemasukan sukan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan


daripada penduduk setempat. Dalam masa yang singkat sahaja sudah mampu
menghasilkan olahragawan bertaraf dunia terutamanya para olahragawan
Amerika Syarikat. Australia dan New Zealand juga turut berjaya melahirkan atlet
olahraga yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan
Amerika Syarikat. Pada waktu itu olahraga dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan
masih belum mampu menggugat mereka. Hanya selepas tahun 1960-an barulah
muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia itu mampu menandingi dan
memberi saingan, tetapi masih belum mampu menggugat potensi atlet olahraga
dari Amerika Syarikat dan Kanada.

Sesetengah pihak berpendapat, olahraga bermula dari Sukan Olimpik


Moden pertama di Athens dalam tahun 1896 dan kewujudan IAAF (Pertubuhan
Olahraga Amatur Antarabangsa) dalam tahun 1912. Sejak itu program olahraga
telah diubahsuai dan dipertimbangkan secara berterusan.

Pada tahun 1926, Malaysia mula menubuhkan persatuan olahraga.


Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi kesempatan
dan peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai negara mengambil bahagian
dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana
persatuan yang bergabung dengan Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa
(IAAF) atau anjuran badan negara itu sendiri.
Sejarah Acara Lompat Jauh

Lompat jauh mula diperkenalkan di Sukan Olimpik Greek Purba sebagai


acara `Broad Jump’ yang dilakukan secara statik dan lebih mementingkan
“gaya”. Tiada rekod mengenainya dicatatkan.

Pada tahun 1886 lompatan menggunakan papan lonjak diperkenalkan.


Pemenang pertama ialah K.W. Ford dengan lompatan sejauh 23 kaki 2 inci. Lima
belas tahun kemudian rekod dunia telah dipecahkan atau dicipta oleh tiga orang
berbangsa Irish dan empat orang Amerika.

Dalam tahun 1901, Pat O’Connor yang berbangsa Irish telah berjaya
melompat sejauh 24 kaki 11 ¾ inci. Rekod dunia ini dapat bertahan selama 20
tahun. Dalam tahun 1921, Gaurdun dari Havard berjaya melompat sejauh 25
kaki 3 inci, diikuti oleh Silviocator dari Haiti dalam tahun 1928 yang mana telah
berjaya melompat sejauh 26 kaki 8 ¼ inci. Rekodnya kekal selama 25 tahun.

Dalam tahun 1968, Bob Beamon berbangsa Amerika telah berjaya


mencipta rekod dunia di Sukan Olimpik yang diadakan di Mexico dengan
lompatan sejauh 29 kaki 2 ½ inci.
Prinsip Asas Lompat Jauh

 Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang
maksimum.
 Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian pantas dan disusuli dengan
lonjakan yang cukup kuat dan tinggi.
 Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka
masa pelompat berada di udara.
 Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak mengikut satu
lingkungan parabola di mana jarak lompatnya dapat ditentukan.
 Sebenarnya, gaya badan semasa berada di fasa layangan adalah untuk
mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat
persediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.

 Gaya layar adalah suatu gaya lompatan yang popular kerana ia mudah
diajar.

~Walaubagaimanapun, gaya layar kurang berkesan untuk dijadikan


sebagai satu teknik lompat jauh yang dapat dicontohi kerana teknik ini
menyebabkan pelompat cepat mendarat.

 Gaya selangkah diperkenalkan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani


supaya para pelajar mencapai objektif pembelajaran mereka.

~Gaya yang dicadangkan ini hampir sama dengan gaya tending kayuh,
kecuali tindakan “kayuh” itu tidak dilakukan di dalam gaya ini.

~Kelebihan gaya ini ialah dapat memudahkan para pelajar mempelajari


gaya tending kayuh apabila sampai masanya.
Latihan Kemahiran dan Teknik Lompat Jauh

Seseorang pelompat jauh sebaiknya adalah seorang yang berkebolehan dalam


acara lari pecut. Ini adalah kerana larian landas merupakan satu ciri penentu
kepada keberkesanan lompatan. Mengikut Ralph Lindemann, seorang jurulatih di
Universiti Arizona, Tuoson, taktik lompat jauh dibahagikan kepada lima fasa :

 Fasa Lari Landas


 Fasa Persediaan Lonjakan
 Fasa Lonjakan
 Fasa Penerbangan
 Fasa Pendaratan

Fasa Lari Landas

a. Dalam fasa ini memerlukan larian maksima dan kelajuan terkawal.

b. Jarak larian adalah 30 – 35 meter, bergantung kepada ‘capacity for


acceleration’ pelari itu. Ada juga yang menyatakan dalam bentuk langkah
iaitu 16 – 23 langkah. Tetapi kebanyakan pakar bersetuju bahawa 18
langkah merupakan jarak yang ideal untuk mencapai ‘maximum controlled
velocity’ tanpa meletihkan pelompat. Sebelum membuat lonjakan larian
adalah ‘on the ball’s of the feet’ dengan mengangkat lutut tinggi.

c. Kelajuan mendatar pelari semasa lonjakan adalah satu faktor yang tersendiri
yang akan menentukan jarak lonjatan. Ianya mestilah tetap atau terkawal.

d. Tidak kira apa cara pun menentukan larian, satu tanda (check mark) adalah
perlu pada langkah keempat untuk mengawal ketepatan langkah-langkah
di awal larian. Langkah-langkah terakhir biasanya lebih panjang agar
kedudukan badan rendah tetapi meninggikan laluan ‘acceleration of the
body centre of gravity’. Langkah terakhir sekali adalah pendek sedikit
kerana langkah ini menggerakkan pelompat meninggikan pusat gravitinya
dalam ‘a heel to toe foot plant’.

Fasa Persediaan Lonjakan

a. Semasa di langkah-langkah akhir inilah, pelari mencapai kelajuan maksimum


yang terkawal, berlari tegak dengan perawakan yang lurus.

b. Pinggung direndahkan dengan cara mengfleksi lutut sepenuhnya semasa


membuat langkah panjang.

c. Ini dapat merendahkan pusat gravitinya. Sebaliknya langkah terakhir mestilah


pendek agar pusat graviti ditinggikan semula untuk membantu lonjakan.

Fasa Lonjakan

a. Sudut lonjakan yang sesuai ialah 20 – 25 darjah, tetapi halaju lebih penting.

b. Dari kedudukan penanaman tapak (the planting of the foot), pelompat


menghayunkan lutut kaki depannya dan ke atas dengan sepantas yang
mungkin.

c. Ini akan menambah komponen menegak kepada keseluruhan kelajuan


lonjakan.

d. Tangan yang bertentangan dengan kaki melonjak adalah lebih kurang 90


darjah dan tinggi. Manakala tangan di sebelah kaki lonjakan ‘decellerated’
sebelum lonjakan dan siku adalah bersudut 90 darjah.

e. Badan tegak, kepala, mata, dada, dan pinggul juga mestilah menghadap ke
atas pada masa lonjakan.

f. Teknik berikut disarankan hasil daripada pemerhatian corak dan teknik


lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh terkemuka peringkat
antarangbangsa:
i. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap
pelepasan lonjakan.

ii. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari
atas ke bawah, dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud perlu
diubah.

iii. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan iaitu dengan
kedua-duanya diangkat ke atas.

Fasa Penerbangan

a. Pelompat akan mengalami pergerakan ke depan, tendang kayuh akan


membantu pergerakan ini.

b. Tendang kayuh ini boleh dibuat antara satu setengah hingga tiga setengah
langkah ke udara. Kaki bebas menghayun dan sebelah bahagian kaki
melurus dan dihayunkan ke belangkang.

c. Kaki lonjakan bergerak ke depan apabila ‘the leading leg comes back’. Ini
menghasilkan satu pergerakan yang ‘cyclic’. ‘The leading leg’ juga akan
bergerak ke depan dan bertemu dengan ‘training leg’ untuk membentuk
‘double extension’.

d. Akhirnya kaki akan berada dalam kedudukan selari dalam persediaannya


mendarat. Tangan perlu diextensikan untuk mendapat atau untuk
menambah lagi pergerakan dan melambatkan pula rotasi ke depan, (the
arm and legs rotate opposite of each other).

Fasa Pendaratan

a. Tangan yang dihayun ke atas dan ke bawah. Kedua-dua kaki rapat dan
mendarat dengan kedua-dua tumit pada masa yang sama. Bahagian atas
badan adalah lurus. Tangan depan tercampak jauh lagi ke depan.
b. Semasa mendarat, lutut bengkok dan punggung dibawa ke depan untuk
mengseimbangkan engsel pergerakan badan pada tumit.

Latihan ansur maju

 Menentukan kaki lonjakan – pelompat berlari perlahan dan melompat ke


tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk
lonjakan.

Latihan lonjakan

 Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak


seberapa tinggi yang boleh.
 Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak.
 Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.
 Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.

Latihan mendarat

 Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.


 Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti
kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.
 Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).

Mengukur penujuan

 Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan


untuk lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi
papan). Pelompat mula langkah pertama dengan kaki lonjakan dan
mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik tersebut.
 Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki
bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama
dengan kaki lonjakan.
 Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.
Latihan gaya lompatan berbeza

 Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas.


 Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar,
gantung, tendang kayuh).
 Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar, gaya
gantung dan gaya tendang kayuh.
Rajah lampangan lompat jauh

1. Alat yang digunakan pada lompat jauh


- Rol meter
- Cangkul
- Bendera kecil (merah dan putih)
- Gaya jongkok
- Gaya berjalan di udara (walking in the air)
- Gaya menggantung (snapper)
2. . Hal hal yang perlu diperhatikan untuk meraih hasil maksimal
- Awalan, jarak awalan 30-40 dan dilakukan secepat cepatnya
- Tolakan, menolakkkan kaki sekuat kuatnya pada papan tolakan dengan
kaki yang terkuat.
- Sikap badan di udara diusahakan melayang selama mungkin
- Sikap badan waktu mendarat, diusahakan jangan sampai jatuh ke
belakang
3. Diskualifikasi
- Dipanggil 3 menit belum melompat
- Menumpu dengan 2 kaki
- Setelah melompat, kembali ke arah awalan
- Mendarat luar bak lompat

4. cara mengukur jarak


Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan
lonjakanyang terdekat dengan kawasan mendarat. Kemudian jarak
tersebut direkodkan kepada meter terdekat iaitu 0.01 m di bawah
ketinggian yang diukur.

5. catatan
- Bak lompat diisi dengan pasir
- Apabila pelompat gagal/diskualifikasi yuri mengangkat bendera merah
- Apabila pelompat melakukan dengan baik yuri mengangkat bendera
putih
- Lebar awalan 122 cm
- Panjang balok 122 cm
- Lebar balok 20 cm

PERATURAN 185
( PERATURAN LOMPAT JAUH )

Seseorang peserta itu gagal sekiranya beliau,

i. Semasa melonjak, menyetuh bumi selepas garisan lonjak dengan mana-


mana bahagian badannya, sama ada membuat larian tanpa melompat
atau sedang membuat lompatan;atau

ii. Melonjak dari luar hujung papan lonjak, sama ada selepas atau sebelum
garisan lonjak; atau

iii. Menyentuh bumi di kawasan antara papan dengan kawasan mendarat,


atau

iv. Melakukan apa jua jenis balki kuang semasa membuat larian atau sedang
membuat lompatan, atau

v. Semasa mendarat, menyentuh bumi di luar kawasan mendarat berhampir


dengan papan lonjak dart bahagian kesan jatuh yang paling hampir.