Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENGENALAN

Selain dari acara-acara trek, kita juga perlu tahu mengenai acara-acara
padang. Dalam acara padang adalah terdiri daripada acara lompatan dan
balingan. Acara-acara ini boleh dipertandingkan atau dijalankan serentak
dengan acara trek kerana acara padang dijalankan di bahagian dalam trek.
Seperti acara balapan, acara-acara padang memerlukan peralatan dan
kawasan tertentu. Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana
seseorang atlet mencuba untuk melompat dan mendarat sejauh yang boleh dari
tempat yang dituju. Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak
lompatan yang maksimum. Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian yang 
pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat serta tinggi.
Seorang pelompat yang handal mestilah berupaya berlari dengan pantas serta
melompat dengan kuat dan mempunyai kelenturan badan serta mempunyai
daya koordinasi yang baik.
Untuk menguasai acara ini seseorang yang menceburi dalam acara ini perlu
menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama
bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan
meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan
terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah utama pelompat jauh adalah
mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum
melonjak,Disamping itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan,
kekuatan otot dan kuasa eksplosif.

1
2.0 SEJARAH SUKAN LOMPAT JAUH

Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah dikesan pada awal
tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan,
lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh seorang atlit
dari Sparta iaitu Chionis. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan pada
zaman dahulu adalah berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa
kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat
pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan dibuat secara berkali- kali sama
ada dalam bentuk multiple, double triple atau quintriple.
Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani
Purba. Pada zaman Yunani Purba, seseorang atlit akan memegang beban
pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan
ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan
dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan.
Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di
mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.
Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh
telah dimasukkan dalam acara olahraga bagi kategori acara padang. Bermula
daripada itu, acara ini telah diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang
diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan
diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang
digunakan pada masa kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk
dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan
lompatan tidak dipelajari dengan baik seseorang boleh berpotensi untuk
mengalami kecederaan.
Seperti yang kita ketahui, acara lompat jauh telah dijadikan sebagai
sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua
daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan
dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak
dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Kini acara rekod acara lompat
jauh telah dipegang oleh Mike Powell yang merupakan seorang atlet lompat
jauh dari USA yang telah membuat lompatan sejauh 8.95 meter. Bagi acara

2
lompat jauh wanita, rekod acara ini telah dipegang oleh Galina Chistyakova
dari Soviet Union dengan lompatan sejauh 7.52 meter.

3.0 PERALATAN DAN KELENGKAPAN ACARA LOMPAT JAUH

Seperti yang telah dinyatakan, acara lompat jauh merupakan acara


padang. Oleh yang sedemikian, acara ini memerlukan peralatan khas dan
tempat atau kawasan khas untuk melaksanakan acara ini. Berikut merupakan
penerangan mengenai alatan dan kelengkapan kawasan bagi acara lompat
jauh:

1. PITA PENGUKUR

Pita ini digunakan untuk mengukur jarak


lompatan. Jarak lompatan diukur dari
hujung yang terdekat dengan papan
pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kawasan pendaratan.
Dalam kejohanan dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur
elektronik dan menjadikan pengukuran lebih mudah serta cepat dilakukan.

2. BENDERA ISYARAT MERAH DAN PUTIH

Bendera yang digunakan oleh pengadil adalah untuk mengawasi lompatan.


Terdapat dua jenis bendera iaitu bendera putih dan merah. Bendera putih
untuk lompatan yang sah dan bendera merah untuk lompatan yang batal.

3. KASUT BERPAKU (SPIKE)

3
Kasut yang berpaku dan bertumit plastik sesuai digunakan dalam lompat
jauh. Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan sebagai
perlindungan.

4. PETUNJUK PLASTISIN

Petunjuk plastisin adalah berfungsi untuk mengesan dan membuktikan


pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dilakukan oleh seseorang atlet.
Plastisin ini akan diletakkan pada bahagian hujung papan pelepas. Fungsi
plastisin ini adalah untuk mengesan sebarang kesan tapak kaki seseorang
atlet. Sekiranya terdapat kesan tapak kaki pada plastisin tersebut, maka
lompatan yang dilakukan dibatalkan dan tidak dikira dalam perhitungan
lompaan yang dicapai.

5. ALAT PENGUKUR ANGIN

Alat ini digunakan untuk mengukur halaju angin ketika lompatan dilakukan.
Alat ini juga penting dalam acara lompat jauh kerana ianya berfungsi untuk
menentukan sama ada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Alat
pengukur ini tidak digunakan dalam kejohanan peringkat sekolah atau kelab.
6. LORONG LARIAN

4
Lorong larian yang sesuai adalah penting untuk melakukan pecutan, larian
dan lompatan. Dalam acara lompat jauh, jarak standard untuk lorong larian
adalah 45 meter x 1.22 meter.

7. PAPAN PELEPAS

Papan pelepas digunakan sebagai tanda dan permulaan untuk melakukan


lompatan. Dalam acara ini, papan pelepas yang standard adalah bersaiz 1.22
meter panjang dan 20 meter lebar. Papan ini diletakkan satu meter dari hujung
yang terdekat dengan kawasan pendaratan dan biasanya diwarnakan dengan
warna putih.

8. KAWASAN MENDARAT

Kawasan mendarat adalah digunakan untuk seseorang atlet aau peserta


mendarat dalam satu-satu lompatan yang telah dilakukan. Kawasan ini
penting dan merupakan peralatan utama dalam acara lompat jauh. Pada
bahagian pendaratan disikan dengan pasir halus dan dilembapkan. Saiz
standard kawasan pendaratan adalah 9 meter panjang dan 2.75 meter lebar.

RUANG DAN KELENGKAPAN ACARA LOMPAT JAUH

5
4.0 FASA LOMPAT JAUH

6
Seperti yang telah dinyatakan, acara lompat jauh merupakan satu acara
yang menggabungkan aspek larian dan juga lompatan. Untuk mendapatkan satu
lompatan yang baik serta menghasilkan lompatan yang jauh, seorang atlet atau
peserta perlu berlari pada kelajuan yang maksimum serta konsisten. Disamping
itu juga, bagi menghasilkan lompatan yang baik, seorang peserta perlulah
mempunyai kebolehan melonjak yang kuat dan tinggi bagi mencapai lompatan
yang jauh. Bagi acara ini, seorang pelompat yang handal mestilah berupaya
berlari dengan pantas, melompat dengan kuat serta mempunyai kelenturan
badan dan daya koordinasi yang baik.
Secara amnya, dalam acara lompat jauh boleh dibagikan kepada empa
fasa. Fasa-fasa dalam acara ini penting dan perlu dikuasai oleh seseorang atlet
bagi memastikan lompatan yang dilakukan dapat menghasilkan jarak lompatan
yang jauh serta dapat mengelakkan seseorang daripada mengalami kecederaan.
Empat fasa bagi acara lompat jauh adalah seperti berikut:

a) Fasa penujuan (larian untuk menuju ke papan lonjak)


b) Fasa lonjakan (melompat dari papan lonjakan)
c) Fasa layangan (ketika seseorang berada di udara)
d) Fasa mendarat (bahagian badan peserta menyentuh bahagian tempat
kawasan mendarat)

A. FASA PENUJUAN
Bagi memulakan fasa ini, terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini
iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Untuk persediaan,
7
seorang atlet boleh bersedia dengaan cara berdiri secara kaki segaris atau kaki
depan belakang. Perkara yang paling penting untuk memulakan fasa ini ialah
langkah pertama dari titik permulan mestilah bermula dengan kaki melonjak.
Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza iaitu 11 sehingga15 langkah untuk
pelompat novis, 17 sehingga19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23
langkah untuk pelompat lelaki pakar.

B. FASA LONJAKAN
Selepas fasa penujuan, peserta akan melalui satu papan lonjakan. Setibanya di
papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum untuk
menghasilkan satu lompatan yang baik. Bila kaki memijak papan lonjak, badan
direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian
badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas. Tolakan kaki hendaklah
kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi.
Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendakla dihayun dengan kencang ke
hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi. Kedua-dua belah tangan di
hayun kehadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang tinggi.

C. FASA LAYANGAN
Fasa layangan merupakan satu fasa yang penting dan perlu dikuasai dengan
baik oleh seseorang atlet untuk membuat lompatan yang jauh. Pada fasa ini,
peserta akan berada di udara. Oleh itu, dalam fasa ini pelompat tidak ada
peluang untuk meningkatkan kederasan. Untuk menghasilkan lompatan yang
jauh, pada fasa lonjakan peserta perlu membuat lonjakan yang kuat dengan
menggunakan kaki melonjak. Hal ini kerana, pada fasa layangan, peserta perlu
berada di udara dalam masa yang lama untuk melambatkan pendaratan. Untuk
meningkatkan jarak lompatan, gaya badan dalam fasa ini juga penting. Dalam
lompat jauh, terdapat tiga gaya yang sering digunakan iaitu:

1. Gaya layar
2. Gaya gantung
3. Gaya kayuh

8
Gaya layar

Gaya gantung

Gaya kayuh

D. FASA PENDARATAN

9
Ketika berada dalam fasa ini, pelompat mestilah memberi perhatian kepada
imbangan badan dan pencapaian jarak. Ketika berada di udara, badan
dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke
hadapan. Pada fasa mendarat, kaki perlu dihulur ke hadapan dan sewaktu
mencecah tempat mendarat peserta perlu mendarat menggunakan tumit kaki
dahulu. Lutut peserta pula dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan
pendaratan dan tangan dihayunkan ke hadapan supaya semasa mendarat
pelompat tidak jatuh ke belakang.

5.0 TEKNIK DAN ASPEK LOMPATAN

10
Dalam acara lompat jauh, terdapat empat aspek penting yang harus diberikan
perhatian, iaitu kelajuan larian, pelepasan lomptan, lompatan di udara, dan
pendaratan. Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat jauh, tidak kira
sama ada seseorang itu baru mempelajari acara ini mahupun yang sudah lama
melibatkan diri didalam acara ini.

KELAJUAN LARIAN
Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan
yang kuat dan mungkin juga jauh. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak
begitu penting dalam acra lompat jauh. Pendapat ini salah kerana tanpa larian
deras yang sesuai, tidak mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian
yang tidak sesuai boleh menyebabkan perkara berikut:
 Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh menganggu
lompatan.
 Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan yang dibuat.
  Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran
di papan pelepasan , yang boleh menyebabkan lompatan batal.
Tedapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat
harus mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan
pelepas. Untuk kelajuan ini, seorang pembantu diperlukan untuk menanda titik
yang paling sesuai dengan langkah yang bakal dibuat. Kaedah kedua ialah
mencari konsistensi melalui larian dari papan pelepas. Dalam hal ini, pelompat
perlu melakukan sebanyak larian sehingga ketepatan diperoleh. Kaedah kedua
ini bagaimanapun tidak sesuai sekiranya tiupan angin terlalu kuat. Ini
selanjutnya akan menjejaskan konsistensi larian yang telah diukur tadi.

11
PELEPASAN LOMPATAN
Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum
menegak maksimum, dan seterusnya dapat membuat lompatan yang baik dan
berkesan. Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi yang tinggi
akan dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik. Walaupun
dianggarkan bahawa pelompat akan berada selama 0.11 saat sahaja pada
tahap ini, namun perkara ini penting untuk menentukan daya lompatan yang
baik, atau lompatan yang batal.

LOMPATAN DI UDARA
Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan
oleh seseorang pelompat jauh semasa berada di udara.
1. Pergerakan belayar ( sailing)
2. Pergerakan mengayuh (hitch-kick atau running in the air )
3. Pergerakan ayunan punggung ( hip-swing )
Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini, gaya mengayuh atau berlari di
udara adalah yang paling kerap digunakan dalam lompatan bagi acara lompat
jauh pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat antarabangsa.

PENDARATAN
Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan
pencapaian jarak yang maksimum. Pergerakan yang sesuai bukan sahaja
mampu menghasilkan jarak, tetapi dapat mengelakkan gangguan pada
momentum, khususnya momentum menegak. Teknik pendaratan yang dikenal
sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk tujuan ini.
Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan
pendaratan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang
baik lagi stabil. Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan
tangan ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada
badan pelompat akan dapat dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian
kecilnya ke tangan.

6.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH

12
Semua acara padang dan balapan mempunyai undang–undang dan
peraturan yang tersendiri. undang–undang dan peraturan ini digubal dan
disediakan berdasarkan kesesuaian jantina, peserta, peralatan dan jenis
acara tersebut. Berikut adalah undang–undang bagi acara lompat jauh yang
disediakan mengikut kelulusan IAAF:

1. Susunan atau giliran peserta yang akan membuat lompatan perlu


ditentukan melalui undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula.
2. Setiap lompatan peserta akan dikira berdasarkan jarak yang paling jauh
(daripada keseluruhan lompatan yang dibuat).
3. Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta, setiap peserta diberi tiga
kali percubaan lompatan. Peserta yang mempunyai lompatan terbaik akan
dipilih untuk mara ke pusingan akhir dan dalam pusingan ini, peserta –
peserta ini akan diberi tiga lompatan lagi. Tiga lompatan tambahan akan
diberikan jika lebih daripada seorang mempunyai jarak yang sama.
Sekiranya jumlah peserta kurang daripada lapan orang, peserta yang dapat
mencatatkan rekod paling tanpa batal akan dikira sebagai pemenang.
4. Lompatan akan dikira batal jika peserta melakukan perkara – perkara
berikut :
 Kaki peserta memijak atau menyentuh tanah melebihi papan
lonjak yang disediakan. Penanda plastisin yang diletakkan pada
hadapan papan lonjak akan dilihat oleh pegawai untuk melihat
kesilapan ini.
 Kaki peserta menyentuh atau memijak kawasan di luar papan
lonjak.
 Menyentuh kawasan pendaratan semasa mendarat pada titik di
belakang tapak kaki.
 Berundur melalui kawasan pendaratan selepas habis membuat
lompatan.
 Cara atau kaedah lompatan yang digunakan tidak dibenarkan
oleh undang – undang.
 Peserta menggunakan alat sokongan atau bantuan lompatan.

13
5. Sekiranya peserta membuat lompatan dari kawasan di bahagian
belakang papan lonjak, perkara tersebut bukanlah satu kesalahan.
6. Peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan lorong lompat jauh untuk
membuat percubaan atau latihan ketika pertandingan sedang
dijalankan.
7. Ukuran jarak lompatan mesti dibuat pada titik sentuhan yang paling
dekat dengan papan lonjak tanpa mengira titik tersebut diperoleh melalui
pendaratan kaki atau sebarang anggota tubuh peserta.
8. Untuk memastikan lompatan diukur dengan tepat dan betul, permukaan
pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan
tempat melonjak.
9. Larian peserta hendaklah dalam lorong larian yang telah disediakan.
10. Setelah pegawai memberi isyarat, peserta hendaklah membuat
lompatan.

7.0 LATIHAN ANSUR MAJU DALAM ACARA LOMPAT JAUH


Acara padang terbahagi kepada tiga acara lompatan iaitu lompat tinggi, kijang
dan lompat jauh. Sebelum memulakan latihan lompat jauh yang sebenar, setiap
peserta digalakkan mencuba beberapa aktiviti atau latihan ansur maju yang telah
ditetapkan. Latihan ansur maju ini amatlah penting untuk peserta yang baru mula
untuk menjiwai acara padang ini. Di dalam latihan ansur maju ini terbahagi

14
kepada empat jenis latihan. Keempat-empat jenis latihan ini dipecahkan
mengikut fasa-fasa yang terdapat di dalam acara lompat jauh.
Bagi latihan untuk fasa yang pertama ialah fasa larian kandas atau fasa
penujuan. Di dalam lompat jauh fasa ini memainkan peranan yang penting
kerana jika langkah yang tidak sekata di dalam larian kandas atau penujuan ini
akan mempengaruhi lompatan. Jadi di sini ada dinyatakan mengenai latihan
ansur maju untuk fasa penujuan ini iaitu pertama berjalan secara perlahan
membuka langkah mengikut kemampuan dan mengekalkan langkah tersebut
sehingga lima puluh meter. Latihan ini diulang sebanyak empat kali bagi
membentuk langkah yang sekata. Kemudian latihan ini diteruskan lagi dengan
berlari sambil melangkah sepanjang lima puluh meter. Larian beserta langkah ini
dikekalkan dan diulang sebanyak empat kali untuk membentuk langkah yang
sama dan sekata di dalam fasa larian kandas ini.
Selain itu, peserta juga boleh menggunakan latihan ansur maju yang lain
dengan berlari anak dan melangkah ke kawasan mendarat. Ini dibuat secara
berulang-ulang. Tetapkan tanda permulaan larian. Latihan ini adalah untuk
memberi tumpuan kepada pelajar untuk melakukan larian dengan langkah yang
sama. Contoh bagi latihan ini disertakan dengan gambar sekali di bawah.

Latihan 1
Fasa kedua adalah fasa lonjakan, latihan ansur maju untuk fasa ini amatlah
penting kerana jika peserta tersalah menggunakan kaki untuk melonjak, peserta
mungkin akan mengalami kecederaan selepas membuat lonjakan. Latihan ansur
maju untuk fasa yang kedua ini ialah dengan melompat untuk menentukan kaki
dominan atau kaki yang paling kuat untuk membuat lonjakan. Latihan ansur maju ini
mestilah dilakukan kerana peserta perlu melonjak di atas papan menggunakan kaki

15
dominan. Contoh latihan yang sesuai untuk ansur maju bagi lonjakan ini adalah
latihan lompat ketingting antara dua tempat dan melepasi halangan.
Ansur maju sebegini amatlah penting bagi peserta yang mengambil acara ini.
Berlari dari check – mark atau tandaan dan melonjak tinggi. Lutut kaki bebas
diangkat tinggi dan tangan dihayun ke atas. Latihan ini akan dapat membantu atlet
merasai keadaan yang sebenar semasa melonjak ke atas. Mereka hendaklah
mencuba untuk membuat lompatan setinggi mungkin semasa latihan. Gambar rajah
boleh dirujuk di bawah sebagai gambaran terhadap perlakuan yang diceritakan.

Latihan 2

Gunakan tali sebagai halangan. Berlari dan melonjak. Semasa berada di


udara, kaki bebas  di buka luas ke hadapan. Mendarat secara mengangkang dengan
kaki bebas ( kaki di sebelah hadapan ) mencecah tanah dahulu. Latihan yang
dilakukan ini adalah untuk fasa ketiga iaitu fasa layangan. Latihan ini untuk
memastikan atlet melonjak dengan tinggi dan menggerakkan kakinya yang bebas ke
hadapan semasa berada di fasa layangan.

16
Latihan 3

Latihan 4

Gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-sama dengan kaki bebas supaya


pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kakinya melunjur ke hadapan. Tujuan
latihan ini adalah untuk memahirkan atlet dengan cara mendarat yang betul.

17
Latihan 5

Selain itu, terdapat juga aktiviti atau latihan yang lain difikirkan sebagai latihan
untuk lompat jauh. Antara cadangan aktiviti yang sesuai bagi acara lompat jauh
adalah seperti berlari sejauh 20 hingga 30 meter, lompat jauh dirian, melompat
melepasi halangan, dan lompat ketingting.

18
8.0 LATIHAN ANSUR MAJU YANG DIPILIH

1. LARI LANDAS
Ansur maju ini dilakukan bersama pasangan. Apabil atlet A berlari dari tempat
permulaan ke papan lonjakan, atlet B perlu berdiri berhampiran papan
lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan lonjak.
Sekiranya atlet A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai
jarak ukuran di tempat permulaan. Jika kaki lonjakan atlet A menapak
melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke belakang satu atau
dua langkah. Jika kaki atlet A menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan
tempat permulaan satu atau dua langkah ke hadapan. Ulang sebanyak 3 kali
di tempat permulaan yang baru.

2. LONJAKAN
Ansur Maju 1
 Peserta melonjak dari papan lonjakan.
Peserta berdiri di atas papan lonjak. Lutut dibengkokkan dan badan
dibongkokkan rendah. Kedua – dua belah tangan diayun. Perlakuan ini
adalah untuk mendapatkan daya lonjakan. Peserta melonjak dengan kuat
menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat dengan tumit.

Ansur Maju 2
 Peserta melonjak dari hujung bangku.
Peserta bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku dan
melonjak dengan kuat. Lutut kaki bebas diayun seberapa tinggi yang
boleh. Kedua – dua belah tangan juga diayun ke hadapan dan mendarat
dengan tumit.

19
3. LAYANG DAN MENDARAT
Ansur Maju 1
Atlet berlari, melonjak melepasi kayu atau tali.
Atlet hendaklah berlari merentasi seutas tali yang direntangkan di atas pasir
berjarak 1 - 1.5 meter dari papan lonjakan. Atlet hendaklah lari sejauh lima
hingga enam langkah dan melonjak melintasi tali atau kayu yang
direntangkan dan mendarat.

Ansur Maju 2
Atlet berlari dan melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.
Atlet berlari lima hingga enam langkah dari kawasan lonjakan dan atlet perlu
melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi benteng
pasir. Tumit digunakan ketika fasa mendarat.

Ansur Maju 3
Atlet berlari dan melonjak dengan kaki lonjakan melepasi kayu.
Atlet berlari dan melonjak menggunakan kaki lonjakan melepasi kayu yang
diletakkan di atas kon (kecil dan besar). Atlet juga perlu berlari sejauh lima
hingga enam langkah sebelum melonjak melintasi kayu dan mendarat
menggunakan tumit.

20
21

Anda mungkin juga menyukai