Anda di halaman 1dari 6

SMK TROPICANA

47170 PETALING JAYA


SELANGOR

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAN BILIK SUKAN

Tempat

BILIK SUKAN
SMK TROPICANA

Anjuran

PANITIA PJPK
SMK TROPICANA

Disediakan oleh

MOHD RAFSHANJANI BIN AB HAMID


1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Bilik sukan dan PJPK adalah sebuah bilik yang wajib ada di sesebuah sekolah.  Bilik
ini menempatkan pelbagai jenis alatan sukan yang digunakan sama ada untuk sukan sekolah
mahupun untuk pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan (PJPK). Menjadi kebiasaan, bilik peralatan sukan adalah sebuah bilik
sumber yang biasa sahaja dan sinonim dengan nama Bilik Sukan. Oleh kerana dasar dan 
kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia, 1Murid 1 Sukan, pihak sekolah wajar menukar
corak fizikal dalaman  kepada sebuah bilik yang mesra pengguna, selamat, kondusif dan
bercirikan ala sebuah kedai sukan.
Bilik pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-
barang pendidikan jasmani. Bilik yang disusun kemas dan teratur akan menyenangkan guru
pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani.
Peralatan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani.  Oleh itu Penyelenggaraan sebuah bilik pendidikan jasmani
memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.
Bagi memastikan dan menjamin pengurusan bilik sukan berada pada tahap yang
memuaskan, ciri-ciri dan keperluan bilik pengurusan atau bilik pendidikan jasmani perlu
diambil kira. Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia bilik pendidikan
jasmani. Segala urusan berkaitan pengurusan bilik pendidikan jasmani berada dalam
tanggungjawab guru tersebut. Ia termasuklah perekodan keluar masuk peralatan yang
dipinjam, menguruskan pembelian peralatan serta manghapus perlatan yang rosak.
Untuk mengurus peralatan dengan berkesan, pentadbir atau pengurus sukan dan
rekreasi seharusnya mempunyai pengetahuan tentang sistem dan prosedur pengurusan yang
sistematik. Menerusi pengetahuan itu, program pembelian dan penjagaan peralatan dapat
dirancang dan dikendalikan dengan cekap (Lim, 2001).
2.0 Matlamat

Berdasarkan istilah bilik boleh ditakrifkan sebagai tempat bagi melaksanakan


penerimaan, perekodan, penyimpanan penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok
atau peralatan. Pengurusan bilik sukan hendaklah dilaksanakan secara teratur, cekap dan
berkesan bagi memastikan stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak
pelanggan dan kualiti stok sentiasa terjamin dengan cara memberi perlindungan, penjagaan
dan penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan. Bilik dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu bilik Pusat, bilik Utama dan bilik Unit. Setiap kategori mempunyai fungsi
masing-masing dalam pengurusan stor. Pekeliling dan surat pekeliling yang telah dikeluarkan
berkaitan dengan pengurusan bilik sukan.

3.0 Objektif
3.1 Meningkatan kecerian dan keselesaan penggunaan alatan sukan
3.2 Menambahkan maklumat-maklumat berkaitan penjagaan bilik sukan dan cara
penggunaan alatan di bilik sukan.
3.3 Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan tersusun bagi mengekalkan keadaan
yang selamat dan kondusif.
3.4 Meningkatkan kefahaman murid berkaitan pengurusan bilik sukan sekolah dan etika
stor sukan

4.0 Tarikh dan tempat pelaksanaan


Tarikh : 20 Oktober 2020 - 22 Oktober 2020
Masa : 2.00 pm - 4.00 pm
Tempat : Bilik Sukan SMK TROPICANA
Sasaran : Guru - guru subjek PJPK
5.0 Anggaran Kewangan

BBTP - SUKAN TAHUNAN

BIL. BUTIRAN KUANTITI HARGA JUMLAH (RM)


SEUNIT (RM)

1. MEJA LIPAT 4 90.00 360.00

2. KERUSI 4 150.00 600.00

3. PINTU UTAMA 1 430.00 430.00

4. RAK BESI BOLEH LARAS 4 250.00 1000.00

5. RAK BESI BOLA 3 180.00 540.00

6. PINTU BILIK 2 1 300.00 300.00

7. RAK KASUY BESI 2 150.00 300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 3530.00

BSS- BANTUAN SUKAN SEKOLAH

BIL. BUTIRAN KUANTITI HARGA JUMLAH (RM)


SEUNIT (RM)

1. CAT GRILL (HITAM) 3 TONG 100.00 300.00


2. CAT DINDING 3 TONG 300.00 900.00
3. KOTAK SIMPANAN 8 60.00 480.00
( STORAGE BOX )
4. BANNER SUKAN 1 150.00 150.00
5. PAPAN TANDA SPORTS 2 900.00 1800.00
CENTER
6. PAPAN TANDA HOTS 1 900.00 900.00
WALK
JUMLAH KESELURUHAN RM 4530.00

PANITIA PJPK

BIL. BUTIRAN KUANTITI HARGA JUMLAH (RM)


SEUNIT (RM)
1. BOLA SEPAK 10 70.00 700.00
p

2. BOLA KERANJANG 8 80.00 640.00


3. BOLA TAMPAR 8 90.00 720.00
4. RAKET BADMINTON 15 35.00 525.00
5. LONTAR PELURU IKUT 12 120.00 1440.00
KATEGORI
6. PEMBESAR SUARA 4 170.00 680.00
(HEALER)
7. ALAT TULISAN DAN 150.00
HIASAN
JUMLAH KESELURUHAN RM 4855.00

LPBT

BIL BUTIRAN KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT (RM)
1. KIPAS SILING 2 300.00 600.00

6.0 Penutup

Bagi mewujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif serta mesra pengguna, bilik
sukan sewajarnya mengalami pembaharuan sama ada dalam reka bentuk, susun atur atau
penambahbaikan dari segi peralatan. Pihak pentadbir seharusnya berganding bahu dengan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memastikan kewujudan stor peralatan sukan dapat
digunakan dengan semaksimum mungkin. Secara tidak langsung, peralatan yang lengkap dan
persekitaran yang sempurna akan menaikkan semangat guru dan pelajar untuk terus
memartabatkan mata pelajaran pendidikan Jasmani dan pendidikan Kesihatan serta
meningkatkan mutu sukan di peringkat sekolah masing-masing.

Disediakan oleh,

…………………………………
(MOHD RAFSHANJANI BIN AB HAMID)
Setiausaha sukan sekolah
SMK TROPICANA

Disemak oleh,

………………………………….
( NOOR AZLIYAH BINTI RAZALLI )
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK TROPICANA

Disahkan oleh,

………………………………………
(NORLIZA BT MUSTAPA)
Pengetua
SMK TROPICANA

Anda mungkin juga menyukai