Anda di halaman 1dari 3

SK SUNGAI SENGIAN LABANG,

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBAUH, KM 1, JALAN SEBAUH-BINTULU, 97100


SEBAUH, BINTULU.

KERTAS KERJA
PEMBELIAN KASUT ‘SPIKE’ UNTUK ATLIT OLAHRAGA SEKOLAH
KERTAS KERJA
PEMBELIAN KASUT “SPIKE” UNTUK ATLIT OLAHRAGA 2018

PENGENALAN
Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu
aktiviti di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Pendidikan Kebangsaan yang
memberikan tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.

LATAR BELAKANG
Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di
Greece. Oleh itu ia boleh dianggap acara sukan yang tertua di dunia. Terdapat 30 acara yang
dipertandingkan dalam sukan olahraga. Memandangkan semakin ramai murid yang berminat
dan bersungguh-sungguh dalam menyertai olahraga, sewajarnya pihak sekolah juga
menyokong murid yang terlibat dengan menyediakan peralatan olahraga yang diperlukan.
Sehubungan dengan itu, SK Sungai Sengian Labang ingin membeli kasut “spike” untuk
membiasakan atlit mengikuti acara olahraga.

OBJEKTIF

 Meningkatkan penyertaan murid dalam acara sukan olahraga.


 Meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam setiap acara sukan olahraga yang
disertai.
 Memberi galakan dan sokongan kepada murid untuk berlatih bersungguh-sungguh
dalam acara sukan olahraga.
 Mendokong dasar 1 Murid 1 Sukan supaya dapat melahirkan murid yang seimbang
dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.

ASAS PERTIMBANGAN

 Selain itu ramai murid tidak berkemampuan untuk membeli sendiri kasut “spike”
kerana faktor kekangan kewangan ibu bapa.
 Spike yang dibeli akan diguna semula pada tahun seterusnya.

IMPLIKASI KEWANGAN
Peruntukan kewangan bagi pembelian kasut ‘spike’ adalah sebanyak RM 1000.00.

PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH


Kasut spike 10 RM 100.00 RM 1000.00
PENUTUP
Kertas cadangan ini dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak sekolah.
Diharapkan cadangan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya.

Disediakan oleh,

(SITI HAJAR ASHNA BINTI SAMAT HARON)


Jurulatih Olahraga,
SK Sungai Sengian Labang.

Di semak oleh,

(ALEXANDER AK MICHEAL)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Sungai Sengian Labang.

Disahkan oleh,

(MOHAMAD ARBIE BIN SA’EE)


Guru Besar,
SK Sungai Sengian Labang.

Anda mungkin juga menyukai