Anda di halaman 1dari 2

Majlis Pelancaran Program “First Day at School” Program Minggu Pertama, Guru Penyayang dan

Program Transisi Tahun 1.

Para hadirin di persilakan mengambil tempat duduk masing-masing kerana majlis


kita akan bermula sebentar lagi.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan


Yang Dihormati Sarjan Wellyson anak George Bunti dan Koperal Peter anak
Empani selaku Pegawai Perhubungan SK Sebauh dan diiringi oleh barisan
pentadbir SK Sebauh.

Nyanyian Lagu Mohon hadirin terus berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Ibu
Negaraku dan Pertiwiku.
Ibu Pertiwiku Hadirin dipersilakan duduk.

Salutasi Mekar mewangi bunga Cempaka,


Sayang harumnya memukau sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmannirrahim
Selaut kasih seuntai rasa,

Yang Dihormati Sarjan Wellyson Anak George Bunti selaku Pegawai Perhubungan
SK Sebauh

Yang Dihormati Koperal Peter anak Empani selaku Pegawai Perhubungan SK


Sebauh

Yang Berusaha Puan Moni anak Nanang, Penolong Kanan Pentadbiran

Barisan pentadbir, guru-guru, staff, exco pibg, ibubapa dan murid yang dikasihi
sekalian.

Selamat datang ke Majlis Pelancaran Program “First Day at School” dan Minggu
Pertama Sesi Persekolahan 2024/2025.
Bacaan Doa Petik Kenanga indah disemat,
Gubahan di olah bawa berangkat,
Bersama kita memohon Rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang bermakna ini, marilah kita bersama-
sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh
itu, majlis mempersilakan Ustaz Mohamad Firdaus bin Mohd Saman untuk
memimpin bacaan doa.

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
Firdaus atas bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat.
Ucapan Aluan Hadirin sekalian

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat upacara menyampaikan ucapan,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan


mempersilakan En. Chan Chau Lai selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK
Sebauh untuk menyampaikan ucapan aluan beliau.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan

*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Chan Chau Lai atas kata-
kata aluan itu tadi.

Ucapan Majlis diteruskan lagi dengan menjemput


Pegawai
Perhubungan Yang Dihormati Sarjan Wellyson anak George Bunti selaku Pegawai Perhubungan
SK Sebauh untuk mencapaikan ucapan.

Majlis mempersilakan

*ucapan

Terima kasih atas ucapan yang disampaikan.


Penutup Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Kita telah sampai dipenghujung majlis. Saya bagi pihak majlis mengucapkan
terima kasih kepada semua tetamu kehormat dan para hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini

Dari Mana asalnya usah di usul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan disimpan di dalam hati

Sekian Sahaja, salam hormat, wabillahitaufiqwalhidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wa barakatuh.
Murid-murid sila dengar arahan guru-guru untuk bergerak ke kelas.

Anda mungkin juga menyukai