Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2022

Tuan-tuan, Puan-puan, Hadirin Hadirat yang dihormati. Sebentar saja lagi Ketibaan Ibu Bapa
majlis kita akan dimulakan. Diminta para hadirin masuk ke dalam dewan
dan mengambil tempat masing-masing. Kerjasama tuan puan didahulukan
dengan ribuan terima kasih.
Bunga Seroja tumbuh melata, Kataa-kata aluan
Sayang merbah di pohon cemara,
Salam Sejahtera mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang berusaha,
Encik Abdul Muhajirin Bin Yusuf, Penolong Kanan Kokurikulum SK Nanga
Sempili,
Encik Moren Anak Lutau, Pemangku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
rakan-rakan guru, AKP, ibu bapa serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat pagi dan Selamat datang ke Majlis Penutupan Program Transisi


Tahun 1 bagi sesi 2022

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dapat bersama-sama berkumpul bagi


memeriahkan Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 bagi sesi 2022.
Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, dijemput semua hadirin untuk Nyanyian Lagu
berdiri bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku diikuti lagu Ibu Kebangsaan
Pertiwiku dan lagu sekolah.

Para hadirin dijemput duduk.


Kalau pergi Tanjung Keramat, Bacaan Doa
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat.

Tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin yang dihormati. Bagi menambah


keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
bacaan doa yang akan dilafazkan Cikgu Muhammad Najmuddin Bin Fai Ros.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Muhammad


Najmuddin Bin Fai Ros atas bacaan doa itu tadi.
Bukan rumput sebarang rumput, Ucapan Aluan wakil
Rumput penghias tepi halaman Guru Besar
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata ucapan.

Hadirin sekalian, majlis dengan ini menjemput Yang berusaha Encik Abdul
Muhajirin Bin Yusuf selaku wakli guru besar SK Nanga Sempili untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapakan kepada Encik Abdul di atas ucapan beliau


sebentar tadi.
Majlis kita diteruskan dengan acara pemotongan kek sebagai simbolik Pemotongan Kek
Penutupan Program Transisi Tahun 1 bagi sesi 2022.

Dijemput sekali lagi Encik Abdul Muhajirin Bin Yusuf dan diiringi oleh Encik
Moren Anak Lutau untuk bersama-sama dengan murid-murid Tahun 1 dan
juga guru-guru yang mengajar kelas Tahun 1 dalam acara pemotongan kek.

Bagi menambahkan lagi seri majlis kita pada pagi ini marilah kita bersama- Persembahan Murid
sama menyaksikan persembahan daripada murid-murid Tahun 1 Sk Nanga Tahun 1
Sempili.

Beri tepukan gemuruh kepada murid tahun 1 di atas persembahan mereka


yang sangat memukau itu tadi. Untuk makluman semua, persembahan itu
tadi di atas bimbingan Cikgu Phillomena Anak Nyantau, guru kelas tahun 1.
Sekarang majlis kita diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada Penyampaian
pemenang sukaneka Tahun 1 yang telah dijalankan pada awal pagi tadi. Hadian

Dengan ini dijemput Encik Muhamad Ariff bagi mengiringi Encik Moren
Anak Lutau untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Hadiah saguhati :
Tempat ketiga :
Tempat kedua:
Dan Tempat pertama dimenangi oleh :

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Moren Anak Lutau dan
tahniah kepada para pemenang.
Berakhirnya sesi penyampaian hadiah sebentar tadi maka berakhirlah Penutup
majlis kita pada pagi ini. Sebelum bersurai dijemput semua hadirin untuk
menjamu selera dalam jamuan ringan yang telah disediakan.

Kami pihak pengerusi majlis memohon seribu keampuan jika terlanjur


bicara sepanjang majlis dijalankan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak
lansung dalam menjayakan majlis kita pada pagi ini.

Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai