Anda di halaman 1dari 2

Teks ucapan pengacara majlis kempen jom kitar semula

Salam bahagia dan selamat datang Yang berusaha Pn Poziah binti Ab Jalil,
Pengetua SMK Intan Perdana, Tuan Haji Norsaidi bin Jaafar, Penolong Kanan
Kurikulum, Encik Rozulan bin Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang
Dihormati Penceramah kita Encik Daniel Sahrill bin Abdul Hadi, Eksekutif Kanan
Komunikasi Korporat, SWM Environment Sdn Bhd, Barisan Ketua Bidang, guru-guru
dan para pelajar sekalian. Selamat datang semua untuk sama-sama menjayakan
Program Kempen Jom Kitar Semula. Tidak lupa mengucapkan syukur dan puji
kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah rahmatNYA maka kita dipanjangkan
usia dan diberi kekuatan untuk terus bersama mengikuti Program Kempen Jom
Kitar Semula

BACAAN DOA Sesungguhnya, setiap langkah yang kita hayun, setiap gerak
denyut nadi adalah ketentuan Ilahi. Marilah kita realisasikan rasa syukur dan
memohon keberkatan agar majlis kita diberkati Ilahi. Untuk itu, dipersilakan
saudara Najmi Farhan untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. (Doa dibaca)

Terima kasih diucapkan kepada saudara Najmi Farhan atas bacaan doa tadi.

Warga dewan, keindahan alam sekitar bukan sahaja boleh dieksploitasi untuk
kegiatan riadah dan rekreasi malah menjadi penyumbang utama kawalan ekosistem
terutama bagi keperluan manusia sejagat. Sehubungan itu, tugas semua pihak
menjaga alam sekitar agar tidak tercemar dan pada masa yang sama peranan
golongan belia dan murid sentiasa ditagih bagi meneruskan kesinambungan
penjagaan khazanah alam ini. Sebagai pembuka majlis, marilah sama-samalah kita
ikuti ceramah bertajuk ‘Pengasingan sisa pepejal’ yang akan disampaikan oleh Encik
Daniel Sahrill .Majlis dengan rasa hormat mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Daniel Sahrill.

Moga-moga intipati ceramah itu tadi dapat dijadikan pedoman.

Tiada harapan lain kecuali kita semua akan sama-sama menjaga alam sekitar secara
terurus sejajar dasar kerajaan untuk mendekatkan pelajar dengan alam sekitar
dan tidak mudah menuding jari menyalahkan mana-mana pihak berkaitan isu-isu
alam sekitar.Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa. Di sini ada guru-
guru yang prihatin penuh jiwa. Di sini ada pentadbir yang berjasa. Di sini ada
pemimpin yang berjiwa mulia.

Besar harapan agar seluruh warga dewan bersatu hati dan berpadu tenaga untuk
sama-sama menanamkan nilai murni alam sekitar ini secara berhemah dan penuh
bijaksana. Bagi menyempurnakan majlis pelancaran dan penutupan program
kesedaran alam sekitar dipersilakan Terima kasih kepada
__________________________________________________Mudah-
mudahan program yang dilancarkan ini mampu melahirkan generasi remaja yang
cemerlang,gemilang dan terbilang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan majlis ini dan moga majlis ini akan terus menjadi
pemangkin ke arah kecemerlangan dalam pengurusan alam sekitar. Sebagai tanda
kenang-kenangan dan penghargaan terima kasih majlis mempersilakan
_______________________________________________________ untuk
menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita pada hari ini.

Dengan itu tamat lah sudah majlis kita pada pagi ini. Salam seharum kasturi,
semoga bertemu lagi. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai