Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERASMIAN KEMPEN SAYANGI BUKU

23.01.2017

1.

UCAPAN ALU-ALUAN
Bismillahhiramanirrahim,
Yang berusaha Pn Azallah bt Mohd Salleh, Pengetua SMK Seri Tanjong,
Tn Hj Borhan b Md Nor, GPK Pentadbiran,
En Khalid b Bujang, GPK Hal Ehwal Murid,
Pn Sahreah bt Md Zin, GPK KoKurikulum,
Barisan Ketua Bidang, guru-guru cemerlang, guru-guru dan para pelajar
sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t
dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berhimpun pada pagi ini
sempena Pelancaran Kempen Sayanig Buku Teks peringkat Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Tanjong.

BACAAN DOA
Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama
menadah tangan
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu,
majlis dengan
sukacitanya ingin mempersilakan Al Fadhil Ustaz Abdul Razak b Ismail
untuk memimpin bacaan doa.
.bacaan doa
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Abdul Razak b
Ismail atas bacaan doa sebentar tadi.

3
Para guru dan pelajar sekalian,
Buku Teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama
dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang
tertentu.

Buku teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita


sesebuah negara.
Oleh itu, objektif Kempen Sayangi Buku Teks adalah untuk memupuk
rasa
sayang terhadap buku teks dalam kalangan pelajar dan
memberikan pendedahan kepada pelajar tentang cara-cara penjagaan
buku teks yang betul.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan
.
Yang akan dibacakan oleh Pn Azallah bt Mohd Salleh, Pengetua Sek Men
Keb Seri Tanjong yang seterusnya akan merasmikan Majlis Perasmian
Kempen Sayangi Buku Teks pada pagi ini.
..gimik perasmian
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan perasmian oleh Pn
Pengetua sebentar tadi dan penyempurnaan gimik perasmian Kedmpen
Sayangi Buku Teks.
Adalah diharapkan para pelajar memahami bahawa buku teks tersebut
merupakan hak kerajaan Malaysia yang dipinjamkan kepada anda dan
anda tertakluk kepada peraturan Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah.

Dengan ini anda harus bertanggungjawab ke atas buku teks anda dan
akan mematuhi segala peraturan Unit SPBT pihak sekolah iaitu:
1. Menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks SPBT.
2. Membalut buku teks SPBT dengan pembalut plastik lutsinar.
3. Memulangkan buku teks SPBT yang dipinjam pada masa yang
ditetapkan.
4. Mengganti buku teks SPBT yang dihilangkan atau dirosakkan.
5. Membaik pulih buku teks SPBT yang koyak atau rosak.
6. Memastikan buku teks tidak diconteng, ditulis, dikoyak, di gunting
atau sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan.
7. Memastikan semua buku teks SPBT dibawa pulang pada setiap hari
selepas sesi persekolahan berakhir.
8. Memastikan buku teks tidak diberi pinjam kepada pelajar lain.
9. Membawa setiap buku teks yang diperlukan mengikut jadual waktu
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung.
Buat makluman semua, aktiviti Kempen Sayangi Buku Teks yang telah
disediakan ialah Kuiz SPBT, Pertandingan Melukis Poster dan penerangan
tentang penjagaan buku teks yang betul oleh jawatankuasa SPBT.
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Demikian tadi berakhirnya Majlis Perasmian Kempen Sayang Buku
peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong. Harapan kami
dari Unit SPBT memohon agar para pelajar dapat menjaga dan
menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dengan
sebaik-baiknya.
Sekian Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai