Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH & PROGRAM 3K 2020

Mengumumkan ketibaan para tetamu jemputan diiringi oleh Puan Guru Besar
dan guru-guru penolong kanan ke balai Dato seri Ali.

Perhimpunan rasmi pada pagi ini akan dimulakan denan nyanyian Lagu
Negaraku. Melaka Maju Jaya dan Lagu Sekolah. Untuk itu para hadirin dan
murid-murid diminta berdiri.

--------------- Nyanyian -------------------

Perhimpunan rasmi di teruskan dengan bacaan ikrar. Utk itu, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan pengawas bertugas NUR KHAIRINA ALYA
1 BINTI NOR AZWAN ke persada pentas untuk memimpin bacaan ikrar pada
NYANYIAN pagi ini.
LAGU,
IKRAR Dipersilakan …..

-----------Bacaan ikrar ----------

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Nur Khairina bt Nor Azwan
atas pimpinan bacaan ikrar itu tadi.

Para tetamu dan hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim ….

Melati kuntum tumbuh melata,


Di tepi pohon bertemu si dara
Assalammualaikum mulanya kata,
Hamba mohon mulakan acara…

1. Yang Berbahagia,
DSP Gunasegaran A/L Vengadasalam
Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatann,
Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka

2. Yang Berusaha,
Pn Jamilah binti Ishak
Guru Besar Sk Dato Demang Hussin,

3. Yang dihormati,
En. Hairel Amree bin Hassan
Pegawai Perhubungan Sekolah
Balai Polis Bukit Baru

4. Yang dihormati,
En. Muliadi bin Mohd Sairi
YDP PIBG SK Dato’ Demang Hussin.
SKRIP PENGACARA MAJLIS
PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH & PROGRAM 3K 2020

Barisan Guru-guru Penolong Kanan,

Guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian…

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat dan keizinan-Nya ,


dapatlah kita berkumpul bersama-sama di Balai Dato Ali ini bagi
menyempurnakan Pelancaran Program JOM KE SEKOLAH DAN MINGGU
KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN bagi sesi 2020.

Sidang hadirin yang dimuliakan ….

Pohon berangan di tepi buluh


Si anak bilis di dalam pukat
Angkat tangan jari sepuluh
Mohon majlis mendapat berkat
2
DOA
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
RUZ IRFAN BIN RUZ TAMREEN , tampil untuk memimpin bacaan doa…
dipersilakan..

……………..DOA ……………….

Aamin 2 Ya Rabbal A’lamin.. mudah-mudahan majlis kita pada pagi ini diberkati
dan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ruz Irfan atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

Para hadirin sekalian,

Pada pagi ini, terdapat dua program yang akan dilancarkan iaitu Program Jom Ke
3 Sekolah dan Minggu 3K. Untuk makluman hadirin, pelancaran Jom Ke Sekolah
UCAPAN dan Minggu 3K yang dianjurkan oleh Unit HEM adalah merupakan satu platform
PENYELARAS untuk meningkatkan peratus kehadiran dan memupuk minat murid untuk hadir ke
PROGRAM sekolah. Manakala Minggu 3K pula adalah sebuah program yang
(JIKA ADA) menggabungkan 3 elemen iaitu keselamatan, kesihatan dan kebersihan yang cuba
diterapkan ke dalam persekitaran sekolah untuk memastikan para guru serta
pelajar akan menjadi lebih selesa, selamat dan berkeyakinan dalam menjalankan
aktiviti pdpc selain dapat menjurus ke arah menghasilkan suasana persekitaran
sekolah ceria, bersih dan selamat.

Oleh itu, Unit HEM SKDDH mengharapkan melalui kedua-dua program ini,
kolaboratif yang baik dapat dibina di antara pihak sekolah, PIBG dan Polis.

Sidang hadirin yang dimuliakan …


SKRIP PENGACARA MAJLIS
PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH & PROGRAM 3K 2020

Di tepi keramat menunggang beca


dongak ke awan di tepi muara,
4 Doa azimat telah dibaca
UCAPAN ALU- Giliran puan mulakan bicara
ALUAN GURU
BESAR Majlis kita pada pagi ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan bacaan
Perutusan Timbalan Menteri Pendidikan daripada Yang Berusaha Pn Jamilah
binti Ishak, Guru Besar SK Dato Demang Hussin.

Dengan segala hormatnya.. dipersilakan…

……………………. UCAPAN ……………..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Guru
Besar atas ucapan dan bacaan perutusan itu tadi..

Sidang hadirin yang dihormati…

Kalau tuan pikat kenari


Jangan patahkan sibatang jerami
Kepada tuan jemputan diberi
5
Mohon rasmikan majlis kami
UCAPAN
PERASMIAN
Bagi menyempurnakan perasmian Program JOM KE SEKOLAH DAN
PROGRAM 3K, majlis dengan segala takzimnya mempersilakan Yang
Berbahagia, DSP Gunasegaran A/L Vengadasalam, Ketua Bahagian
Pencegahan Jenayah dan Keselamatann, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka
Tengah, Melaka untuk menyampaikan Perutusan Ketua Polis dan seterusnya
merasmikan majlis pada pagi ini.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan ….

………………… Ucapan Perasmian ……………………………..

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang disampaikan oleh Yang Berbahagia,


DSP Gunasegaran A/L Vengadasalam. Majlis merakamkan jutaan terima kasih
atas ucapan perasmian itu tadi.

===================================================

Sidang hadirin yang dihormati sekalian…

Dari Kedah mencari Cik Nona


Buah kuini di tapak semaian
6 Rasmi sudah majlis bermakna
GIMIK Menyusul kini gimik perasmian
PERASMIAN
Untuk menyempurnakan pelancaran majlis ini, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Yang Berusaha Puan Jamilah bte Ishak Guru besar bersama
SKRIP PENGACARA MAJLIS
PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH & PROGRAM 3K 2020

barisan pentadbir mengiringi Yang Berbahagia, DSP Gunasegaran A/L


Vengadasalam untuk memotong reben Pelancaran Program Jom Ke Sekolah
dan Program 3K.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan..

( potong reben )

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia,


DSP Gunasegaran A/L Vengadasalam untuk menyampaikan Buku Panduan
Polis Perhubungan Sekolah kepada Yang Berusaha, Puan Jamilah binti
Ishak, Guru Besar SK Dato’ Demang Hussin.

Sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia,


DSP Gunasegaran A/L Vengadasalam atas kesudian tuan menyempurnakan
7 majlis kami pada pagi ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Guru
PENYAMPAIA Besar menyampaikan cenderamata buat perasmi majlis pada pagi ini.
N BUKU PPS
DAN ………..penyampaian cenderamata …….
CENDERAMAT
A Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Guru Besar atas
penyampaian cenderamata itu tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata sebentar tadi, maka berakhirlah


sudah majlis pada pagi ini.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu jemputan
yang telah sudi bersama kami memeriahkan lagi majlis pada hari ini.

Para tetamu diminta tunggu sebentar untuk bergambar kenang-kenangan…

Kalau ada jarum yang patah,


Patah jangan tercucuk jari;
8 Kalaulah ada silap dan salah,
PENUTUP Usah disimpan di dalam hati.

Majlis menjemput barisan pentadbir mengiringi Yang Berbahagia,


DSP Gunasegaran A/L Vengadasalam dan tetamu jemputan untuk ke pondok
Kelab Pencegahan Jenayah untuk pelancaran Papan PPS.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah…wasalamualaikum ..w.bt

Anda mungkin juga menyukai