Anda di halaman 1dari 6

Koleksi Pantun MajlisPANTUN PEMBUKA ACARA

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,


Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah
Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;


Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam,


Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA


Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Garam ada kicap pun ada


,Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagI

Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Deepa Darshini diiringi masuk oleh barisan guru
kanan bidang, dan para tetamu kehormat yang lain.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU


Sidang hadirin, nyanyian lagu Negaraku akan berkumandang sebentar lagi. Sidang hadirin
diminta berdiri.
Sidang hadirin dipersilakan duduk.
BACAAN DOA
Majlis kita mulai dengan bacaan doa. Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan Saudara
Aiman untuk menerajui doa selamat sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita
diberkati. Dipersilakan.
Amin, Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga lafaz doa kita tadi diberkati Allah s.w.t
hendaknya. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Aiman.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
Yang Berbahagia Puan Deepa Darshini, Penolong Pengurus Kolej Teknologi Prodigy
Yang Dihomati Encik Abd. Karim b. Abd Hamid, Guru Kanan Bidang Bahasa,
Yang Dihormati Encik Razak b. Supajan, Guru Kanan Bidang Kemanusiaan,
Yang Dihomati Puan Paridah bt. Mohtar, Guru Kanan Bidang Sains Dan Matematik,
Yang Dihormati Puan Ter Bee Ser, Guru Kanan Bidang Teknik Dan Vokasional,
Barisan ketua panitia,
Guru-guru dan murid-murid yang disayangi sekalian.
Hadirin sekalian,
Minggu Mata Pelajaran yang dianjurkan oleh setiap bidang bermatlamat untuk meningkatkan
penghayatan terhadap sesuatu mata pelajaran. Selain itu, murid-murid juga berpeluang
menunjukkan bakat yang terpendam dan kebolehan dalam mata pelajaran yang disukai. Terdapat
banyak aktiviti dijalankan sepanjang minggu tersebut, antaranya ialah Pertandingan Nyanyian,
Pertandingan Bercerita, Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Esei Bahasa Inggeris,
Pertandingan Kaligrafi Cina, Pertandingan Esei Bahasa Tamil, Poem Recitation, Tongue Twister,
Eksplorace, Pertandingan Lukisan Poster, Pertandingan Gubahan Bunga, dan Pertandingan Folio
Berkomputer. Semua pertandingan ini telah dijalankan oleh guru masing-masing mengikut mata
pelajaran.
Hadirin yang dimuliakan ,

Pagi yang penuh gilang-gemilang dan bermakna ini akan diteruskan dengan membawa kita
meneroka dan menyingkap tirai pagi dengan pelbagai agenda pendakian aspirasi ilmu. Apa kata
kita hayati pesanan refleksi daripada wakil ketua bidang, Encik Razak b. Supajan.
Terima kasih Encik Razak atas ucapan itu tadi.
UCAPAN PERASMIAN MAJLIS
Hadirin sekalian,
Majlis kita terus beranjak maju. Sudah sepelaungan jaraknya, gandingan misi dan visi meredah
hari, ke destinasi memartabat ilmu dijunjung, bahasa disanjung. Untuk itu, marilah kita samasama menyingkap apa yang ada dalam pendakian dan penghargaan dalam majlis ini, melalui
ucapan perasmian penutupan minggu mata pelajaran oleh Yang Berbahagia Puan Deepa
Darshini. Dipersilakan.
Terima kasih Puan Deepa atas ucapan perasmian itu tadi.
PERSEMBAHAN 1
Hadirin yang dimuliakan,
Apa kata kita teruskan majlis ini dengan persembahan juara-juara pertandingan. Dipersembahkan
khas buat meraikan semua warga SMK Kampong Jawa yang masih setia berhimpun di sini.
Untuk itu, dipersilakan Juara Pertandingan Deklamasi Sajak sempena Minggu Bahasa, Saudari
Khairrunnisa bt. Nasharudin. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudari Khairunnisa.
PENYAMPAIAN HADIAH BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL DAN KEMANUSIAAN
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis kita akan diteruskan dengan penyampaian hadiah. Bagi menyempurnakan atur cara ini,
majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Puan Deepa, diiringi oleh Guru Kanan
Bidang Kemanusiaan, Encik Razak untuk naik ke pentas. Dipersilakan.
Kini, tibalah saat yang dinanti-nantikan pengumuman dan penyampaian hadiah kepada para
pemenang.
Penyampaian hadiah dimulakan bagi pertandingan anjuran Bidang Teknik dan Vokasional.
Penerima hadiah pertama ialah
Terima kasih diucapkan kepada Puan Deepa dan Encik Razak atas penyampaian hadiah itu tadi.
PERSEMBAHAN 2

Kita berehat sebentar sambil menyaksikan persembahan drama oleh murid-murid dari kelas 5
Sains 2. Dipersilakan.
PENYAMPAIAN HADIAH BIDANG BAHASA DAN SAINS MATEMATIK
Penyampaian hadiah kepada pemenang diteruskan lagi. Dijemput Puan Deepa naik ke pentas
sekali lagi dengan diiringi oleh guru kanan bidang sains dan matematik, Puan Paridah untuk
menyempurnakan penyampaian hadiah bagi Bidang Bahasa dan Sains dan Matematik.
Dipersilakan.
Terima kasih Puan Deepa dan Puan Paridah atas penyampaian hadiah itu tadi.
Majlis mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PERASMI

Adat Melayu budaya dijulang,


Tetamu bertandang diberikan bingkisan;
Sebelum pulang ditinggalkan balasan,
Untuk mengeratkan hubungan persaudaraan.
Sebagai tanda penghargaan dan atas kesudian hadir menyempurnakan majlis kami pada hari ini,
majlis dengan segala sukacitanya menjemput dan mempersilakan Encik Razak selaku wakil
pengetua untuk menerima sumbangan daripada Puan Deepa seterusnya menyampaikan
cenderamata kenang-kenangan kepada Puan Deepa yang sudi hadir memeriahkan majlis kita
pada hari ini.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Deepa dan Encik Razak.
UCAPAN PENUTUP
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada para pemenang dan
kepada yang tidak berjaya, anda tetap hebat atas sokongan anda semua bagi menjayakan minggu
mata pelajaran yang telah diadakan.
Pihak majlis juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi
kepada Yang Berbahagia Puan Deepa yang sudi memeriahkan majlis kita pada hari ini.
Saya mewakili jawatankuasa penganjur Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Minggu
Mata Pelajaran ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.
Akhir kata daripada saya,
Bumi mana tidak ditimpa hujan,
Lautan mana tidak berombak,
Begitu jua kami di sini,

Kemaafan jua dipohon,


Atas keterlanjuran kata,
Terkasar bahasa,
Terguris rasa.
Salam hormat daripada saya. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai