Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 DAN PRA


SEKOLAH SESI 2021/2022
SK TAMAN BUKIT TIRAM

DISEMPURNAKAN OLEH:

TARIKH:
24 FEBRUARI 2022
(KHAMIS)
NYANYIAN LAGU

#Nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Hadirin dipersilakan berdiri.

~Lagu~

#Hadirin dipersilakan duduk

KATA-KATA ALUAN
Melati kuntum tumbuh melata, Hati mengidam memakan kari, Mencari timba si anak dara,
Sayang merbah di pohon Kari cendawan batang keladi; Di bawah sarang burung
cemara; Girang rasa tidak terperi, tempua;
Assalamualaikum mulanya kata, Bertemu kalian yang baik budi. Salam sembah pembuka bicara,
Sebagai sembah pembuka Selamat datang untuk semua.
bicara.
Sayang kumbang mencari Ke Pekan Tiram membeli bingka, Indah berbalam si awan petang,
makan, Sayang pesanan terlupa sudah; Berarak di celah pepohon ara;
Terbang seiring di tepi kali; Majlis bermula tirai dibuka, Pemanis kalam selamat datang,
Selamat datang kami ucapkan, Dengan alunan madah yang Awal bismillah pembuka bicara.
Moga diiring restu Ilahi. indah.
Jejaran mengkudu berbias
kesuma,
Di celah angsana di Tanah Jawa;
Ucapan aluan pembuka bicara,
Secara maya kita bersua.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera

Yang Berusaha,
En. Aziz bin A.Birangkutty
Guru Besar Sek. Kebangsaan Taman Bukit Tiram

Yang Berusaha,
En. Mahat bin Japar
Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sek. Keb. Taman Bukit Tiram

Yang Dihormati
En. Hazni bin Rais, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Norlizah binti Mohd Noor, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Elizabeth Philip, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
En. Mohamed Nasiruddin bin Zakariah, Guru Penolong Kanan Petang

Barisan guru-guru dan murid-murid sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin
serta limpah rahmat Nya, kita diberikan peluang dan kesempatan untuk bersama-sama dalam Majlis
Graduasi Tahun 6 dan Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram bagi sesi 2021/2022
BACAAN DOA
Kalau pergi Tanjung Keramat, Tetak buluh kajang sepuluh, Garam ada kicap pun ada,
Anak manis jangan diangkat; Laksana dititing kias ibarat; Sayang lada terlupa bagi;
Bersama kita memohon Angkat tangan jemari sepuluh, Pantun ada ucapan ada,
rahmat, Doa di pohon agar selamat. Sayang tiada berdoa lagi.
Moga majlis mendapat berkat.

Lebat kemiri pohonnya rendah, Tetak buluh kajang sepuluh,


Dahan terikat tali perkasa; Mari jolok sarang penyengat;
Sepuluh jari kami menadah, Angkat tangan jemari sepuluh,
Mohon berkat yang Maha Esa. Doa di pohon biar selamat.

Bagi memulakan majlis, marilah sama- sama kita menadah tangan memohon keberkatan Ilahi, agar
majlis kita pada pagi ini mendapat rahmat dan berlangsung dengan berjalan lancar.

Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohd Taufiq bin Khalid untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada AlFadhil Ustaz MOhd Taufiq bin Khalid atas bacaan doa
sebentar tadi.

UCAPAN GURU BESAR


Emas tempawan buatmu puteri, Duduk sekawan gadis jelita, Sudilah tuan jalan berlapan,
Busana indah buat rupawan; Buat santapan untuk pahlawan; Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan tampilkan diri, Tampillah tuan kami meminta, Sudilah tuan beri ucapan,
Bersama madah kata aluan. Bermadah ucapan kata aluan. Kata aluan pemanis kalam.
Ke Pekan Kuala membeli bingka, Kepimpinan diteladani,
Sayang pesanan terlupa sudah; Program dirancang dan direalisasi,
Majlis bermula tirai dibuka, Muafakat kata menjadi paksi
Berucaplah tuan indah bermadah. Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi dalam mimpi.

Hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan mempersilakan


Yang Berusaha En. Aziz bin A.Birangkutty, Guru Besar Sek. Keb. Taman Bukit Tiram
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan, dipersilakan.

Demikian tadi ucapan alu-aluan oleh tuan guru besar En. Aziz bin A.Birangkutty. Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih.

UCAPAN WAKIL MURID


Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Ahmad Mirza bin Yusri selaku Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan
Taman Bukit Tiram tampil untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Majlis merakamkan terima kasih


PENYAMPAIAN SIJIL DAN BEG CENDERAHATI

Pra Sekolah, 6 Aurora & 6 Angsana


Nurul Hidayah & Ustaz Firdaus

6 Aubrieta & 6 Azalea


Ustaz Firdaus & Siti Nur Syahidah

6 Akasia & 6 Alamanda


Nor Zafirah @ Atiff

6 Adenium & 6 Amarilis


Nor Zafirah dan Atiff
Terbang tinggi si burung helang, Warga cemerlang tersenyum manis,
Berkicau kenari sambil berterbangan, Bersama ibu bapa yang wibawa,
Insan cemerlang negara terbilang, Diberi anugerah penyeri majlis,
Anugerah diberi tanda kecemerlangan. Menambah motivasi di dalam jiwa.
Berkebaya batik berwarna merah, Ikan sembilang, sepat dan kelah,
Diserikan dengan permata berlian, Guna bubu biasa di hujung,
Tibalah masa penyampaian anugerah, Pencapaian cemerlang dapat hadiah,
Penerima teruja tahniah diucapkan. Petanda ilmu sentiasa dijunjung.

Hidayah dan ustaz daus


Hadirin sekalian,

Kini tibalah masa yang dinantikan iaitu penyampaian sijil dan cenderahati kepada murid-murid Pra Sekolah, murid-
murid tahun 6 Aorora dan 6 Angsana.

Untuk itu, majlis mempersilakan En. Aziz bin A.Birangkutty Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram
diiringi En Hazni bin Raiz, tampil ke pentas untuk menyempurnakan penyampaian sijil dan cenderahati. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Dari kelas Pra Sekolah dipersilakan adik __________________.

Dari kelas 6 Aurora dipersilakan adik_________________________

Dari kelas 6 Angsana dipersilakan adik___________________

Syahidah dan ustaz daus

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian menyampaikan sijil dan cenderahati sebentar tadi. Seterusnya
majlis mempersilakan En Mahat bin Japar, Yang Dipertua PIBG diiringi Puan Norlizah binti Mohd Nor tampil ke pentas
untuk menyampaikan sijil dan cenderahati untuk murid-murid tahun 6 Aubrieta dan 6 Azalea. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Dari kelas 6 Aubrieta dipersilakan adik_________________________

Dari kelas 6 Azalea dipersilakan adik___________________

Majlis merakamkan terima terima kasih.

Hadirin yang dihormati, majlis berehat seketika dan akan disambung selepas rehat.
#REHAT

Nor Zafirah dan Atiff


Assalamualaikum dan salam sejahtera.(kalau nak ambil pantun yang kat atas ni pun boleh)

Hadirin yang dihormati sekalian.

Majlis pada hari ini diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada murid-murid tahun 6
Akasia dan 6 Alamanda. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Hazni bin Rais
Guru Penolong Kanan Pentadbiran diiringi Puan Elizabeth Philip tampil ke pentas untuk menyampaikan
sijil dan cenderahati. Dipersilakan.

Dari kelas 6 Akasia dipersilakan adik_________________________

Dari kelas 6 Alamanda dipersilakan adik___________________

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian menyampaikan sijil dan cenderahati sebentar tadi. Seterusnya
majlis mempersilakan En Mohamed Nasiruddin bin Zakariah Guru Penolong Kanan Petang diiringi Puan Norlizah binti
Mohd Nor tampil ke pentas untuk menyampaikan sijil dan cenderahati untuk murid-murid tahun 6 Adenium dan 6
Amarilis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dari kelas 6 Adenium dipersilakan adik_________________________

Dari kelas 6 Amarilis dipersilakan adik___________________

Majlis merakamkan terima terima kasih.

KATA PENUTUP
Bunga dedap di atas para, Dari rumah ke pekan sehari, Berakhir sudah majlis kita,
Anak dusun pasang pelita, Beli suasa di Kota Tinggi, Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai tersilap tutur bicara, Selesai sudah majlis hari ini, Andai ada tersasul kata,
Jari disusun maaf dipinta. Di lain masa bersua lagi. Salah silap mohon kemaafan.
Tanam sirih dalam taman, Daun selasih permainan budak, Madah diungkap santun bicara,
Gali lubang tepi perigi, Bunga melur berbau wangi, Pantun dilantun mengusik hati,
Terima kasih hadirin budiman, Bertaut kasih bercerai talak, Salah dan silap tutur bicara,
Lain masa bertemu lagi. Panjang umur ketemu lagi. Pohon diampun seikhlas hati.

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian sijil dan cenderahati tadi, maka berakhirlah Majlis Graduasi Tahun 6
dan Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram bagi sesi 2021/2022 ini.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat
bagi menjayakan majlis ini.

Seandainya, terdapat kekhilafan dan kesalahan dari segi tutur kata dan lenggok bicara - sepuluh jari
disusun, seribu kemaafan dipohon.

Akhir kalam, sekian Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaykum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai