Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS JAYA WARIS & PENETAPAN TERGET SPM 2022

SMK TAMAN SEJAHTERA

BI SKRIP
L

Semua Hadirin diminta berdiri.

Seterusnya, kita akan menyanyikan......

Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang

Hadirin diminta bersedia.

                                                         (lagu)

Hadirin dipersilakan duduk.

2 BISMILLAHIRAHMANIRAHIM,

ALHAMDULILAH HIRABBI ‘AALAMIN

ASSOLATU ASOLAMUALA ASRAFI AMBIAIWALMURSALIN 

WAALAALIHI WASAHBIHIAJMAIN.

Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal kata pembuka bicara


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM
SEJAHTERA.

Yang Dihormati

Pn. Zaiwani Binti Mamat@Mohamed,

Pegawai Prosa, Kaunselor Pendidikan Daerah, Sektor Psikologi Dan Kaunseling,


PPD Seberang Perai Tengah

Yang Berusaha 

Pn. Zurinah Binti Muhamed Ikbar, Penolong Kanan Pentadbiran, 

En. Mohd Ikhwan Azali Nanda Bin Abdullah, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, 

Ustaz Radzuan Bin Osman , Pen. Kanan Kokurikulum,

Puan Zulihi Binti Mohamad, Penolong Kanan Pendidikan Khas

Guru-guru kanan, guru-guru, serta yang dialu-alukan para ibu bapa seterusnya anak-
anak didik yang dikasihi sekalian.

Salam ukhwah dan selamat datang kepada semua waris yang hadir pada hari ini. Kami
warga SMK Taman Sejahtera meraikan kehadiran tuan/puan semua untuk sama-sama
menjayakan “Hari Jaya waris dan Penetapan target bagi murid-murid yang bakal
menduduki SPM pada tahun ini. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan semua dapat
menyuntik semangat dan iltizam kami untuk berusaha meningkatkan lagi pencapaian
sekolah.

Pergi ke kedai membeli selasih,

Singgah sebentar di Kuala Sepetang,

Kami ucapkan terima kasih,

Kepada hadirin yang sudi datang.

Hadirin yang dihormati sekalian


Program Jaya Waris dan Penetapan target merupakan salah satu aktiviti, untuk memenuhi
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa, dalam
pembelajaran dan kecemerlangan anak-anak. Program ini dianjurkan untuk memberi
pendedahan dan motivasi kepada murid tingkatan lima khususnya, untuk meningkatkan
prestasi akademik masing-masing dengan meletakkan target bagi mata pelajaran Sijil
Pelajaran Malaysia (2022) yang akan diduduki nanti. Dengan kata lain, murid bersama ibu
bapa berupaya merencana target atau matlamat murid dalam peperiksaan. Pada masa
yang sama, pihak sekolah juga secara tidak langsung dapat menentukan target bagi
setiap mata pelajaran.

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa
yang akan dipimpin oleh saudara MUHAMMAD SYAHMI BIN ZULKIFLI dari kelas 5
Cerdas.

Majlis dengan hormatnya mempersilakkan....

..............Bacaan doa....................

Amin...amin ya rabbal a’lamin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Bukan rumput sebarang rumput,

Rumput penghias tepi halaman;


Bukan jemput sebarang jemput,

Jemput memohon kata aluan.

Hadirin sekalian...

Dengan ini majlis mempersilakan....

Pn. Zurinah Binti Muhamed Ikbar, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Taman
Sejahtera untuk menyampaikan ucapan dan menyampaikan taklimat Penetapan Target
SPM 2022.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan …

(ucapan perasmian)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Zurinah atas ucapan dan Taklimat itu
tadi.

Ikan Haruan di dalam sawah,

Ditangkap juga lumpur ditempuh,

Kalau tuan memegang amanah,

Bagai memegang kaca nan rapuh.

Hadirin, hadirat yang dimuliakan ...

Bagi meneruskan majlis,

Dijemput saudari, SITI SHAHIRAH BINTI ANUAR dari kelas 5 Arif, untuk memimpin
bacaan ikrar.
Semua murid tingkatan 5 diminta berdiri untuk bacaan ikrar

……………. (bacaan ikrar)……………

Terima kasih diucapkan kepada SITI SHAHIRAH, atas bacaan ikrar itu tadi.

Hadirin hadirat yang dimuliakan...

Tidak lengkap kiranya program kita pada hari ini jika tidak disusuli dengan sedikit
Suntikan motivasi.

Besar dahan di tepi busut,

Besar tak muat di dalam peti,

Besar hajat kami menjemput,

Besar niat di dalam hati.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mendengar ceramah bertajuk


________________________________________________ yang akan disampaikan oleh
Pn. Zaiwani Binti Mamat@Mohamed, Pegawai Prosa, Kaunselor Pendidikan Daerah,
Sektor Psikologi Dan Kaunseling, PPD Seberang Perai Tengah.

Dipersilakan.

Terima kasih kepada Pn. Zaiwani diatas Ceramah yang disampaikan itu tadi. Diharapkan
kita dapat mengambil intipati ceramah yang disampaikan itu tadi dalam menjadikan kita
insan yang lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah.

Majlis seterusnya menjemput Yang berusaha Pn. Zurinah Binti Muhamed Ikbar, diiringi
oleh En. Mohd Ikhwan Azali Nanda Bin Abdullah, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, 

Ustaz Radzuan Bin Osman , Pen. Kanan Kokurikulum, dan Puan Zulihi Binti
Mohamad, Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk menyampaikan cenderahati
kepada

Pn. Zaiwani Binti Mamat@Mohamed sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima
kasih kerana sudi menyampaikan ceramah pada hari ini.

Dijemput Pn. Zaiwani Binti Mamat@Mohamed untuk menerima cenderahati.

Dengan penyampaian cenderahati itu tadi maka berakhirlah majlis pada hari ini.

Sebelum saya akhiri majlis ini hayatilah kata-kata ini. Kegagalan hari ini beerti
pendorong, kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah
cita-citamu setinggi bintang di langit dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah
rumput di bumi”

Sebelum tuan/puan ke sesi Perbincangan bersama guru kelas, Saya selaku pengacara
majlis pada hari ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat
khilaf tanpa sedar sepanjang mengendalikan majlis ini.

Banyak keluk ke penarik,

Keluk tumbuh pohon kuini,

Nan elok bawalah balik,

Nan tak elok tinggallah di sini.

Buah selasih buah kelubi,

Di dalam dulang hidangan pagi,


Terima kasih daun keladi,

Bila diundang datanglah lagi.

Sekian, wabillahi taufiqwahidayah wassalamualaikum w.r.t

Anda mungkin juga menyukai