Anda di halaman 1dari 6

 

TEKS PENGACARA MAJLIS TAMAT PERSEKOLAHAN TAHUN 6


Hari : Khamis
Tarikh : 31 Oktober 2019
Tempat : Persada Perpaduan SK Kota Masai
 

PERKARA/
PERNYATAAN CATATAN
PEMBACA

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Para guru dan murid yang dihormati,

Majlis Tamat Persekolahan Tahun 6 akan


dimulakan sebentar lagi. Oleh itu, diminta murid-
murid Tahun 6 dapat mengambil tempat yang
telah disediakan.

Perhatian.
Murid mengambil
tempat  
–        Apabila perarakan masuk barisan pentadbir
diumumkan, murid-murid dipersilakan berdiri dan
berada di tempat masing-masing.

–        Setelah perarakan masuk selesai, hadirin


diminta bersedia dan menyanyikan lagu Bangsa
Johor dan Lagu Sekolah.

–        Diharap murid-murid dapat berada dalam


keadaan senyap sepanjang majlis ini berlangsung.

Mengumumkan perarakan masuk Yang Yang


Berusaha, Cg Hj Zainuddin bin Hj Mohd Alie,
barisan pentadbir dan guru-guru menuju ke
Pentas Utama.

Perarakan Masuk Hadirin dipersilakan untuk sama-sama berdiri bagi  


VIP menyanyikan lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah
dengan iringan muzik.

–        Para hadirin dipersilakan duduk


Kata Aluan MC Assalammualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.  

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Jejaran mengkudu berbias kesuma,


Di celah angsana di Tanah Jawa,
Kata aluan pembuka bicara,
Di Persada Perpaduan kita bersua.
 
Yang berusaha,
Cikgu Haji Zainuddin bin Hj. Mohd Alie,
Guru Besar SK Kota Masai.

Yang dihormati,
Cikgu Norhaliza binti Taha,
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Kota Masai

Yang dihormati,
Cikgu NorAiani binti Ghazali,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Kota Masai.

Yang dihormati,
Cikgu Zulkefli bin Abu Talib,
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Kota Masai

Cikgu Mohd Faiz bin Mohd Nandari,


Penyelaras Tahun 6 SK Kota Masai,
 
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Tamat
Persekolahan Tahun 6.

Guru-guru Tahun 6,

Seterusnya, murid-murid Tahun 6 yang dikasihi.

Hadirin yang dihormati, 

Alhamdulillah,
Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati,
kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya,
membolehkan kita berkumpul pada pagi yang
berbahagia ini.

Kesungguhan dan semangat berdaya saing anak-


anak didik Tahun 6 ini yang memerah ketajaman
fikiran serta idea bagi mencapai kejayaan yang
cemerlang semestinya perlu dihargai dan
disanjung.

Oleh itu, majlis pada hari ini ditampilkan sebagai


wadah penghargaan terhadap semangat
perjuangan anak-anak ini. Semoga, materi dan
pujian yang diterima pada hari ini menjadi
peneguh semangat bagi anak-anak untuk
mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada
masa akan datang.

Para guru dan murid yang dirahmati,

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majis sentiasa diberkati.
 

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah  
sama-sama kita mengaminkan doa yang akan
diketuai oleh  Al-Fadhil Ustaz Mohd Faizan Bin
Jusoh. Majlis mempersilakan.

–        Amin, amin ya rabbal a’lamin. Semoga


bacaan doa sebentar tadi memberikan kelancaran
kepada majlis kita pada hari ini.

Ucapan Perasmian Hadirin yang dihormati,  

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya,
Yang Berusaha, Cikgu Haji Zainuddin bin Haji
Mohd Alie untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Majlis Tamat
Persekolahan Murid Tahun 6 SK Kota Masai 2019.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Gimik Perasmian)

–        Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan


penghargaan atas janaan ucapan perasmian
sebentar tadi

Para tetamu yang dikasihi,


Bagi memulakan acara penyampaian Sijil Tamat
Persekolahan Tahun 6, pihak majlis menjemput
dan mempersilakan Yang Berusaha, Cikgu Haji
Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar SK Kota
Masai untuk menyempurnakannya. Majlis
mempersilakan.

Dipersilakan kelas 6 Amanah.

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih


Penyampaian Sijil kepada Tuan Guru Besar atas kesudian
Tamat Persekolahan menyampaikan sijil sebentar tadi.  
Tahun 6
Seterusnya, majlis mempersilakan

6 Bestari – Cg Norhaliza bt Taha, GPK Pentadbiran

6 Bijak – Cg Noraiani bt Ghazali, GPK HEM


6 Budiman – Cg Zulkefli bin Abu Talib, GPK
Kokurikulum

6 Cekal – Cg Hajah Nor’Azah binti Muhamad, GPK


Petang

Jamuan Hadirin, para tetamu yang dikasihi,  


 
Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih,
 
Sudilah tuan jamu selera,
  Hidangan mesra pengikat kasih.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha, Cg Haji


 
Zainuddin bin Hj Mohd Alie, Guru Besar SK Kota
Masai diiringi barisan pentadbir untuk
  meninggalkan majlis dan menikmati jamuan yang
telah disediakan. Majlis mempersilakan.

6 Cerdas – Cikgu Tariq bin Aripin, Guru Kaunseling


6 Ceria – Cg Mohd Faiz bin Mohd Nandari,
Penyelaras Tahun 6

6 Dedikasi – Cg Nor Ain bt Khalid, Pen. Penyelaras


Tahun 6

6 Gigih – Ustazah Haslinda bt Haron, KP


Pendidikan Islam
Penyampaian Sijil
Tamat Persekolahan 6 Jujur – Cg Tusiah bt Jamingan, KP Bahasa  
Tahun 6 Melayu

6 Mulia – Cg Ayu Safarina bt Ahmad Sukri, KP


Bahasa Inggeris

6 Sabar – Cg Sri Nurdiana bt Mohd Isa, KP


Matematik

6 Tabah – Cg Supiah bt Monil, KP Sains

Nyanyian lagu Hadirin yang dikasihi,


Negaraku dan
Bersurai Banyak keluk ke Penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Saya mewakili pihak majlis dan seluruh tenaga


kerja Majlis Tamat Persekolahan Tahun 6 Sekolah
Kebangsaan Kota Masai 2019 mengucapkan
terima kasih dan sekalung penghargaan kepada
barisan pentadbir, semua guru dan murid-murid
yang dapat bersama-sama menjayakan majlis
pada hari ini.

Hadirin dipersilakan berdiri bagi sama-sama


menyanyikan lagu Negaraku.

Semoga kita bersua lagi pada masa yang akan


datang.

Assalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai