Anda di halaman 1dari 3

1.

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

-Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.

-Yang berusaha Tn Hj Asahabullyamin bin Ismail, Guru besar SK RKT Sri Ledang

En. Azman bin Boros– Pengerusi Pemuafakatan Tahun 6 2020

En. Rosli bin Bakar- YDP PIBG

Pn. Syarifah Norizan bt Syed Hassan Guru Penolong Kanan 1,

En. Rizal bin Ahmad, Guru Penolong Kanan HEM,

Guru-guru, staff sekolah, ibu bapa, dan murid-murid Tahun 6 yang diraikan.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Langkawi;
Pemanis kata selamat datang,
Dewan nan indah berseri-seri.

- Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia dan
izinNya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis Jamuan Sayonara Sekolahku Syurgaku Tahun 6 SK
RKT Sri Ledang bagi tahun 2020 pada hari ini. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

2.BACAAN DOA

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Badrunnaim bin
Muhammad Ali. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Bacaan doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Badunnaim atas
bacaan doa itu tadi.

3. UCAPAN WAKIL MURID TAHUN 6

- Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Muhammad Baihaqi Iskandar bin Mohd Yusoff,
wakil murid tahun 6 untuk menyampaikan ucapan.

(Ucapan)

Terima kasih diucapkan kepada Baihaqi atas ucapan itu tadi.


4.UCAPAN PENGERUSI PEMUAFAKATAN TAHUN 6

- Hadirin sekalian,

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Encik Azman bin Boros, Pengerusi Pemuafakatan
Tahun 6 2020 untuk menyampaikan ucapan.

(Ucapan)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Azman bin Boros atas kesudian menyampaikan ucapan.

5.UCAPAN GURU BESAR

Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Tn. Hj Ashabullyamin bin Ismail, Guru besar SK RKT
Sri Ledang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Jamuan Sayonara
Sekolahku Syurgaku Tahun 6 2020 .

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Hj Ashabullyamin di atas kesudian merasmikan majlis kita pada
hari ini.

6. PENYAMPAIAN CENDERAHATI MURID

Majlis kita diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderahati kepada murid-murid

Dipersilakan Tn Hj Ashabullyamin, untuk menyempurnakan acara.

Dipersilakan….
1 ADAM HAQIMI BIN SAMSOL
2 ATIKAH LIYANNA BINTI ABD RASHID
3 IZZAT HAZIM BIN AZMAN
4 MARIA NURAMELINAH BINTI KAHARUDIN
5 MOHAMAD BAIHAQI ISKANDAR BIN MOHAMAD YUSOF
6 MUHAMMAD ASYRAAF BIN RADZI ARME
7 MUHAMMAD ERRI ZAQUAN BIN AZMAN
8 MUHAMMAD IKMAL IDHAM BIN ABDULLAH
9 MUHAMMAD IMAN RIZKI BIN IWAN SOPHIAN
10 MUHAMMAD NAZRIL BIN NAZRI
11 MUHAMMAD RAIYAN ISKANDAR BIN MOHD ROZIE
12 NUR ALIA BALQIS BINTI MOHD YAZID
13 NUR HAZIRAH BINTI HADI HALIM
14 NUR KAIRA NATASYAH BINTI MOHD FAIZAL
15 NURUL AIDA BINTI AZMAN
16 SAFIA ZULAIKHA BINTI MOHAMMED FADHIL
17 SITI AMIERA BINTI MOHD SYUKRI
18 NUR MADIHAH BT ABDULLAH
7.JAMUAN MAKAN

Terbang rendah burung tempua,


Hinggap berdua di dahan ara:
Hidangan di meja sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera.

Majlis dengan ini mempersilakan ustaz Badrunnaim untuk membacakan doa makan.

(Bacaan doa)

Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan

8. PERSEMBAHAN MURID- kalau ada

Majlis seterusnya ialah persembahan murid, iaitu persembahan karaoke

9. SESI BERGAMBAR

Hadirin sekalian, acara seterusnya ialah sesi bergambar. Dipersilakan semua murid untuk mengambil
tepat di hadapan. Terima kasih.

10. PENUTUP

Hadirin yang sekalian,

Majlis kita sampai di penghujungnya. Pihak majlis mohon sedikit kesempatan untuk merakamkan
ucapan terima kasih atas kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung bagi memastikan acara pada hari ini berlangsung dengan jayanya.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,

Wabillahi Taufik Walhidayah.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai