Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN

AKADEMIK
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN EHSAN 2016
24 NOVEMBER 2016

BI AGENDA TEKS
L
1 Ketibaan Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Yang Dipertua
jemputan dan PIBG ____________________ diiringi oleh tuan Guru
ibubapa
Besar Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan ke Dewan Sri
Gemilang. Terima kasih dan hadirin semua dijemput duduk.

Pagi yang indah penuh ceria dan hari yang berbahagia


penuh bermakna kita raikan,
Majlis Graduasi Tahun 6 dan Majlis Anugerah
kecemerlangan Sek Keb Taman Ehsan 2016.

2 Bacaan doa
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Oleh itu, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan
diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz _______________.
Dipersilakan.

*Amin (x3) Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih atas bacaan doa sebentar itu tadi.

3 Ucapan alu- Hari ini menanam jagung,


aluan Dibawa ke Perlis bersama peria,
Pengerusi Hari ini kita berkampung,
Majlis
Meraikan majlis penuh ceria.

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Satu


Malaysia.

Yang Berusaha, Datin Jamnah @ Intan bt Idrus, Guru Besar


Sek Keb Taman Ehsan,

Yang Berbahagia, __________________, Yang Dipertua


PIBG,

Yang Dihormati, En Azmi bin Mohd Rejab, Guru Penolong


Kanan 1,
Pn Samsiah binti Md Rais, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid,
Pn Noor Sahazliza bt Saidin, Guru Pen Kanan Kokurikulum,
En Mohd Faizal bin Alias, Guru Penolong Kanan Pendidikan
Khas,

Guru-guru Sek Keb Taman Ehsan, ibubapa dan seterusnya


murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syuku ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


rahmat dan kurnia-Nya dapatlah kita sama-sama berkumpul
pada hari ini bagi meraikan dan memeriahkan lagi Majlis
Graduasi Tahun dan Anugerah Kecemerlangan Akademik
Sek Keb Taman Ehsan 2016. Pihak sekolah amat mengalu-
alukan kedatangan para jemputan, ibubapa dan murid-
murid ke majlis pada hari ini. Tujuan majlis ini diadakan
adalah tidak lain tidak bukan, ianya adalah untuk
menghargai pencapaian murid-murid yang mendapat
keputusan cemerlang sama ada dalam bidang akademik
atau kokurikulum sepanjang tahun 2016 ini. Diharap agar
dengan pernghargaan ini akan mencetuskan lagi semangat
murid-murid untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang
pada masa akan datang.

4 Ucapan Guru Hadirin yang dihormati,


Besar SK Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Taman Ehsan
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Datin Jamnah @Intan bt Idrus selaku Guru Besar Sek Keb
Taman Ehsan untuk menyampaikan sedikit ucapan.
Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


Guru Besar atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

5 Ucapan Pergi ke kota beli selasih,


Tetamu Saying si dara senyum tertawa,
Jemputan
Yang Kata azimat simpulan kasih,
Dipertua Sulamkan mesra satukan jiwa.
PIBG

Perasmian Untuk tidak melengahkan masa lagi marilah sama-sama


Majlis
kita mendengar ucapan oleh tetamu jemputan kita, Yang
Berbahagia _____________ Yang Dipertua PIBG SKTE
dan seterusnya merasmikan majlis. Majlis dengan penuh
hormatnya mempersilakan

***
Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita
pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan atas kesudian ____________ menyampaikan
ucapan dan merasmikan majlis sebentar tadi.

6 Majlis Hadirin sekalian,


Graduasi
Tahun 6
Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruju menunggu giliran.

Oleh itu, bagi menyempurnakan acara,


____________________________ diiringi oleh
____________________________ untuk naik ke pentas
dan menyampaikan anugerah.

** Majlis Graduasi Tahun 6 bagi tahun 2016

7 Penyampaian
Hadiah /Sijil: **Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah

Pencapaian kepada murid yang memperoleh pencapaian terbaik


6A UPSR dalam peperiksaan UPSR.

&
Anugerah seterusnya merupakan anugerah Tokoh Nilam.
Tokoh Nilam Berikut dibacakan sedikit latar belakang belakang penerima
anugerah Tokoh Nilam ini :
&

Tokoh
Kokurikulum

&

Tokoh Pelajar Anugerah seterusnya merupakan anugerah Tokoh

Kokurikulum. Berikut dibacakan sedikit latar belakang


belakang penerima anugerah Tokoh Kokurikulum ini :
Anugerah seterusnya merupakan anugerah Tokoh Pelajar.
Berikut dibacakan sedikit latar belakang belakang penerima
anugerah Tokoh Pelajar ini :

***
Majlis mengucapkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
kepada _________________ atas kesudian beliau
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

8 Persembaha Hadirin sekalian,


n1: Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan persembahan
PRA Sekolah
yang akan dipersembahkan oleh murid-murid Pra Sekolah
SKTE. Murid-murid ini akan mendendangkan sebuah
nasyid yang bertajuk _________. Untuk makluman murid-
murid ini telah mendapat bimbingan daripada Pn Zainab
dan Pn Norizan. Dipersilakan.

***
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik
sebentar tadi.

9 Majlis Seterusnya, dijemput ___________________________


Graduasi Pra diiringi ____________________ untuk naik ke pentas bagi
Sekolah
menyampaikan anugerah seterusnya.

Majlis diteruskan lagi dengan acara Graduasi Murid-murid


Pra Sekolah.
10 Penyampaian **Anugerah seterusnya merupakan anugerah
Hadiah/Sijil pencapaian terbaik kelas.
(akademik):

Pencapaian **Anugerah seterusnya ialah anugerah pencapaian


Terbaik Kelas
terbaik keseluruhan mengikut tahun.
&
**Anugerah seterusnya ialah anugerah bagi pencapaian
Pencapaian
Terbaik terbaik mata pelajaran.
Keseluruhan
Mengikut
Tahun
***
&
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Pencapaian ____________________ atas kesudian beliau
Terbaik Mata menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Pelajaran
11 Persembaha Hadirin sekalian,
n 2: Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan kedua
Murid Tahap
2 yang akan dipersembahan oleh murid tahap 2.
Persembahan ___________________________.
Persembahan ini mendapat bimbingan daripada Pn Siti
Hawa dan Pn __________. Dipersilakan.

***
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu
menarik itu tadi.
12 Penyampaian Hadiran sekalian,
Hadiah/Sijil Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan
(Kokurikulum
dan penyampaian anugerah dalam bidang kokurikulum dan
sumbangan sumbangan murid kepada sekolah sepanjang tahun 2016.
kpd sek)

Ketua dan Oleh itu, dijemput _________________________


Pen Ketua
mengiringi ______________________ untuk
Kelas
menyampaikan hadiah.
&
Pengawas
**Penyampaian penghargaan kepada ketua dan pen
& ketua kelas.
Pustakawan

& **Penyampaian penghargaan kepada pengawas.


PRS
**penyampaian penghargaan kepada pustakawan.
&
Kehadiran
Penuh **Penyampaian penghargaan kepada PRS.

**Penyampaian penghargaan kepada murid dengan


kehadiran penuh sepanjang tahun 2016.

***
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
____________________ atas kesudian beliau
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

13 Penyampaian Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan


Cenderahati sedikit tanda kenang kenangan sebagai penghargaan dan

tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia,


____________ Yang Dipertua PIBG SKTE. Terlebih dahulu,
majlis menjemput Yang Berusaha, Datin Jamnah @ Intan bt
Idru, Guru Besar Sek Keb Taman Ehsan bagi
menyempurnakan agenda. Dipersilakan.
***
Majlis mengucapkan terima kasih.

14 Penutup Hadirin sekalian,

&
Dengan berakhirnya acara penyampaian cenderahati itu
Jamuan tadi maka berakhir sudahlah majlis kita pada hari ini. Pihak
ringan
majlis menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata sepanjang kami mengendalikan
majlis pada hari ini.

Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


Terima kasih sekalung budi,
Kenangan indah simpanlah dihati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, setinggi-tinggi


penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada
semua para jemputan dan tetamu, Ahli Jawatankuasa
Pelaksana Majlis Graduasi Tahun 6 dan Anugerah
Kecemerlangan Akademik SKTE 2016, ibubapa serta
semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan majlis ini.

Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan para


jemputan untuk menjamu selera hidangan yang telah
disediakan.
Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai