Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN GURU BESAR

PROGRAM GURU PENYANYANG, SALAM HORMAT ‘MALAYSIAN


WAY OF GREETING’ DAN MENTOR MENTEE PERINGKAT
SEKOLAH BAGI TAHUN 2019

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Terima Kasih pengacara Majlis,

Salam sejahtera,
Salam Melaka Berwibawa,
Pintar, Hijau, Bersih,
Salam Jabatan Pendidikan Negeri Melaka,
Mendidika dari hati dengan penuh integriti.

Yang Berusaha / Yang dihormati Penyelia Kanan Kokurikulum PPD Melaka Tengah,
Encik Ibrahim bin Baharum.

Yang saya hormati barisan Penolong Kanan, Guru-Guru ,PPM dan murid-murid yang saya
kasihi sekalian.

Pertama-tama, saya ingin mengucapkan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan


terima kasih kepada Encik Ibrahim bin Baharum ,Penyelian Kanan Kokurikulum PPD
Melaka Tengah kerana sudi meluangkan masa untuk hadir dalam majlis perlancaran Program
Guru penyayang, Salam Hormat ‘ Malaysian Way Of Greeting ‘ dan mentor-mentee
peringkat sekolah pada pagi yang ceria ini.
Tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid yang saya kasihi sekalian,

Program Guru Penyayang dan Mentor-Mentee yang diilhamkan oleh Y Bhg. Dato’ Seri
Abdul Ghaffar b Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, bakal dilancarkan
Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1 Mac 2012 di semua sekolah di seluruh pelosok
Negara.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan SIFAT KEPEDULIAN(concerned) guru


terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil
berat, berbudi bahasa, saling hormat-menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa raga(heart and mind)
murid agar mereka menghargai dan menyayangi sekolah, guru, ibu bapa, masyarakat dan
Negara.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan


berbelas kasihan serta menghormati orang lain. Penyayang atau “caring” bermaksud merasa
prihatin dan empati terhadap orang lain. Ini bermakna guru penyayang adalah seorang guru
yang memiliki sifat kepedulian (concerned) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan
muridnya (every child matters / no child left behind) dengan cara mengamalkan sifat dan
perlakuan seperti yang disebut tadi.

Seorang guru penyayang sentiasa mengutamakan kebajikan dan pembelajaran


muridnya. Guru penyayang akan memberi didikan dan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran
sehingga muridnya menguasai pelajaran (menitikbertakan outcome daripada output).

Guru penyayang juga sentiasa percaya dan yakin(believe and have faith) pada
muridnya. Dengan cara ini muridnya akan yakin dan percaya dengan kebolehan diri sendiri .

Nel Noddings (1988) and Lisa Goldstein menyatakan bahawa penyayang itusatu
proses; iaitu, sesuatu yang guru buat dan bukan apa yang gururasa. Ini bermaksud
tingkahlaku guru dalam bilik darjah dan semasa interaksinya dengan murid-muridnya yang
menentukan sama ada guru itu guru penyayang atau tidak.

Sifat penyayang itu satu etik, atau nilai moral yang diamalkan guru selalu dan dapat
dirasakan muridnya. Guru penyayang juga mengenali muridnya dengan rapat. Ianya bukan
sahaja perlu mengetahui dan memahami kebolehan, kekuatan dan kelemahan muridnya tetapi
juga berusaha membantu murid itu meningkatkan kekuatannya, dan mengatasi
kelemahannya. Pendek kata, guru penyayang membantu murid membangunkan potensinya ke
tahap semaksimum mungkin.

Guru penyayang juga merupakan pendengar yang sabar dan setia. Dengan bersifat
reseptif dan mendengar kepada masalah murid, menjadikan mereka lebih mesra dan boleh
didampingi. Satu lagi ciri guru penyayang ialah guru itu sentiasa berusaha melebihi
tanggungjawabnya, iaitu “go above and beyond” untuk membantu muridnya di dalam dan di
luar bilik darjah. Ringkasnya guru penyayang sentiasa “go the extra mile” untuk membantu
muridnya, terutamanya murid-murid yang pemalu atau yang menghadapi masalah
pembelajaran. Kata pepatah “ a little help goes a long way”

Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,

Murid-murid mempunyai kebolehan pembelajaran dan tahap kefahaman yang


berbeza-beza. Ada murid yang cepat faham konsep yang diajar, sementara terdapat murid
yang menghadapi kesukaran untuk memahami pengajaran guru. Mereka ini akan ketinggalan
jika guru tidak peka kepada masalah mereka ini. Sesuai dengan prinsip “No child left behind”
Guru penyayang yang sentiasa peka dan sensitif terhadap keperluan individu yang berbeza-
beza ini akan dapat membantu murid berkeperluan khas untuk sama-sama mencapai kejayaan
seperti rakan-rakannya yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Davis (2003) mendapati kajian-kajian yang dibuat 30 tahun kebelakangan ini semakin
menunjukkan kepentingan hubungan guru penyayang dalam meningkatkan motivasi,
penbelajaran dan pencapaian murid. Kajian-kajian mendapati bahawa guru penyayang dapat
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang lebih kondusif dan mesra, menggalakkan murid
untuk menunjukkan tingkahlaku sosial yang lebih bertanggungjawab serta lebih menekankan
pembelajaran daripada pencapaian. Murid-murid yang merasakan guru mereka penyayang
didapati lebih berjaya dan kurang kemungkinan tercicir dari persekolahan.

Guru-guru yang saya muliakan,

Program Mentor Mentee tidak asing lagi kepada kita semua. Namun, walau pun program ini
telah lama wujud, keberkesanan perlaksanaanya menjadi satu tanda tanya. Mentor berasal
dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai.
Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan
kepada mereka yang memerlukannya.

Mentee pula dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. Dalam memberi
khidmat menolong, mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman bertindak sebagai
pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang memerlukan bantuan untuk
menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya, pendidikan,
kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri.

Dalam konteks sekolah, mentor itu biasanya guru dan mentee adalah murid. Program
mentor-mentee ini bertujuan untuk menentukan bahawa setiap murid itu mempunyai orang
yang lebih arif yang boleh dirujuknya dan mendapatkan bimbingan dan bantuan dalam
menyelesaikan masalah. Mentor boleh memantau kemajuan menteenya. Program mentor-
mentee ini boleh dilihat sebagai satu kaedah pengisian atau amalan guru penyayang.

Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional gurudalam hubungannya


dengan murid, ibu bapa, dan komuniti. Jika sifat professional askar ialah disiplin dan
kepatuhan, sifat professional guru ialah penyayang. Hanya dengan mengamalkan amalan
penyayang, dapat guru melaksanakan tugas hakikinya mendidik dan membentuk sahsiah
murid-murid. Saya percaya bahawa jika amalan guru penyayang ini dapat diperluaskan
kepada semua sekolah dan dapat diamalkan semua guru, banyak gejala sosial, salahlaku
disiplin, dan keciciran di kalangan murid sekolah akan dapat dikurangkan. Pada masa yang
sama, pembelajaran dan pencapaian dalam peperiksaan awam akan dapat ditingkatkan.
Justeru, saya menyeru kepada semua guru agar mengamalkan budaya guru penyayang ini.

Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,

Pelancaran Program Guru Penyayang dan salam Hormat ‘Malaysian Way of


Greeting’ perigkat Sekolah Negeri Melaka ini selaras dengan cadangan dan sasaran yang 12
Inisiatif Terbaru Peringkat Sekolah yang ingin suasana Kegembiraan, Hormat Menghormati
dan Kasih saying. Sehubungan dengan itu semoga Kitadapat sama-sama menjayakan hasrat
seluruh sekolah negeri Melaka mewujudkan Sekolah Berwatak Hasan. Hasan merujuk
kamus Dewan bermaksud baik,cantik dan elok. Sekolah Berwatak Hasan bukan hanya dilihat
cemerlang dalam bidang akademik samata-mata malahan secara holistic dari pelbagai sudut.

Akhir kata, Saya berharap Semoga Program Guru Penyang , Salam Hormat
‘Malaysian Way Of Greeting ‘ dan Mentor Mentee dapat dilaksanakan dengan baik
sebagaimana yang dirancangkan bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani,
emosi,rohani ,intelek dan sahsiah.

Sekian,

Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh

Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai