Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati Puan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Guru Besar, Guru-guru

Penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Selamat sejahtera saya
ucapkan. Selaku wakil murid, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi
peluang untuk berucap dalam majlis sambutan Hari Kanak-kanak ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Tujuan sambutan Hari Kanak-kanak diadakan adalah untuk meraikan kanak-kanak


iaitu terdiri daripada murid-murid sekolah ini. Hari Kanak-kanak amat besar maknanya
kepada saya dan rakan-rakan. Hal ini kerana alam kanak-kanak merupakan alam pertama
bagi kami sebelum menempuh alam remaja dan dewasa.
Hari Kanak-kanak disambut sebagai tanda penghargaan orang dewasa terhadap kita.
Penghargaan ini terdapat dalam pelbagai bentuk seperti kasih sayang, perhatian dan
hadiah. Oleh itu, sewajarnya penghargaan yang diberikan ini kita balas dengan berjanji
untuk menjadi kanak-kanak yang baik dan berbudi bahasa.
Dalam majlis ini, kami memohon kepada guru-guru agar menjadikan kami sebagai
kanak-kanak yang Berjaya dalam pelajaran. Kami memohon kepada guru-guru agar
mendidik kami dengan penuh kasih sayang. Jika kami ada melakukan kesilapan, tegurlah
kami seperti menegur anak sendiri.
Hadirin yang dikasihi,
Pada kesempatan ini juga, saya mewakili rakan-rakan berjanji untuk menjadi anak
murid yang baik dan berhemah tinggi. Segala teguran dan nasihat cikgu akan kami
sematkan di dada. Kami juga berikrar untuk menjadi murid yang cemerlang dalam
pelajaran dan seterusnya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Sekian sahaja ucapan saya untuk kali ini. Sebelum saya mengundurkan diri, terimalah
serangkap pantun;
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Kami murid baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai