Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID

Terima kasih puan pengacara majlis.


Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha,
Pn Halina Binti Abdullah

Guru Besar Orang Kaya Selair,


Pn Lashipah Binti Armri
Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Saudah Binti Dor

Penolong Kanan HEM

En Khairul Shahrir Bin Osman

Penolong Kanan Kokurikulum

, Yang dihormati, semua guru


Dan yang dikasihi, murid-murid Sk Orang Kaya Selair sekalian.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada Tuhan kerana


dengan limpah inayah-Nya, maka kita semua dapat berkumpul meraikan majlis nan
berbahagia pada pagi ini. Tidak lupa juga saya mengucapkan sekalung bunga
terima kasih kepada pihak sekolah ini yang sudi mengundang saya bagi
merasmikan majlis pada pagi ini.

Murid-murid yang dikasihi sekalian, di sini saya ingin mengambil kesempatan


untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemimpin murid yang
dipilih dan dilantik pada hari ini. Saya yakin murid- murid yang dilantik pada hari
ini telah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih
memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk membimbing rakan-rakan mereka di sekolah
serta dapat membantu guru- guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka
di samping memberi pendidikan yang berkualiti. Hanya dengan pendidikan yang
berkualiti
sahaja dapat melahirkan warganegara yang efisen dan menjadi modal insan negara
yang produktif. Sesungguhnya pengawas-pengawas yang dilantik harus berasa
bertuah dengan perlantikan ini. Saya memohon kepada mereka agar berasa syukur
kepada Allah dan sentiasa mengingatiNya semasa memikul tugas dan
tanggungjawab itu nanti. Sehubungan itu, pada hari yang bersejarah ini mereka
patut diraikan.

Pemimpin murid berperanan sebagai pemimpin kecil yang dipilih untuk


menjalankan tugas dan tanggungjawab, membantu guru dan pentadbir sekolah agar
dapat mewujudkan satu persekitaran sekolah yang kemas dan teratur. Persekitaran
yang dimaksudkan adalah untuk menentukan suasana yang damai, situasi yang
terkawal dan menumpukan kepada fungsi utama sebuah sekolah iaitu untuk
melahirkan murid-murid yang berpotensi menjadi pemimpin negara masa hadapan
dan tunggak pembangunan negara dalam apa jua bidang yang mereka minati. Saya
juga berharap pemimpin yang dilantik pada hari ini dapat menjalankan tugas dan
tanggungjawab mereka dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab.

Bagi murid-murid lain pula, saya ingin berpesan agar sentiasa memberi kerjasama
kepada semua pemimpin sekolah yang dilantik. Saya ingin menasihati murid-
murid agar mematuhi dan menghayati peraturan sekolah supaya guru-guru dan
pentadbir sekolah dapat menumpukan kepada usaha dalam membangunkan
infrastruktur dan fasiliti sekolah serta pembangunan akademik bagi menentukan
kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dapat dipertingkatkan. Jauhi sikap-sikap
negatif seperti perbuatan merosakkan kemudahan sekolah, perbuatan membuli
dan bergaduh serta tidak menghormati guru-guru dan kawan-kawan sekolah.

Saya juga ingin menasihatkan semua murid agar mengutamakan pelajaran di


sekolah. Hanya dengan memiliki pengetahuan dan kelulusan yang tinggi sahaja
dapat menjamin kehidupan kita pada masa hadapan. Ianya sungguh penting dalam
kehidupan. Ilmu pengetahuan dapat mengubah taraf hidup sesebuah keluarga,
pengetahuan dapat memenuhi apa yang kita cita-citakan, pengetahuan dapat
membezakan yang baik dengan buruk. Untuk memperolehi pengetahuan, murid-
murid harus belajar bersungguh-sungguh, berdisiplin ketika belajar kerana disiplin
asas kejayaan, sentiasa berusaha tanpa mengenal putus asa.

Pada kesempatan ini, saya berdoa agar sekolah ini sentiasa mendapat kerahmatan
dan diberi perlindungan agar sentiasa berupaya melahirkan insan-insan yang
menjadi kebanggaan negara dan dijauhi dari segala bencana atau musibah. Saya
berharap guru-guru dan pentadbir sekolah akan melipat gandakan usaha mereka
dalam membentuk dan memberi pelajaran kepada semua murid sekolah ini. Saya
juga berdoa agar murid- murid sekolah ini sentiasa beroleh kejayaan di dalam
pelajaran dan peperiksaan yang mereka bakal hadapi.

Akhirkata, marilah kita bersama-sama berdoa agar sekolah ini sentiasa cemerlang,
gemilang dan terbilang dalam aktiviti akademik dan ko- kurikulum dan menjadi
sekolah contoh di daerah ini.
Dengan ini, saya merasmikan majlis pelantikan pemimpin murid Sekolah
Kebangsaan Orang Kaya Selair bagi tahun 2023.
Sekian, terima kasih.
5
6

Anda mungkin juga menyukai