Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA

SEMPENA HARI ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Selamat pagi dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya merakamkan rasa terima kasih kepada Unit HEM dan UPPDa sekolah kerana kita warga sekolah pada hari ini dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah pada tahun 2013 ini.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, tanggal 19 Februari setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan. Ini menunjukkan Negara kita amat komited untuk memerangi musuh nombor 1 negara ke arah mencapai sasaran Malaysia Bebas Dadah.

Murid-murid yang dikasihi sekalian, Menurut Kamus Dewan, dadah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan. Sememangnya ubat itu adalah dadah tetapi digunakan dalam dos yang terkawal.

Dadah juga terbahagi kepada beberapa jenis contohnya morfin, heroin, kokain, syabu, ganja dan banyak lagi. Kesan dadah juga berbeza-beza bergantung kepada dos dan cara pengambilan. Ada yang muntah-muntah, badan menggeletar dan boleh membawa kepada kematian.

Bagi pelajar pula, antara tanda awal yang boleh dikesan jika terlibat dengan dadah ialah; sering ponteng sekolah, dating sekolah pada hari-hari tertentu sahaja, prestasi akademik merosot dengan mendadak, mata merah, sering mengantuk di dalam kelas dan sering ke tandas.

Pelajar-pelajar yang dikasihi, jika anak-anak pelajar tidak mahu terlibat dengan najis dadah, jauhilah dahulu rokok kerana bermula dengan rokoklah pelajar-pelajar akan terlibat dengan dadah pula. Ingatlah, dadah, sekali mencuba, deritanya akan ditanggung seumur hidup pelajar.

Banyak masalah sosial lain yang akan timbul akibat terlibat dengan najis dadah. Mula-mula pelajar akan membohongi ibubapa, mencuri wang untuk mendapatkan bekalan dadah dan jika tidak mendapat apa yang diinginkan, tidak mustahil pelajar sanggup membunuh asalkan hajat dapat dipenuhi.

Banyak kisah teladan yang telah dipaparkan samaada dalam drama-drama ataupun berita-berita dalam akhbar. Tidak lupa juga kisah tentang keldai dadah. Tahukah pelajar-pelajar siapa itu keldaidadah?

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merangka pelbagai aktiviti untuk member kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dadah. Sertailah segala aktiviti yang akan diadakan samaada ceramah, pameran, kuiz dan pertandingan-pertandingan lain.

Akhir kata, pihak sekolah akan terus berusaha untuk membendung masalah dadah ini hingga ke akar umbi dengan melibatkan semua agensi sesuai dengan tema 1 Malaysia Membanteras Dadah . Dengan ini, saya dengan rasminya merasmikan Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah 2013.

Sekian

Anda mungkin juga menyukai