Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Terima kasih, kedua Pengacara Majlis kita pada harini. Selamat pagi, Salam Sejahtera
dan Salam T-Star.

Yang saya hormati Tn Hj Ahmad Fauzi Bin Hashim Pengetua Smk Tg. Sepat, Tn Hj
Hussin Bin Shaharin, Penolong Kanan Pentadbiran, En Tay Yong Kun Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, En Nasharudin Abdul Karim Penolong Kanan Ko-Kurikulum, guru-guru penolong
kanan, guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Pada tanggal 31 Ogos 2022 yang lalu genaplah negara kita menyambut kemerdekaan
untuk kali ke- 65 dan pada 16 September 2022 genaplah jugak kita menyambut hari Malaysia
yang ke-59. Sebagai generasi muda pada hari ini saya percaya murid - murid masih kurang arif
mengenai peranan dan erti kemerdekaan sebenar. Pada zaman sekarang erti kemerdekaan bukan
sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata mata tetapi kita harus sentiasa
berwaspada dan menghindari penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh negatif serta
amalan-amalan yang merosakkan negara kita. Saya percaya sebagai seorang rakyat Malaysia
yang baik anda semua patut berasa bangga kerana menjadikan amalan berbudi pekerti serta
mengamalkan nilai-nilai murni dapat menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang kaum
sekaligus menjamin keamanan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai.

Setelah 65 tahun merdeka keadaan negara kita sekarang jauh lebih baik daripada sebelum
merdeka dengan pembangunan yang pesat serta ekonomi yang kukuh dalam menjamin
kesejahteraan rakyat. Walaupun seluruh negara kita telah digemparkan dengan wabak kovid-19
yang telah meragut nyawa insan tersayang dan tercinta. Namun, masyarakat kita sekarang lebih
teguh dan berkerjasama dalam tangani isu pendemik lalu dan juga bencana alam yang melanda
negeri Selangor tahun yang lepas. Justeru itu, ia menjadi harapan saya agar murid-murid SMK
TANJONG SEPAT menggunakan peluang yang ada sekarang untuk bersatu padu, menghargai
kaum yang lain teguh bersama menjadi keluarga T-Star yang berwibawa, dan juga turut
mengejar cita-cita serta berjaya dalam hidup.

Keluarga Malaysia Teguh Bersama, begitulah tema hari kebangsaan kita pada hari ini.
Saya percaya pemilihan tema ini adalah sangat tepat dan saya amat bersetuju kerana bagi saya
memang kita rakyat Malaysia perlu bersatu padu kerana kita masih belum menang, cabaran
pasca pandemik masih lagi ada, semoga dengan tema 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' dapat
mengembalikan kehidupan seperti sediakala. Tidak lupa juga, kita perlu terus menanam
semangat kemerdekaan melalui cara pemikiran minda kelas pertama sekali gus mempertahankan
kemerdekaan warisan perjuangan pemimpin negara terdahulu.

Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat
negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecapi kehidupan dalam suasana yang
harmonis, aman serta sejahtera lebihan pula kita di SMK Tanjong Sepat sudah berbilang kaum
haruslah hidup harmonis dengan satu sama lain. Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara
ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali
gus perpaduan kaum. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai
harganya.

Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan
Malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta maruah menjadi
taruhan.

Apabila kita mengibarkan Jalur Gemilang, secara tidak langsung dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa mengira latar belakang agama yang kita anuti,
warna kulit yang menyalut tubuh badan kita, pangkat atau darjat. Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Kata-kata azimat tersebut sudah cukup menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati.
Sejarah telah membuktikan betapa keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak kepada
kepimpinan yang bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan permuafakatan rakyat.

Sebagai generasi muda, para pelajar juga perlu insaf bahawa dalam ledakan era
globalisasi ini, mereka perlu mempunyai ketahanan mental bagi menghadapi cabaran yang
membabitkan penjajahan minda oleh pengaruh asing. Semua pelajar perlu melengkapkan diri
dengan semangat patriotisme yang tinggi agar menjadi lebih kompetitif dan dinamik.

Sebagai pelajar yang pintar dan matang jangan mudah terpengaruh dengan perkara-
perkara yang nagatif seperti bergaduh, mendengar hasutan kawan, mencuri, minum minuman
keras, manjadi mat rempit, dan sebagainya yang menunjukkan akal fikiran kita dipengaruhi oleh
anasir-anasir jahat. Sebaiknya kita bersatu antara satu sama lain jika ada kawan-kawan yang
berniat seperti itu lebih baik kita nasihat-menasihati antara satu sama lain dan mengelakkan dari
tindakan disiplin dari pihak sekolah.

Para pelajar sekalian. Apabila ingin cemerlang pilihlah kawan yang membantu kita
mencapai matlamat kearah kecemerlangan. Jika kita salah pilih kawan, kita akan kecundang.

Kehadiran kita pada pagi ini bukan hanya utk wewarnai program tetapi sebagai
permulaan untuk kita sama-sama melahirkan rasa bangga kita menjadi warganegara Malaysia
yang bertuah serta melahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi. Ia bukan sekadar laungan
MERDEKA tetapi memahami , menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan harian itu
dengan lebih bermakna. Memerdekakan diri daripada perkara-perkara negatif dan tidak baik
amatlah penting. Sesungguhnya tujuan program bulan kemerdekaan ini diadakan untuk
menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada negara melalui aktiviti-aktiviti yang telah kita
jalankan sepanjang bulan ogos sehingga majlis penutup hari kemerdekaan ini. Besarlah harapan
saya agar semua aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

Sebelum mengakhiri ucapan saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan
tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan Program Majlis
Penutupan Bulan kemerdekaan Malaysia Peringkat sekolah kali ini. Saya menyeru agar kita
sama-sama menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan mengibarkan jalur gemilang
termasuk di rumah kita sendiri. Semoga dengan cara itu kita akan dapat menyemarakkan lagi
semangat patriotisme kepada tanah air tercinta. Kerja sama- sama yang ditunjukkan dalam
program ini serta program akan datang memberi kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan
mempertahankan Kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai.

Tanpa melengahkan masa lagi, saya dengan ini menutup sambutan Bulan Kemerdekaan
ke- 65 peringkat SMK Tanjong Sepat 2022.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai