Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN KETUA PENGAWAS.

Terima kasih pengerusi majlis.Yang saya hormati, Yang Dipertua


Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Lidong, Guru Besar Sk Lidong, para ibu
bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian.
Selamat pagi dan salam perpaduan. Saya
_____________________________ selaku Ketua Pengawas SK Lidong tahun
2016 ingin mengambil kesempatan di hari yang berbahagia ini untuk
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada semua guru yang telah berusaha keras mendidik dan
membimbing kami agar kami menjadi insan yang berguna pada suatu hari
nanti. Harapan saya kepada rakan-rakan dan adik-adik sekalian,
hormatilah dan dengarlah nasihat nasihat daripada guru agar kita
akan terus berjaya. Hargailah jasa dan sumbangan guru kita dengan
menghadiahkan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik dan
bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum.
Rakan-rakan sekalian.Sebagai ketua pengawas dan telah
menghabiskan hampir 6 tahun menuntut ilmu di SK Lidong yang tercinta
ini, saya ingin menyeru kepada adik-adik sekalian agar tingkatkan usaha
adik-adik semua untuk menaikkan dan mengharumkan nama sekolah kita
yang tercinta ini diperingkat daerah, bahagiaan, negeri dan kebangsaan.
SK Lidong yang tercinta in imasih lagi banyak ruang untuk
dipertingkatkan prestasinya sama ada dalam bidang akademik mahupun
Ko-kurikulum. Tidak mustahil kita boleh lakukan sekiranya kita semua
meletakkan kepentingan sekolah sebagai tanggungjawab kita
bersama.
Akhir sekali, saya menyeru kepada rakan-rakan tahun 6 dan semua
pengawas yang dilantik , jangan terus lupakan sekolah kita yang tercinta
ini. Ingatlah jasa guru-guru kita sepanjang 6 tahun kita menuntut ilmu di
sini.Buat adik-adik sekalian, perjuangan tugas untuk menggalas nama
baik sekolah terletak di bahu bahu adik-adik sekalian. Junjunglah nama
baik sekolah kita. Berusahalah untuk meningkatkan prestasi akademik
sekolah kita.Khas buat guru-guru,Kami memohon maaf andainya banyak
salah dan silap kami pelajar tahun 6 sepanjang guru mendidik kami. Budi
guru akan kami sematkan sampai bila-bila. Terima kasih kerana guru-guru
sekalian telah mencoretkan warna-warna hidup kami.
Petik bunga dalam jambangan
Bunga disimpan dalam keranjang
Pengawas sekolah jangan sembarangan
Rosak pengawas alang kepalang
Cari kumbang di dalam taman
Kumbang hinggap di bunga inai
Jadilah Pengawas yang pengalaman
Agar sekolah aman dan damai

Anda mungkin juga menyukai