Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN SAMBUTAN HARI LARIAN MERENTAS DESA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA TUN UDA 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda telah mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2010. Pada hari Sabtu bersamaan 6 Februari 2010, telah diadakan larian merentas desa yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Acara larian merdeka yang bermula dari kawasan sekolah itu telah melalui beberapa batang jalan. Acara merentas desa ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid-murid supaya aktif dari segi fizikal dan juga mental ini bertujuan agar murid-murid mempunyai pencapaian yang seimbang dalam bidang akedamik dan juga kokurikolum dan juga memperatkan silaturahim diantara muridmurid dan guru-guru yang terlibat sepanjang aktiviti ini berlaku. Acara ini telah dimulakan pada tepat pukul 7.30 pagi. Acara ini dimulakan dengan bacaan doa dan acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh pengetua sekolah Puan Hajah Wan Lijah Bt. Wan Daud ,kemudian beliau telah melepaskan para pelajar perempuan acara merentas desa bermula dari pagar utama sekolah . Selepas itu, diikuti dengan pelepasan pelajar lelaki.Setiap kilometer telah diadakan 9 perhentian dan disediakan minuman oleh pelajar dan guru yang terlibat. Acara merentas desa ini telah dilaksanakan sempurna dan berjalan mengikut masa yang ditetapkan . Keseluruhannya peserta-peserta begitu gembira dan bersemangat untuk menamatkan larian mereka.Walaupun peserta perempuan telah dilepaskan terlebih dahulu, namun peserta lelaki berjaya menamatkan larian bersama peserta perempuan.Sepanjang perjalanan acara ini, tidak ada kecederaan atau kecemasan yang serius berlaku.Namun terdapat murid terpaksa menaiki ambulans bulan sabit merah Malaysia kerana tidak dapat menamatkan larian mungkin kerana masalah kesihatan. Acara penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja tamat larian.Sebelum pulang, pelajar telah diberikan makanan dan air mineral untuk menghilangkan dahaga.Semoga acara ini dapat diteruskan lagi ditahun akan datang.Tahun hadapan mungkin jarak larian akan ditambahkan supaya ia akan memberi lebih cabaran kepada murid.Ramai pelajar yang terlibat berharap agar larian merentas desa diadakan lagi pada tahun hadapan. Laporan disediakan oleh, Siti Maisarah.. (SITI MAISARAH BT.MOHAMED YUSRI)

Anda mungkin juga menyukai