Anda di halaman 1dari 2

TAJUK PIDATO

GAYA HIDUP SIHAT, MASYARAKAT SEJAHTERA

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM,
Sejambak kasih, seharum kasturi buat peneraju majlis ,kombinasi kehakiman yang
berlandaskan neraca keadilan, penjaga masa yang peka tiap detiknya, warga
pendidik yang disanjungi, rakan-rakan seperjuangan seterusnya warga dewan
sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh. Pembuka bicara.

Gaya Hidup Sihat, Masyarakat Sejahtera. Demikianlah tajuk pidato yang bakal
dikupas buat santapan semua. Sebelum layar menuju ke muara, sebelum kata
membelah bicara, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk agar
hadirin terbuka mindanya.

Hadirin sekalian,
Amalan gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Manakala,
amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentinganya kepada manusia. Justeru
itu,dengan mengamalkan gaya hidup sihat, keluarga akan sentiasa sihat, cergas dan
bertenaga.

Hadirin yang dimuliakan,saya tampilkan hujah saya yang pertama,

Setiap orang hendaklah melakukan senaman atau riadah yang mengeluarkan


peluh iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Contoh sukan yang boleh
diamalkan adalah seperti bermain badminton, bola sepak,menunggang basikal,
berjogging atau berenang. Jika badan seseorang individu itu sihat dan cergas,sudah
pastilah daya permikiranya juga cerdas. Otak yang cerdas datangnya daripada
tubuh yang cergas. Individu yang sihat dapat menjamin kesejahteraan keluarga.
Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu ahli keluarga itu akan
dapat mengekalkan kecergasan diri dan seterusnya badan akan menjadi sihat
melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang
produktif dan proaktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan
produktiviti Negara.

Para hadirin sekalian, seterusnya hujah saya yang kedua,

Pengambilan makanan yang seimbang mengikut hierarki pyramid makanan


menjamin seseorang individu dan keluarga itu mendapat khasiat dan nutrient serta
vitamin yang diperlukan. Contohnya,seseorang itu perlu banyak mengambil
makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta
mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolestrol yang tinggi.
Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan oleh setiap individu secara berkala. Ini dapat
memastikan aggota dalaman tubuh seperti jantung, hati dan buah pinggang
berfungsi dengan baik. Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada
merawat.
Hadirin yang saya hormati, menyusul pula hujah saya yang ketiga,

Gaya hidup sihat juga membawa pengertian bahawa seseorang itu harus bijak
memilih rakan dalam pengaulan seharian. Dalam era globalisasi masa kini, terlalu
banyak unsur-unsur negatif yang boleh mendatangkan bahaya kepada kita
seandainya kita terleka. Pengaulan dengan rakan yang tidak mengamalkan gaya
hidup sihat seperti merokok,menghidu gam, penyalahgunaan dadah yang boleh
mendatangkan bahaya kepada kita. Justeru , kita yang dikurniakan akal yang waras
seharusnya bijak memilih antara yang baik dan yang buruk agar tidak terjerumus ke
lembah kehancuran. Katakanlah tak nak kepada merokok, katakan tidak kepada
menghidu gam dan katakan najis kepada dadah, pasti dapat menjamin
kesejahteraan kekeluarga.

Hadirin sekalian,hujah saya yang terakhir iaitu yang keempat,

Seterusnya,gaya hidup sihat juga dapat menjamin kestabilan kesihatan mental dan
mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya,tempoh istirehat dan tidur yang cukup
dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan minda. Dengan itu gaya pemikiran
seseorang akan menjadi lebih positif dan mampu menyelesaikan masalah.

Hadirin sekalian,setelah empat hujah yang saya utarakan ,kini dapatlah


disimpulkan bahawa

Kesejahteraan keluarga adalah bergantung kepada gaya hidup yang diamalkan oleh
ahli keluarga. Telah dinyatakan tadi bahawa kita perlu melakukan aktiviti senaman
dan riadah dalam hujah pertama.Seterusnya disyorkan agar kita mengamalkan
pemakanan seimbang. Kita juga perlu bijak memilih rakan dalam pengaulan. Akhir
sekali istirahat dan tidur yang mencukupi mengurangkan tekanan. Dalam erti kata
lain, amalan kehidupan seharian kita adalah penentu kesejahteraan keluarga. Oleh
itu,hasrat untuk melahirkan keluarga yang sejahtera akan menjadi realiti jika semua
pihak saling bekerjasama iaitu, berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.

Sekian,
Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahhiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai