Anda di halaman 1dari 10

TAJUK PIDATO: NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT.

Terima kasih pengerusi majlis, Para Hakim yang Arif lagi bijaksana, guru-guru
serta rakan-rakan sekalian
Assalamualaikum pembuka kata,
Salam perkenalan adat bersaudara,
Tegak berdiri tegas usulnya,
Negeri bersih rakyat sihat tajuk bicara
Hadirin Sekalian,
Sebelum saya berbicara panjang, elok kitanya kita memintal benang yang
kusut, melurus dawai yang bengkok merungkai maksud slogan keramat
kerajaan negeri ini Negeri Bersih Rakyat Sihat.
Menurut Kamus Dewan edisi ke 3, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,
Negeri bermaksud kawasan tempat tinggal,
Bersih pula bermaksud tidak kotor,
Rakyat bermaksud Seluruh penduduk di sesebuah Negara,

Akhir sekali sihat bermaksud tidak berpenyakit.


Kesimpulannya, slogan Negeri Bersih Rakyat Sihat boleh didefinasikan
sebagai sebuah kawasan yang tidak kotor yang mana mempunyai
penduduk yang tidak berpenyakit.

Negeri Bersih rakyat sihat,


Terengganu makmur membawa berkat,
Satu nawaitu satu hasrat,
Satu tujuan satu matlamat.
Kebersihan amatlah dituntut dalam Islam. Malah semua agama di
dunia juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan. Ini kerana

kebersihan merupakan pemangkin


Rasulullah:

kepada

kesihatan

manusia. Sabda

Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman


Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh
pihak kerajaan negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat negeri
bertuah ini sihat di dalam persekitaran yang bersih. Hasrat murni pihak
kerajaan negeri di bawah lembayung kepimpinan insane berkaliber Dato
Seri Ahmad bin Said dalam menjadikan negeri Terengganu sebuah Negeri
Dalam Taman wajar diberi pujian serta sokongan padu. Negeri dalam
Taman menggambarkan sebuah negri yang bersih, cantik dan mempunyai
rakyat yang sihat sejahtera, aman dan damai.
Persoalannya apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi
merealisasikan hasrat murni Negeri Bersih Rakyat Sihat ini menjadi realitI?
Faktor Dominan yang perlu dititik beratkan dalam merealisasikan Negeri
Bersih Rakyat Sihat ialah kesedaran individu itu sendiri tentang kebersihan
dan kesihatan. Siapa individu yang dimaksudkan? Sudah tentu rakyat Negeri
Terengganu. Siapa rakyat Negeri Terengganu? Jawapannya ialah penduduk
yang tinggal di Negeri Terengganu dan mereka termasuklah saya, kamu dan
kita semua. Amalan kebersihan ini wajar bermula dari rumah masing-masing.
Individu itu haruslah memastikan dia sentiasa bersih dan sihat melalui
amalan-amalan harian yang dilakukan. Sekiranya kita sendiri mengamalkan
kebersihan dan menjada kesihatan, kita sudah tentu mampu mengajak
saudara-saudara kita disekeliling mengamalkan amalan yang baik ini melalui
nasihat dan contoh teladan. Nah! Lihatlah..secara tidak langsung kita sudah
memberi sumbangan yang besar dalam mewujudkan Negeri Bersih Rakyat
Sihat.
Budaya bergotong-royong, saling mengambil berat, nasihat-menasihati
dalam hidup bermasyarakat juga penyumbang yang besar kea rah
pembentukan negeri bersih rakyat sihat. Melalui budaya ini, persekitaran
kampong, perumahan malah Bandar kita akan bertambah bersih, indah dan
terjaga. Sebenarnya, amalan sebegini sedikit sebanyak meringankan
bebanan kita untuk menjaga kebersihan seperti kata pepatah berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Di samping itu, aktiviti permuafakatan ini
mampu mengeratkan hubungan antara individu selari dengan gagasan yang
dibawa oleh YAB Perdana Menteri, gagasan 1 Malaysia.

Langkah seterusnya dalam menghidupkan suasana Negeri Bersih


Rakyat Sihat ialah peranan yang harus dimainkan oleh pihak kerajaan. Kita
patut bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu
kerana tidak memandang mudah terhadap isu kebersihan dan kesihatan. Ini
kerana kerajaan negeri memperuntukkan lebih kurang RM40 juta setiap
tahun bagi memastikan negeri Terengganu dalam keadaan cukup bersih dan
indah. Peruntukan tersebut haruslah digunakan semaksima mungkin dalam
menggerakkan usaha kea rah negeri bersih seperti mengadakan
pertandingan kebersihan diperingkat akar umbi, penyediaan kemudahan
atau prasarana kebersihan dan sebagainya. Antara kemudahan yang wajar
dititikberat ialah penyediaan tong sampah dan system memungut sampah
berkala, lanskap yang indah dan penyediaan tandas yang bersih dan
berqualiti.
Tindakan
Undang-undang
juga
harus
diperketat
bagi
mengurangkan aktiviti yang boleh merosakkan dan menjadi halangan dalam
mewujudkan Negeri Bersih Rakyat Sihat.
Peribahasa Melayu ada mengatakan melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Aspek pendidikan tidak harus dipandang ringan. Pendidikan
kebersihan dan kesihatan wajar diterapkan dari awal persekolahan.
Pendekatan ini harus disemai kepada para pelajar sejak dibangku sekolah
dan langkah kerajaan dalam melaksanakan pertandingankebersihan tau
pertandingan 3K antara sekolah di negeri ini merupakan langkah yang bijak.
Guru merupakan model dan juga pembentuk generasi akan dating yang
mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan dalam kehidupannya. Kata
orang anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang bertanggungjawab
mencorakkannya. Oleh itu, pendidikan awal kanak-kanak yang menekankan
aspek cinta terhadap kebersihan dan peka terhadap kesihatan penting
sebagai landasan untuk menjayakan Negeri bersih Rakyat Sihat.
Hadirin Sekalian,
Sebagai pengakhir bicara, penyimpul kata, hayati gurindam penggulung
hujah saya:
Marilah kita sama muafakat,
Sama bersatu membawa berkat,
Menghayati slogan penuh khidmat,
Negeri Bersih Rakyatnya sihat.
Sebagai rakyat negeri tercinta,

Marilah kita menyalakan cita,


Bersama kita gembleng tenaga,
Memacu wawasan Terengganu sejahtera.
Sekian, Terima Kasih.

PERTANDINGA
N PIDATO
NEGERI

BERSIH RAKYAT
SIHAT
NAMA:

NUR HAYATUL AQILAH BT ABDUL


WAHAB
SEKOLAH:
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SURA

PERTANDINGA
N PIDATO
NEGERI

BERSIH RAKYAT
SIHAT

NAMA:
NUR AINA IRFI SURFINA BT
SULAIMAN
SEKOLAH:
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SURA

SPEECH

CLEAN

STATE HEALTHY
CITIZENS
NAME:

NUR AINA IRFI SURFINA BT


SULAIMAN
SCHOOL:
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SURA

SPEECH

CLEAN

STATE HEALTHY
CITIZENS
NAME:

NUR HAYATUL AQILAH BT ABDUL


WAHAB
SCHOOL:
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SURA

CLEAN STATE HEALTHY CITIZIENS


Clean State Healthy Citizens. According to Longman Dictionary, clean
means the absence of dirt, healthy means not often ill while citizens means a

persons who lives in a city or town. Thus, the definition of this topic is the
areas that are not dirty will make someone who lives in particular area
physically strong and not likely to become ill or weak.

Why is it

important to have a clean state?


According to Winston Churchill, healthy citizens are the greatest asset
any state can have. All of us prefer to live in a clean state. Having a cleans
state helps tourism and even improves the lives of many residents. At the
same time, we can improve and upgrade the economy of our country. For
example, Terengganu is a state which located in East coast of Peninsular
Malaysia. It is favourite for its sandy beaches such as Pantai Batu Buruk,
Rantau Abang as an attraction in general to the tourism. As the beaches and
islands are the main attractions in the state , these areas must always be
kept clean.
Other than that, thank to our federal government because they
always care of our clean and health.It is because Terengganu give RM40
thousand per year to make sure that our state always clean and beautiful. As
the saying cleanliness is next of godliness. It really show an emphasis
where keeping everything sparkling clean is an ethical thing to do and is a
part of our religion. Parents usually make a good start by always teaching
their about cleanliness and we are all exposed to the matter since we were
born. We were bathed and soaped by our mothers and put on diapers when
we were babies. As we developed and learnt better, they decided to teach us
to use the toilet on our room, instruct us to wash our hands and not to cause
amassed in the room. These are the first step towards cleanliness and
hygiene. We are not only ordered to keep our bodies clean, but to make sure
our enviromet is clean as well. Homes are always neat and tidy to make sure
the family members are comfortable and live a healthy life. In fact, the
community can help one another to build a better and clean nation.

Therefore, that is very clean that a clean state is an image of the


citizens. Recycling is probably one of the best things that we can do to keep
the city clean and to keep us to going in the right direction. If the state were
to place more recycle bins , we could possibly see some improvement in the
city.

It is hard when we have people who are not motivated to help the

future society by trying to clean it up. In conclusion, the fundamental aspect


of our survival as a nation is the health of all citizens as the popular adage
goes a healthy nation is a wealthy nation. That is what we are practising
now in Terengganu. Since our state us clean, we can have the motto
Terengganu, The Corridor of knowledge . Let us work hand in hand to
practise cleanliness for healthy living. With that, thank you.

Anda mungkin juga menyukai