Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan dan Fungsi Muzium Daerah Dungun

Dalam meniti zaman yang serba moden dan berteknologi canggih ini, remaja dan belia
muda pada masa kini terlalu sibuk dengan dunia IT sekarang hingga lupa sebenarnya
Malaysia mempunyai bangunan bersejarah tanpa menghayati sejarah-sejarahnya yang
tersendiri. Ini merupakan peninggalan berharga zaman dahulu kala. Bangunan bersejarah
ini mempunyai nilai kesenian dan nilai budaya yang tersendiri Sebagai contoh, Muzium
Daerah Dungun yang dikaji, didapati bangunan ini masih mempunyai nilai keseniaan dan
nilai budaya yang masih dikekalkan. Hal ini kerana, kalau tidak dipecahkan ruyung
masakan dapat sagunya. Bangunan ini juga dapat merakamkan sejarah penting negara
dan mencirikan identiti Negara dimana pernah menjadi Pejabat Kempetai Tentera Jepun
dimana pernah menjadi tempat kerja-kerja risikan tentera Jepun. Oleh yang demikian,
pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah sangatlah penting di negara kita.

Seterusnya, bangunan bersejarah ini mampu menarik minat pelancong untuk berkunjung
kerana nilai ekonominya. Ini berikutan kerana tempat-tempat bangunan bersejarah dan
peninggalannya sudah pasti akan menjadi tarikan tumpuan para pelancong luar dan dalam
negara. Melalui langkah ini, industri pelancongan akan semakin berkembang dan
seterusnya meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Bangunan-bangunan bersejarah
seperti inilah dapat menarik tumpuan pelancong untuk menyaksikan sendiri keunikan dan
keindahan bangunan tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan pepatah Melayu yang ada
mengatakan di mana ada gula, di situlah ada semut. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia
hendaklah berasa bangga dengan bangunan lama bersejarah di negara kita dan usahlah
kita hanya memandang sebelah mata terhadap peninggalan bangunan ini.

Di samping itu, nilai estetika dan nilai-nilai seni budaya boleh diperolehi menerusi bangunan
bersejarah ini. Seni bina yang penuh dengan kehalusan dan keindahan yang bercorakkan
warisan budaya bangsa nenek moyang akan dapat dilihat, jika kita lihat dengan teliti.
Contoh terdekat yang boleh diambil daripada Muzium Daerah Dungun adalah ukiran kayu

pada dinding kayu serta rekabentuk bangunan yang bercirikan rumah-rumah Melayu
tradisional. Selain itu, kepentingan dan fungsi bangunan bersejarah adalah dapat
menjadikannya sebagai bahan penyelidikan dan kajian. Bagi para pencinta sejarah dan
pengakaji sejarah, bangunan-bangunan lama dan bersejarah seperti ini sangat penting bagi
mereka. Dengan kewujudan dan pengekalan peninggalan ini, sejarah Tanah Melayu pada
suatu masa dahulu sebelum merdeka dapat dibuktikan.

Kesimpulannya, bangunan bersejarah seperti Muzium Daerah Dungun ini merupakan


sebahagian besar daripada sejarah negara kita yang perlu dipelihara. Sebenarnya
bangunan bersejarah yang dibina ini tiada tolok bandingnya dengan bangunan-bangunan
baru yang ada sekarang kerana nilai sejarah dan estetikanya yang tiada ganti. Bangunanbangunan sebegini hendaklah dipelihara daripada pencerohonan dan kerosakan agar
generasi muda akan datang dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada
sejarah yang lalu. Akhir kata, jagalah kepentingan bangunan bersejarah di Malaysia supaya
kelak anak-anak muda tidak lupa akan sejarah asal negara kita pada zaman dahulu kala.

Anda mungkin juga menyukai