Anda di halaman 1dari 8

RIWAYAT HIDUP

Nama sebenar beliau adalah Yusuf Bin Najmuddin Ayyub . Beliau di lahirkan pada
tahun 543H, atau 1138m, di kota Tarkit (Iraq) iaitu bahagian Tebing Barat Sungai
Tigris terlatek diantara Monsul dan Bagdad. Ayahnya,bernama Najmuddin Ayub bin
Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan
yang berasal dari Azerbaijan.
Selain sebagai, panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh
pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.Selepas datuk
Salahuddin berpindah ke Bagdad, ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan
bapa saudaranya, Asadudin di lantik menjadi panglima perang.
Semenjak kecil Salahuddin telah didedahkan dengan pelbagai ilmu ketenteraan
seperti seni peperangan,menunggang kuda serta seni menpertahankan diri yang di
ajar oleh bapa saudarnya, Asadudin seorang paglima perang kepada sultan Addin.Disamping itu, ayahnya sangat menekankan ilmu keagamaan dan mendekatkan
diri pada Allah.
Semasa kecil hingga meningkat remaja, kehidupan Salahuddin sama seperti kanakkanak lain, dan tiada tanda-tanda yang beliau bakal merampas Baitul Maqdis dari
tangan kristian yang menguasainya hampir 800 tahun.
Kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo,
kemudian dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah
oleh kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa
berat hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo. Apabila
Salahudin sampai di Mesir keadaan tiba-tiba berubah. Dia yakin Allah telah memberi
tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Baitul Muqaddis dari penaklukan
Kristian. Dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan
dunia.

SIFAT PERIBADI

Sifat tidak bangga diri ini telah wujud dalam dirinya Salahuddin al-ayubi semenjak
beliau kecil lagi. ini kerana hasil sentuhan didikan nilai-nilai agama yang diberikan
oleh ayah Salahuddin al-ayyubi kepada beliau. Ini dapat dibuktikan apabila Lanepoole ahli sejarah ingggeris yang menulis mengenai salahudin mencatatkan
sebagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat
istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba
tiba,sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi
kelesuan pemikiran golongan bangsawan
Memiliki visi dan visi yang jelas Salahuddin bercita-cita mahu menawan semula
baitul maqdia dari tangan tentera salib yang mengusai Baitul Maqdis hampir 800
tahun, jadi beliau merancang menguatkan tentra Islam dari segi kekuatan fizikal
dengan pelbagai ilmu ketenteraan serta persiapan perang. Dari segi kerohanian pula
Salahuddin sangat menitikan beratkan soal soal agama kepada tenteranya . serta
menyatupadukan semua panduduk Islam terlebih dahulu sebelum memulakan
visinya mahu menawan salah satu tempat suci umat islam itulah Baitul Maqdis
Mampu lakukan semua tugas Salahuddin al-ayyubi bukanya jenis pemipin yang
hanya tahu mengarahkan orang bawahanya melakukan semua tugas tetapi seorang
pemimpin yang sanggup turun padang sendiri dan bersama-sama tenteranya dalam
melakukan tugas .contohnya , Salahuddin al-Ayubbi sendiri menyamar sebagai
penduduk kampong dalam ushanya mendapatkan maklumat untuk menawan kota
Baniyas . salahuddin juga yang menyoal selidik pagawai tentera salib yang berjaya
di tawan oleh tentera Islam untuk mendpatkan maklumat.
Bijak dalam mengatur strategi peperangan dan helah Salahudin al-Ayyubi selalu
mengikut cara nabi Muhammad S.W.A berperang dalam semua misi peperangan.
Ini salah satu factor kejayaan peperangan yang dilakukan oleh sultan Salhuddin alAyyubi. Contohnya Salahuddin al-Ayyubi menggunakan jalan yang tidak pernah
dilalui oleh orang dalam perjalanan menuju ke medan peperangan dan tektik ini di
gunakan untuk megelirukan musuh
Sentisa patuh pada ajaran agama Islam Salahuddin bukan sahaja mengamalkan
sunnah rasullah seperti, sentisa berpuasa dalam kempen memerangi tentera salib,
beliau juga sangat menitik bertakan ajran Islam .contohnya ketika misi menawan
kota sinjiran , di bairut, panglima muluk mencadangkan agar meracun sungai yang
digunakan oleh pihak musuh sumber bekalan air, tetapi salahuddin melarang
panglima muluk berbuat demikian kerana islam tidak membenrkan berbuat demikian
dan juga demi kemaslahatan penduduk islam lain yang turut menggunakan sungai
tersebut. Beliau juga melarang panglima perangnya menggunakan rasuah dalam
misi menawan sesebuah Negara.

PENDIDIKAN DAN JAWATAN

Salahuddin mempunyai pengetahuan luas dan gemar mendalami bidang akidah,


ilmu hadis, sanad dan perawinya, syariah dan usul fiqh dan tafsir al-Quran.
Salahuddin seorang yang mudah mengalirkan air mata kerana Allah.Kerana terlalu
sibuk memperjuangkan kesejahteraan umat, dia tidak sempat mengerjakan ibadah
haji walaupun dia seringkali mengungkapkan kerinduannya untuk mengerjakan haji.
Salahuddin amat mementingkan ilmu pengetahuan.Dia sendiri mengajarkan
pelajaran akidah kepada anak-anaknya.Dirinya sendiri mahir dalam sejarah, dunia
dan sastera.Dia mampu memberikan kritkan terhadap syair-syair yang dibacakan di
hadapannya. Dia berpesan kepada para pengawalnya agar menjemput masuk para
ilmuwan dan ahli tasawuf yang melintas ke dalam khemahnya kerana kasihnya dia
akan golongan ini.
Salahuddin al-Ayyubi mempunyai jiwa pejuang yang ilmuwan.Keilmuan al-Ayyubi
terserlah sejak dia kanak-kanak.Dia memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh
dan mengetahui setiap suku kaum Arab serta adat mereka.Bahkan dia mengetahui
sifat kuda Arab walaupun dia beretnik Kurd, utara Iraq.Di samping al-Quran, dia
banyak menghafal syair Arab.
Salahuddin sebagai Menteri Kerajaaan Fatimiah merupakan seorang menteri yang
baik. Beliau berjaya mengambil hati rakyat Mesir supaya tidak berpakat dengan
amir-amir yang lain menentangnya. Beliau memeberikan bantuan yang melimpah
ruah kepada rakyat dan berurusan dengan mereka dengan lembut dan penuh
toleransi, menyebabkan beliau sangat-sangat disukai dan dikasihi oleh rakyat jelata.
Diantara faktor yang meningkatkan lagi kemasyhurannya ialah kejayaan beliau
mengalahkan tentera salib Perancis yang menyerang Dimyat dan Ghizzah serta
kejayaan beliau menguasaai bandar Aqabah.
Bandar ini adalah kunci Laut Merah bagi para jemaah haji Mesir khususnya dan
kaum muslimin amnya untuk ke Mekah Mukarramah. Kejayaan menguasai jalan
penting ini menjadi faktor utama kepercayaan dan keikhlasan penduduk Mesir
kepada beliau. Ini sekaligus menjadi faktor utama mereka meninggalkan mahzab
syiah dan bergabung dengan saudara-saudara mereka dari kalangan ahli Sunnah
Wa Al-Jamaah, di bawah panji-panji Salahuddin, yang memerangi musuh-musuh
Allah, golongan kuffar dan tentera Salib yang zalim dan penghasad dengki itu.

SUMBANGAN

Sumbangan Salehuddin al-Ayyubi boleh dilihat dari aspek sosial. Beliau memberi
penekanan kepada pemulihan banteng kota Kaherah yang diawasi oleh al-Tawasyi
iaitu seorang jurutera bangunan. Benteng ini dibina untuk mengawal negara
daripada diceroboh musuh. Beliau juga mengarahkan pembinaan kubu Qalah alJabal bagi membendung saki-baki musuh yang masih ada di Kaherah.

Selain itu, Salehuddin al-Ayyubi juga membangunkan Pasar al-Raudah dan alGizah. Diwan Armada turut ditubuhkan untuk menyelia urusan pembinaan kapalkapal perang dan armada perang yang besar. Beliau turut mengubah sebuah dewan
dalam istana lama untuk dijadikan sebagai hospital. Sebuah bangunan gedung ubatubatan disediakan bagi mengagihkan ubat kepada pesakit. Hospital ini menyediakan
sebuah ruangan khas untuk pesakit wanita dan pesakita mental.

Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, beliau membina banyak sekolah
dan menjemput golongan ulama dan cerdik pandai. Sistem pendidikan pra sekolah
iaitu al-Katib diperkenalkan bagi menggalakkan kanak-kanak mempelajari al Quran,
menghafal hadis serta meningkatkan kemahiran seni khat selain diajar asas ilmu
matematik, syair, kata-kata hikmat serta beribadat.

Dalam bidang politik, Salehuddin al-Ayyubi berjaya membebaskan kota Baitulmaqdis


daripada cengkaman golongan Kristian. Beliau memastikan kesucian kota
Baitulmaqdis dipelihara dengan menandatangani perjanjian bersama orang Kristian.
Beliau mengamalkan dasar toleransi dengan penganut Kristian dengan
membenarkan mereka mengunjungi kota Baitulmaqdis untuk beribadat dan
berziarah

Dalam bidang ekonomi, Salehuddin al-Ayyubi telah meningkatkan sumber


pendapatan negara melalui pembayaran jizyah, fidyah dan harta rampasan perang.
Selain itu, beliau telah menghapuskan cukai-cukai yang membebankan. Sektor
pertanian dan perdagangan pula dimajukan.

RUMUSAN

Salahuddin Al-Ayyubi tokoh dan insan pejuang bagaikan pelita yang menerangi
kegelapan.Keharuman namanya menghiasi setiap bibir umat bahkan di bibir musuhmusuh Islam. Malamnya dihiasi dengan munajat, manakala siangnya bagaikan singa
di medan perjuangan. Kejayaannya merampas kembali Baitul Maqdis dari tentera
salib terpahat dalam sejarah sebagai lambang kejayaan menundukkan musuh yang
kejam.

Salahuddin merupakan tokoh reformasi yang mengajar kita betapa perjuangan


dilakukan atas nama etnik sekali-kali tidak membuahkan hasil. Sebaliknya
perjuangan atas nama Islam sahaja yang akan memperolehi kejayaan yang
gemilang. Pembaharuan pemikiran dan perjuangan yang digerakkannya merupakan
sumber inspirasi bagi umat Islam dalam membina jatidiri demi mencapai
kemenangan.

LAMPIRAN

1. Tugu Salahuddin Al-Ayyubi

2.Contoh gambar beliau ketika beliau masih hidup

PENGHARGGAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

Saya Muhd Fakhrullah B. Mohd Yussaydi dari kursus KV-2 W.T.P bersyukur ke
hadrat Ilahi akhirnya dengan berkat dan nikmat-Nya saya dapat menyiapkan folio
yang ditugaskan oleh pensyarah Pendidikan Agama saya Pn Zaiton Bt Hussein . Di
samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
saya, kerana telah memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan folio ini.Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Encik Mohd Yussaydi B.
Md. Eusoff serta Puan Norza Hanim Bt. Ahmad Nazar kerana telah membantu saya
dari segi kewangan serta sokongan mental dan fizikal . Akhir sekali, saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya dari kursus KV2W.T.P kerana telah menolong dan menyokong saya sepanjang menyiapkan folio
ini. Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik anda semua

PENDAHALUAN

Selalu benar kita mendengar atau membaca kisah tentang Raja Salahuddin alAyyubi. Kejayaannya membebaskan Baitul Maqdis dari tangan tentera Kristian
sangat masyhur di serata dunia. Namun begitu, apabila disebut Salahuddin,
biasanya hanya kisah itulah yang terbayang dalam fikiran kita. Ramai orang tidak
tahu susah payah dan kejayaan-kejayaan besar Salahuddin sebelum peristiwa
pembebasan Baitul Maqdis itu. Padahal peristiwa-peristiwa sebelum itu sangat
menarik dan banyak pengajarannya untuk kita. Salahuddin al-Ayyubi tidak terus
menjadi seorang raja dan terus membebaskan Baitul Maqdis. Jika kita telusuri
sejarah hidupnya, kita dapat memahami betapa peritnya perjuangan sebelum dapat
membebaskan Tanah Suci itu. Semestinyalah kita pada hari ini menghayati
perjalanan hidup seorang pejuang dalam usaha kita membebaskan bumi Palestin.

Anda mungkin juga menyukai