Anda di halaman 1dari 13

SEMESTER 1, 2021/2022

AIL3018: SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM


TAJUK SOALAN 7:

Sejauh manakah
PEMISAHAN INDIAberjayanya gerakan
MERUPAKAN tentera SalibYANG
PERISTIWA dalam
mendepani tentera Islam pada era Salahuddin al-Ayyubi?
TIDAK BOLEH DIELAKKAN. HUJAHKAN.

NAMA PENSYARAH DR. ARBA'IYAH BINTI MOHD NOOR

NAMA PELAJAR DARWISY HAIKAL BIN RASIP U2002716


PENGENALAN
Perang Salib adalah perang terhadap orang Islam yang dilancarkan oleh tentera

Kristian Eropah pada akhir abad ke-11 Masihi. Tetapi istilah tersebut masih belum

diguna pakai pada ketika itu. Pada tahun 1095, Paus Urban II yang merupakan

pemimpin tertinggi Kristian Katolik mengisytiharkan perang didalam khutbahnya

dengan menggunakan istilah “Perjalanan Suci”.1 Perjalanan Suci yang dimaksudkan

adalah dengan mengangkat senjata seperti pedang untuk merampas kembali kota

Baitulmaqdis daripada penguasaan orang Islam. Kemudia, pada sekitar abad ke 12

dan 13, telah muncul lebih banyak istilah yang spesifik. Peristiwa tentera Krsitian

yang melekatkan lambing salib dibaju mereka sebagai sumpah menyertai peperangan

dan tidak akan menanggalkannya. Tentera Kristian tersebut telah digambarkan dalam

bahasa Latin sebagai “Crucesignatus” yang bermakna seseorang yang bertanda salib

dan “Croisade” bermaksud menuju kepada salib dalam bahasa Perancis. Akhirnya,

istilah ini digunakan dalam bahasa Inggeris sebagai “The Crussade”.

Perang Salib pertama bermula apabila seruan Paus Urban II kepada penganut

agama Kristian Eropah untuk menyertai peperangan ini. Paus Urban II telah

menjanjikan untuk menghapuskan semua dosa-dosa bagi mereka yang terlibat dalam

perang ini. Perang ini telah berlangsung pada 1906 sehingga kemenangan tentera salib

pada 15 Julai 1099 Masihi. Kejayaan tentera salib dalam menguasai Baitulmaqdis

merupakan mimpi buruk untuk umat Islam apabila mereka menjadi mangsa

pembunuhan beramai-ramai tanpa mengira jantina dan umur. Umat Islam di bunuh

dalam masa seminggu dan jumlah kematian mencecah 70 000 orang. 2 Penguasaan

Baitulmaqdis oleh tentera Kristian adalah kemuncak dalam Perang Salib pertama

1
Hussain Othman, Salib dan Penjajahan Dunia Islam, Johor: Penerbit UTHM, 2018, hlm. 3.
2
Ibid., hlm. 36.
tetapi kemenangan itu tidak betahan lama apabila muncul beberapa orang pemimpin

Islam yang hebat.

Perang Salib kedua bermula pada sekitar 1144 Masihi apabila umat Islam

dibawah pimpinan Imanuddin Zanki berjaya menawan kota Edessa. Penawanan kota

tersebut mengusarkan pihak Kristian kerana Imanuddin Zanki telah diangkat menjadi

wira pada ketika itu. Kejatuhan kota Edessa membuatkan moral tentera Kristian jatuh

kerana kota tersebut merupak satu perempat daripada jajahan tentera salib.Kemudian

muncul pula Nuruddin yang mengambil alih peranan Imanuddin Zanki. Nuruddin

telah berjaya menawan semula wilayah-wilayah Islam yang dirampas oleh tentera

Kristian. Conrad III dan Louis VII telah mengetuai ekpedisi Perang Salib Kedua

dengan disertai puluhan ribu tentera.

Kemunculan wira Islam ketiga iaitu Salahuddin Al Ayubi dalam Perang Salib

memberi tamparan hebat kepada tentera Kristian. Salahuddin pernah berkhidmat

dibawah Khalifah Al-Adid dan Nuruddin.3 Sewaktu Salahuddin menjadi pemerintah

Mesir, tentera salib kerap melakukan serangan keatas Mesir dan hampir memenangi

pertempuran tersebut tetapi gagal kerana semangat tentera Islam yang kuat.

Salahuddin telah berjaya membebaskan Kota Suci Baitulmaqdis dari genggaman

tentera Kristian. Salahuddin telah menerima penyerahan kota Baitulmaqdis pada 27

Rejab tahun 583 Hijrah dan itu merupakan kemenangan umat Islam paling besar

dalam sejarah Perang Salib.4 Kekalahan tentera salib sewaktu zaman Salahuddin dan

didalam Perang Salib kedua disebabkan banyak faktor antaranya adalah

ketidaksefahaman pemimpin Kristian, semangat jihad Salahuddin yang tinggi,

peranan pemimpin agama, kepimpinan Salahuddin, senjata dan juga perang di

England.

3
Ibid., hlm 103.
4
Ibid., hlm 126.
Rajah 1 Menunjukkan kawasan negeri tentera salib pada abad ke-12

Sumber: https://www.britannica.com/event/Crusades/The-Crusader-states

KEPIMPINAN SALAHUDDIN AL AYUBI

Salahuddin telah mendapat pendidikan awal dalam politik daripada ayahnya

sendiri. Beliau mempelajari pelbagai taktik dalam peperangan dari bapa saudaranya

iaitu Shirkuh dan menjadi seorang dewasa yang penuh dengan ilmu membuatkan

Salahuddin seorang pemimpin yang hebat tiada tandingan. Salahuddin juga seorang

penganut Islam yang warak dan turut mempelajari ilmu fikah, hadis serta menghafal

Al-Quran.

Salahuddin mula mengikuti ekpedisi peperangan setelah menerima pelawaan dari

Shirkuh. Shirkuh sebagai seorang jeneral perang yang diutus oleh Nuruddin telah

melihat kebolehan, disiplin dan keberanian yang ada pada anak saudaranya itu.

Salahuddin telah dilantik menjadi Wazir di Mesir oleh Khalifah Fatimiyah Al-Adid.

Bagi menggantikan Shirkuh.5 Walaupun pada ketika itu, Salahuddin tidak mempunyai

pengaruh yang kuat dan kurang berminat untuk merebut jawatan tersebut. Perlantikn

Salahuddin sebagai wazir Mesir ketika Mesir sedang mengalami kejatuhan serta
5
Ibid., hlm. 98.
perebutan kuasa tidak melemahkan semangat kepimpinan beliau. Ketika tentera salib

datang menyerang dan menawan Damietta pada sekitar tahun 1189 Masihi,

Salahuddin juga berkerjasama dengan tentera Nuruddin lalu merampas Kembali

kawasan tersebut. Penguasaan tentera salib di bandar tersebut tidak lama dan mereka

mula berasa bimbang. Tentera salib beranggapan bahawa Salahuddin dan Mesir sudah

semestinya dalam keadaan lemah tetapi sangkaan mereka meleset. Selepas kewafatan

Nuruddin, Salahuddin telah mengambil kesempatan dengan meluaskan

penguasaannya sehingga ke Mesir, Syam, Yaman, al -Jazirah dan Mosul. 6

Salahuddin seorang yang mempunyai pegangan agama yang kuat dan

melaksanakan segala amalan wajib dan amalan sunat. Ini menunjukkan bahawa beliau

seorang pemimpin yang sayang kepada agama dan negara. Kepimpinan beliau telah

menjadi contoh kepada angkatan tenteranya. Salahuddin juga mempunyai pengalaman

berkhidmat di bawah dua pempin besar seperti Khalifah Al-Adid dan Nuruddin.

Pengalaman yang diperoleh itu membuat beliau berjaya mengawal situasi dan

menguasai Mesir. Selepas menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin meneriman ancaman

baru iaitu dari kerajaan Nuruddin di Aleppo dan Damsyik. Salahuddin berjaya

mengekang pengaruh Nuruddin daripada masuk kedalam pentadbiran Mesir.

Salahuddin telah menggunakan kepimpinan beliau yang baik dimana mengaplikasikan

diplomasi politik. Hubungan Salahuddin dan Nuruddin hampir putus kerana hasutan

daripada amir-amir Nuruddin. Nuruddin menyiapkan tentera kerana ingin menyerang

Mesir tetapi Salahuddin telah menulis sepucuk surat dengan menjelaskan kesetiaanya

terhadapa Nuruddin sehingga Nuruddin berlembut hati dan membatalkan

rancangannya.7

6
Mohd Roslan Mohd Nor & Nor Shakila Mohd Noor, Perang Salib dan Kejayaan Salahuddin Al-
Ayubi mengembalikan Islamic Jerusalem kepada umat Islam, Jurnal Al-Tamaddun, Vol. 7(1), 2012,
hlm. 69.
7
Hussain Othman, Salib dan Penjajahan Dunia Islam, Johor: Penerbit UTHM, 2018, hlm. 104.
Kepimpinan Salahuddin terserlah lagi apabila berjaya menang di dalam Perang

Hittin. Pertempuran ini adalah bertujuan untuk merampas kembali seluruh wilayah

Islam yang dirampas oleh tentera salib.Salahuddin telah melantik orang-orang yang

berwibawa seperti Al-Afdal dan Kukburi untuk membuat serangan keatas tentera salib.

Ini menunjukkan Salahuddin mengetahui tentang skop tugas yang diberikan kepada

orang bawahanya serta bijak dalam melantik orang bawahan. Serangan yang dibuat

oleh pasukan Salahuddin memberikan kesan kepada tentera salib. Salahuddin telah

berjaya menawan beberapa daerah seperti Tebnine, Shaida, Beirut Asqelon sebelum
8
meneruskan perjalanan menguasai BaitulMaqdis. Ini menunjukkan strategi

Salahuddin untuk menguasai kawasan sekitar dahulu sebelum menguasai

Baitulmaqdis kerana mahu melemahkan tentera salib. Kepimpinan yang ditunjukkan

Salahuddin dalam Perang Hittin membuatkan umat Islam pada ketika itu berani

melawan tentera Salib serta menaikkan moral mereka. Salahuddin juga telah berjaya

mengepung dan menawan “Castle Jacob” setelah tentera salib enggan menerima
9
tawaran daripada Salahuddin. Sikap Salahuddin yang bijak dalam bertindak

memberikan banyak kemenangan kepada umat Islam sehingga berjaya menawan dan

membebaskan BaitulMaqdis dari penguasaan tentera kristian.

Kepimpinan Salahuddin bertambah baik apabila berjaya menyatukan kuasa-kuasa

Islam yang lain. Salahuddin pernah memberi bantuan kepada Damsyik sewaktu kota

tersebut diserang tentera Salib. Salahuddin telah menyatukan kawasan-kawasan Syria

dengan Mesir termasuklah kawasan lain seperti Iraq, Yaman dan Al-Jazirah.

Kepimpinan yang di tunjukkan Salahuddin adalah hasil daripada didikan orang-orang

8
Mohd Roslan Mohd Nor & Nor Shakila Mohd Noor, Perang Salib dan Kejayaan Salahuddin Al-
Ayubi mengembalikan Islamic Jerusalem kepada umat Islam, Jurnal Al-Tamaddun, Vol. 7(1), 2012,
hlm. 70.
9
W.B. Stevenson, The Crussaders in The East, Beirut: Cambridge University Press, 1968, hlm. 220.
disekelilingnya yang cukup hebat sehingga mampu mencorakkan Salahuddin menjadi

seorang pahlawan Islam yang hebat.

KETIDAKSEFAHAMAN PEMIMPIN KRISTIAN

Ketidaksefahaman pemimpin kristian juga merupakan faktor kekalahan mereka

dalam perang salib kedua dan ketiga dalam memerangi umat Islam. Raymond yang

merupakan Count Tripoli telah melakukan perjanjian dan berkompromi dengan

Salahuddin pada tahun 1186. Raymond telah dianggap sebagai duri dalam daging

dalam kalangan tentera salib. Raymond mempunyai masalah dengan pemerintah di

Baitulmaqdis. Beliau tidak berpuas hati kerana gagal untuk mendapatkan tahkta bagi

menggantikan Raja Baldwin IV yang mati kerana penyakit kusta. Kemudian tahkta

telah diserahkan kepada Baldwin V yang ketika itu berusia tujuh tahun. Tetapi

Baldwin V kemudian mati dan kuasa pemerintahan telah diserahkan kepada ibunya

iaitu Sybilla.10 Perkara ini amat mengecewakan Raymond yang merupakan penjaga

rasmi bagi Baldwin.

Ketidakpuasan hati Raymond bertambah apabila Sybilla berkahwin dengan

seorang lelaki bernama Guy. Kebencian Raymond terhadap Guy bertambah apabila

Guy telah dilantik menjadi Raja Baitulmaqdis. Tentera Salib kemudian mula tidak

mempercayai Raymond dan ini membuatkan Raymond menjalinkan hubungan dengan

Salahuddin. Raymond telah menjadi wakil kepada pemimpin-pemimpin kristian yang


11
inginkan perdamaian kerana terdapat kekecewaan dikalangan mereka. Maka

Raymond mengadakan perjanjian damai dengan Salahuddin. 12 Salahuddin pernah

membantu Raymond pada ketika peristiwa Raja Guy berpendapat bahawa dia perlu

menyingkirkan saingannya Raymond, yang dituduh bersubahat dengan orang Islam.

10
Hussain Othman, Salib dan Penjajahan Dunia Islam, Johor: Penerbit UTHM, 2018, hlm. 114.
11
Ibid., hlm. 115.
12
W.B. Stevenson, The Crussaders in The East, Beirut: Cambridge University Press, 1968, hlm. 222.
Tentera kristian dari Jerusalem kemudian bersiap sedia untuk menyerang Tiberias,

yang merupakan sebuah kota kecil di Galilea milik isteri Raymond atau count of

Tripoli. Raymond pergi berjumpa dengan Salahuddin dan mencadangkan satu

pakatan.13 Salahuddin menerima pakatan tersebut dengan serta-merta dan menghantar

pasukan untuk menguatkan benteng Tiberias. Tentera kristian dari Jerusalem akhirnya

berundur.

Hubungan yang terjalin antara Raymond dan Salahuddin merupakan saat

permulaan kepada kejatuhan tentera salib dan membuka ruang untuk tentera Islam

mara ke hadapan dengan menguasai lebih banyak wilayah yang telah dirampas

sebelum ini. Keadaan ini boleh dilihat ketika tentera Islam berjaya menguasai bandar

Tiberia, tentera salib berasa dalam keadaan ketakutan untuk meneruskan perjalanan.

Pemimpin tentera salib pada ketika itu berbalah sesama mereka untuk meneruskan

perjalanan ke Tiberia atau tidak. Maka disinilah Raymond yang lebih mengenali

Salahuddin memberi nasihat kepada Raja Guy supaya jangan melakukan serangan

tetapi Raja Guy telah dipengaruhi oleh Reynald dan Gerard. Mereka telah melakukan

pujukan dan provokasi terhadap Raja Guy malah mengingatkan tentang

pengkhianatan Raymond kerana pernah membuat perjanjian dengan Salahuddin.

Tindakan tentera Salib meneruskan perjalanan akhirnya membawa bala yang besar

kepada mereka apabila mereka kehilangan sumber bekalan air.

Kemudian tentera Islam mula melakukan serangan dan berjaya menawan Raja

Guy, Reynald, Gerard dan pemimpin kristian yang lain. Manakala Raymond dapat

melarikan diri kerana panglima Salahuddin mengenalinya dan Raymond pulang

semula ke Tripoli.14 Kekalahan ini adalah disebabkan pemimpin kristian yang terlalu

gelojoh dan tidak melakukan perbincangan sesama mereka dengan baik. Sebaliknya

13
Amin Maalouf, The Crussades through Arab Eyes, London: The Thetford Press Ltd, 1984, hlm. 188.
14
Ibid., hlm. 192.
mereka hanya mementingkan perjuangan sendiri daripada bekerjasama untuk

melawan tentera Islam seolah-olah perjuangan mereka untuk merampas Baitulmaqdis

sudah tersasar. Perbalahan antara mereka membuatkan Salahuddin mengambil

kesempatan dengan melakukan pelbagai strategi dan serangan.

Penguasaan umat Islam di kota Baitulmaqdis telah memgejutkan dunia Kristian

serta mengoncangkan institusi gereja. Berita tentang kekalahan tentera salib telah

dibawa oleh Archbishop Joscius yang berlayar dari Tyre ke eropah. 15 Berita yang

dibawa telah disampaikan kepada Paus Urban III menyebabkan Paus rebah kemudian

mati dalam keadaan terkejut. Kemudian, Paus Gregory VIII telah mengambil alih

tugas dan mengisytiharkan Perang Salib Ketiga atau Audita Temendi.16 Tetapi pada

kali ini, pihak gereja sukar untuk menyebarkan dan mendapatkan sokongan daripada

masyarakat kristian tentang Perang Salib Ketiga. Pada perang ketiga, gereja telah

melantik dua orang wakil Paus iaitu Joscius of Tyre dan Kardinal Henry of Albano.

Perkara ini berbeza dengan perang sebelum ini apabila hanya seorang sahaja

yang dilantik. Keadaan ini memungkinkan terdapat perpecahan yang besar dalam

masyarakat kristian pada ketika itu dan gereja terpaksa melantik dua orang wakil

supaya lebih banyak sokongan dapat diperolehi. Ketidaksefahaman antara pemimpin

tentera salib telah menyebabkan mereka banyak mengalami kekalahan dalam

pertempuran Perang Salib kedua dan Ketiga. Kekalahan yang dialami mereka

menjadikan umat Islam dibawah pimpinan Salahuddin terus menguasai dan merampas

semula kawasan-kawasan Islam sebelum ini.

SEMANGAT JIHAD

Salahuddin telah menjadi seorang pejuang Islam yang sangat hebat sehingga

semangat jihad yang ada padanya menjadi perhatian orang ramai. Salahuddin telah

15
Hussain Othman, Salib dan Penjajahan Dunia Islam, Johor: Penerbit UTHM, 2018, hlm. 129.
16
Ibid., hlm. 131.
diangkat pemimpin dan menjadi penyelamat umat Islam pada ketika Perang Salib

Kedua dan Ketiga, Kepahlawanan yang ada dalam dirinya sangat kuat dan

mengerunkan pihak musuh. Salahuddin telah menyeru umat Islam menyambut seruan

Jihad Akbar.17 Salahuddin dilihat seorang pemimpin yang menjadikan jihad sebagai

yang utama dalam kehidupannya. Contohnya, Salahuddin menggunakan setiap dinar

hanya untuk urusan jihad. Salahuddin juga telah menyerahkan seluruh hartanya

sehingga hanya mempunyai satu dinar dan empat puluh dirham sewaktu di

pengakhiran hidupnya.18

Salahuddin juga mempunyai percakapan yang baik sehingga setiap percakapannya

yang keluar hanya berkaitan tentang jihad dan seumpama dengannya. Jika terdapat

orang yang bercerita tentang jihad, Salahuddin akan menjadi pendengar yang setia

malah akan memberi perhatian sepenuhnya. Salahuddin juga akan memberikan

kepercayaan kepada sesiapa sahaja yang mengalakkannya berjihad. Selain itu, untuk

menunjukkan beliau seorang yang berpegang teguh dengan perjuangan jihadnya,

Salahuddin telah meninggalkan segala kemewahan dalam hidupnya. Salahuddin telah

menetap dan tinggal didalam khemah yang serba kekurangan dan dirinya juga

terdedah kepada ancaman kesihatan dan nyawa.19 Sewaktu kerajaan Fatimiyah jatuh,

Salahuddin tidak tinggal di Istana serta tidak memakai pakaian mewah. Beliau

menunjukkan sikap sederhana sebagai seorang pemimpin dan beliau hanya

mementingkan perjuangan untuk berjihad sehingga berjaya mengalahkan tentera salib.

Cita-cita beliau adalah mahu menguasai semula kota Baitulmaqdis yang berada

dibawah penguasaan tentera salib. Setiap tindakan yang dilakukan oleh Salahuddin

adalah kerana mahu berjihad untuk membebaskan kota Baitulmaqdis. Salahuddin

17
Eka Maharani, Kepemimpinan Shalahuddin Al-Ayyubi dan nilai- nilai pendidikan islam yang
terkandung didalamnya, Latihan Ilmiah, Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan, Universiti Islam Negeri
Syarif Hidayatullah, Jakarta, 2018, hlm. 39.
18
Hussain Othman, Salib dan Penjajahan Dunia Islam, Johor: Penerbit UTHM, 2018, hlm. 106.
19
Ibid., hlm. 105.
tidak memandang kepada kemewahan dan juga kesenangan walaupun merupakan

seorang pemimpin. Semangat jihad Salahuddin telah menjadi contoh kepada tentera

Islam yang lain untuk turut serta dalam setiap siri pertempuran. Salahuddin telah

melihat Nuruddin sebagai contohnya kerana Nuruddin seorang yang ikhlas dan

mempunyai perasaan yang kuat terhadap persoalan-persoalan agama.20

PASUKAN DAN SENJATA SALAHUDDIN AL-AYUBBI


Kemenangan tentera Islam dalam mendepani tentera salib adalah kerana

mempunyai persiapan yang cukup rapi, teknik pertempuran, senjata dan mempunyai

benteng pertahanan yang kuat. Pasukan tentera Islam terdiri dari kalangan

sukarelawan, askar wajib, jeneral serta pasukan professional. Salahuddin mempunyai

pasukan yang terdiri daripada gabungan professional dari Kurdi, Turki dan Mamluk.

Selain itu, saudara mara, sepupu serta ahli keluarganya juga telah diberi kepercayaan

untuk diletakkan di seluruh kawasan kekuasaannya manakala di wilayah bukan

kekuasaanya adalah dengan menundukkan kerajaan tersebut. Salahuddin telah

menggunakan khidmat pasukan jihad sukarelawan atau mitathawwi’ah didalam


21
Perang Hittin. Pasukan jihad tersebut sangat dikenali kerana merupakan mereka

yang menjauhi dunia dan kelompok sufi.

Selain itu, pasukan Salahuddin juga mempunyai senjata dan baju besi yang

berguna. Senjata bauta Ibn Al-Abraqi dari Alexandria telah digunakan pada zaman

Salahuddin seperti panah. Pada zaman tersebut juga terdapat mesin seperti pelempar

batu, menara tinjau dan alat memecahkan pintu secara paksa. 22 Ketika zaman

Salahuddin, beliau menggunakan alat perang seperti Ketapel. Ketapel adalah alat yang

20
Eka Maharani, Kepemimpinan Shalahuddin Al-Ayyubi dan nilai- nilai pendidikan islam yang
terkandung didalamnya, Latihan Ilmiah, Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan, Universiti Islam Negeri
Syarif Hidayatullah, Jakarta, 2018, hlm. 30.
21
Eka Puji Lestari, Strategi Shalahuddin Al-Ayyubi dalam mengambil alih Yerusalem 1187-1192
masihi, Latihan Ilmiah, Fakultas Adab dan Humaniora, Universiti Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya,
2020, hlm. 95.
22
Ibid., hlm. 96.
boleh melemparkan batu besar sehingga kota atau menara milik musuh runtuh.

Penggunaan senjata jarak dekat seperti Dabbus, Amud, Tabar, Jukan dan Khanjar

juga digunakan kerana kesemuanya diperbuat daripada besi. Baju besi juga telah

digunakan secara meluas dalam pertempuran. Baju besi mampu melindungi sesiapa

yang memakainya daripada terkena serangan pedang atau panah. Namun, baju besi ini

sangat terhad dan tidak semua tentera boleh memakainya kerana ia menjadi hak utama

kepada golongan atasan. Kemudian, benteng-benteng pertahanan turut dibina untuk

dijadikan kawasan perlindungan daripada serangan musuh. Benteng dibina dari batu

bata yang kukuh dapat menghalang dan melambatkan serangan musuh.

KESIMPULAN
Konklusinya adalah, tentera salib tidak berjaya untuk untuk mendepani tentera

Islam pada era Salahuddin al-Ayyubi kerana pelbagai faktor yang mengahalang usaha

mereka seperti kepimpinan Salahuddin yang baik, semangat Jihad Salahuddin yang

begitu kuat, ketidaksefahaman dikalangan pemimpin kristian serta senjata dan

pasukan Salahuddin yang mantap menjadikan tentera salib tewas. Tentera salib hanya

berjaya memenangi Perang Salib Pertama kerana ketiadaan pahlawan Islam yang

hebat pada ketika itu. Tentera Salib mula mengalami kekalahan teruk sewaktu zaman

Salahuddin. Tentera salib telah kalah di Baitulmaqdis dan menyerahkan semula kota

tersebut kepada tentera Islam. Kemenangan tentera Islam mendapatkan semula kota

tersebut adalah kemuncak dalam sejarah Perang Salib Pelbagai usaha telah dilakukan

oleh tentera kristian untuk memastikan Salahuddin tewas dalam pertempuran tetapi

tidak berjaya. Namun selepas kematian Salahuddin, Perang Salib masih berterusan

dan berlanjutan sehingga ke kawasan seperti asia tenggara. Kesan dan akibat daripada

Perang Salib membuatkan kedua-dua penganut agama Islam dan Kristian berada

dalam keadaan trauma.


BIBLIOGRAFI
Amin Maalouf. London. The Crussades through Arab Eyes. 1984: The Thetford Press
Ltd,.

Hussain Othman. 2018. Salib dan Penjajahan Dunia Islam,. Johor: Penerbit UTHM.

W.B. Stevenson. 1968. The Crussaders in The East. Beirut: Cambridge University
Press.

Mohd Roslan Mohd Nor & Nor Shakila Mohd Noor. 2012. "Perang Salib dan
Kejayaan Salahuddin Al-Ayubi mengembalikan Islamic Jerusalem kepada
umat Islam." Jurnal Al-Tamaddun 61-74.

Eka Maharani. 2018. Kepemimpinan Shalahuddin Al-Ayyubi dan nilai- nilai


pendidikan Islam yang terkandung didalamnya. Latihan Ilmiah, Jakarta:
Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah.

Eka Puji Lestari. 2020. Strategi Shalahuddin Al-Ayyubi dalam mengambil alih
Yerusalem 1187-1192 masihi. Latihan Ilmiah, Surabaya: Universiti Islam
Negeri Sunan Ampel.

Anda mungkin juga menyukai