Anda di halaman 1dari 12

KV MUADZAM SHAH PAHANG

NAMAKOD KURSUS(A06300) NO: IC

FARAH ELLYANA
TAJUK TUGASAN: BINTI LIKI AL AYYUBI
TOKOH SALAHUDDIN 010329-06-0228
MALIKI
DISEDIAKAN OLEH : FARAH ELLYANA BINTI LIKI MALIKI

KELAS/SEMESTER : 2BPP/SEMESTER 3

Bil PENSYARAH
NAMA : PUAN Isi Kandungan
FARIDAH BINTI DASUKI M/S
1. Pendahuluan 3
2.
TARIKH i. Latar Belangkang
HANTAR : 20Salahuddin
FEBRUARY Al Ayyubi
2018 4
ii. Sifat Peribadi Salahuddin Al Ayyubi
5-6
iii. Bukti Kegigihan Salahuddin Memnuntut Ilmu
iv. Sumbangan Salahuddin Dalam Bidang Pilitik, Social Dan Ekonomi 7
8-9
3. Kesimpulan / Iktibar Yang Dapat Diambil 10
4. Rujukan 11

1
Pendahuluan

Kisah beliau ini bermula dari saat kelahirannya sehinggalah beliau meninggal dunia.
Diterangkan pula kisah perjuangan Salahuddin Al-Ayubi menentang musuh-musuh Islam
terutamanya semasa perang Salib. Selain itu, Salahuddin seorang yang warak dan zuhud. Beliau
berpaling daripada hidup senang-lenang kepada hidup yang serba sederhana. Beliau juga seorang
pemerintah yang berwibawa. Beliau sentiasa mencari jalan untuk menguatkan pasukan tentera
serta berbincang dengan sesiapa yang menyuarakan pendapatnya mengenai persediaan perang.
Dalam menjayakan usaha jihad, beliau sanggup meninggalkan rumah kediaman dan keluarga,
serta memilih kehidupan dalam khemah tentera.(Abdul Latip Talib:2)

2
I. Latar belangkang salahuddin al ayyubi

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa. Pendidikannya juga
seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri.
Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib
bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela
akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat
sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang
governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang
tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak
yang mulia.

Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada
zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin
agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk

3
mara ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung
di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa
Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di
bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang
dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-
Baqarah:216)

II. Sifar peribadi salahuddin al ayyubi

1. Tidak Bangga Diri – sifat ini telah wujud dalam dirinya salahuddin al-ayubi semenjak beliau
kecil lagi. ini kerana hasil sentuhan didikan nilai-nilai agama yang diberikan oleh ayah
salahuddin al-ayyubi kepada beliau.
Ini dapat dibuktikan apabila Lane-poole ahli sejarah ingggeris yang menulis menenagi salahudin
mencatatkan “ sabagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki
tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba
tiba,sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran
golongan bangsawan”
2. Memiliki Visi Dan Misi Yan Jelas-salahuddin bercita-cita mahu menawan semula baitul
maqdia dari tangan tentera salib yang mengusai baitul maqdis hampir 800 tahun, jadi beliau
merancang menguatkan tentra Islam dari segi kekuatan fizikal dengan pelbagai ilmu ketenteraan
serta persiapan perang. Dari segi kerohanian pula salahuddin sangat menitikan beratkan soal soal
agama kepada tenteranya . serta menyatupadukan semua panduduk Islam terlebih dahulu
sebelum memulakan visinya mahu menawan salah satu tempat suci umat islam itulah Baitul
Maqdis

4
3. Mampu Lakukan Semua Tugas- salahuddin al-ayyubi bukanya jenis pemipin yang hanya tahu
mengarahkan orang bawahanya melakukan semua tugas tetapi seorang pemimpin yang sanggup
turun padang sendiri dan bersama-sama tenteranya dalam melakukan tugas . contohnya ,
salahuddin al-ayubbi sendiri menyamar sebagai penduduk kampong dalam ushanya
mendapatkan maklumat untuk menawan kota Baniyas . salahuddin juga yang menyoal selidik
pagawai tentera salib yang berjaya di tawan oleh tentera Islam untuk mendpatkan maklumat.
4. Bijak Dalam Mengatur Strategi Peperangan dan helah –salahudin alayyubi selalu mengikut
cara nabi Muhammad S.W.A berperang dalam semua misi peperangan. Ini salah satu factor
kejayaan peperangan yang dilakukan oleh sultan salhuddin al-ayyubi.contohnya salahuddin al-
ayyubi menggunakan jalan yang tidak pernah dilalui oleh orang dalam perjalanan menuju ke
medan peperangan dan tektik ini di gunakan untuk megelirukan musuh .
5. Sentisa Patuh Pada Ajaran Agama Islam- salahuddin bukan sahaja mengamalkan sunnah
rasullah seperti, sentisa berpuasa dalam kempen memerangi tentera salib, beliau juga sangat
menitik bertakan ajran Islam .contohnya ketika misi menawan kota sinjiran , di bairut, panglima
muluk mencadangkan agar meracun sungai yang digunakan oleh pihak musuh sumber bekalan
air, tetapi salahuddin melarang panglima muluk berbuat demikian kerana islam tidak
membenrkan berbuat demikian dan juga demi kemaslahatan penduduk islam lain yang turut
menggunakan sungai tersebut. Beliau juga melarang panglima perangnya menggunakan rasuah
dalam misi menawan sesebuah Negara.
6. Sentisa Berbincang Dengan Orang Bawah- salahuddin sentisa mendengar pandangan dan
berbincang dengan orang bawahanya sebelum membuat sesauatu keputusan. cth: ketika misi
penawan bairut ,sebelum serangan di lakukan salahddin berbincang dengan ketua2 pasukan
tentera islam berkaitan strategi yang akan di lakukan. Berkerjasama antara satu pasukan dengan
lain bila memerlukan bantuan , untuk pastikan kejayaan dalam sesuatu misi yang di jalankan .
7. Tidak mudah putus asa - contonya semasa misi penawanan tawan benteng khusnul ahzan ,
tentra salahuddin bagi tahu beliau sukar untuk menawan benteng yang terlalu kukuh n di
kawan rapi oleh tentraa salib. Pelbagi usaha yang telah dilakukan namun masih gagal menawan
benteng tersebut. Salahuddin tidak berputus asa dan berushan antaranya ushan belaiu menyamar
untuk dapat kan mklumat tentang benteng ahzan ,berjalan di sekitar kampung yang berhampiran
untuk tahu kelemehan musuh akhirnya belaiu dan tentera islam berjaya menawan benteng
tersebut.
8. Bercita-Cita Tinggi – semenjak usia beliau masih muda lagi salahuddin dah ada cita cita yang
besar untuk merampas kembali kota suci baitul maqdia dari tangan kristian.

5
9. Bersederhana – beliau di gambarkan seorang yang sangat wara’ dan bersedarhana dalam
kehidupnya walaupun sudah bergelar sultan. Contohnya , ketika salahuddin al-ayyubi
menghembuskan nafas terakhir diceritakan hartanya hanya tinggal 1 dinar dan 47 diham , yang
tidak cukup untuk kos pengebumian beliau.
10. Tidak Leka Dengan Pujian – salahuddin al-yubbi menerima banyak pujian dan sanjugan atas
kejayaan beliau menawan beberapa kubu kuat tentera salib tetapi beliau tidak pernah leka dengan
pujian tersebut, bahkan salahuddin sentiasa meningkatkan strategi peperangan,dan kelegkapan
peperangan dalam misi menwan Jerusalem.

III. Bukti Kegigihan Salahunddin Al Ayyubi Dalam Menuntut Ilmu

Salahuddin al-ayyubi mempunyai jiwa pejuang yang ilmuwan. Keilmuan al-ayyubi sejak
die kanak-kanak. Dia memilik asas pengetahuan agama yang kukuh dan mengtahui setaip kaum
arab serta adat-adat meraka. Bahkan dia mengatahui sifat kuda arab walaupun beretnik kurd,
utara Iraq. Disamping al-quran, dia banyak menghafal syair Arab.

Salahuddin mempunyai pengatahuan luas dan gemar mendalami bidang akidah, ilmu hadis,
sanad dan perawinya, syariah dan usul fiqah dan tafsir al-quran. Salahuddin seorang yang mudah
mengalirkan air mata kerana Allah kerana terlalu sibuk memperjuangkan kesejahteraan umat, dia
tidak sempat mengerjakan ibadah haji walaupun dia serinkali mengungkapkan kerinduannya
untuk mengerjakan haji.

Salahuddin amat mementingkan ilmu pengatahuan. Dia sendiri mengajarkan pelajaran akidah
kepada anak-anaknya. Dirinya sendiri mahir dalam sejarah, dunia dan sastera. Dia mampu
memberikan syair-syair yang dibacakan dihadapannya. Dia berpesan kepada para pegawalnya
agar menjemput masuk para ilmuwan dan ahli tasawuf yang melintas ke dalam khemahnya
kerana kasihnya dia akan golongan ini.

Dikatakan Salahuddin tidak pernah meninggalkan solat berjemaah kecuali dalam 3 hari terakhir
hayatnya kerana dia tidak sedarkan diri.

Raja Salahuddi Al ayyubi tidak punya harta. Sebab itu dia tidak pernah mengeluarkan zakat,
kerana memang tidak punya harta untuk dizakatkan. Raja besar ini juga mati dalam keadaan

6
tidak punya harta. Pernah suatu ketika Salahuddin menegaskan : “Mungkin ada kalangan
manusia, orang yang melihat harta dan tanah sama sahaja baginya.” Menurut Ibnu Syaddad.
Kata-kata ini sebenarnya ditujukan kepada dirinya sendiri.

7
IV. Sumbangan Salahuddin Al Ayyubi Dalam Bidang Pilitik, Sosial Dan Ekonomi

POLITIK

1. Menentang tentera Salib Mula menyertai peperangan pada tahun 1164 Masihi bersama
bapa saudaranya, Sirkuh Ayyubi pada zaman khalifah Nur al-Din. Berjaya menewaskan tentera
Salib di bawah pimpinan Amaury I. Pada tahun 1169 Masihi, beliau telah menewaskan tentera
Salib di Mesir kerana tentera salib melanggar perjanjian damai yang dimeterai. Dilantik sebagai
panglima angkatan tentera Syria selepas kematian Sirkuh Ayyubi. Perlantikan ini membawa
kepada kegemilangan dan kemasyhurannya. Dari tahun 1189 hingga 1192 Masihi, beliau berjaya
mengalahkan tentera Salib yang dipimpin oleh Raja Richard, Raja Frederick dan Raja Philip.
Beliau dianggap sebagai sultan yang mengembalikan keagungan empayar Islam kerana dengan
kekuatan tentera Islam, beliau berjaya menghadapi tentera salib.

2. Membebaskan Kota Baitulmuqqadis Perang bermula sebagai tindak balas terhadap


tentera Perancis yang kejam terhadap pedagang (kafilah) Islam. Berlaku pertempuran dengan
tentera Salib di Hittin dan kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Seramai 10000 orang
tentera Salib terbunuh. Beliau menyerang raja Baitulmuqqadis yang hanya dikawal 150 orang
pahlawan. Raja Baitulmuqqadis berjaya ditawan dan dihantar ke Damsyik. Beliau mengarahkan
Raja Baitulmuqqadis iaitu Guy of Lusignan dan pemerintah Karak iaitu Raynald supaya
mengadapnya. Beliau kemudian memancung kepala Raynald kerana sikap biadapnya menghina
Nabi Muhammad SAW dan umat Islam. Tentera Islam menguasai wilayah tentera Salib seperti
Akka, Tabnin, Saida, Beirut, Asqalan, al-Ramlah, al-Darum, Ghazzah, Baitul Laham, al-Natrun
dan Baitulmuqqadis. Akhirnya perjanjian damai ditandatangani, tentera Salib dikehendaki keluar
dari Baitulmuqqadis dalam tempoh 40 hari dan beliau mendapat hak menduduki seluruh wilayah
Palestin.

8
3. Membangun dan memulihkan Negara. Sebagai pengasas Dinasti Ayyubiyyah, beliau
memindahkan pusat pemerintahan ke Mesir yang kekal selama 350 tahun. Memulih benteng kota
Kaherah dengan diawasi oleh al-Tawasy Bahauddin untuk mempertahankannya daripada
serangan musuh. Kubu turut dibina di Sinai. Membangunkan Pulau al-Raudah dan al-Gizah.
Petempatan disediakan dengan kemudahan yang lengkap. Terdapat pasar minggu pada setiap hari
Ahad. Menubuhkan Diwan Armada untuk menyelia urusan pembinaan kapal-kapal perang dan
armada perang yang besar. Memperkukuhkan Kota Iskandariah bagi mengelakkan serangan
tentera Salib dari Perancis.

SOSIAL

1. Kesihatan Membina sebuah hospital iaitu Bimaristan al-Atiq yang diubah suai daripada dewan
istana yang dibina oleh Al-Aziz bin al-Muiz. Sebuah gedung ubatan disediakan bagi
membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada para pesakit. Hospital
tersebut juga mempunyai ruang khas untuk pesakit wanita. Wad pesakit mental disediakan jaring
besi bagi mengelakkan pesakit lain terganggu.

2. Pendidikan Membina banyak sekolah dan menjemput ulama/cerdik pandai. Memperkenalkan


system pendidikan pra-sekolah yang dikenali sebagai al-Khatib. Pelajar diajar al-Quran, seni
khat, asas matematik, syair dan solat. Mengutamakan pendidikan berasaskan mazhab Sunni dan
menghapuskan kepercayaan karut. Mewakafkan sebanyak 32 buah kedai untuk dijadikan
sekolah. Turut membiayai gaji guru.

3. Agama Beliau banyak berusaha menyebarkan agama Islam. Oleh itu beliau mengambil berat
tentang keutuhan dan kesucian agama Islam. Beliau mendirikan masjid di merata-rata tempat.
Masjid dijadikan pusat pembelajaran khususnya ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir. Contohnya
masjid Amru al- As. Beliau juga melaksanakan undang-undang Islam dan mengembalikan
semula pengaruh mazhab Sunni di Meris.

EKONOMI

1. Beliau mengambil pelbagai langkah berkesan untuk menambah sumber pendapatan negara.
Antara sumbanganya ialah mengemaskinikan sistem pencukaian. Kutipan Jizyah dikutip
daripada golongan bukan Islam, cukai Fidyah dibayar oleh tawanan perang bagi menembus diri

9
dan harta benda. Khazraj, iaitu cukai tanah juga dikutip. Beliau juga menggalakkan sistem
ekonomi terutamanya sektor pertanian. Beliau menyediakan dan menyelenggarakan sistem
pengairan dan teknik-teknik pertanian. Selain itu, beliau juga menjadikan Mesir sebagai pusat
pertemuan pedagang dengan membina banyak pasar di Mesir dan Syria.

Kesimpulan / Iktibar Yang Dapat Diambil

Kepemimpinan Salahuddin Al Ayyubi adalah kepemimpinan yang luar biasa,


kepemimpinan beliau tidak bisa dikategorikan pada jenis-jenis kepemimpinan yang dibuat orang-
orang barat, mungkin seharusnya para cendekiawan harus menemukan kategori kepemimpinan
untuk memasukan kepemimpinan yang luar biasa seperti Salahuddin Al Ayyubi yang begitu
tegas tetapi juga rendah hati dan toleran. Banyak masterpiece yang sudah dilakukan oleh beliau
seperti perayaan maulid yang seperti kita tahu bahwa acara demikian secara simblis mengartikan
untuk kebersatuan umat islam untuk kembali menggelorakan semangat berjihad seperti halnya
yang dilakukan oleh kanjeng Nabi Muhammad SAW. selain itu Al Ayyubi juga mendirikan
lembaga pendidikan Al Azhar yang seperti kita tahu bahawa kemahsyuran pendidikannya
didengar seantero dunia.

10
( Salahuddin Al Ayyubi )

Rujukan

Rujukan buku : modul pendidikan islam sem 3

Rujukan internet : http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/03/biodata-dan-sejarah-


ringkas-salahuddin.html#ixzz57SAKEfl4

11
12

Anda mungkin juga menyukai