Anda di halaman 1dari 11

Kolej Vokasional Kudat ,Jln SM Teknik, 89050

Kudat, Sabah , XKA5001

Nama : Siti Nursyahidah Bt Zahari

Nama Mata pelajaran : Pendidikan Agama Islam

Tajuk : Salahuddin al-Ayubi

No.IC : 020301-02-0186

Kursus : ISK SVM 2

Nama Pensyarah : Ustazah Eylia Syzana Binti Mohd Yunus


I
RIWAYAT HIDUP SALAHUDDIN AL-AYUBI

Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, Atau Saladin –
menurut panggilan orang Barat– lahir pada tahun 1137M, di kota Tikrit, berhampiran dengan
Sungai Tigris, kira-kira 140 km dari kota Baghdad.

Beliau dari suku bangsa Kurdish dan semasa dilahirkan keluarganya dihalau dari Tikrit oleh
pemerintah Baghdad kerana dituduh pengkhianat. Dalam perjalanan ke Alleppo Salahudin
dilahirkan sehingga ayahnya berkata Anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan. Aku
bimbang kelahirannya membawa sial. Tidak siapa menyangka bayi itu menjadi pahlawan
terbilang.

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti
orang lain, belajar ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada
seorangpun yang menyangka suatu hari nanti dia akan merampas kembali bumi Palestin
dari tentera Salib. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi
pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-
jalannya ke arah itu.

Kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, kemudian
dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh kerajaan
Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa berat hati hendak
berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo. Sesungguhnya Allah perancang yang
Maha Bijaksana seperti yang termaktub dalam Al Quran; Boleh jadi kamu membenci
sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia
amat buruk bagimu (Al-Baqarah:216).

Apabila Salahudin sampai di Mesir keadaan tiba-tiba berubah. Dia yakin Allah telah memberi
tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Baitul Muqaddis dari penaklukan Kristian.
Dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan dunia.

Stanley Lane Poole mencatatkan bahawa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada
yang lebih keras. Dia bertambah warak dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan
sederhana. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup sederhana
yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk
membina kekuatan Islam bagi menawan semula Jerusalem. Salahuddin pernah berkata,
Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin DIA juga bermaksud Palestin
untukku. Ini menyebabkan DIA memenangkan perjuangan Islam.

Sehubungan dengan itu Salahudin telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Fikiran
Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin, jurutulis Sultan
Salahudin mencatatkan, semangat Salahuddin sentiasa berkobar-kobar untuk berjihad
menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling
digemarinya.Dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan
tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa
yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian.
Sehubungan dengan ini dia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana
bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat
kepercayaannya. Apabila dia telah memulakan jihad melawan tentera salib dia akan
menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat
tenteranya

Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak. Dia akan
bergerak dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam usaha menaikkan semangat
tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Dia sanggup pergi ke pelosok tanah
air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam.
Ketika perang berlansung dia lebih suka berpuasa. Semasa mengepung Acre dia demam
namun tetap berpuasa. Doktor peribadinya berkata bahawa Salahuddin hanya berbuka
dengan beberapa suap makanan sahaja kerena tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu.

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk
menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-
sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis Hajatnya tercapai pada hari jumaat, 27
Rajab, 583H, iaitu pada hari Israk Mikraj, Salahuddin telah memasuki Masjidil al Aqsa.

Dalam catatan Bahauddin menyatakan inilah hari kemenangan atas kemenangan. Ramai
orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang
merayakan kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir
semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada
Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan Allahhu
Akbar dan Tiada tuhan melainkan Allah telah bergema ke angkasa.
SIFAT PERIBADI SALAHUDDIN AL-AYUBI

Antara sifat atau ciri kepimpinan Salahuddin AL- Ayyubi yang menjadikan beliau seorang
hebat adalah :

1.Tidak Bangga Diri – sifat ini telah wujud dalam dirinya salahuddin al-ayubi semenjak
beliau kecil lagi. ini kerana hasil didikan nilai-nilai agama yang diberikan oleh ayah
salahuddin al-ayyubi kepada beliau.

Ini dapat dibuktikan apabila Lane-poole ahli sejarah ingggeris yang menulis mengenai
salahudin mencatatkan “ sabagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang
menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang
bakal tiba , sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi
kelesuan pemikiran golongan bangsawan”

2.Memiliki Visi Dan Misi Yan Jelas - salahuddin bercita-cita mahu menawan semula baitul
maqdis dari tangan tentera salib yang menguasai baitul maqdis hampir 800 tahun, jadi
beliau merancang menguatkan tentera Islam dari segi kekuatan fizikal dengan pelbagai ilmu
ketenteraan serta persiapan perang. Dari segi kerohanian pula salahuddin sangat menitikan
beratkan soal soal agama kepada tenteranya . serta menyatu padukan semua panduduk
Islam terlebih dahulu sebelum memulakan visinya mahu menawan salah satu tempat suci
umat islam itulah Baitul Maqdis

3. Mampu Lakukan Semua Tugas - salahuddin al-ayyubi bukanya jenis pemimpin yang
hanya tahu mengarah orang bawahanya melakukan semua tugas tetapi seorang pemimpin
yang sanggup turun padang sendiri dan bersama-sama tenteranya dalam melakukan tugas .
contohnya , salahuddin al-ayubbi sendiri menyamar sebagai penduduk kampung dalam
ushanya mendapatkan maklumat untuk menawan kota Baniyas . salahuddin juga yang
menyoal selidik pagawai tentera salib yang berjaya di tawan oleh tentera Islam untuk
mendapatkan maklumat.

4. Bijak Dalam Mengatur Strategi Peperangan dan helah –salahudin alayyubi selalu
mengikut cara nabi Muhammad S.A.W berperang dalam semua misi peperangan. Ini salah
satu faktor kejayaan peperangan yang dilakukan oleh sultan salhuddin al-ayyubi.contohnya
beliau menggunakan jalan yang tidak pernah dilalui oleh orang dalam perjalanan menuju ke
medan peperangan dan tektik ini di gunakan untuk megelirukan musuh .

5. Sentisa Patuh Pada Ajaran Agama Islam - salahuddin bukan sahaja mengamalkan
sunnah rasullah seperti sentisa berpuasa dalam kempen memerangi tentera salib, beliau
juga sangat menitik beratkan ajaran Islam .contohnya ketika misi menawan kota sinjiran , di
bairut, panglima muluk mencadangkan agar meracun sungai yang digunakan oleh pihak
musuh sumber bekalan air, tetapi salahuddin melarang panglima muluk berbuat demikian
kerana islam tidak membenrkan berbuat demikian dan juga demi kemaslahatan penduduk
islam lain yang turut menggunakan sungai tersebut. Beliau juga melarang panglima
perangnya menggunakan rasuah dalam misi menawan sesebuah Negara.

6.Sentisa Berbincang Dengan Orang Bawah - salahuddin sentisa mendengar pandangan


dan berbincang dengan orang bawahanya sebelum membuat sesauatu keputusan. cth:
ketika misi penawan bairut ,sebelum serangan di lakukan salahddin berbincang dengan
ketua2 pasukan tentera islam berkaitan strategi yang akan di lakukan. Berkerjasama antara
satu pasukan dengan lain bila memerlukan bantuan , untuk pastikan kejayaan dalam
sesuatu misi yang di jalankan .

7. Tidak mudah putus asa - contonya semasa misi penawanan tawan benteng khusnul
ahzan , tentra salahuddin bagi tahu beliau sukar untuk menawan benteng yang terlalu
kukuh n di kawan rapi oleh tentraa salib. Pelbagi usaha yang telah dilakukan namun masih
gagal menawan benteng tersebut. Salahuddin tidak berputus asa dan berushan antaranya
ushan belaiu menyamar untuk dapat kan mklumat tentang benteng ahzan ,berjalan di
sekitar kampung yang berhampiran untuk tahu kelemehan musuh akhirnya belaiu dan
tentera islam berjaya menawan benteng tersebut.

8. Bercita-Cita Tinggi – semenjak usia beliau masih muda lagi salahuddin dah ada cita cita
yang besar untuk merampas kembali kota suci baitul maqdia dari tangan kristian.

9. Bersederhana – beliau di gambarkan seorang yang sangat wara’ dan bersedarhana


dalam kehidupnya walaupun sudah bergelar sultan. Contohnya , ketika salahuddin al-ayyubi
menghembuskan nafas terakhir diceritakan hartanya hanya tinggal 1 dinar dan 47 diham ,
yang tidak cukup untuk kos pengebumian beliau.

10.Tidak Leka Dengan Pujian – salahuddin al-yubbi menerima banyak pujian dan sanjugan
atas kejayaan beliau menawan beberapa kubu kuat tentera salib tetapi beliau tidak pernah
leka dengan pujian tersebut, bahkan salahuddin sentiasa meningkatkan strategi
peperangan,dan kelegkapan peperangan dalam misi menwan Jerusalem.
KEGIGIHAN SALAHUDDIN AL-AYUBI DALAM MENUNTUT ILMU

Salahuddin Al-ayubi mempunyai jiwa pejuang yang ilmuan . Keilmuannya Terserlah sejak
dia kanak-kanak . Dia memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh dan mengetahui
setiap suku kaum Arab serta adat mereka. Di samping al-quran dia banyak menghafal syair
Arab .

Salahuddin mempunyai pengetahuan luas dan gemar mendalami bidang aqidah ilmu hadis
sanad dan perawinya syariah dan Usul Fiqh dan tafsir al-quran .
Salahuddin seorang yang mudah mengalirkan air mata kerana Allah . Kerana terlalu sibuk
memperjuangkan kesejahteraan umat dia tidak sempat mengerjakan ibadah haji walaupun
dia seringkali mengungkapkan kerinduannya untuk mengerjakan haji .

Salahuddin amat mementingkan ilmu pengetahuan .Dia sendiri mengajarkan pelajaran


akidah kepada anak-anaknya .Dirinya sendiri mahir dalam sejarah dunia dan sastera . Dia
mampu memberikan kritikan terhadap syair-syair yang dibacakan di hadapannya . Dia
berpesan kepada para pengawalnya agar menjemput masuk para ilmuwan dan ahli tasawuf
yang melintas ke dalam khemahnya kerana kasihnya dia akan golongan ini .

Dikatakan Salahuddin tidak pernah meninggalkan solat berjemaah kecuali dalam tiga hari
terakhir hayatnya kerana dia tidak sedarkan diri .

Raja Salahuddin al-ayyubi tidak punya harta. Sebab itu dia tidak pernah mengeluarkan zakat
kerana memang tidak punya harta untuk dizakatkan .Raja besar ini juga mati dalam
keadaan tidak punya harta . Pernah suatu ketika Salahuddin menegaskan “Mungkin ada
dalam kalangan manusia orang yang melihat harta dan tanah sama sahaja baginya “
Menurut Ibnu Syaddad kata-kata ini sebenarnya ditujukan kepada dirinya sendiri.
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYUBI KEPADA TAMADUN ISLAM

Selepas berjaya menguasai Mesir beliau mula menumpukan perhatian Untuk kembali
menguasai jerusalam ataupun baitulmaqdis yang ketika itu dikuasai oleh pihak Kristian .
Untuk tujuan itu beliau mula menjalankan kempen kempen ketenteraan terhadap wilayah-
wilayah Islam yang lain dengan tujuan untuk menyatupadukan Tentera Islam di bawah satu
Panji serta memantapkan lagi barisan tentera Islam . Setelah merasakan tentera Islam
cukup kuat bila mula menggerakkan tentera Islam menentang pihak Kristian atau lebih
dikenali sebagai tentera salib kerana mereka memakai pakaian yang berlambang salib serta
membawa palang palang salib yang besar Ketika berperang . Siri peperangan ini telah
Dicatatkan di dalam sejarah sebagai perang salib .

Terdapat beberapa sumbangan Salahuddin al Ayyubi kepada Tamadun Islam antaranya


ialah perang salib pertama, perang salib kedua, penawanan Baitul maqdis Dan Perang salib
ketiga.

Perang salib pertama


Perang salib pertama berlaku ketika penawanan Baitul maqdis oleh tentera salib. Ketika itu
pihak tentera salib yang berjaya menguasai Kota itu telah menunjukkan sifat tidak
berperikemanusiaan di mana kanak-kanak, perempuan .serta orang tua turut dibunuh dan
mereka bergelimpangan di sekitar kawasan.

Perang salib kedua


Berlaku semasa peperangan Hittin Di mana pertempuran ini berlaku di kaki bukit hittin di
Tiberias di antara tentera Islam pimpinan Salahuddin al-ayyubi sendiri dan tentera salib yang
dipimpin oleh raja Kristian yang memerintah Jerusalem serta beberapa pembesar Kristian
yang lain seperti Guy dari Lusignan dan Raynald dari Chatillon.

Penawanan baitul maqdis


Setelah hampir 88 tahun (ataupun 92 tahun) Kota baitul maqdis dikuasai pihak Kristian, ada
tanggal 27 Rejab 583h Hijrah, Salahuddin bersama tentera Islam pimpinannya telah berjaya
memasuki kota Baitul maqdis. Laungan “Allahuakbar” telah bergema menguasai
persekitaran langit dan bumi ketika itu. Betapa besarnya Kejayaan yang telah diperolehi
tentera Islam pimpinan Salahuddin al-ayyubi ketika itu.

Perang salib ketiga


Telah meletus setelah berita kejayaan Salahuddin Al Ayubi menguasai jerusalam sampai ke
pengetahuan para pemimpin Kristian yang lain . para panglima besar Kristian serta raja-raja
Kristian yang lain telah bersekutu Dibawah Panji salib Untuk menggempur kembali serta
menawan semula jerusalam .Kesemua tentera di bawah pimpinan raja-raja Kristian besar
telah bergerak dan menggempur Kota jerussalam .

Setelah hampir selama 5 tahun kedua-dua pihak menjadi Letih dan lesu akibat peperangan
yang tidak kunjung tiada penamatnya , Satu perjanjian telah dibuat pada tahun 1192 masihi
di antara Salahuddin al-ayyubi dan pihak Kristian yang dinamakan perjanjian Ramla.
Perjanjian ini telah mengakui bahawa Salahuddin sebagai pemerintah jerusalam yang sah
dan seluruh Jerusalem dikuasainya kecuali sebuah bandar iaitu acra dikuasai oleh pihak
Kristian.
IKTIBAR DARIPADA SEJARAH SALAHUDDIN AL-AYUBI

Sifat kepahlawanan Salahuddin Al-Ayubi sentiasa menjadi contoh dan tauladan yang baik
kepada setiap orang Islam di dunia ini. Sebagai manusia biasa, kita harus menjadikan
tokoh-tokoh ternama seperti Salahuddin Al-Ayubi sebagai contoh terbaik untuk terus maju
ke hadapan tanpa dipandang hina oleh orang luar. Keperibadian beliau terserlah sejak
beliau masih remaja. Beliau juga banyak belajar tentang agama Islam sejak kecil lagi.
Seperti kata-kata Saidina Umar bin Al-Khattab:
“Ajarkan anak-anak kalian berenang, memanah (menembak), seni mempertahankan diri dan
menunggang kuda.”
Sifatnya yang suka merendah diri menjadikan beliau sentiasa dihormati dan disayangi oleh
penduduk Islam ketika itu. Beliau sentiasa menumpukan segala usaha dan tenaganya
kepada satu tujuan iaitu membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi menghalau keluar
kaum Kristian dari Baitul Maqdis. Seterusnya, di medan perang,Salahuddin kelihatan seperti
seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya
bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya
berjuang kerana Allah. Selain itu, sifat penyayang dan belas kasihan Jerusalem jauh
berbeza dengan tentera Salib. Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-
orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya juga amat bertanggungjawab, menjaga
peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan walaupun tehadap orang-
orang Kristian. Selain itu, Salahuddin Al-Ayubi juga seorang yang pemurah. Kesemua wang
yang diperolehinya habis diberikan kepada mereka yang memerlukan. Dia juga tidak
terpengaruh dengan harta. Semasa mengambil alih pemerintahan Mesir, Khalifah Adhid
banyak meninggalkan harta namun dia tidak mengambilnya. Selain itu, harta-harta
rampasan perang juga dibahagikan kepada tenteranya. Ketika meninggal dunia, beliau tidak
memiliki sebuah rumah dan wang simpanannya hanya empat dinar sahaja.
Daripada kisah perjalanan hidup tokoh Islam iaitu Salahuddin Al Ayubi pastinya banyak
pengajaran dan ikhtibar yang diperolehi. Daripada sifatnya yang pemurah, sabar, taat
kepada Allah dan kelembutan hatinya, semoga ia dapat mengubah perjalanan hidup kita
dari hari ke hari. Semoga akhlak mulianya itu dapat dijadikan contoh kepada kita semua
yang masih diberi peluang di bumi Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai