Anda di halaman 1dari 26

Topik 1  Nabi

Muhammad
s.a.w sebagai
Utusan Allah
s.w.t

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan sejarah kehidupan awal Nabi Muhammad s.a.w;
2. Menerangkan sejarah permulaan wahyu Nabi Muhammad s.a.w; dan
3. Mengemukakan kisah kerasulan Nabi Muhammad s.a.w serta seruan
awal dakwah baginda.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan tentang sejarah kehidupan awal Nabi
Muhammad s.a.w bermula dari awal kelahiran, zaman kanak-kanak, remaja dan
dewasa. Perbincangan seterusnya akan diteruskan dengan sejarah permulaan
wahyu Nabi Muhammad s.a.w melalui peristiwa di gua HiraÊ. Selanjutnya, fokus
perbincangan ini turut akan melihat kisah kerasulan Nabi Muhammad s.a.w
serta seruan awal dakwah baginda.
2  TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T

1.1 KEHIDUPAN AWAL NABI MUHAMMAD


S.A.W
 
Dalam topik ini, kita akan melihat sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.
Bagaimanakah kehidupan yang dilalui oleh baginda? Nabi Muhammad s.a.w
merupakan seorang manusia biasa yang melalui kehidupan awal bermula
dengan kelahiran, kemudian membesar sebagai kanak-kanak, remaja dan
seterusnya menjadi dewasa.

Justeru, kita akan membincangkan mengenai kehidupan Nabi Muhammad s.a.w


berdasarkan Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Kehidupan awal Nabi Muhammad s.a.w


 
(a) Awal Kehidupan
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun
Gajah bersamaan 570 Masihi. Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim
kerana ayahandanya, Abdullah telah meninggal dunia semasa baginda
berusia dua bulan dalam kandungan ibunya. Selepas itu, baginda telah
diserahkan kepada seorang perempuan dari puak Bani SaÊad yang
bernama Halimah binti Abi Zuaib atau dikenali sebagai Halimah al-Sa`diah
untuk disusukan.

Amalan mencari ibu susuan merupakan kebiasaan orang Arab. Ibu susuan
Nabi Muhammad s.a.w tinggal di kawasan perkampungan yang
mempunyai udara bersih dan jauh dari kesesakan kota. Hikmah pemilihan
kawasan perkampungan ini diharapkan dapat menguatkan ketahanan
tubuh badan serta memperkayakan kepetahan berbahasa baginda.
TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T  3

(b) Zaman Kanak-kanak


Nabi Muhammad s.a.w melalui zaman kanak-kanaknya seperti anak-anak
yang lain. Satu peristiwa telah berlaku sewaktu baginda berusia lima
tahun, iaitu dada baginda telah dibedah oleh malaikat Jibril a.s. Kisah ini
telah dirakamkan dalam sebuah hadis Muslim yang bermaksud;

„Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah didatangi oleh malaikat Jibril ketika


baginda sedang bermain-main dengan sekumpulan kanak-kanak. Jibril a.s
telah merebahkan dan membelah hati baginda dan mengeluarkannya.
Malaikat kemudian seterusnya mengeluarkan seketul darah sambil
berkata:‰Inilah sasaran syaitan ke hati engkau.‰ Selepas itu malaikat
membasuhnya di dalam bekas daripada emas dengan air zam-zam
kemudian dimasukkan semula ke tempat asalnya. Kanak-kanak yang lain
berkejar-kejar lari menemui ibu susunya Halimah sambil melaungkan;
Muhammad telah dibunuh dan mereka semua meluru ke arah Nabi
Muhamad s.a.w dan didapati baginda dalam keadaan pucat lesu‰.
Peristiwa ini merupakan suatu indikator pengisytiharan awal terhadap
kerasulan Nabi Muhammad s.a.w bagi mempersiapkan diri baginda untuk
menerima wahyu semasa kecil melalui cara yang dapat dilihat oleh mata
kasar manusia. Peristiwa yang dapat disaksikan oleh manusia
kebiasaannya mudah dipercayai dan proses menyeru manusia ke arah
beriman dengan risalah pengutusan baginda akan menjadi mudah.

Peristiwa ini telah membuatkan ibu susuan Nabi Muhammad s.a.w


menjadi takut dan bimbang lantas mengambil keputusan untuk
menyerahkan semula baginda pulang ke pangkuan ibu kandungnya.

Ibu Nabi Muhammad s.a.w, Aminah telah meninggal dunia ketika Nabi
Muhammad s.a.w berusia enam tahun sewaktu dalam perjalanan pulang
dari Madinah menziarahi kaum keluarganya. Kematian bondanya
menjadikan kehidupan baginda yatim piatu semenjak masih kanak-kanak
lagi. Usaha menjaga dan mendidik baginda telah diganti oleh datuknya,
Abdul Mutalib. Namun, selepas dua tahun kemudian, iaitu ketika Nabi
Muhammad s.a.w berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal
dunia. Usaha memelihara Nabi Muhammad s.a.w seterusnya telah dipikul
pula oleh bapa saudaranya, iaitu Abu Talib.

Abu Talib telah membawa Nabi Muhammad s.a.w ke negeri Syam sewaktu
baginda berusia 12 tahun untuk berniaga. Semasa dalam perjalanan,
mereka sampai di suatu tempat bernama Basra dan telah bertemu dengan
Buhaira, seorang yang mengetahui tentang Kitab Injil. Beliau
memerhatikan Nabi Muhammad s.a.w sambil bertanya kepada Abu Talib,
„Budak ini anak tuan hambakah?‰ Abu Talib menjawab: „Kenapa tidak! Ya
4  TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T

budak ini anakku‰. Oleh kerana Abu Talib terlalu kasih dan sayang kepada
Rasulullah s.a.w maka beliau sentiasa menyebut baginda sebagai anaknya.

Kemudian Buhaira berkata:, „Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup‰.
Abu Talib menjawab:, „Sebenarnya budak ini anak saudaraku, bapanya
telah meninggal dunia ketika dia masih dalam perut ibunya.‰ Buhaira
berkata: „Memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segalanya
tercatat dalam Kitab Injil dan segeralah engkau membawanya pulang
kerana sekiranya orang Yahudi melihatnya, ia akan mengancam nyawanya
kerana anak saudaramu ini akan membawa suatu perkara yang besar dan
agung.‰ Abu Talib segera membawa Rasulullah s.a.w pulang ke Makkah.

(c) Zaman Remaja


Di zaman remaja, Nabi Muhammad s.a.w bekerja mengambil upah
menternak kambing. Alam remaja baginda dilalui dengan penuh kawalan
dan penjagaan oleh Allah s.w.t. Baginda tidak pernah melakukan perkara
yang tidak bermanfaat serta menyeleweng seperti pemuda-pemuda remaja
yang lain. Kisah penjagaan Allah s.w.t terhadap kehidupan baginda telah
diceritakan dalam sebuah hadis yang bermaksud:

„Aku tidak pernah teringat hendak melakukan seperti yang dilakukan oleh
sebahagian besar orang-orang jahiliah kecuali dua kali tetapi dielak dan
dijauhkan oleh Allah s.w.t sehinggalah aku diutuskan. Di suatu hari, ketika
aku sedang menternak dengan seorang pemuda lain, aku telah meminta
agar beliau tolong menjaga kambing ternakanku dan aku hendak pergi
melihat-lihat di Kota Makkah. Pemuda itu sanggup menunaikan
harapanku itu dan aku pun keluar sehingga akhirnya sampailah ke rumah
pertama di Kota Makkah dan aku mendengar bunyi permainan lantas aku
pun bertanya tentang bunyi-bunyian itu. Orang memberitahuku bahawa
itulah keramaian dan pesta. Aku pun duduk hendak mendengarnya tetapi
Allah s.w.t telah menulikan telingaku menyebabkab aku terlena dan terjaga
semula apabila sinaran cahaya matahari memancar ke mukaku. Aku
pulang serta merta menemui sahabatku tadi. Beliau bertanya bagaimana
keadaan diriku semalam. Aku pun menceritakan apa yang telah
sebenarnya berlaku. Dan di suatu malam yang lain, sekali lagi aku meminta
supaya membenarkan aku keluar seperti dahulu tetapi sebaik sahaja aku
sampai di Makkah terus berlaku perkara yang sama seperti dahulu ke atas
diriku. Selepas itu aku tidak mencuba lagi‰.

(d) Zaman Dewasa


Zaman dewasa Nabi Muhammad s.a.w diteruskan dengan menjalankan
usaha perniagaan. Khadijah, merupakan seorang saudagar yang terkenal
dengan kemuliaan dan kekayaan hartanya di Makkah. Beliau telah
mempelawa Nabi Muhammad s.a.w untuk menjalankan usaha
TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T  5

perniagaannya setelah mendengar tentang kemuliaan akhlak baginda.


Tawaran tersebut telah diterima dengan baik oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda mula menjalankan usaha perniagaan Khadijah dengan dibantu
oleh seorang budak suruhan Khadijah bernama Maisarah. Usaha
perniagaan yang dilakukan oleh baginda telah menghasilkan keuntungan
yang berlipat ganda. Segala hasil perniagaannya telah diserahkan kepada
Khadijah dengan penuh amanah dan jujur.

Maisarah sangat tertarik dengan budi pekerti Nabi Muhammad s.a.w yang
dilihatnya semasa baginda menjalankan perniagaan, lalu menceritakan
kepada Khadijah. Khadijah kagum dengan sifat amanah dan budi pekerti
tinggi Nabi Muhammad s.a.w. Ketinggian akhlak baginda menyebabkan
Khadijah tertarik dan menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Niat ini telah disampaikan melalui perantaraan Nafisah
binti Manbah. Nabi Muhammad s.a.w bersetuju untuk menerima lamaran
Khadijah. Majlis perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w telah diuruskan oleh
keluarga baginda. Menurut sejarah, umur saidatina Khadijah pada ketika
itu, berusia 40 tahun manakala Nabi Muhammad s.a.w berusia 25 tahun.

Demikianlah sejarah riwayat hidup yang dilalui oleh Nabi Muhammad


s.a.w semenjak awal kehidupannya sehingga dewasa. 

AKTIVITI 1.1

(a) Ceritakan dengan ringkas sejarah kehidupan Nabi Muhammad


s.a.w di peringkat awal kelahiran, kanak-kanak, remaja dan dewasa.

(b) Kemukakan tiga indikator kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

1.2 SEJARAH PERMULAAN WAHYU NABI


MUHAMMAD S.A.W
 
Masyarakat Arab jahiliah Makkah hidup dalam keadaan sesat dan kucar-kacir.
Mereka mengamalkan sistem perhambaan sesama manusia, menyembah
berhala, api dan cakerawala di langit. Kerosakan berlaku di merata-rata tempat,
golongan yang berkuasa mengeksploitasi golongan yang lemah, manakala yang
kaya menindas yang miskin.
6  TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T

Ekoran keadaan masyarakat sedemikian, Nabi Muhammad s.a.w telah pergi ke


gua HiraÊ untuk berkhalwat (mengasingkan diri) dan beribadat kepada Allah
s.w.t. Demikianlah seterusnya, baginda selalu berulang-alik dari rumahnya ke
gua HiraÊ dengan membawa bekalan makanan selama beberapa hari malahan
kadangkala melewati sehingga sebulan.

Nabi Muhammad s.a.w telah menerima wahyu sewaktu berada di gua HiraÊ.
Peristiwa penurunan wahyu bermula apabila Rasulullah s.a.w bermimpi semasa
tidurnya melihat seperti cahaya subuh. Selepas itu, baginda telah didatangi oleh
malaikat Jibril a.s. dan berkata: „Bacalah,‰ Baginda menjawab: „Saya tidak tahu
membaca.‰

Kemudian Jibril a.s telah menarik baginda dan memeluk dengan kuat kemudian
dilepaskan semula lalu berkata lagi: „Bacalah‰, maka baginda berkata: „Saya
tidak tahu membaca.„ Kemudian Jibril a.s menarik dan memeluk baginda kuat-
kuat kali ketiga sehingga terasa kuat kemudian dilepaskan dan malaikat berkata;
„Bacalah‰. Baginda berkata: „Saya tidak tahu membaca.‰ Kemudian, Jibril a.s
menarik dan memeluk kuat-kuat dan dilepaskan baginda sambil berkata: 
 

∩⊂∪ ãΠtø.F{$# y7š/u‘uρ ù&tø%$# ∩⊄∪ @,n=tã ô⎯ÏΒ z⎯≈|¡ΣM}$# t,n=y{ ∩⊇∪ t,n=y{ “Ï%©!$# y7În/u‘ ÉΟó™$$Î/ ù&tø%$#
 

Maksud surah al-Êalaq 96: 1 - 3:

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,


2. Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah,

Selepas itu, baginda pulang ke rumah dengan hati yang gementar sambil
meminta isterinya, saidatina Khadijah menyelimutinya agar hilang perasaan
takut yang sedang dialaminya. Baginda menceritakan peristiwa yang berlaku di
gua HiraÊ tersebut kepada Khadijah dan Khadijah telah menenangkan baginda
sambil berkata „Gembiralah, tenangkan hatimu wahai Muhammad, Demi Tuhan
Yang menjadikan diriku. Allah s.w.t tidak sekali-kali menghinamu, engkaulah
sesungguhnya selama ini menghubungkan silaturrahim menjalankan amanah,
melaksanakan tanggungjawab, memuliakan tetamu, mengembalikan hak kepada
tuannya dan kaulah orang yang sangat benar percakapannya.‰ Saidatina
Khadijah terus berada di sisi baginda sehingga Nabi terlena oleh keletihan.
TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T  7

Setelah itu, Khadijah dan baginda telah pergi menemui Waraqah bin Naufal Ibnu
Asad bin Abd Uzza, iaitu anak bapa saudara Khadijah. Waraqah seorang yang
beragama Nasrani dan pandai menulis Kitab `Ibrani. Beliau telah menyalin kitab
Injil ke dalam bahasa Ibrani. Setelah diceritakan apa yang berlaku, maka
Waraqah berkata: „Itulah malaikat Jibril yang pernah diturunkan Allah S.W.T
kepada Nabi Musa. Sekiranya aku masih muda remaja dan masih hidup
sewaktu kaum kamu mengusirmu.‰ Nabi Muhammad s.a.w bertanya: „Kaumku
mahu mengusirku?‰ Jawab Waraqah: „Ya, kerana tidak pernah datang seorang
pun yang membawa risalah seumpama yang engkau bawa itu melainkan ia akan
dimusuhi dan sekiranya aku dapatilah hari engkau itu, tentulah aku akan
menolongmu dengan bersungguh-sungguh.‰ Niat Waraqah untuk membantu
Nabi Muhammad s.a.w tidak tercapai apabila tidak berapa lama kemudian
Waraqah meninggal dunia.

Selepas tempoh beberapa lama berlaku peristiwa di gua HiraÊ tersebut, Nabi
Muhammad s.a.w sangat ternanti-nanti turunnya wahyu yang kedua. Ulama
berselisih pendapat tentang masa waktu pembekuan atau masa pemberhentian
sementara waktu penurunan wahyu. Sebahagian ulama berpendapat
pembekuan tempoh penurunan wahyu adalah selama tiga tahun, dan ada yang
mengatakan kurang daripada itu. Manakala pendapat yang paling hampir ialah
sepertimana yang telah diriwayatkan oleh al-Baihaqi, iaitu selama enam bulan.

Kisah turunnya wahyu yang kedua diceritakan melalui sabda baginda:

Sewaktu aku berjalan-jalan, tiba-tiba aku terdengar suara dari langit, lalu aku
mengangkat pandanganku. Aku lihat malaikat yang datang kepadaku di gua
HiraÊ itu sedang duduk di atas kerusi yang terletak di antara langit dan bumi. Ini
menyebabkan aku terperanjat melihatnya, lalu aku pun balik dan mengatakan
kepada isteriku, ‰Khadijah, selimutkan aku, selimutkan aku.‰ Maka, Allah s.w.t
berfirman dalam Surah al-muddathir 74: 1-5:
 

t“ô_”9$#uρ ∩⊆∪ öÎdγsÜsù y7t/$u‹ÏOuρ ∩⊂∪ ÷Éi9s3sù y7−/u‘uρ ∩⊄∪ ö‘É‹Ρr'sù óΟè% ∩⊇∪ ãÏoO£‰ßϑø9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩∈∪ öàf÷δ$$sù

 
8  TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T

Maksudnya:

1. Wahai orang yang berselimut,


2. Bangunlah, lalu berilah peringatan!
3. Dan Tuhanmu agungkanlah!
4. Dan pakaianmu bersihkanlah,
5. Dan perbuatan dosa tinggalkanlah,

Penurunan wahyu ini sekali gus memberi makna bahawa Nabi Muhammad
s.a.w diutuskan bertujuan memberi peringatan kepada seluruh manusia agar
mentauhidkan Allah s.w.t serta menyelamatkan semua penghuni muka bumi ini
daripada kerosakan dengan risalah tauhid.

AKTIVITI 1.2

Ceritakan pada salah seorang rakan anda sejarah penurunan wahyu


kepada Nabi Muhammad s.a.w.

1.3 KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W


 
Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t di muka bumi sebagai khalifah. Ia diciptakan
dengan pelbagai kelebihan, kekuatan, kekurangan dan kelemahan. Kelemahan
dan kekurangan yang dimiliki oleh manusia ini menyebabkan mereka
memerlukan para rasul untuk membimbing ke arah jalan yang lebih benar.

Tanggungjawab menyampaikan risalah Allah s.w.t kepada seluruh umat


manusia merupakan tugas asasi yang dilaksanakan oleh para rasul yang
diutuskan. Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang rasul yang diutuskan
bagi seluruh umat manusia.

1.3.1 Tugas Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul


Secara umumnya, para rasul ditampilkan untuk membawa risalah yang jelas
sebagai pendakwah yang ditugaskan oleh Allah s.w.t. Justeru, tanggungjawab
Rasulullah s.a.w ialah memandu manusia ke jalan yang benar sebagaimana
firman Allah s.w.t dalam surah al-Nahl, ayat 36:
 
TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T  9

Νßγ÷ΨÏϑsù ( |Nθäó≈©Ü9$# (#θç7Ï⊥tGô_$#uρ ©!$# (#ρ߉ç6ôã$# Âχr& »ωθß™§‘ 7π¨Βé& Èe≅à2 ’Îû $uΖ÷Wyèt/ ô‰s)s9uρ

(#ρãÝàΡ$$sù ÇÚö‘F{$# ’Îû (#ρçÅ¡sù 4 ä's#≈n=Ò9$# Ïμø‹n=tã ôM¤)ym ï∅¨Β Νßγ÷ΨÏΒuρ ª!$# “y‰yδ ô⎯¨Β

∩⊂∉∪ š⎥⎫Î/Éj‹s3ßϑø9$# èπt7É)≈tã šχ%x. y#ø‹x.

 
 
Maksudnya:

36. Dan sungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk
menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut [826] itu",
Maka, di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah
dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya
[826]. Maka, berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana
kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).

Baginda juga merupakan penyelamat dan pembawa rahmat kepada seluruh


alam. Firman Allah s.w.t dalam surah al-AnbiyaÊ, ayat 107:
 

∩⊇⊃∠∪ š⎥⎫Ïϑn=≈yèù=Ïj9 ZπtΗôqy‘ ωÎ) š≈oΨù=y™ö‘r& !$tΒuρ


 
 
Maksudnya:

107. Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat
bagi semesta alam.

1.3.2 Asas-asas Tanggungjawab Kerasulan


Tanggungjawab kerasulan diasaskan kepada empat perkara, iaitu:

(a) Mempercayai Allah s.w.t. dengan segala yang ada padaNya.


(b) Mempercayai semua rasul dan utusan Allah kepada manusia.
(c) Mempercayai wujudnya hari akhirat dan apa yang berlaku padanya.
10  TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T

(d) Mengamalkan perilaku dalam kehidupan yang berasaskan keimanan dan


kepercayaan.

Demikianlah tanggungjawab kerasulan Nabi Muhammad s.a.w merupakan


suatu tugas yang berat dan penuh cabaran. 

AKTIVITI 1.3

Jelaskan sebab pengutusan rasul dan peranannya.

1.4 SERUAN AWAL DAKWAH NABI


MUHAMMAD S.A.W.
 
Dalam perbincangan ini, kita akan melihat sejarah awal dakwah Nabi
Muhammad s.a.w. Dakwah Nabi Muhammad s.a.w dibahagikan kepada dua
zaman seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Dakwah Nabi Muhammad s.a.w

(a) Dakwah di Makkah


Nabi Muhammad s.a.w berdakwah di Makkah selama lebih kurang 13
tahun. Antara fokus penerapan dakwah baginda semasa di Makkah adalah
berkaitan aspek akidah atau kepercayaan ke arah mengesakan Allah s.w.t.

Ini berdasarkan penurunan ayat-ayat al-Quran pada ketika itu adalah


menjelaskan berkaitan asas agama, iaitu keimanan kepada Allah s.w.t,
malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, tauhid ketuhanan dan
perhambaan diri, beriman kepada hari akhirat, beramal saleh dan
TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T  11

berakhlak mulia. Apakah hikmahnya persoalan akidah dijadikan fokus


utama permulaan dakwah Nabi Muhammad s.a.w di Makkah?

Tumpuan dakwah untuk memperbaiki aspek akidah manusia berikutan


fenomena kedudukan sasaran masyarakat di Makkah pada masa itu
tenggelam dalam pemujaan patung berhala dan kerosakan kehidupan.
Justeru, bagi memperbaiki keadaan ini, penekanan dari aspek akidah
sangat perlu kerana akidah yang teguh akan memantapkan kehidupan
yang lain.

Terdapat dua peringkat dakwah Nabi Muhammad s.a.w semasa di


Makkah, iaitu dakwah secara rahsia (sir) dan dakwah secara terang-
terangan (jahr). Proses dakwah secara rahsia berlangsung kira-kira tiga
tahun. Dakwah ini dilakukan secara rahsia agar orang kafir Quraisy tidak
bertindak agresif terhadap seruan Islam yang masih baru ini kerana mereka
terlalu fanatik dengan penyembahan berhala. Dakwah secara sulit ini
dilaksanakan dengan beberapa strategi iaitu;

(i) Mengadakan hubungan peribadi dengan individu tertentu untuk


menerangkan ajaran Islam yang dibawa. Sasaran dakwah Nabi
Muhammad s.a.w pada ketika itu dimulai dengan seruan kepada
keluarganya seperti isteri, sahabat karib dan saudara mara.

(ii) Mengadakan jamuan makan sebagai pendekatan untuk memulakan


seruan dakwah baginda. Antara mereka yang mula-mula menerima
Islam ialah Abu Bakar, Othman bin `Affan, al-Zubir bin al-`Awwam,
Abd Rahman bin `Auf, al-Arqam bin Abi al-Arqam dan sahabat-
sahabat lain yang memeluk Islam.

Pada ketika ini, orang-orang Islam telah berjumpa dengan Nabi


Muhammad s.a.w secara sembunyi-sembunyi dan melaksanakan ibadat di
lorong-lorong jalan di Makkah yang jauh daripada pandangan orang-orang
Quraisy.

Apabila jumlah penganut Islam meningkat seramai 30 orang lelaki dan


perempuan, Rasulullah s.a.w pun telah memilih satu tempat yang terpencil,
iaitu di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam sebagai tempat menyampaikan
segala pendidikan dan tunjuk ajar berkaitan agama Islam. Seruan Islam
semakin mendapat sambutan yang tidak putus-putus daripada
masyarakat, sama ada lelaki mahupun perempuan.

Setelah tiga tahun Nabi Muhammad s.a.w menggunakan kaedah dakwah


secara rahsia (sir), Nabi Muhammad s.a.w telah diperintahkan oleh Allah
s.w.t agar memulakan era dakwah secara terang-terangan melalui firman
Allah s.w.t dalam surah al-Hijr: 94:
12  TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T

∩®⊆∪ t⎦⎫Ï.Îô³ßϑø9$# Ç⎯tã óÚÌôãr&uρ ãtΒ÷σè? $yϑÎ/ ÷íy‰ô¹$$sù


 
 
Maksudnya:

94. Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa Yang


diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan janganlah
Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.
Justeru, aktiviti penyebaran Islam seterusnya telah dilaksanakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w secara terang mengajak manusia ke arah beriman kepada
Allah s.w.t dan meninggalkan penyembahan berhala.

Pelaksanaan dakwah secara terang-terangan dimulai oleh Nabi


Muhammad s.a.w dengan mengumpulkan Bani Fihr dan Bani `Adi di atas
Bukit Safa. Rasululah s.a.w berkata; „Apakah kamu sekelian akan percaya
atau tidak sekiranya aku ceritakan bahawa di sebalik bukit ini ada
sekumpulan musuh yang akan menyerang kamu?‰ Mereka menjawab:
„Sudah pasti kami akan percaya kerana kami belum pernah lagi
mendengar perkataan dusta daripada kamu.‰

Nabi Muhammad s.a.w meneruskan ucapannya dengan berkata:


„Sesungguhnya aku ini pembawa berita yang menakutkan, iaitu di
hadapanku ini suatu azab sengsara yang paling hebat.‰ Abu Lahab pun
bangun lalu menjawab: „Binasalah engkau wahai Muhammad, apakah
untuk ini sahaja engkau kumpulkan kami?‰ Maka selepas itu turunlah ayat
al-Quran, surah al-Lahab, ayat 1: 
 

∩⊇∪ ¡=s?uρ 5=yγs9 ’Î1r& !#y‰tƒ M¬7s?


 

Maksudnya:

1. Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan Sesungguhnya dia akan


binasa. Yang dimaksud dengan kedua tangan Abu Lahab ialah Abu
Lahab sendiri.
Dakwah Nabi Muhammad s.a.w secara terang-terangan dilakukan dengan
beberapa pendekatan antaranya:
TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T  13

(i) Mendekati orang-orang yang datang untuk melakukan haji (secara


jahiliah) sama ada yang terdapat di pasar Ukaz, pasar Majinnah atau
pasar Zi al-Majaz dengan menerangkan kepada mereka tentang
agama Islam yang baru diutuskan itu.

(ii) Memilih orang-orang yang berpotensi untuk menjadi penggerak


utama dan memberi perlindungan kepada Islam. Antara mereka ialah
Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar al-Siddiq, Ali bin Abu Talib,
Othman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan beberapa individu
lain.

(iii) Melakukan penghijrahan seperti ke Habsyah ketika ditindas oleh


musuh di samping memperkenalkan Islam di suatu kawasan yang
baru.

(iv) Membina golongan penggerak dakwah sebagai golongan pelapis dan


kader dakwah sebagaimana usaha pendidikan yang dilakukan di
rumah Al-Arqam bin Abi al-Arqam.

(v) Mengambil sikap bertahan dan sabar sewaktu umat Islam berada
dalam keadaan sedikit dan lemah.

(vi) Mendahulukan golongan yang berpotensi dalam masyarakat kerana


pengaruh memainkan peranan besar dalam penyebaran dakwah
sebagaimana Islamnya personaliti seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar
al-Khattab dan beberapa tokoh lagi.

(vii) Mengaburi pandangan musuh sebagai strategi bijak sebagaimana


Nabi Muhammad s.a.w menyuruh Ali bin Abu Talib berselimut
menggantikannya di tempat tidur.

Usaha dakwah Rasulullah s.a.w dilakukan secara berterusan. Keadaan ini


menimbulkan rasa tidak senang orang-orang Quraisy. Orang-orang
Quraisy telah mengatur pertemuan dengan Abu Talib yang dilihat sebagai
penjaga Rasulullah s.a.w bagi menceritakan hal seruan baginda tersebut.
Namun pada awalnya, Abu Talib tidak memperdulikan aduan orang-orang
Quraisy tersebut.

Orang-orang Quraisy tidak berpuas hati lantas datang menemui Abu Talib
kali kedua. Mereka menyatakan bahawa tidak boleh bersabar di atas
tindakan Nabi Muhammad s.a.w dan akan membunuh Nabi Muhammad
s.a.w sekira Abu Talib tidak menasihatinya untuk menghentikan usaha
dakwah baginda. Abu Talib telah menemui Nabi Muhammad s.a.w dan
menceritakan kisah kedatangan orang-orang Quraisy tersebut dan meminta
Nabi Muhammad s.a.w menghentikan usaha dakwah baginda.
14  TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T

Nabi Muhammad s.a.w berkata: „Wahai bapa saudaraku, Demi Allah!


Sekiranya mereka meletakkan matahari di sebelah kananku, dan bulan di
sebelah kiriku, Aku tidak akan menghentikan usaha dakwahku ini
sehinggalah Allah menolongnya atau membinasakannya‰. Nabi
Muhammad s.a.w menangis lalu beredar. Abu Talib berkata: „Pergilah
anak saudaraku, serulah apa yang kamu kehendaki, aku tidak dapat
menyelamatkan kamu atas apa yang berlaku lagi‰.

Dakwah secara terang-terangan ini telah membabitkan pertembungan


antara dua golongan, iaitu golongan Islam dan golongan musyrikin.
Penindasan terhadap orang-orang Islam mula berlaku. Rasulullah s.a.w
dituduh sebagai seorang ahli sihir, orang gila dan tukang tilik. Namun,
Rasulullah s.a.w tetap bersabar di atas apa yang berlaku. Kemarahan
orang-orang Quraisy semakin membara apabila melihat sikap Rasulullah
s.a.w dan orang-orang Islam yang tetap tidak mengubah pendirian mereka
dan tetap dalam agama Islam yang baru dianuti.

Penentangan kaum Quraisy menjadi lebih agresif menentang Rasulullah


s.a.w. antaranya apabila Aqabah bin Abu Muit yang telah mencekik
Rasulullah s.a.w sewaktu bersolat di Kaabah, diletakkan najis, dicaci serta
dikeji dan pelbagai lagi tribulasi lain yang dihadapi. Selain baginda, para
sahabat turut mengalami pelbagai penyeksaan sehingga terdapat di antara
mereka yang meninggal dunia.

Islam telah berkembang dan dilihat sebagai ancaman bagi orang-orang


Quraisy. Bagi menghalang Nabi Muhammad s.a.w daripada terus
menyebarkan agama Islam, orang-orang Quraisy telah mengambil
keputusan dan langkah untuk mengemukakan beberapa tawaran kepada
Nabi Muhammad. Seorang wakil daripada golongan Quraisy bernama
`Utbah ibn Rabiah telah datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan disambut
baik baginda. Utbah berkata: „Sekiranya tujuanmu membawa agama baru
ini untuk mendapatkan harta kekayaan, maka kami akan kumpulkan harta-
harta kami untuk kamu sehingga kamu menjadi seorang yang lebih kaya-
raya dari kami, sekiranya engkau bermaksud untuk mendapatkan
kemuliaan maka kami bersedia melantik engkau sebagai ketua, sekiranya
engkau ingin menjadi seorang raja, maka kami bersedia menabalkan kamu
sebagai raja kami.‰

Setelah itu Rasulullah s.a.w menjawab sambil berkata: „Apakah sudah


habis segala hasrat yang hendak disampaikan?‰ Utbah menjawab: „Ya.‰
Rasulullah s.a.w meminta Utbah mendengar bacaan al-Quran dari surah al-
Fussilat, ayat 1-6:
 
TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T  15

$|‹Î/ttã $ºΡ#u™öè% …çμçG≈tƒ#u™ ôMn=Å_Áèù Ò=≈tGÏ. ∩⊄∪ ÉΟŠÏm§9$# Ç⎯≈uΗ÷q§9$# z⎯ÏiΒ ×≅ƒÍ”∴s? ∩⊇∪ $Οm

(#θä9$s%uρ ∩⊆∪ tβθãèyϑó¡o„ Ÿω ôΜßγsù öΝèδçsYò2r& uÚtôãr'sù #\ƒÉ‹tΡuρ #Zϱo0 ∩⊂∪ tβθßϑn=ôètƒ 5Θöθs)Ïj9

Ò>$pgÉo y7ÏΖ÷t/uρ $oΨÏΖ÷t/ .⎯ÏΒuρ Öø%uρ $oΨÏΡ#sŒ#u™ þ’Îûuρ Ïμø‹s9Î) !$tΡθããô‰s? $£ϑÏiΒ 7π¨ΖÅ2r& þ’Îû $oΨç/θè=è%

×μ≈s9Î) ö/ä3ßγ≈s9Î) !$yϑ¯Ρr& ¥’n<Î) #©yrθムö/ä3è=÷WÏiΒ ×|³o0 O$tΡr& !$yϑ¯ΡÎ) ö≅è% ∩∈∪ tβθè=Ïϑ≈tã $uΖ¯ΡÎ) ö≅yϑôã$$sù

∩∉∪ t⎦⎫Ï.Îô³ßϑù=Ïj9 ×≅÷ƒuρuρ 3 çνρãÏøótGó™$#uρ Ïμø‹s9Î) (#þθßϑ‹É)tGó™$$sù Ó‰Ïn≡uρ

 
 
Maksudnya:

1. Haa Miim.
2. Diturunkan dari Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
3. Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab,
untuk kaum yang mengetahui,
4. Yang membawa berita gembira dan yang membawa peringatan,
tetapi kebanyakan mereka berpaling, tidak mahu mendengarkan.
5. Mereka berkata: "Hati kami berada dalam tutupan (yang menutupi)
apa yang kamu seru kami kepadanya dan telinga kami ada sumbatan
dan antara kami dan kamu ada dinding, Maka bekerjalah kamu;
Sesungguhnya kami bekerja (pula)."
6. Katakanlah:"Bahawasanya Aku hanyalah seorang manusia seperti
kamu, diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah
Tuhan yang Maha Esa, Maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju
kepadanya dan mohonlah ampun kepadanya. dan Kecelakaan
besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukanNya.
Utbah pun mengikuti bacaan Rasulullah s.a.w sehingga sampai kepada
ayat 13 dalam surah tersebut:
 
16  TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T

∩⊇⊂∪ yŠθßϑrOuρ 7Š$tã Ïπs)Ïè≈|¹ Ÿ≅÷WÏiΒ Zπs)Ïè≈|¹ ö/ä3è?ö‘x‹Ρr& ö≅à)sù (#θàÊtôãr& βÎ*sù
 

Maksudnya:

13. Jika mereka berpaling Maka Katakanlah: "Aku Telah


memperingatkan kamu dengan petir, seperti petir yang menimpa
kaum 'Aad dan Tsamud".
Seterusnya Utbah menutup mulut Rasulullah s.a.w dengan tangannya dan
memohon supaya berhenti kerana terpegun dengan ayat yang penuh
ugutan tersebut. Apabila Utbah pulang kepada golongannya, dia berkata:
„Demi sesungguhnya aku belum pernah mendengar apa yang dibaca
olehnya, bukan syair, bukan jampi, bukan seloka, bukan sihir dan bukan
gurindam. Wahai kaum Quraisy sekelian, dengarkan cakapku ini, berilah
peluang kepada Muhammad, biarlah dengan usahanya itu. Demi Tuhan,
sesungguhnya apa yang ku dengar tadi adalah suatu berita yang
teristimewa. Andaikata apa yang digambarkan oleh Muhammad tertimpa
ke atas kamu, maka tidak ada orang lain hanya Muhammad sahaja yang
boleh melepaskan kamu dan andaikata Muhammad boleh menonjol diri di
kalangan bangsa Arab, maka percayalah bahawa kekuasaan kamu dan
kemegahannya adalah kemegahan kamu juga.‰

Mereka menjawab: „Demi sesungguhnya engkau juga telah diperdaya oleh


Muhammad dengan kelancaran lidahnya.‰ Jawab Utbah: „Apa yang ku
katakan tadi adalah pendapat ku tentang Muhammad dan pendapat kamu
terserahlah kepada kamu sekelian.‰

Orang-orang Quraisy tidak berputus asa, sebaliknya telah meneruskan


usaha memujuk Rasulullah s.a.w. Mereka telah datang beramai-ramai
berjumpa Nabi Muhammad s.a.w dan menawarkan apa yang ditawarkan
oleh Utbah bin Rabiah dahulu. Nabi Muhammad s.a.w menjawab:
„Sebenarnya aku ini tidak ada kena mengena dengan apa yang kamu
suarakan tadi, segala apa yang aku bawa ini bukan dengan bertujuan
mencari harta kekayaan dan pangkat serta kekuasaan tetapi Tuhan telah
mengutuskan aku untuk kamu sekelian di samping itu diturunkan Kitab
Suci kepada aku dan Tuhan telah menyuruh aku menyampaikan berita
yang menakutkan dan menggembirakan, kewajipanku semata-mata
menyampaikan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atasku.
Sekiranya kamu terima maka itu adalah habuan kamu untuk dunia dan
akhirat dan kalaulah kamu tolak, tidak ada lain hanya bersabarlah sahaja
sehingga Tuhan menjatuhkan hukumanNya di antara aku dan kamu
TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T  17

sekelian.‰ Mereka telah beredar dan berangkat pulang setelah mendengar


apa yang dinyatakan oleh baginda itu.

Orang Quraisy tidak berdiam diri, sebaliknya terus memberi pelbagai


tawaran berbentuk harta, kedudukan dan kemuliaan. Baginda turut
ditawarkan dengan wanita-wanita yang jelita untuk dikahwini baginda.
Semua tawaran itu diberikan dengan syarat agar menghentikan sikap
penentangannya terhadap orang Arab dan penyembahan berhala serta
menghentikan kecamannya terhadap adat tradisi yang mereka warisi
daripada datuk nenek terdahulu. Tawaran tersebut tetap tidak berjaya
menggugat pendirian baginda.

Orang-orang Quraisy tidak berputus asa dan seterusnya meneruskan


mengadakan usaha perundingan diplomatik supaya Nabi Muhammad
s.a.w bertolak ansur dalam melaksanakan ibadat, iaitu sehari mereka
menyembah berhala dan di hari yang lain pula mereka beramai-ramai
menyembah Tuhan Nabi Muhammad s.a.w. Namun rundingan ini turut
ditolak oleh baginda. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Kafirun, ayat 1-6:
 

!$tΒ tβρ߉Î7≈tã óΟçFΡr& Iωuρ ∩⊄∪ tβρ߉ç7÷ès? $tΒ ß‰ç6ôãr& Iω ∩⊇∪ šχρãÏ≈x6ø9$# $pκš‰r'¯≈tƒ ≅è%

ö/ä3ãΨƒÏŠ ö/ä3s9 ∩∈∪ ߉ç6ôã&r !$tΒ tβρ߉Î7≈tã óΟçFΡr& Iωuρ ∩⊆∪ ÷Λ–n‰t6tã $¨Β Ó‰Î/%tæ O$tΡr& Iωuρ ∩⊂∪ ߉ç7ôãr&

∩∉∪ È⎦⎪ÏŠ u’Í<uρ

Maksudnya:

1. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,


2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah.
4. Dan Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang Aku
sembah.
6. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."
18  TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T

Orang-orang Quraisy tidak berpuas hati apabila segala tawaran dan


rundingan yang dikemukakan kepada Nabi Muhammad s.a.w tidak
berjaya mempengaruhi Nabi Muhammad s.a.w untuk menghentikan usaha
dakwah baginda. Mereka bermuafakat untuk memulaukan baginda dan
sesiapa sahaja orang Islam yang bersamanya termasuk Bani Hashim dan
Bani Abdul Mutalib yang mempertahankan baginda.

Mereka telah menandatangani satu perjanjian bertulis di mana mereka


tidak akan mengahwini, berjual beli dengan mereka, akan menyekat
sumber rezeki yang mengalir di kalangan mereka, tidak menerima
sebarang perdamaian, tidak merasa kasihan kecuali setelah Bani Abdul
Mutalib menyerahkan Rasulullah s.a.w kepada mereka untuk dibunuh.
Naskah perjanjian itu telah digantung di dalam ruang Kaabah.

Orang kafir Quraisy telah berpegang kepada perjanjian ini selama tiga
tahun bermula dari bulan Muharam tahun ke tujuh sehingga tahun ke 10
selepas kebangkitan baginda sebagai Rasulullah s.a.w. Bani Hashim, Bani
Abdul Mutalib dan orang-orang yang bersama mereka dari orang Islam
termasuk Rasulullah s.a.w telah dikepung dan dipulau di lorong Syiab Bani
al-Mutalib kerana Makkah terdiri dari lorong-lorong yang bercabang.
Dalam tempoh pemulauan tersebut, orang-orang Islam terpaksa memakan
daun-daun dan pucuk kayu. Semua harga barang makanan telah dinaikkan
oleh orang-orang Quraisy agar mereka tidak mampu membelinya.

Selain pemulauan, penyeksaan demi penyeksaan ditujukan kepada umat


Islam di Makkah. Ekoran itu, Nabi Muhammad s.a.w telah mengizinkan
sebahagian umat Islam untuk melakukan hijrah ke Habsyah kerana
Habsyah diperintah oleh seorang raja Nasrani yang baik. Orang-orang
Islam dicadangkan untuk tinggal sementara waktu di negeri Habsyah bagi
mengurangkan penyeksaan yang dialami. Kaum muslimin menerima baik
pandangan Rasulullah s.a.w lalu mereka berhijrah beramai-ramai ke
Habsyah. Di antara mereka yang terkemuka yang berhijrah ke Habsyah
adalah Uthman bin Affan dan isteri, Abu Huzaifah dan isteri, Al Zubir bin
al-Awwam, Musab bin Umair dan Abdul Rahman bin Auf. Jumlah
kesemuanya lebih kurang 80 orang.

Orang-orang Quraisy merasa tidak senang apabila melihat penghijrahan


umat Islam ke Habsyah. Mereka telah mengutuskan seorang utusan
mengadap raja Najasyi, iaitu Abdullah bin Abi Rabiah dan Amru bin al-As
bagi meminta raja Najasyi menghalau semua orang Islam dari Habsyah.
Mereka telah membawa hadiah yang banyak kepada raja Habsyah dan
pembesar-pembesar Habsyah untuk mempengaruhi raja Najasyi.
TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T  19

Raja Najasyi telah mengadakan satu sesi soal jawab sebelum membuat
sebarang ketetapan berkaitan penghijrahan umat Islam tersebut. Beliau
telah meminta wakil orang Islam untuk menerangkan tentang diri mereka
dan agama baru yang dianuti.

Jaafar bin Abi Talib telah bangun dan berucap; „Kehadapan Maharaja,
sebenarnya kami di masa dahulu adalah penyembah berhala, memakan
bangkai, melakukan kejahatan, berperang, berkelahi, kuat menganiaya
yang lemah sehingga Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul di kalangan
kami. Beliau terkenal dengan kejujuran, amanah, baik pekerti dan menyeru
kami supaya bercakap benar, bersifat dengan sifat yang terpuji, jujur,
ikhlas, amanah serta menyeru kami menyembah tuhan yang esa,
meninggalkan penyembahan berhala, berbaik-baik dengan jiran tetangga,
meninggalkan kejahatan dan peperangan yang berlarutan.

Seruan ini telah kami terima dengan baik. Segala yang dibawanya kami
terima dengan baik tetapi kaum kami termasuk dua orang utusan ini
menyeksa dan menekan kami supaya kami balik semula kepada agama
yang lama, iaitu menyembah berhala. Setelah kami tidak mampu
menanggung penyeksaannya maka kami keluar dan ke negara tuanlah
kami pilih. Semoga dapat kami berlindung di sini jauh dari penyeksaan
dan kezaliman.‰

Raja Najasyi meminta supaya mereka membentangkan apa yang dibawa


oleh utusan Allah, iaitu Nabi Muhammad s.a.w daripada Tuhannya. Jaafar
bin Abi Talib bangun dan membacakan ayat-ayat yang pertama daripada
surah Maryam.

Setelah raja Najasyi mendengarnya, beliau menangis sehingga air mata


mengalir membasahi pipi dan janggutnya serta berkata: „Sesungguhnya
apa yang kamu baca itu dengan yang dibawa oleh Isa a.s adalah dari
sumber yang sama.‰ Raja Najasyi berkata kepada dua orang utusan
Quraisy tersebut dan berkata: „Beredarlah kamu dari sini dan sekali-kali
aku tidak akan menyerahkan mereka ini.‰

Penghijrahan umat Islam ke Habsyah telah menarik perhatian segolongan


penduduk Habsyah untuk berjumpa Rasulullah s.a.w bagi mempelajari
Islam secara mendalam. Dalam pertemuan tersebut, Rasulullah s.a.w telah
mengajak mereka untuk menerima agama Islam. Baginda membaca
beberapa ayat al-Quran kepada mereka. Mereka menangis apabila
mendengar bacaan al-Quran tersebut lantas menyatakan keislaman mereka.

Selepas tiga tahun pemulauan terhadap orang-orang Islam di Makkah


berlalu, terdapat beberapa orang Quraisy yang tidak bersetuju dengan
pemulauan yang dilakukan terhadap umat Islam. Antara mereka ialah
20  TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T

Hisyam bin Amr bin Rabi`ah, Zuhair bin Abi Umayyah bin Mughirah serta
beberapa orang lagi. Mereka bercadang menamatkan pemulauan tersebut
kerana kezaliman yang dilakukan terhadap umat Islam dilihat tidak adil
dan zalim.

Pendirian golongan ini telah menimbulkan rasa tidak senang Abu Jahal dan
orang-orang Quraisy sehingga mereka bertelagah sesama sendiri. Salah
seorang di antara mereka yang tidak bersetuju dengan pemulauan ini, iaitu
al-Mut`im bin Adi telah bangun untuk memusnahkan naskah perjanjian
tersebut. Naskah perjanjian tersebut didapati telah dimakan oleh anai-anai
kecuali perkataan Bismikallahumma. Kemusnahan naskah tersebut
menandakan berakhir pemulauan yang dilakukan terhadap umat Islam.

Pada tahun ke-10 kerasulan baginda, bapa saudaranya Abu Talib telah
meninggal dunia. Nabi Muhammad s.a.w merasa sedih di atas kewafatan
bapa saudaranya itu. Kesedihan baginda semakin mendalam apabila
selepas beberapa hari, dikatakan tiga hari atau turut dikatakan dua bulan,
isteri baginda Saidatina Khadijah binti Khuwailid pula telah meninggal
dunia. Justeru, tahun ini merupakan tahun kesedihan bagi baginda.

Kematian bapa saudara baginda Abu Talib menyebabkan orang-orang


Quraisy semakin berani menyakiti Nabi Muhammad s.a.w. Namun segala
keadaan yang berlaku tidak mematahkan semangat dan usaha dakwah
baginda. Rasulullah s.a.w telah mencari tempat yang baru, iaitu Taif bagi
meneruskan usaha dakwah baginda.

Di Taif, baginda telah pergi menemui pembesar Bani Saqif bagi mengajak
mereka kepada agama Islam. Seruan dakwah baginda telah ditolak dan
mereka menyuruh hamba-hambanya mengejek, mencela dan membaling
Rasulullah s.a.w dengan batu sehingga mengalir darah. Rasulullah s.a.w
telah berlindung di sebuah kebun yang dimiliki oleh Utbah dan Syaibah.
Baginda telah duduk di bawah sebatang pokok anggur. Kejadian itu
disaksikan oleh kedua pemilik kebun tersebut. Sejurus itu, Rasulullah s.a.w
berdoa kepada Allah memohon kekuatan.

Melihat keadaan itu, kedua pemilik kebun tersebut bersama pembantunya


`Addas telah menghampiri baginda dan memberikan buah anggur.
Baginda mengambilnya lalu makan dengan membaca `BismillahÊ. `Addas
mendengar dan menyatakan bahawa perkataan itu tidak dibaca oleh
penduduk di Taif. Lantas Rasulullah s.a.w bertanyakan agamanya. `Addas
menjawab: „Nasrani, dari kaum Ninawa‰. Rasulullah s.a.w menyatakan;
„Dari kediaman seorang soleh Yunus bin Matta?‰ Jawab Addas; „Kamu
mengenali Yunus bin Matta?‰ Jawab Rasulullah s.a.w: „Itu saudaraku, dia
nabi dan aku juga nabi.‰ Mendengar itu `Addas mencium kepala, tangan
dan kaki Nabi Muhammad s.a.w lalu ditegur oleh kedua pemilik kebun
TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T  21

tersebut dan menyatakan bahawa agama `Addas lebih baik daripada


agama Islam yang dibawa oleh baginda. Rasulullah s.a.w bertambah sedih
dan beredar dari tempat tersebut dan kembali ke Makkah.

Nabi Muhammad s.a.w tetap istiqamah melaksanakan tugas dakwah


baginda. Pelbagai strategi diatur bagi memperkuatkan usaha dakwah;
antaranya melakukan dakwah kepada mereka yang datang ke Makkah,
mengadakan perjanjian dengan mereka yang telah menerima agama Islam.

Kemuncak kemarahan dan penentangan kaum kafir musyrikin berlaku


apabila segala usaha yang dilakukan tidak berjaya memujuk Nabi
Muhammad s.a.w untuk menghentikan usaha dakwahnya. Justeru, mereka
mengambil keputusan untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w. Seluruh
kabilah telah menghantar seorang kuat sebagai wakil untuk melaksanakan
pembunuhan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t telah
menurunkan wahyu kepada baginda untuk keluar berhijrah ke Madinah
pada malam yang dirancangkan pembunuhan tersebut. Baginda telah
berhijrah ke Madinah dengan ditemani oleh saidina Abu Bakar r.a.

AKTIVITI 1.4

(a) Bincangkan penekanan dakwah awal Nabi Muhammad s.a.w


ketika di Makkah dan faktornya.

(b) Jelaskan bentuk-bentuk tawaran yang dikemukakan oleh orang


kafir Quraisy terhadap Nabi Muhammad s.a.w dalam usaha
memujuk baginda untuk meninggalkan seruan dakwah Islam.

 
(b) Dakwah di Madinah
Era dakwah di Madinah bermula selepas penghijrahan Nabi Muhammad
s.a.w. Madinah adalah sebuah bandar yang terdiri daripada pelbagai etnik
Arab dan Yahudi. Orang Yahudi terdiri daripada tiga kabilah iaitu
QainuqaÊ, Nadir dan Quraizah, manakala orang Arab terdiri daripada
golongan Aus dan Khazraj.

Berita mengenai agama Islam telah diketahui oleh penduduk Madinah


melalui penduduk Madinah yang telah memeluk Islam, hubungan dan
perjanjian antara mereka dan Nabi Muhammad s.a.w ketika di Makkah.

Kita boleh melihat antara strategi dakwah yang digunakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w semasa di Madinah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.3, iaitu mendirikan masjid sebagai tempat perpaduan umat Islam,
22  TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T

mengeratkan hubungan persaudaraan sesama Islam, mengadakan


perjanjian antara orang Islam dengan orang bukan Islam dan
melaksanakan usaha dakwah ke luar Madinah melalui utusan atau kiriman
surat.

 
Strategi
  Dakwah
  di Madinah
 
 
 
 
  Usaha
  Persaudaraan Perjanjian dakwah ke luar
  Pembinaan antara kaum dengan orang- Madinah
  masjid Muhajirin dan orang bukan melalui utusan
  Ansar Islam dan surat
 

Rajah 1.3: Strategi dakwah di Madinah

(i) Pembinaaan Masjid


Pembinaan masjid bertujuan mengasaskan tempat mesyuarat,
perhimpunan untuk mengajar urusan agama dan dunia, tempat
penyelesaian masalah, pusat gerakan, tempat perlindungan
sementara bagi orang musafir dan tempat mendirikan solat.

(ii) Persaudaraan antara Kaum Muhajirin dan Ansar


Persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar bertujuan
mengukuhkan barisan umat yang padu dan utuh. Perpaduan dan
persaudaraan merupakan asas utama kekuatan orang Islam.

(iii) Perjanjian dengan Orang-orang bukan Islam


Perjanjian yang diadakan antara orang Islam dengan orang-orang
bukan Islam adalah untuk mewujudkan perasaan hormat-
menghormati, bantu-membantu sesama satu sama lain serta
mempertahankan Madinah daripada ancaman luar dan dalam. Sikap
berbaik-baik dengan semua pihak menerusi perjanjian mahupun
persahabatan turut merupakan strategi bagi mengukuhkan
kedudukan Madinah. Di samping itu, usaha mengawasi gerakan
munafik turut diambil perhatian.
TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T  23

(iv) Usaha Dakwah ke Luar Madinah Melalui Utusan dan Surat


Usaha dakwah ke luar Madinah merupakan strategi dakwah yang
digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Baginda telah menghantar
utusan ke luar Madinah dan menghantar surat kepada para raja
untuk mengajak mereka menganut agama Islam seperti surat kepada
raja Rom, Basra, Mesir dan beberapa negara lagi.

Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah menggunakan beberapa metode


dalam dakwah baginda. Antaranya ialah:

(i) Memberi penekanan terhadap isi kandungan dakwah yang tertumpu


kepada hukum hakam dan tanggungjawab individu untuk membina
sebuah masyarakat Islam yang mulia sebagai contoh penyampaian
perintah berpuasa sebagai mana yang terdapat dalam firman Allah
s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 183;
 

⎯ÏΒ š⎥⎪Ï%©!$# ’n?tã |=ÏGä. $yϑx. ãΠ$u‹Å_Á9$# ãΝà6ø‹n=tæ |=ÏGä. (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

∩⊇∇⊂∪ tβθà)−Gs? öΝä3ª=yès9 öΝà6Î=ö7s%


 
Maksudnya:

183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa


sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertakwa.
(ii) Mempelbagaikan saluran penyampaian dakwah dengan menjadikan
masjid sebagai platform bagi penyampaian dakwah sebagai contoh
dalam khutbah Jumaat dan syarahan umum. Nabi Muhammad s.a.w
turut menghantar pendakwah, sama ada dengan permintaan atau
tanpa permintaan, di samping menerima rombongan dan utusan dari
sesuatu tempat untuk mengetahui berkaitan agama Islam serta
menggunakan media tulisan yang diutuskan kepada pemimpin dan
ketua-ketua menerangkan tentang Islam.

(iii) Mempelbagaikan aspek persembahan isi dakwah sebagaimana yang


dilakukan di Makkah seperti menyampaikan dakwah kepada sasaran
dengan bentuk membuat perbandingan, menggunakan cerita,
galakkan, amaran serta contoh ikutan yang baik.
24  TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T

(iv) Pembinaan status negara Madinah sebagai sebuah masyarakat yang


gemilang berbanding yang lain. Identiti masyarakat Islam yang
terbina di atas akhlak yang mulia, mempunyai status yang tinggi dan
terhormat kerana status tinggi berpengaruh apabila dilihat oleh
masyarakat luar.

Nabi Muhammad s.a.w menggunakan pelbagai pendekatan dalam


usaha dakwahnya di Madinah di samping meneruskan pendekatan
yang telah dilaksanakan di Makkah. Antaranya ialah:

 Pendekatan perbandingan, penceritaan, menggalakkan perkara


yang baik dengan balasan yang baik dan mewaspadakan perkara
buruk dengan balasan yang buruk, menggunakan bahasa yang
indah dan menakjubkan melalui bahasa al-Quran dalam
penyampaian dakwah, pendekatan ikutan yang baik, serta
menggunakan saluran hubungan perseorangan dan segolongan
sasaran dakwah.
 Menggunakan pendekatan peperangan dalam keadaan yang
tertentu. Peringkat peperangan dilaksanakan setelah usaha
dakwah melalui penghantaran utusan mengenai seruan Islam
tidak diterima dan bayaran jizyah kepada negara Madinah tidak
dilaksanakan. Sungguhpun demikian, Islam sangat menjaga adab
dalam peperangan yang hendak dilaksanakan iaitu tidak boleh
menyerang wanita, bayi, orang buta dan anak-anak, tidak
mengganggu paderi-paderi dalam gereja, tidak menghancurkan
rumah-rumah serta tidak memotong atau menebang pokok-
pokok.

AKTIVITI 1.5

(a) Kemukakan fokus dakwah Nabi Muhammad s.a.w semasa di


Madinah.

(b) Bahaskan bersama rakan anda rasional pelaksanaan strategi


dakwah tersebut.

(c) Cadangkan metodologi pembangunkan modal insan di Malaysia


berasaskan metodologi dakwah Rasulullah s.a.w di Madinah.

 
 
 
TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T  25

 
 Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun
Gajah bersamaan 570 Masihi. Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim
kerana ayahandanya meninggal dunia semasa baginda berusia dua bulan
dalam kandungan ibunya.

 Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang manusia biasa yang melalui


kehidupan awal bermula dengan kelahiran, kemudian membesar sebagai
kanak-kanak, remaja seterusnya menjadi dewasa. Kelebihan Nabi
Muhammad s.a.w berbanding umat manusia yang lain ialah pemilihan Allah
s.w.t terhadapnya sebagai rasul yang dimuliakan dengan pelbagai mukjizat.

 Nabi Muhammad s.a.w diutuskan di kalangan masyarakat Arab jahiliah


yang hidup dalam keadaan sesat dan kucar-kacir. Lantaran itu, Nabi
Muhammad s.a.w diutuskan bagi menyelamatkan penghuni muka bumi ini
daripada tenggelam dalam kerosakan yang diciptakan oleh manusia sendiri.

 Terdapat dua peringkat dakwah semasa di Makkah, iaitu dakwah secara


rahsia (sir) dan dakwah secara terang-terangan (jahr).

 Tumpuan mesej dakwah baginda semasa di Makkah adalah berkaitan


penerapan aspek akidah atau kepercayaan ke arah mengesakan Allah s.w.t,
manakala di Madinah ialah mesej dakwah banyak menyentuh kepada
hukum, tanggungjawab dan kewajipan individu terhadap diri dan
masyarakat.

Dakwah al-Sir
Dakwah al-Jahr
Hijrah
Kerasulan
26  TOPIK 1 NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI UTUSAN ALLAH S.W.T

Yahya Mahmud Salman. (2005). Al-Sirah al-Nabawiyyah. K. Lumpur: Prospecta


Printers Sdn Bhd.

Haji Dasuki Haji Ahmad. (1983). Ikhtisar perkembangan Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Buti, Muhammad SaÊid Ramadan. (1997). Fiqh Al-Sirah (1). Terj. Oleh Ust.
Mohd Darus Sanawi. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.

Anda mungkin juga menyukai