Anda di halaman 1dari 1

Cabaran dalam pembinaan negara bangsa Malaysia

1. Globalisasi
 Sempadan negara bangsa akan berakhir.
 Globalisasi menjanjikan kehidupan yang lebih mudah dan cemerlang. Ia akan mencabut
nilai-nilai kebangsaan dan kenegaraan, lalu menggantikannya pula dengan konsep
kesejagatan.
2. Kepelbagaian budaya
 Pembentukkan masyarakat majmuk dalam proses perkembangan sesebuah negara yang
mewujudkan dilema baru kepada penduduk negara tersebut.
 Menurut ibn khaldun tentang teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah
dijajah, yang akan menganggap kuasa bekas penjajah mereka sebagai suatu bangsa yang
maju dan agung, yang patut ditiru oleh bangsa yang pernah dijajah. •=
 Nilai budaya malaysia harus menjadi asas kepada kemajuan negara dan bangsa. Dalam
sebuah negara bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan
semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa tersebut.
3. Pluralisme
 •Sifat kepelbagaian yang terbentuk drpd proses kepelbagaian penduduk. •Kebiasaan terbina
hasil penjajahan.
 Dasar ini memenuhi konsep kolonialisme bagi menghalang penyatuan. •
 Akibat daripada dasar ini, maka secara tidak langsung telah mewujudkan suatu
permasalahan dalaman yang kompleks kepada negara yang terjajah apabila di merdekakan.
 Ini secara jelas menjadi ancaman kepada konsep kesatuan dalam pembinaan negara bangsa.

4. Liberalisme
 Keterbukaan tanpa had dan memanipulasi keadaan sedemikian akan menjerumuskan
kepada penyelewengan dan perkaraperkara yang akan menggugat kemakmuran serta
kelicinan pentadbiran dan sekali gus menggugat perkembangan negara.
 Rakyat perlu dipersiapkan dengan ketahanan daripada keadaan sedemikian supaya sikap
liberalisme yang terlampau dapat dielakkan serta mengukuhkan semangat nasionalisme
dan patriotisme demi kepentingan nasional.
5. Neo-feudalisme
 •Merujuk kepada sistem konservatif berkaitan pemerintahan yang terbentuk dalam cara
baru masa kini.
 Sistem feudalisme yang dirujuk ialah sistem pemerintahan oleh golongan elit yang
menguasai segala aspek ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Sekiranya wujud
sistem pemerintahan yang sedemikian dibimbangi tercetusnya pemerintahan yang
penuh dengan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, penipuan dan kuku besi.
 Menangani kewujudannya akan dapat membantu proses pembinaan negara bangsa
tanpa mengetepikan faktor ini.
 Pertahanan yang kukuh diperlukan bagi menghadapinya iaitu dengan kewujudan
perlembagaan dan undang-undang yang sentiasa kebal dalam mempertahankan
keadilan.

Anda mungkin juga menyukai