Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan integrasi Nasional

 Memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa
sebarang halangan.
 Menghapuskan penguasaaan ekonomi untuk satu kaum sahaja.
 Menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyrakat majmuk
 Mengukuhkan keselamatan negara dariapda luar ancaman.
 Mewujudkan budaya yang pelbagai.
Bagaimanakah guru memainkan peranan sebagai Pembina Negara Bangsa.

1. Menekankan Nilai Murni Merentas Kurikulum


Bagi mencapai matlamat pembentukan negara bangsa, guru harus menjalankan
tanggungjawabnya dalam menanamkan nilai-nilai murni yang merentasi kurikulum dan
kokurikulum kerana nilai adalah ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara, perbuatan
dan amalan. Nilai juga melibatkan persepsi minda dan hati berasaskan sifat dan syarat
tertentu yang serasi dan sejalan dengan fitrah. Baik pada ukuran nilai tidak sahaja pada
pertimbangan akal dan rasional tetapi juga pada hati dan terlihat dalam amalan dan
percakapan. Penerapan watak nilai murni kemanusiaan ini memandu manusia agar
hidup bertatahkan adab agar pembinaan bangsa itu berada di tahap yang tinggi dari segi
ilmu dan akhlaknya.

2. Menyediakan Pendidikan Berkualiti


Matlamat pembentukan sebuah negara bangsa hanya dapat dicapai jika masyarakatnya
mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah juga di bidang
pendidikan. Justeru adalah menjadi peranan guru dalam menyediakan pendidikan
berkualiti untuk semua. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di mana pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua kanak-
kanak mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan
potensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam erti
kata yang lain pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
untuk menghasilkan seorang pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan,
kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat agar apabila pelajar telah tamat pendidikannya
dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan
ICT; kemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai
bahasa; dan sifat sahsiah yang positif maka mereka dapat menyumbang kepada
kesejahteraan dan pembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai